The Future Is...Ours

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri (Surah Ar-Ra'd: 11)

♥ Jangan sedih bila orang lain tidak MEMAHAMI kamu.


Tapi sedihlah kerana kamu tidak MEMAHAMI orang lain

♥ Jangan sedih bila orang lain tidak MEMPERCAYAI kamu.


Tapi sedihlah kerana kamu tidak PERCAYA pada diri sendiri

♥ Jangan sedih bila orang lain tidak memberi KESEMPATAN kpd kamu.


Tapi sedihlah kerana kamu masih belum membuat PERSIAPAN

♥ Jangan sedih bila orang tidak MENGHARGAI kamu.


Tapi sedihlah kerana kamu tidak MENGHARGAI orang lain

♥ Jangan sedih bila orang lain MENGHINA kamu.


Tapi sedihlah kerana kamu MENGHINA diri sendiri

♥ Jangan sedih jika orang selalu MENGKRITIK kamu.


Tapi sedihlah kerana kamu tidak pernah mahu MEMPERBAIKI diri

♥ Jangan sedih jika kamu selalu JATUH.


Tapi sedihlah kerana kamu tidak mahu BANGKIT kembali

♥ Jangan sedih kerana perjalanan hidup kamu penuh PAHIT GETIR.


Tapi sedihlah kerana kamu x pernah belajar dari PENGALAMAN

INGATLAH! Kunci masalah selalu ada dalam diri, bukan di luar.



P/s: Mari bermuhasabah diri sendiri..^_^

Bukan seperti dulu (1)


 Couple tetap couple...
  Bercucuran air mata Amir....
“Abang bukan yang dulu,
woi setan kembalikan abang aku dulu, tahjud dan
qimullail jadi rutin
:::::JERIT AMIR:::::::::

     Sejak tadi Adam berguling ke sana dan ke sini.. Matanya dirasakan sukar untuk dilelapkan. Bingkas dia bangun lalu mengambil wudhuk. Dia teringat akan pesanan uminya...
“Adam, kalau resah atau gelisah,ambilah wudhuk.. al wudhu sallahul mukmin...”
   Dia mula mengambil sembahyang dari satu anggota ke satu anggota. Dimulakannya dengan berkumur-kumur  dan diakhiri dengan membasuh kakinya. Setiap anggota ditelitikannya agar tiada yang cacat celanya. Dia mahu. Wudhuknya sempurna,seperti sempurnanya kejadiannya sebagai khalifah di muka bumi allah...Bukankah wudhuk itu ibu segala ibadat.” Getus hatinya


Baca lagi..^_^




  Selepas selesai berwudhuk, dia baring di katilnya. Radio yang tadinya baru dimatikan. Dihidupkan semula.. Lagu kesukaannya diputarkan pada waktu itu yang bertajuk alhamdullilah daripada too phat .. Setiap senikata lagu itu dihayatinya..
 Merenungi ruang jendela,
Mengangumi kebesaran yang maha esa.
Ku menilai kehidupan dari sudut berbeza
Tak memadai hanya kecapi rasa selesa
Mahukan harta yang mampu beli satu semestar
Berpesta
Kembali pagi botol bergelimpangan
Kekasih muda bukan setakat berpegang tangan

  “Glup,orgh...orgh”....

Tiba-tiba Adam tersedak.. Dia teringat peristiwa petang tadi. Saat indahnya dia ber dating dengan Liza.. Pada ketika itu , dia berjalan berdua di Taman Hijau Kulai.Mereka berdua memang dikenali ramai sebagai Pasangan Sejoli di Matrikulasi. Setiap saat pasti mereka berdua. Tidak lekang pada pandangan pelajar matrikulasi di Kulai. Dia tersenyum sendiri. Tangannya dicium.. saat manisnya memegang tangan ayu liza yang putih. Namun  lagu tadi tu mematikan anganya yang palsu itu. Dia sedar, perbuatannya salah. Tetapi nafsunya menafikan bahawa perbuatannya salah.

   Adam lahir dari keluarga sederhana. Dia anak ketiga dari 4 adik-beradik. Abang sulungnya Farhan kini di Newcastle United melanjutkan pelajaran untuk membuat phD dalam bidang accountant. Manakala kakaknya, Aini kini di Germany dalam usaha meneruskan master. Adam pula pelajar Kimia di Matrikulasi Kulai. Dan akhir sekali adiknya Amir di SMKA JB dalam aliran Sains Sosial dan Kemanusiaan di tingkatan 6atas.  Ayahnya seorang Guru dalam bidang agama dan ibunya seorang jururawat  di Hospital Seri Kulai.
  Baginya walaupun ayahnya seorang ustaz, setiap kali nasihat mereka. Didengarinya lalu dilaksanakan tetapi dalam pergaulan dia  tidak boleh melakukan. Ayahnya ada memberikan sebuah buku padanya bertajuk “30 Larangan lelaki dan perempuan”. Pada pandangan ayahnya,Adam seorang anak mithali kerana tidak pernah pada pandangan matanya dilihat keburukan pada matanya, berlainan dengan Amir.

   Walaupun bersekolah di SMKA, pakaian seluar jens kurang disenangi oleh ayahnya walaupun Amir memakai seluar yang tidak menampakkan susuk punggungnya,namun ayahnya kurang menyenangi seluar itu. Baginya seluar itu seluar jin disebabkan bunyinya berhampiran Jean dan jin.
Trit...trittt...trit......bunyi deringan memtikan lamunannya, di melihat pada skrin telefon, dia cukup mengenali nombor Liza

“Hello mama”
“Napa papa tak tido lagi.? Ingat kat mama ea ” gurau liza
“Eh,eh, mestilah kan kat hati papa Cuma mama sorangkan.”balas Adam
   Kata-kata rindu terpancul pada mulutnya, walaupun dia sedar yang Liza itu bukan isterinya, hanya sekadar kekasih.....

