The Future Is...Ours

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri (Surah Ar-Ra'd: 11)

Perancangan ini...

Salam kepada semua dan SALAM AIDILFITRI diucapkan ye! Kepada yang bakal dan telah pun memulakan sesi pengajian baru selepas raya ni harapnya dapat menyiapkan diri baik dari segi fizikal mahupun mental...demam raya pun masih belum surut lagi ni..hee..apepun hanya yang terbaik untuk sahabat-sahabat semua..!


Jom baca lagi..^_^




Kadangkala kita terfikirkan akan hal sedemikian:

            “Pernah tak kita rasa menyesal akan keputusan yang dibuat terutama hal yang berkaitan masa depan?”

Kadangkala kita terfikirkan:

            “Betul ke ni keputusan aku?? Atau hanya sekadar patuh kepada nasihat orang tua kita?? Supaya kita tidak dilabelkan sebagai insan yang ‘derhaka’??

Hurm, setiap daripada kita mampu untuk merancang dengan sungguh teliti lagi terperinci perancangan itu tapi bagaimanakah cara kita memanipulasikan jikalau tak seperti yang diharapkan?? Ingatlah sebaik-baik perancang itu datang daripada Allah jua.

Firmannya dalam surah Al-Imran ayat 54 mafhumnya;

             “Dan Mereka Merancang,Allah juga merancang,Dan ALLAH sebaik-baik Perancang”

Mudahan apa yang sedang kita dan diri ini lalui dan rancangkan mendapat hasil yang barmanfaat untuk masa akan datang..!
p/s: sebenarnya tgh memikirkan kenapa tiba-tiba boleh ‘terkeluar daripada program matrikulasi’..in sha allah, jikalau ini jalan untukku..aku takkan menoleh belakang lagi..! Yeah, go man and never give up! ^_^

0 Insan yg prihatin: