The Future Is...Ours

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri (Surah Ar-Ra'd: 11)

Bukan seperti dulu (1)


 Couple tetap couple...
  Bercucuran air mata Amir....
“Abang bukan yang dulu,
woi setan kembalikan abang aku dulu, tahjud dan
qimullail jadi rutin
:::::JERIT AMIR:::::::::

     Sejak tadi Adam berguling ke sana dan ke sini.. Matanya dirasakan sukar untuk dilelapkan. Bingkas dia bangun lalu mengambil wudhuk. Dia teringat akan pesanan uminya...
“Adam, kalau resah atau gelisah,ambilah wudhuk.. al wudhu sallahul mukmin...”
   Dia mula mengambil sembahyang dari satu anggota ke satu anggota. Dimulakannya dengan berkumur-kumur  dan diakhiri dengan membasuh kakinya. Setiap anggota ditelitikannya agar tiada yang cacat celanya. Dia mahu. Wudhuknya sempurna,seperti sempurnanya kejadiannya sebagai khalifah di muka bumi allah...Bukankah wudhuk itu ibu segala ibadat.” Getus hatinya


Baca lagi..^_^




  Selepas selesai berwudhuk, dia baring di katilnya. Radio yang tadinya baru dimatikan. Dihidupkan semula.. Lagu kesukaannya diputarkan pada waktu itu yang bertajuk alhamdullilah daripada too phat .. Setiap senikata lagu itu dihayatinya..
 Merenungi ruang jendela,
Mengangumi kebesaran yang maha esa.
Ku menilai kehidupan dari sudut berbeza
Tak memadai hanya kecapi rasa selesa
Mahukan harta yang mampu beli satu semestar
Berpesta
Kembali pagi botol bergelimpangan
Kekasih muda bukan setakat berpegang tangan

  “Glup,orgh...orgh”....

Tiba-tiba Adam tersedak.. Dia teringat peristiwa petang tadi. Saat indahnya dia ber dating dengan Liza.. Pada ketika itu , dia berjalan berdua di Taman Hijau Kulai.Mereka berdua memang dikenali ramai sebagai Pasangan Sejoli di Matrikulasi. Setiap saat pasti mereka berdua. Tidak lekang pada pandangan pelajar matrikulasi di Kulai. Dia tersenyum sendiri. Tangannya dicium.. saat manisnya memegang tangan ayu liza yang putih. Namun  lagu tadi tu mematikan anganya yang palsu itu. Dia sedar, perbuatannya salah. Tetapi nafsunya menafikan bahawa perbuatannya salah.

   Adam lahir dari keluarga sederhana. Dia anak ketiga dari 4 adik-beradik. Abang sulungnya Farhan kini di Newcastle United melanjutkan pelajaran untuk membuat phD dalam bidang accountant. Manakala kakaknya, Aini kini di Germany dalam usaha meneruskan master. Adam pula pelajar Kimia di Matrikulasi Kulai. Dan akhir sekali adiknya Amir di SMKA JB dalam aliran Sains Sosial dan Kemanusiaan di tingkatan 6atas.  Ayahnya seorang Guru dalam bidang agama dan ibunya seorang jururawat  di Hospital Seri Kulai.
  Baginya walaupun ayahnya seorang ustaz, setiap kali nasihat mereka. Didengarinya lalu dilaksanakan tetapi dalam pergaulan dia  tidak boleh melakukan. Ayahnya ada memberikan sebuah buku padanya bertajuk “30 Larangan lelaki dan perempuan”. Pada pandangan ayahnya,Adam seorang anak mithali kerana tidak pernah pada pandangan matanya dilihat keburukan pada matanya, berlainan dengan Amir.

   Walaupun bersekolah di SMKA, pakaian seluar jens kurang disenangi oleh ayahnya walaupun Amir memakai seluar yang tidak menampakkan susuk punggungnya,namun ayahnya kurang menyenangi seluar itu. Baginya seluar itu seluar jin disebabkan bunyinya berhampiran Jean dan jin.
Trit...trittt...trit......bunyi deringan memtikan lamunannya, di melihat pada skrin telefon, dia cukup mengenali nombor Liza

“Hello mama”
“Napa papa tak tido lagi.? Ingat kat mama ea ” gurau liza
“Eh,eh, mestilah kan kat hati papa Cuma mama sorangkan.”balas Adam
   Kata-kata rindu terpancul pada mulutnya, walaupun dia sedar yang Liza itu bukan isterinya, hanya sekadar kekasih.....

   Dia teringat pada Amir. Pernah sekali Amir mencuri dengar perbualannya pada telefon. Pada ketika itu ucapan papa,mama pada liza menjadi rutin padanya. Amir dikejarnya lalu ditarik masuk kebilik. Ditolaknya badan amir yang kurus tu di kerusi.
 Adam menyoal Amir seperti seorang Polis menyoal penjenayah yang  bersalah.