   Dia teringat pada Amir. Pernah sekali Amir mencuri dengar perbualannya pada telefon. Pada ketika itu ucapan papa,mama pada liza menjadi rutin padanya. Amir dikejarnya lalu ditarik masuk kebilik. Ditolaknya badan amir yang kurus tu di kerusi.
 Adam menyoal Amir seperti seorang Polis menyoal penjenayah yang  bersalah.

“Kau dah lama kat situ,cakap”bentak Adam
“Y...ya bang, Amir mintak maap”
“Knapa kau curi dengar...?”
“Se..se..sebab...abang Adam bukan abg yang dulu...”
“Maksud kau...?”
“Abang Adam yang dulu, bercakap dengan wanita ajnabi pun takut zina hati apatah lagi berkata istilah mama,papa pada wanita yang bukan halal padanya”
“Woi.....! Kalut la kau, tu dulu...Zaman aku bodoh...Buka la mata kau.. Sekarang aku dah moden, ikut trend la woi..Kau tu tak laku diam.....!”
“Abang, islam kan indah, hayatilah islam tu. Islam tak benarkan lelaki perempuan yang bukan halal berkata begitu?
“Islam..? Kat ic aje lah aku islam... Ala wat benda wajib dah lah sembahyang dan puasa. Couple tetap couple...
  Bercucuran air mata Amir....
“Abang bukan yang dulu, woi setan kembalikan abang aku dulu, tahjud dan qimullail jadi rutin, bukan sms dan zina hati menjadi pengganti...
Amir menolak abangnya, lalu berlari kebilik... Osman terpinga-pinga
“papa mengelamun ye” tiba-tiba dia terlupa yang dia sedang melayan panggilan Liza
“em liza ,Adam penat la..assalamualaikum..”balas Adam
“knapa panggil nama ...? klakar la papa ni... tata” balas liza
Huh.... sekuat mana pun iman lelaki , apabila dirayu wanita akan cair, inikan aku insan biasa yang islam hanya pada ic...
Ic........
Terngiang-ngaing kata-kata pada malam dia melukakan hati adiknya..
Wajah Amir kembali pada ingatannya, satu persatu menusuk kalbunya...



Sayang adik
Adik....
Kak sayang adik tau....
Kau siapa nak ucap sayang kat aku..??
Ini kakak lah...
Arghh.!! Aku tak ada kakak kejam macam kau

      Siraj termenung di jendela. Dilihatnya pohon yang menghijau begitu mempersona matanya. Sesekali pandangan matanya dialih pada langit.Seronok rasanya, assigntment yang bertajuk “islam pencorak kehidupan” Naik cuti assignmentnya perlu dihantar agar markah tambahan dalam Sains dan kemanusian dapat membantunya mendapat gred A.
    “Wah,Betapa besarnya ciptaan allah. Dia menjadikan langit dan bumi serta seisinya dengan hanya berkata kun fayakun. “fikirnya”
    Tiba-tiba didengarinya suara orang berbual. Ditekapnya telingnya kedinding. Rupanya adiknya, Farah sedang berbual dengan rakannya.
  “Em,takkanlah berbual dengan rakan sampai keluar sayang,abang”getusnya
  Siraj mengorak langkah kebilik adiknya, mujurlah pintu tidak dikunci. Siraj merampas telefon daripada tangan adiknya.
   “Telefon nanti ya” Siraj menjawab
   “K. Tata sayang”. Siraj terkejut, ini kali pertama di mendengar panggilan sayang daripada seorang lelaki ajnabi.
   “Siapa tadi adik..?” soal Siraj
   “Kenapa kau sibuk hah...? Pak we aku lah... Kau tu mana ada pak we, tak laku lah, setakat muka sahaja cantik tapi tak ada lelaki nak, baik mandi bunga..”
    “Adik, adik tahukan yang kita mana boleh berkata manja dengan lelaki ajnabi, hukumnya dosa..Adik yang ajar akak dulu”
   “Haha... Payah lah kau nie, dosa leh taubat lah, agpun suara aja.. Aurat aku tutup jugak , darjah khas pangkat satu , PMR 9A.. Dah terbukti keislaman aku... Tak macam kau, darjah khas pangkat 2.......
   “Adik, allah tak nilai tau sesorang itu melalu pencapaiannya, itu setakat duniawi, kat sisi allah sesiapa paling bertakwa lah yang disisinya lebih mulia,” balas siraj lembut
  “Habis , kau nak cakaplah yang kau tu mulia, tudung labuh, berjalan tunduk bila nampak lelaki, come on ... Open minded lah.. Sekarang dah zaman siber lah.. Tak ada pak we jadi anak dara tua lah.” Marah farah
  “Napa cakap gitu, setiap orang ada jodoh masing-masing ,allah yang .....
   Belum sempat Siraj menyambung katanya, kayu hoki sudah berada di depan matanya. Adiknya kelihatan sangat marah.
  “Kau nampak ni, berambus dari bilik aku tapi bawa sini telefon aku balik” gertak Farah...
  Siraj bingkas bangun , langkahnya dilajukan tetapi telefon bimbit adiknya tidak dipulangkan...
  “Woi, bagi balik telefon aku” Jerit farah
   “Kak sayang adik tau....”ucap siraj
    “Kau siapa nak ucap sayang kat aku..??” balas Farah dengan marah
     “Ini kakak lah adik yang selalu...”belum sempat menyambung
       “Arghh.!! Aku tak ada kakak kejam macam kau” ditolaknya siraj keluar dari biliknya . Pintu biliknya ditendang sekuat hati.

   Siraj bangun lalu berjalan kebiliknya, direnungi langit... Dia teringat peristiwa pada ketika nya jahil... Adiknya lah yang selalu membimbingnya.
  Pada waktu dahulu, dia seorang pelajar tomboy, aurat dan pergaulan, tidak pernah difikirkannya...  Baginya hidup sekali, masa itu lah kita enjoy. Namun farah lah yang merubah segalanya.
  Farahlah yang selalu menasihatinya, ibunya yang selalu memberi kekuatan kepadanya.

   “Akak, kenapa ya kita kena tutup aurat” farah sengaja menimbulkan persoalan...
   “Em sebab warisan kot, ya lah , ak tengok mak tutup aurat, tudung labuh, so aku rasa kita islam sebab warisan kot...”
   “Hehehhe, kalut lah akak ni...”
   “kalut, abis kalu kau pandai, kenapa kita kena tutup aurat..?”
   “sebab al quran ada cakap dalam surah al-azhab 33:59”

  Wahai nabi, suruhlah isterimu, anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya(semasa mereka keluar ) cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal(sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan(ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihi..

  “Jadi kena pakai mcam mumia lah , tutup semua, pakai purdah, tapi akak tengok orang pakai tudung sama jugak, dating jugak. Pegang tangan, Sejahil-jahil aku ni, x pernah pegang tangan lelaki...
   “Itu kan maknanya kakak, dia tak menghayati erti islam sebenarnya, ini buku adik bagi kakak satu buku yang bertajuk 4o akhlak mengubah dunia,” hulur Farah
   “Ish kau ni, kau taukan yang aku malas baca buku, apatah lagi buku agama.. Ambillah balik...” elak Siraj
  “Ala, akak cuba baca, then hayati tau..” pujuk Farah.

   Sejak hari itu, dia mula mengenali islam dengan lebih dekat lagi, banyak buku perpustakaan yang dipinjaminya. Farah lah juga yang selama ini  membimbinya. Kini, kelembutan dan keayuaannya kini bertukar rupa sejak kematian ibu 2 minggu yang lalu.
  Ayahnya pula mengambil ibu tiri tanpa menghiraukan kematian ibu .Isteri  barunya berumur sekitar lingkungan 23 tahun . Sejak saat itu, oleh sebab terlalu mendendami ayah, farah bertukar rupa. Farah yang dahulunya kuat agama kini goyah.

   Farah seorang pelajar di Sekolah Sains Kluang. Manakala Siraj seorang pelajar di SMKA JB dalam tingkatan 6atas. Ayahnya selalu sibuk dengan bisnes barangan sukan. Bagi ayahnya, dengan memberi nafkah sudah memadai untuk melaksanakan tanggungjawabnya . Kasih sayang dan perhatian di tolak tepi.
  Esok Siraj dan Farah  akan pulang ke asrama masing-masing. Seperti kebiasaanya, rumah itu akan sunyi semula, ayahnya akan pulang sekitar pukul 5pagi, dalam keadaan mabuk.
  Pernah satu ketika, ayahnya pulang dalam keadaan mabuk dan dia hampir merogol Farah, mujurlah sempat dihalang oleh Pak Abu, pemandu rumah mereka. Malang nasib Pak Abu, perbuatan baiknya dibalas dengan tahi, dia pula yang di tuduh untuk merogol Farah dan dibuang kerja.
  Sejak itu ,dendam Farah pada ayahnya semakin membuak-buak, kini sudah bersarang di lubuk sanubarinya. Baginya, selagi ayahnya tidak merana dek perbuatanya selagi itu dia tidak akan puas.

  Iman....

 Iman tak dapat diwarisi
       Dari seorang ayah yang bertakwa...
       Iman tak dapat dijual beli
      Ia tiada di tepian pantai
  



      “Huh,tebalnya buku ini,” rungut amir
       “Hehehe, sabar aja lah ya amir, kalau kau nak aku leh tolong kau, lagipun kita kena cepat ni, petang ni kita ada usrah dengan adik tingkatan 1 ,2 dan 4.”balas Adhwa..

Bersambung..


Perancangan ini...

Salam kepada semua dan SALAM AIDILFITRI diucapkan ye! Kepada yang bakal dan telah pun memulakan sesi pengajian baru selepas raya ni harapnya dapat menyiapkan diri baik dari segi fizikal mahupun mental...demam raya pun masih belum surut lagi ni..hee..apepun hanya yang terbaik untuk sahabat-sahabat semua..!


Jom baca lagi..^_^




Kadangkala kita terfikirkan akan hal sedemikian:

            “Pernah tak kita rasa menyesal akan keputusan yang dibuat terutama hal yang berkaitan masa depan?”

Kadangkala kita terfikirkan:

            “Betul ke ni keputusan aku?? Atau hanya sekadar patuh kepada nasihat orang tua kita?? Supaya kita tidak dilabelkan sebagai insan yang ‘derhaka’??

Hurm, setiap daripada kita mampu untuk merancang dengan sungguh teliti lagi terperinci perancangan itu tapi bagaimanakah cara kita memanipulasikan jikalau tak seperti yang diharapkan?? Ingatlah sebaik-baik perancang itu datang daripada Allah jua.

Firmannya dalam surah Al-Imran ayat 54 mafhumnya;

             “Dan Mereka Merancang,Allah juga merancang,Dan ALLAH sebaik-baik Perancang”

Mudahan apa yang sedang kita dan diri ini lalui dan rancangkan mendapat hasil yang barmanfaat untuk masa akan datang..!
p/s: sebenarnya tgh memikirkan kenapa tiba-tiba boleh ‘terkeluar daripada program matrikulasi’..in sha allah, jikalau ini jalan untukku..aku takkan menoleh belakang lagi..! Yeah, go man and never give up! ^_^

Perasaan itu...

Salam sejahtera diucapkan kepada semua muslim dan muslimah…it’s a about long time since the last post was in end month of july. Satu perkara tak kira sama ada ia manis atau pahit pasti akan berlaku tanpa kita pinta atau jangkakan..mungkin satu hari satu perkara baru…itu sememangnya fitrah kejadian yang telah tertulis sejak dahulu lagi sebelum roh ditiup oleh malaikat Izrail ke dalam setiap janin yang bakal mengalamai proses kehidupan…ha, hari ini nak bercerita tentang cinta…alamak, ye ke tajuk ni..hm, sudah tertulis apa yang hendak dilindung lagi..haha..hebat perasaan tu seiring dengan perkembangan emosi kita sebagai seorang yang bakal mengalami alam dewasa.
Pertama sekali, thanks the most to the person that had enlighten my ways before I got to stumble deeply in this matter. Kadang-kadang kita takkan mengerti akan liku-liku kehidupan tanpa bimbingan seseorang yang lain atau dengan erti kata lain sebagai sahabat. Walaupun dia itu adalah seorang perempuan, tapi tak salah kan  rasanya jika  bercerita akan perihalnya tanpa menyentuh hal peribadinya. Diriku mengenalinya sewaktu aku masih menuntut di matrikulasi lagi. Rupanya tidaklah seindah sang bulan yang tetap bersinar terang di malam hari dan tidaklah pula seindah sinaran sang suria pada waktu pagi, tapi ada sesuatu yang aku rasakan dia sangat berbeza.

Sambungan..

Orang berkulit hitam manis, rendah dan sentiasa tersenyum ceria!! Lebih bertuah dia merupakan satu kumpulan praktikum dgn aku. Hm, tak ke mana la dia menghilang selalu ye..!haha..kata orang pertama ketemu, alah biasa saje..tiada yang istimewa padanya..tapi satu waktu ketika itu begitu membuatkan diriku terpegun akan dirinya. Bukan terpegun kerana rupa dan sebagainya tapi kerana kepimpinannya yang sungguh menyerlah dan bersahaja..semua orang suka padanya..termasuk juga aku..agaga xD..dan lebih membuatkan aku terus menerus rasa kagum ialah ketika dia dilantik menjadi presiden wanita pertama untuk Suruhanjaya Pilihan Raya Kolej. Teruja rasanya bila seseorang yang kita kenal, kagum, selalu berjenaka bersama terpilih untuk memegang satu amanah tu..seperti biasa diri ini mesti rasa tercabar..biasala lelaki..mana nak mengalah ye tak?? Haha..
Tapi sejak diriku mula berpindah tempat pengajian, aku terasa sesuatu yang agak asing dalam diri aku sendiri..seringkali aku mencari jawapan untuk hal itu..alhamdulillah..jumpa juga..iaitu perasaan “jatuh hati”!! haih, kes berat ni..!! erkk, sebenarnya tak juga berapa berat..tapi in sha allah, diri ini masih kuat untuk menhadapi ni semua..syukur..biarlah si dia menjadi rahsia..lagipun kalau didedahkan siapa yang kenal..kan?? hehe..sekarang dia sedang menghadapi soalan-soalan kuiz sebelum balik bercuti untuk raya yang akan datang ni..apepun, aku hanya mampu mendoakan yang terbaik untuknya..in sha allah, jikalau jodoh takkan ke mana perginya kan..? mudah-mudahan..allhumma a’thini al marah solihah..
Sekian…


Cinta 'DIA'

Jangan beri cinta pada sebarangan
Memberi cinta atau meletakkan cinta kepada sebarangan adalah sia-sia
dan akan menyesal
Kerana cinta itu mahal biarlah pulangannya sepadan dengan mahalnya
Kalau kita cinta kepada sesuatu kita pula yang memberi sesuatu kepadanya

adalah orang yang bodoh macam baghal

Kita beri cinta pada perempuan terutama yang bukan isteri kita,
berbagai-bagai perkara dan benda dia minta kita berikan kepadanya
Bukan dia yang memberi sesuatu kepada kita bukankah kita dibodohinya?
Adakalanya setelah dia kikis harta dan kekayaan kita, dia pun tarik diri dari kita
apakah untungnya?

Sepatutnya kecintaan telah kita beri kepadanya, dialah jaga kita,
mengapa pula kita jaga dia
Kita pula telah diperbodoh oleh harta
Kita diperhambanya hingga menyusahkan kita
Kita letak dia di tempat yang mulia dan terpelihara
Hartalah yang mulia bukan kita yang mulia, kita tidak dipedulikannya
Sekali lagi harta boleh memperbodoh kita

Mengapa manusia tidak pandai meletakkan cinta
kepada Zat Dialah yang akan menjaga kita
Dia akan urus kita, bertanggungjawab kepada kita, memelihara kita
Siang malam Dia akan jaga kita
Di waktu susah disenangkan-Nya kita!
Ketika sakit disembuh-Nya kita!
Di kala kita miskin dikayakan-Nya kita!
Di waktu kita lapar dikenyangkan-Nya kita!
Di waktu kita takut, dihiburkan-Nya kita!
Bahkan Dia memberi segala-galanya kepada kita selama mana kita masih hidup di dunia
Yang saya maksudkan ialah Tuhan kita yang menghidup dan mematikan kita
Bukankah baik kita cintakan Dia, kita beri kasih sayang kepada-Nya


Sambungan


Alangkah patutnya bahkan indahnya kita mencintai satu Zat yang belum kita kenal Dia jauh sekali mencintai-Nya
Dia telah beri kita hidup, rezeki, kesihatan, hiburan dan lain-lainnya
Kita belum beri kasih sayang kepada-Nya Dia telah pemurah dengan kita, terutama udara
Tanpa kita bayar apa-apa kepada-Nya
Kalaulah kita kenal Dia dan cinta pula dengan-Nya Dia akan beri kita
sesuatu yang bersifat rohani dan maknawi pula
Yang bersifat maknawi dan rohani itu lebih mahal daripada kehidupan yang lahir di dunia
Untungnya kekal abadi, kita terima di Akhirat sana di dalam Syurga

Apakah dia?
Iaitu rahmat-Nya
Dia akan anugerah yang lebih besar lagi yang kita akan terima dari-Nya
Hidayah-Nya taufiq-Nya, iman dan taqwa, cinta-Nya, redha-Nya, keampunan-Nya akhirnya adalah Syurga-Nya
Mengapa kita tidak jatuh hati dengan Zat yang kita tidak cinta pun
pemurah-Nya sudah diberi-Nya kepada kita?
Kalau kita cintai Dia lebih besar lagi kita terima redha dan keampunan-Nya

Kita tidak payah jaga Dia, Dialah yang jaga kita
Kita tidak payah tadbir Dia, Dialah yang mentadbir kita
Kita tidak payah menjaga keselamatan-Nya, Dialah yang menjaga keselamatan kita
Bahkan di waktu kita tidur pun Dia jaga kita begitu setia
Mengapa kita beri cinta murahan, yang menyusahkan kita
Kitalah yang memberinya bukan dia memberi kita
Macam-macam kita memberinya itu pun dia tidak setia
Alangkah bodohnya kita bahkan malang sekalilah kita kerana ditipunya kita

Di mana akal kita hingga tidak mampu berfikir secara rasional
Marilah kita merubah sikap untuk menyelamatkan diri kita
Kita cintailah Tuhan, yang Dia memberi kita segala-galanya hidup dan mati kita

Cintakan Tuhan selamat kita ke Syurga


'Senior-Junior Day' di tpmc

Salam sejahtera daripadaku untuk kalian semua...hanya mahu berkongsi cerita yg menarik sepanjang hari ini...alhamdulilllah hari ni telah genap seminggu aku bermastautin di bandar metropolitan ni...tak sangka kan hal yg selama ini diluar jangkaan, telah hampir menjadi kenyatan...kini diriku bukan lagi sebagai pelajar kolej matrikulasi melaka lagi...hm, tu lah hakikatnya..^_^


Hari ni merupakan hari orientasiku yg terakhir di tpmc iaitu hari 'Senior-Junior Day'...sehari suntuk aku dgn sahabat baruku...cerita bermula...


16 Julai 2011...
7 pagi- 8.45 pagi...
Lama sungguh perjalanan kami semua dari Damansara ke Bukit Jalil ni...tempat di mana tpmc terletak dan pengajian dalam tempoh selama 2 setengah tahun aku di dalamnya...






Sambungan

Sampai saja van di perkarangan lobi tpmc, kelihatan ramai juga student mengikuti program tu...semuanya ceria2 belaka...act, tak berapa suka dgn program macam ni...tapi bila fikir semula, banyak faedahnya kita participate dalam prog ni...sampai saja terus dapat kudapan percuma...wa, belum makan lagi sebenarnya ni...+_+...rezeki kan..ta patut ditolak...


9 pagi-12.30tgh hari...
Program bermula...senior kami2 semua memang sporting...seronok berbual dgn mereka...dgr cerita salah seorang daripada mereka ni iaitu abg Huzaimi bakal fly ke US tuk twinning program dalam bidang biotech...huh, gempak juga kan bunyinye..alhamdulilah..! cume dapat tumpang gembira je...macam biasa group presentation..-__-..haha..biasa la tu kan..asal orentasi je namanya tak sah kalau tak ada tentatif tu...kali ,syukur dapat buat yg terbaik...cuma mungkin ta sebaik sumbanganku di mmc dulu masa mppb...haha..janji ada sumbangan ye tak..?


then, we separated into smaller group...seperti biasa prensentation...tuk presentation ni nasib baik ada rahmat..asal klang, selangor..hm, pandai dia buat logo group tu..thumbs up!..byk plan diorg semua...tapi satu hal la pula..tak berani tuk present..aiyo, takpela..last2, aku bangkit dgn idea aku sendiri iaitu baca sajak dalam Inggeris...syukur, selesai..then strolling..! part ni boleh la nak dikatakan best..besar juga technology park malaysia ni..big companies such as astro, mimos, jaring, maxis centre, hq telekom dan banyak lagi..masa tu kami dbawa menaiki van mengikut group kecil...asia pacific international university pun ada..patut pun banyak international student di sini...hm, hebat+ teruja rasanya...tapi hebat lagi kekuasaan Allah terhadap perancangan manusia yg sentiasa lemah dan byk kekurangan....n_n


2-5 petang....
Aktivit diteruskan..kali ni aku dan group terpaksa menjalani satu task yg boleh la dikatakan agak sukar iaitu 'tower' , musang berjanggut dan 'poisonous box'. Best buat tower tu..kenal la juga sikit2..ada yg lebih tua sikit di dlm group tu kak ain namanya...kreatif akak ain ni...lebih kurang mcm interview mara juga..masa interview mara tu guna sphagetti buat bridge, tapi kali ni guna newspaper...syaratnya hendaklah setinggi paras lutut dan mampu menampung 3 buku setebal 5 inci setiap satu...waa, macam mana ye..? papers fasi bagi cume tak lebih 15 helai je...hm, takpe..atas idea kak ain dan semua group kiteorg berjaya gak! tepuk2! 


Lepas sesi tu, ada satu lagi event segera la juga nak dikatakan..sebab selesai saje 'tower' event tu terus buat event musang berjanggut...kali ni, kami diberi  satu bekas microwave sederhana berisi tepung+ ta silap 7 jenis kacang rasanye..tuk diasingkan dalam masa 30 min...wah, bermandi tepung rasanya..haha..tapi bahaya gak..tgn lelaki n perempuan bersimpang-siur macam tu je...first kali terkena, sokay...tapi kalau da byk kali, hm surrender la..tolong juga..tapi kali ni pakai plastik...haha..amacam? cool?...kacang hijau da la kecil sangat, tapi byk la pula na asingkan..hm, take a deep breathe, just do it...then, masa tamat tp masih byk lagi kacang yg ta sempat diasingkan...tape, at least i have give myself very best on it..gezz! haha..


Next event...rest bout 15min n started back...'poisonous box'..hm, tu la namanya..ngeri gak...haha..sapa yg dpt kotak tu sebaik saje music off, ada la habuannya...kali ni aku all-out..huh, ketawa tak kering gusi..bila ade je member kena hahuan diorg...cium dinding, lari satu pusingan  dgn gaya beruk, dan berlakon...last2 aku kena juga..haha..heh, tak sangka kan dpt berlakon free..act, habuan aku ketika tu, 'buat lakonan ala2 karam singh walia+gaya tgn sekali...' agak2 pe yg akan korg cite ye? haha..memalukan je..tapi puas hati gak ramai yg ketawa..good! you've done an amusing job..! tapi antara habuan yg paling kelakar ialah 'anda dikehendaki berlari 3 pusingan sambil menjerit 'Tolong, suami/isteri aku lari dari rumah..! huh, ta dapat na bygkan apekah perasaan org yg buat macam tu..haha..gelak sopan la nampaknye memanjang..makan cili ada gak...pedas..ta tahan..setiap org satu cili padi...haiya, lama2 bole jadi tauke cili camni...


6 petang...
Hm, penat buat semue event tu...alhamdulillah secara rasminya senior-junior day telah tamat...gembira tapi hati ta gembira...rasanya da terlampau 'gelap' kot sebab byk ketawa..now, tinggal tunggu van tpmc fetch, then balik Damansara...letih sangat..rasa nak 'bamm' je bila sampai kat kondo nanti...an exhausting day is over...syukur...



Coretanku di mmc


Petang 2 Julai 2011..
Syukur ke hadratnya aku masih lagi bepeluang menjejakkan kaki ke bumi kmm di londang, melaka..rindu sangat setelah hampir 4 hari aku berhenti secara mengejut daripada mmc...kadangkala aku memikirkan entah apa salah dan silap sahabat2ku sehingga aku terpaksa meninggalkan diorang dalam keadaan terpinga-pinga..petang 2 Julai, setelah berbincang dengan pak guard aku dibenarkan masuk ke dalam mmc’s vicinity...! sebenarnya utk melepasi kawalan pos guard tu agak ketat sikit..di mana setiap pelawat tak dibenarkan tuk bermalam di mmc sekalipun hal mustahak. Jadi sebagai penyelesaiannya aku diminta tuk menghubungi encik khai tuk kebenaran khas..agak mendatar juga suara encik khai waktu aku call die..alhamdulillah, mungkin itulah takdirku utk berjumpa dgn sahabat2 ku tuk terakhir kalinya berjaya..hm, sambil aku melewati DU, teringat momen aku dgn sahabat s12t3 berlatih di luar perkarangan DU..seolah-olah peristiwa tu baru je berlaku kan..? Berkejar-kejaran seperti budak2 8 tahun pun ade..hai, kite ni dah besar takkan nak berkejar-kejar lagi kot.. hm, aku pasrah kerna keadaan ku kini sudah jauh berbeza sekali dengan yg dulu..kini nilaiku hanyalah sbg seorang pelawat kmm..dan bukan lagi sbg seorang student..bila aku terfikir akan hal tu, entah kenapa mataku mula bergenang dengan air mata..dan ia hampir menuruni di cerun pipiku.. ya allah! Apakah maksud semua ini..?! aku bermonolog sendirian tatkala kakiku terus membawaku ke satu tempat iaitu surau Ibadur rahman..tempat aku selalu mencurahkan isi hatiku kepada Sang Pencipta tatkala masalah menyelubungi diriku..
Sampai di situ, aku terus bermunajat syukur atas kurniaanNya kerana masih lagi memberikan aku peluang tuk bersama-sama dgn sahabatku...mungkin buat terakhir kalinya aku bersama mereka...aku terus menuju ke bilik khas di surau berjumpe dgn shabat ntpku yg kebetulan belajar di situ..selang beberap minit, amyir datang..Ya Allah, sekali lagi diriku mengalami perasaan yg sama...tiba-tiba sebak...namun aku tahan semampuku...aku tak mahu orang melihat aku kerana aku tewas dalam hal berkaitan perasaan..aku dapat lihat mata amyir mula bergenang dgn air mata..tapi dia mengawal dgn sebaik-baiknya..ya, aku faham akan hal tu..aku mengajak amyir keluar duduk di tepian surau sambil bergurau seperti yg selalunya kiteorang lakukan..indah waktu tu..seolah-olah seperti pada hari pertama aku mengenalinya..seronok dapat berbual dgn insan yg rapat seperti mereka...


Sambungan..


Malam 2 Julai 2011...
Sepatutnye aku kena duduk di bilik lama aku di C2 atas arahan encik khai..tapi sengaja aku menolak kerana aku lebih selesa tidur di surau tu..kata orang in sha allah berkatnye banyak sangat..tapi kenalah dgn niat ‘iktikaf dulu..selepas mandi di surau, aku menunggu utk tibe masuk waktu maghrib sambil membelek buku agama tajuknye ‘maza ya’ni intimai fil islam’(apa ertinye saya menganut agama islam)? Baru selak dua tiga helai, azan maghrib berkumandang...selepas wuduk aku bertemu hanif dan zulkarnain..nampak je aku, diorang terus heret masuk balik dalam tandas surau..huh, gangster tu..hanif siap tanye zul lagi, “tali..mana tali..? aku nak ikat budak ni..jgn bia terlepas camtu je..” haha..dgn selamba aku menjawab..’eh, ape ni..! dah la..korg ta dengar azan ke..? aku janji lepas ni nak buat ape kat aku, buat la..tpi solat la dulu..” yeay, lepas dgn jayanya! haha..the best man wins..! masuk surau, buat qabliah...lpas bagi salam rakaat last tuh, macam kenal yg duduk sebelah kanan aku ni...laa, en. Asmadi rupenye...ahaks, we’ll soon be united..! tapi..zulfadhli tade..die balek..tape la..lagipun ptg tadi da contact die kan..tape la tu..okey je! Utk maghrib ni, amyir ta dapat nak turun..kate die badan maseh panas lagi..tape la..tak kisah..ta’lim then terus solat isyak..mase nak mule tu, syukur amyir pun turun tuk jemaah sama2..selang 10 minit selepas tu alhamdulillah selesai..fitree pun ade gak..aku dgn amyir selalu kenakan die..best tu..biasenye kiteorg tanye “aha, fitree aka brad pitt (hehe) mane fakhriah..?” bajet terkejut..aisey tak nak jawab la pula...”eee, malu2 pula..”backup amyir..alamak! muka fitree merah r..peh, tak sangka pula jd macam ni..so, utk setel, maaf je..fitree pun terima maaf tu..’wah, ade can ni nak kenakan die lagi...tapi kali ni nak libatkan tiga org pula..’ getusku dalam hati..amyir vs fitree= fakhriah..menarik tu..okeh, standby tuk dijalankan..
Amyir cakap kat aku yg diorang nak jumpe di kafe B..tapi bukan ke tu kawasan larangan tuk pelajar lelaki selepas 7 ? orait, tukar tempat..di bt..ok, set..aku follow je..ingatkan dtg situ just nak tanye2 je..lain pula jadinye..haha tape it’s okay..gembira sgt bila lihat balik wajah2 ceria ahli s12t3..wlaupun tak complete in number , tapi pada aku dah memadai..special thanks to: kak hani, kak ayu, kak mazia, raihanah, sheera,fadillah, iffah, nisa, dan paling penting akak yang tak rasmi iaitu ‘kak fakhriah’! juge amyir yg menjadi teman setia malam tu..kalau tade, huh..takkan beraninye aku nak menapak jumpe diorang..almaklumlah ta biase kan..? apetah lagi tuk bersosial..tapi setakat ni tahniah! Anda telah berjaya men’sosialkan diri anda ye..! Tepuk2x..! Malam tu tiada apa yg nak diucapkan...tapi ade juge yg emo..alahai, lembutnye tu hati tu..! hehe...tape..tu la petunjuk bermaksud ‘dia masih lagi serg insan yg baik..’ in sha allah..anda akan menjadi insan yg baik selepas ini...! Then, selesai balik surau chat dgn fitree kejap..byk cerite menarik die..! syukran tuk fitree kerana menjadikan malam lastku penuh bermakna..!

Pagi 3 Julai 2011...(7.30-11.00pg)
            Pagi ni cuaca agak mendung..mungkin juga semendung hatiku yg tak lama lagi akan berpisah dgn mereka sume tepat jam 12 tgh hari ni..seperti yg dirancang,  jogging...di sekitar kmm...janji pukul 7..tp minta postpone sebab amyir ta dpt di’call’  ke 7 suku pg..aisey..tape..tapi na minta maaf kat sume, sebab sebenarnye aku yg lambat...hehe..amyir ,asmadi diorg dtg on time..hanif demam..zul no reply..then lpas siap2, aku pun gerak sama2 dgn amyir dan asmadi +fitree..kate amyir diorg sume tunggu kat DU..time tu hampir 7.45 pg..sampai kat situ berpindah pula ke tempat maen golf..then streching...jog..sebelum jog tu, serius suke sangat tgk cuace pada pagi tu..dari mendung bertukar cuaca yg agak cerah..syukur..tambah pula, wajah2 insan sejak aku tinggalkan kmm 4 hari dulu still same..ta berubah..ceria+sweet mata memandang..hm, ni lah ertinye persahabatan..indah dan manis sekali...beruntung kpd yg tahu menghargainye..dpt 2 round..tp diorg suruh aku buat satu round lagi..aiya,ni pun rasa mcm na semput je..huhu(sebenarnye aku de penyakit)..redha je la..habes larian tu, dtg zul besar..ha, lagi satu tak abes2 nak kaitkan aku dgn aidil square tu..! amyir pun sama..aisey, dah aku cakap aku ta suke, ta suke la..(act, bukan tu yg aku cakap..tp just dalam hati je..lebih kpd “in sha allah, kalau da jodoh ta ke mana tak..)..then, special event..pepun thanks kat iffah kerna sudi membawa kertas tuk event tu..tp masalah pen pule..aiyooo..haha..tape boleh kongsi kan..? event tu adalah tuk kebaikan sume juga..impian dan cita2 kita pd mase depan sok..bincang2..konklusinye selepas 7 tahun=25 tahun umur semue ahli s12t3, (except kak hani, kak ayu, kak miza= 26 tahun..tue sikit..hehe) barula botol yg berisi dgn 1001 harapan dan impian ahli s12t3 tu akan dibuke..tapi hal ehwal tanam menanam tu ta pasti lagi kat mane...haraplah amyir dapat uruskan yg sebaeknye ye..! then, hanif pule dtg..last sekali low han yuen(maseh ingat lagi nama penuh low ni..)..
            Selepas tu bergerak la ke kafe B tuk ‘breakfast’. Hm, the best cafe among four that i encountered. Patut pun kalau ade mase terluang sikit je, mesti ade org ajak pi kafe B. Oho, rupenye ni la tarikannye..banyak lauk ‘fresh’ time tu+ boleh cuci mata ‘F.O.C’ tu!!..haha..act, ta elok buat camtu..nanti na belajar susah kerna ilmu susah na masuk...hm, tapi rase ta bermaya na makan..tp perut pula berkeroncong..jadi terime je la ape yg ade kan..? rase segan pun ade time tu..maklumlah kafe tuk kaum hawa...bace doa then makan..tu la kate org ‘la quwwah bil jama’ah’ maksudnye  tiade kekuatan dgn jemaah..sambil tgh menyentap tu, tengok2 gak sekitar kafe tu..ceria sungguh hari ni..seolah-olah sedang meraikan pjalanan ‘majlis’ ni pule..15 minit lps tu, selesai semue...then ta semena-mena apsal la amyir tgk aku semacam...serentak tu sume ahli group keliling aku..alamak! nampaknye aku jadi banduan ta berslah la pule..! aku cuba pi tepi..ye la ta beradab kan even kawan kita sendiri duk hormat dgn kita ni, aku la pula membelakangkn diorang..tapi amyir tahan..just stay back..then lagu ni:
‘Dengarlah suara kami, dendangan hati ini,
Kami rakan-rakanmu..suara hari esok,
Dengarlah suara kami dendangan hati ini,
Kami rakan-rakanmu...
Suara hari esok nanti..
Suara...suara...
Suara....’
Tapi kali seyes aku terasa sesuatu yg laen..tak seperti mase kat tempat padang golf tu..kali ni aku mula terasa bahangnye..memori jadi tak keruan..akhernye, air mata mule bertakung di kelopak mata ni..aku cuba sekat sehabes baek..alhamdulillah..dapat..diorang ni sume na buat aku nangis lagi? Jangan harap la..haha..(nasib baek ta boleh gune smiley kat sini, lau ta mau penuh aku gune..agaga :D) im gonna be strong man after this, but not so far as armstrong tu..heh..ape?! last preach..? in sha allah..
            “Indah alam ciptaan ni jika kita tahu menghargainya. Setiap yg datang pasti akan pergi..itu lumrah dlm kehidupan manusia. Jadi di kesempatan yg masih lagi bersisa ni, diriku ingin mengucapkan seribu kemaafan andaikata berlakunya kesilapan daripada segi tingkah laku, ucapan dan dsb..baek yg zahir pun yg batin...yup seperti yg dikatakan tadi hidup ni tak lama..sekejap saje..kalau kita buat pengiraan, tak sampai 3 peratus pun kehidupan kita di matrik ni..selebihnya kita akan habeskan umur kita di dunia luar kelak pd tahun depan, 2012 bulan 4 tarikh keramat bagi kita semua yg bakal mengakhiri alam matrik..waktu tu kita semua menjadi lebih dewasa dan semakin matang dalam membuat keputusan..
Kata orang kadang-kala seindah mimpi tak seindah realiti..itulah hakikatnye..namun ade juga yg mampu menjadikan mimpinye itu satu kenyataan..! dan laluan ke arah itu pastinye berliku..suka diriku ingin mengingatkan kalian hidup kita umpama sebuah keretapi...yg panjang dan sarat dgn muatan utk dibawa...
 Perjalanan demi perjalanan akan dilalui oleh keretapi ini...perjalanan akan tetap diteruskan meski ribut datang melanda, rel landasan yang semakin usang dimamah usia, kerosakan sistem teknikal yang wujud pada keretapi itu dan seterusnya...namun itu hanya cabaran dan halangan 'kecil' bagi keretapi itu...yang penting adalah 'the next stop'...

Apa yang bakal terjadi dan pasti,
'The next stop' bakal menjadi tempat persinggahannya...ia akan 'berehat' untuk sementara waktu di samping membaik pulih kerosakan yang wujud padanya, menunggu pula untuk pertukaran penumpang yang akan keluar dan masuk daripada 'coach' itu...
Kemudian apabila semuanya telah berada dalam keadaan yang baik dan sempurna, ia akan mula...

Bergerak...Dan terus bergerak...
Menuju ke 'the next stop'....dan...
Ia bakal...
Mengulangi hal rutin sehariannya yang sama pada setiap hari...
Hari berganti hari...
Minggu berganti minggu...
Bulan berganti bulan...
Tahun berganti tahun...
Sehingga perkhidmatan keretapi itu...

"TIDAK LAGI DIPERLUKAN..."
Itu mungkin sebuah analogi yang cukup ringkas...dan mungkin pula yang tidak sempurna, sehebat analogi lain...namun ia tetap mampu untuk menggambarkan kehidupan seseorang insan...namun segalanya terpulang kepada undividu itu untuk menilainya sendiri...
            Dan suatu masa esok, kalau kalian semue jatuh kelak di mana2 shaja, ingatlah akan memori indah kita yg telah kita bina sejak hampir sebulan lebih di sini..kerana memori itu mempunyai nilainya yg tersendiri..ia akan mengajar kalian apa itu erti tabah, cekal dalam mengharungi cabaran dan halangan hidup...in sha allah, dalam hampir tak sampai satu jam dari sekarang aku akan meletakkan pas pelawat aku di pondok pengawal...
Dan...
Ini bermaksud..akan berakhirlah waktu terakhir ku di sini sebagai warga KMM..
Apabila berakhirnya waktu itu, bermaksud berakhirlah ‘keahlianku’ sbg ahli kumpulan S12T3...dgn erti kata lain..pergi tuk selamanya..membawa satu hala tuju baru yg berbeza kelak...”
Then ucapan yg agak2 mengharukan diri aku...erm, no doubt...ni lah dugaan ketika ketika berpisah...haiya, laen kali ta mau la pisah2 ni..haru je..(tidak bermaksud begitu)
           
12.00 tgh hari 3 Julai 2011
            The time has come for me to go...hm, cuaca pd pagi ni agak membahang..bese la tgh hari kan? Hatiku bermonolog sendiri..siap pack then mula la kaki ni melangkah membawa diri ni pergi ke pondok pengawal...sengaja pakai baju warna putih hari ni..kate org warna putih ni langsung ta menggambarkan ape2 pun..n lagi satu, less heat absorber..wah, terbaek..tapi panas juge..huhu..terharu gak bile ade yg sanggup teman pd masa yg panas terik ni..jadi, thanks to amyir, hanif, zulkarnain, asmadi n fitree..semasa tgh otw tu, perasaan gak muka masing2 cam ‘zombie yg bergerak tanpa perasaan’..haha..tinggal tunggu tuk cari mangsa je...n then standby tuk di’bedal’..nasib baek aku ni sebhagian drpd diorg, lau tak..heee..ta tau ape nak jadi..just kidding..tinggal tulang sulbi gaknye nanti..
            Hampir sampai ke pndok pengawal, fakhriah dtg..dgn  mengatakan “Oi..!” (suara jantan..hehe..saje2) hurm, makin bertambah la ramai puak ‘zombie’ ni yg meragau ke ‘pondok pengawal’ ni..akak guard tu selalu je buat lawak..jadi kali terkene la lagi lawaknye itu...”Dah, awak tak boleh balek..ni apsal bawa beg ni..nak lari ea? Weyh, mane makwe kau, hah?!” aisey, aku ni nak balek la..bukan nak bawa lari anak dara org...~ngee~..nasib baek lepas..yeay! alamak..patutnye say ‘alhamdulillah’..that’s better..dpt pahala sekali dr ‘yeay’ yg entah merepek meraban je tu..jam menunjukkan 12.20 tgh hari ni..kena cepat..lau tak melepas bas kat mt dan mc nanti...macam bese, tragedi air mate kembali semule...hm, disebabkan di sini hanye lelaki je yg buat hal tu, jadi tak perlu hurai lebih ye..faham la kan..? Macam tak sanggup je nak taip kat sini..~sebak~..then i hop in into a cab and it rumbling away..left behind thousand memories which cannot be envisagable..wassalam..
Yang benar,
Aidil
(bekas pelajar KMM sesi 11/12, kumpulan S12T3)


Ukhwah fillah abadan abada...!