The Future Is...Ours

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri (Surah Ar-Ra'd: 11)

Perasaan itu...

Salam sejahtera diucapkan kepada semua muslim dan muslimah…it’s a about long time since the last post was in end month of july. Satu perkara tak kira sama ada ia manis atau pahit pasti akan berlaku tanpa kita pinta atau jangkakan..mungkin satu hari satu perkara baru…itu sememangnya fitrah kejadian yang telah tertulis sejak dahulu lagi sebelum roh ditiup oleh malaikat Izrail ke dalam setiap janin yang bakal mengalamai proses kehidupan…ha, hari ini nak bercerita tentang cinta…alamak, ye ke tajuk ni..hm, sudah tertulis apa yang hendak dilindung lagi..haha..hebat perasaan tu seiring dengan perkembangan emosi kita sebagai seorang yang bakal mengalami alam dewasa.
Pertama sekali, thanks the most to the person that had enlighten my ways before I got to stumble deeply in this matter. Kadang-kadang kita takkan mengerti akan liku-liku kehidupan tanpa bimbingan seseorang yang lain atau dengan erti kata lain sebagai sahabat. Walaupun dia itu adalah seorang perempuan, tapi tak salah kan  rasanya jika  bercerita akan perihalnya tanpa menyentuh hal peribadinya. Diriku mengenalinya sewaktu aku masih menuntut di matrikulasi lagi. Rupanya tidaklah seindah sang bulan yang tetap bersinar terang di malam hari dan tidaklah pula seindah sinaran sang suria pada waktu pagi, tapi ada sesuatu yang aku rasakan dia sangat berbeza.

Sambungan..

Orang berkulit hitam manis, rendah dan sentiasa tersenyum ceria!! Lebih bertuah dia merupakan satu kumpulan praktikum dgn aku. Hm, tak ke mana la dia menghilang selalu ye..!haha..kata orang pertama ketemu, alah biasa saje..tiada yang istimewa padanya..tapi satu waktu ketika itu begitu membuatkan diriku terpegun akan dirinya. Bukan terpegun kerana rupa dan sebagainya tapi kerana kepimpinannya yang sungguh menyerlah dan bersahaja..semua orang suka padanya..termasuk juga aku..agaga xD..dan lebih membuatkan aku terus menerus rasa kagum ialah ketika dia dilantik menjadi presiden wanita pertama untuk Suruhanjaya Pilihan Raya Kolej. Teruja rasanya bila seseorang yang kita kenal, kagum, selalu berjenaka bersama terpilih untuk memegang satu amanah tu..seperti biasa diri ini mesti rasa tercabar..biasala lelaki..mana nak mengalah ye tak?? Haha..
Tapi sejak diriku mula berpindah tempat pengajian, aku terasa sesuatu yang agak asing dalam diri aku sendiri..seringkali aku mencari jawapan untuk hal itu..alhamdulillah..jumpa juga..iaitu perasaan “jatuh hati”!! haih, kes berat ni..!! erkk, sebenarnya tak juga berapa berat..tapi in sha allah, diri ini masih kuat untuk menhadapi ni semua..syukur..biarlah si dia menjadi rahsia..lagipun kalau didedahkan siapa yang kenal..kan?? hehe..sekarang dia sedang menghadapi soalan-soalan kuiz sebelum balik bercuti untuk raya yang akan datang ni..apepun, aku hanya mampu mendoakan yang terbaik untuknya..in sha allah, jikalau jodoh takkan ke mana perginya kan..? mudah-mudahan..allhumma a’thini al marah solihah..
Sekian…


1 Insan yg prihatin:

siapakah beliau yg ko mksodkn tu?