“Kau dah lama kat situ,cakap”bentak Adam
“Y...ya bang, Amir mintak maap”
“Knapa kau curi dengar...?”
“Se..se..sebab...abang Adam bukan abg yang dulu...”
“Maksud kau...?”
“Abang Adam yang dulu, bercakap dengan wanita ajnabi pun takut zina hati apatah lagi berkata istilah mama,papa pada wanita yang bukan halal padanya”
“Woi.....! Kalut la kau, tu dulu...Zaman aku bodoh...Buka la mata kau.. Sekarang aku dah moden, ikut trend la woi..Kau tu tak laku diam.....!”
“Abang, islam kan indah, hayatilah islam tu. Islam tak benarkan lelaki perempuan yang bukan halal berkata begitu?
“Islam..? Kat ic aje lah aku islam... Ala wat benda wajib dah lah sembahyang dan puasa. Couple tetap couple...
  Bercucuran air mata Amir....
“Abang bukan yang dulu, woi setan kembalikan abang aku dulu, tahjud dan qimullail jadi rutin, bukan sms dan zina hati menjadi pengganti...
Amir menolak abangnya, lalu berlari kebilik... Osman terpinga-pinga
“papa mengelamun ye” tiba-tiba dia terlupa yang dia sedang melayan panggilan Liza
“em liza ,Adam penat la..assalamualaikum..”balas Adam
“knapa panggil nama ...? klakar la papa ni... tata” balas liza
Huh.... sekuat mana pun iman lelaki , apabila dirayu wanita akan cair, inikan aku insan biasa yang islam hanya pada ic...
Ic........
Terngiang-ngaing kata-kata pada malam dia melukakan hati adiknya..
Wajah Amir kembali pada ingatannya, satu persatu menusuk kalbunya...



Sayang adik
Adik....
Kak sayang adik tau....
Kau siapa nak ucap sayang kat aku..??
Ini kakak lah...
Arghh.!! Aku tak ada kakak kejam macam kau

      Siraj termenung di jendela. Dilihatnya pohon yang menghijau begitu mempersona matanya. Sesekali pandangan matanya dialih pada langit.Seronok rasanya, assigntment yang bertajuk “islam pencorak kehidupan” Naik cuti assignmentnya perlu dihantar agar markah tambahan dalam Sains dan kemanusian dapat membantunya mendapat gred A.
    “Wah,Betapa besarnya ciptaan allah. Dia menjadikan langit dan bumi serta seisinya dengan hanya berkata kun fayakun. “fikirnya”
    Tiba-tiba didengarinya suara orang berbual. Ditekapnya telingnya kedinding. Rupanya adiknya, Farah sedang berbual dengan rakannya.
  “Em,takkanlah berbual dengan rakan sampai keluar sayang,abang”getusnya
  Siraj mengorak langkah kebilik adiknya, mujurlah pintu tidak dikunci. Siraj merampas telefon daripada tangan adiknya.
   “Telefon nanti ya” Siraj menjawab
   “K. Tata sayang”. Siraj terkejut, ini kali pertama di mendengar panggilan sayang daripada seorang lelaki ajnabi.
   “Siapa tadi adik..?” soal Siraj
   “Kenapa kau sibuk hah...? Pak we aku lah... Kau tu mana ada pak we, tak laku lah, setakat muka sahaja cantik tapi tak ada lelaki nak, baik mandi bunga..”
    “Adik, adik tahukan yang kita mana boleh berkata manja dengan lelaki ajnabi, hukumnya dosa..Adik yang ajar akak dulu”
   “Haha... Payah lah kau nie, dosa leh taubat lah, agpun suara aja.. Aurat aku tutup jugak , darjah khas pangkat satu , PMR 9A.. Dah terbukti keislaman aku... Tak macam kau, darjah khas pangkat 2.......
   “Adik, allah tak nilai tau sesorang itu melalu pencapaiannya, itu setakat duniawi, kat sisi allah sesiapa paling bertakwa lah yang disisinya lebih mulia,” balas siraj lembut
  “Habis , kau nak cakaplah yang kau tu mulia, tudung labuh, berjalan tunduk bila nampak lelaki, come on ... Open minded lah.. Sekarang dah zaman siber lah.. Tak ada pak we jadi anak dara tua lah.” Marah farah
  “Napa cakap gitu, setiap orang ada jodoh masing-masing ,allah yang .....
   Belum sempat Siraj menyambung katanya, kayu hoki sudah berada di depan matanya. Adiknya kelihatan sangat marah.
  “Kau nampak ni, berambus dari bilik aku tapi bawa sini telefon aku balik” gertak Farah...
  Siraj bingkas bangun , langkahnya dilajukan tetapi telefon bimbit adiknya tidak dipulangkan...
  “Woi, bagi balik telefon aku” Jerit farah
   “Kak sayang adik tau....”ucap siraj
    “Kau siapa nak ucap sayang kat aku..??” balas Farah dengan marah
     “Ini kakak lah adik yang selalu...”belum sempat menyambung
       “Arghh.!! Aku tak ada kakak kejam macam kau” ditolaknya siraj keluar dari biliknya . Pintu biliknya ditendang sekuat hati.

   Siraj bangun lalu berjalan kebiliknya, direnungi langit... Dia teringat peristiwa pada ketika nya jahil... Adiknya lah yang selalu membimbingnya.
  Pada waktu dahulu, dia seorang pelajar tomboy, aurat dan pergaulan, tidak pernah difikirkannya...  Baginya hidup sekali, masa itu lah kita enjoy. Namun farah lah yang merubah segalanya.
  Farahlah yang selalu menasihatinya, ibunya yang selalu memberi kekuatan kepadanya.

   “Akak, kenapa ya kita kena tutup aurat” farah sengaja menimbulkan persoalan...
   “Em sebab warisan kot, ya lah , ak tengok mak tutup aurat, tudung labuh, so aku rasa kita islam sebab warisan kot...”
   “Hehehhe, kalut lah akak ni...”
   “kalut, abis kalu kau pandai, kenapa kita kena tutup aurat..?”
   “sebab al quran ada cakap dalam surah al-azhab 33:59”

  Wahai nabi, suruhlah isterimu, anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya(semasa mereka keluar ) cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal(sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan(ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihi..

  “Jadi kena pakai mcam mumia lah , tutup semua, pakai purdah, tapi akak tengok orang pakai tudung sama jugak, dating jugak. Pegang tangan, Sejahil-jahil aku ni, x pernah pegang tangan lelaki...
   “Itu kan maknanya kakak, dia tak menghayati erti islam sebenarnya, ini buku adik bagi kakak satu buku yang bertajuk 4o akhlak mengubah dunia,” hulur Farah
   “Ish kau ni, kau taukan yang aku malas baca buku, apatah lagi buku agama.. Ambillah balik...” elak Siraj
  “Ala, akak cuba baca, then hayati tau..” pujuk Farah.

   Sejak hari itu, dia mula mengenali islam dengan lebih dekat lagi, banyak buku perpustakaan yang dipinjaminya. Farah lah juga yang selama ini  membimbinya. Kini, kelembutan dan keayuaannya kini bertukar rupa sejak kematian ibu 2 minggu yang lalu.
  Ayahnya pula mengambil ibu tiri tanpa menghiraukan kematian ibu .Isteri  barunya berumur sekitar lingkungan 23 tahun . Sejak saat itu, oleh sebab terlalu mendendami ayah, farah bertukar rupa. Farah yang dahulunya kuat agama kini goyah.

   Farah seorang pelajar di Sekolah Sains Kluang. Manakala Siraj seorang pelajar di SMKA JB dalam tingkatan 6atas. Ayahnya selalu sibuk dengan bisnes barangan sukan. Bagi ayahnya, dengan memberi nafkah sudah memadai untuk melaksanakan tanggungjawabnya . Kasih sayang dan perhatian di tolak tepi.
  Esok Siraj dan Farah  akan pulang ke asrama masing-masing. Seperti kebiasaanya, rumah itu akan sunyi semula, ayahnya akan pulang sekitar pukul 5pagi, dalam keadaan mabuk.
  Pernah satu ketika, ayahnya pulang dalam keadaan mabuk dan dia hampir merogol Farah, mujurlah sempat dihalang oleh Pak Abu, pemandu rumah mereka. Malang nasib Pak Abu, perbuatan baiknya dibalas dengan tahi, dia pula yang di tuduh untuk merogol Farah dan dibuang kerja.
  Sejak itu ,dendam Farah pada ayahnya semakin membuak-buak, kini sudah bersarang di lubuk sanubarinya. Baginya, selagi ayahnya tidak merana dek perbuatanya selagi itu dia tidak akan puas.

  Iman....

 Iman tak dapat diwarisi
       Dari seorang ayah yang bertakwa...
       Iman tak dapat dijual beli
      Ia tiada di tepian pantai
  



      “Huh,tebalnya buku ini,” rungut amir
       “Hehehe, sabar aja lah ya amir, kalau kau nak aku leh tolong kau, lagipun kita kena cepat ni, petang ni kita ada usrah dengan adik tingkatan 1 ,2 dan 4.”balas Adhwa..

Bersambung..


0 Insan yg prihatin: