The Future Is...Ours

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri (Surah Ar-Ra'd: 11)

Tadabburkan Cinta Itu (Part 2)


**Tadabburkan Cinta Itu...Part 1

"Allahu akbar, Allahu akbar..."
"Allahu akbar, Allahu akbar..."

Sayup kedengaran suara bilal melaungkan azan Subuh memecah kesunyian pagi 17 JamadilAkhir. Jam menunjukkan hampir jam 6 pagi. Loceng penggera berbunyi. "Kringg". Dengan selamba, aku terus mematikan jam loceng itu. Hari  ini, diriku terbangun awal. Setengah jam awal sebelum Subuh tadi. Entah aura apa. Segala puji bagi Allah. Tapi, aku sangat rindu Qiam. Sudah cukup lama aku tidak mendirikan Qiam sebagaimana lazimnya. Satu minggu sekali Qiam, cukuplah. Sebagai usaha awal. Kemudian, barulah seminggu dua kali. Dah agak 'kuat' sikit, seminggu tiga kali. Target diriku adalah setiap hari dalam semingu. Banyak fadhilat daripada pelaksanaan Qiam. Antara terpopular sekali adalah menguatkan rohani kita. Lebih kebal. Kuat. Juga sebagai antara jalan untuk menggapai syurga Allah. 


Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Ada dua macam mata yang tidak akan disentuh oleh neraka, iaitu mata yang menangis kerana ketakutan kepada Allah dan mata yang pada malam hari menjaga musuh datang dalam melakukan peperangan fi-sabilillah.”
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.


"Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat. (Surah Hud:114)


Daku terus bersiap untuk segera berjemaah Subuh di masjid. Besar ganjaran pahala jikalau berjemaah. 27 kali lipat. Destinasi, Masjid Jamek Sri Petaling. Sunyi pagi itu. Berteman beberapa buah kereta yang boleh dikira, mula menghiasi jalan raya yang lengang itu. Aku mula berjalan dengan wuduk. Sambil beristighfar. Melihat anugerah alam yang cukup indah. Bertemankan lampu jalan, kakiku terus melangkah. Membawa badanku semahu-mahunya. 

*******

Tiba di kediaman pelajar aspura UKM. Hari ini belah petang akan ada bulatan gembira kami. Bersama naqib baru, akhi Syed Hafiz, pelajar perubatan, UKM. Dia seorang yang baik, sopan. Ala-ala pemalu gitu. Rendah. Redup dan tenang terpancar daripada riak wajahnya. Agak cerah. Berkaca mata. Ada seciput janggut. Mukanya mula menampakkan tanda kemerah-merahan apabila dia berkata-kata. Bercampur. Terdiri daripada lima orang. Selebihnya, junior UKM sendiri yang menyertai. Usrah kali ini, aku belajar apa itu 'Sejarah Kita'. Kebiasaannya, topik sejarah sirah Islamiyah yang akan menjadi topik perbincangan kami. Sejarah Islami, yang mungkin satu ketika dahulu kita pernah belajar di sekolah rendah agama. Tapi kurang fakta-fakta, perbandingan dahulu-semasa dunia. 

Lebih kurang dua jam, selesai sekali dengan solat Asar berjemaah. Abg Hafiz, kemudian nak belanja makan. Makan luar katanya. Bergeraklah aku dan anak-anak usrah lain menaiki sebuah kereta Kia Spektra ke pusat bandar. 
"Kita nak menuju ke mana abg hafiz?" tanya aku."Ke tempat makanlah. Kan, abg nak belanja antum semua makan" Menjawab sambil tersenyum. "Tapi kat mana tu? Sebab macam jauh je nak pegi. Menuju ke Bangi ni" "Ikut je." manis senyumannya. Hampir nak cair jugaklah. Nasib baik lelaki. haha. Kalau tak, huh, nak terkam je. Aip, batas-batas. Lupa pula. 

Tiba ditempat yang dituju. Kelihatan seperti restoran yang agak Islamik. Mana taknya, hampir semua pelanggannya, memakai kopiah, jubah ,kurta bagi lelaki. Manakala perempuannya, labuh pakaiannya serta ada yang berniqab. Nama restoran, Al-Firdaus. Aku turun daripada kereta bersama dengan yang lain. "Ramainya, orang. Baru jam 6 sore." "Jom." Abg Hafiz mengajak aku dan yang lain melangkah masuk ke restoran berkenaan. Satu port dikenal pasti. Duduk dalam jemaah. Seorang pelayan mendekati. Sambil menghulur menu. Abg Hafiz menyambutnya. Seraya berkata "Shukran, akhi" "Hari ini, abg nak belanja antum, nasi turki. Ada siapa-siapa pernah makan tak?" tanyanya. Semua menggeleng. Tak pernah. Nasi Arab pernah la. Sambil membelek-belek menu. Apa yang aku dapat lihat, suasana restoran tu, unik. Nak kata restoran mamak, bukan mamak. Apatah lagi style dia. Nak kata restoran Arab, tak jugak. Sebab, menu yang ada dalam buku menu, hampir semua menu adalah daripada Timur Tengah. Tapi pengusaha restoran tersebut adalah orang Melayu Islam. 

Sementara menunggu pesanan sampai, kami berbual-bual kosong. Abg Hafiz suka bagi soalan cepumas pada tempat-tempat yang tak sepatutnya. Kali ini soalan berbunyi, " Andai kata, datang seorang kafir kepadamu, lalu bertanyakan soalan, " Kamu Islam bukan? Jadi, saya nak tanya kepada kamu. Bagaimana kamu boleh mempercayai dan mengakui hakikat tuhan kamu wujud, sedangkan Dia langsung tak nampak, apatah lagi wujud ? Bukankah lagi baik menyembah tuhan yang ada fizikal? Senang, yakin, percaya. Macam tuhan saya.Saya Kristian. Tolong bagi saya jawapan kamu. Kalau jawapan tu, saya tak puas hati, kamu kena masuk agama saya" Pulak dah. Hardcore jugak soalan abg Hafiz ini. 


Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

Kami berempat memikiran jawapan yang sesuai sambil disertakan dalil aqli. Sebab, kafir ni, tak makan sangat dengan ayat Quran. Ada sesetengahnya yang percaya. Ada juga yang tidak. Jadi, hujah yang bersesuaian adalah menggunakan akal semata. Atau nama lain adalah dalil 'aqli. 
Selepas kami bermusyawarah hampir 15 minit, kami bertemu dengan jawapannya. 
Aku secara sukarela menjadi tukang penyampai idea dan pendapat kepada soalan tu.
Aku mulakan dengan muqadimah. Dengan senyuman, hati yang tenang, aku mulakan,"Ehem, test.test. Bismillah. Selesai sudah permusyawarahan kepada soalan tadi. Jadi antara persoalan yang timbul adalah keraguan yang meragukan. Solusi disini, adalah dengan mewujudkan satu soal teka teki. Sebagai contoh, kisah Saidina Umar dengan seorang lelaki yang datang bertanyakan tentang kewujudan Allah. Lalu Saidina Umar menyuruh pemuda tadi, melihat terus ke matahari. Lalu bertanya," Adakah engkau dapat terus melihatnya?" "Tidak. Ia terlampau bersinar terang dan sangat menyakitkan mata." Balas pemuda tadi. Saidina Umar pun berkata, "Jikalau kamu pun tidak dapat melihat ciptaanNya, bagaimana mungkin kamu bisa melihat Allah?". Aku berhenti seketika. Mencari input dan olahan ayat. Semakin berkurangan pelanggan dalam restoran Al-Firdaus. Mungkin, hari sudah mulai kelam.

Aku lihat sahabat-sahabatku. Kosentrasi penuh diberikan kepadaku beserta muka polos yang terkandung seribu satu rahsia. Aku terus menyambung, " Antara lain, kisah sekumpulan ilmuwan bangsa Romawi yang atheis dan Imam Abu Hanifah RA. Setelah masjid hampir dipenuhi dengan orang Islam, lalu seorang ilmuwan kafir Rom bangkit lantas menuju ke mimbar dengan cabaran untuk berdebat tentang keberadaan  dan kewujudan Allah. Tiada siapa yang bangun menyahut cabaran kecuali Abu Hanifah bangun lantas menuju ke mimbar. Maka, bermulalah perbahasan.


Atheis: Dimana kira-kira Robbmu itu berada?
Abu Hanifah: Kalau kami membawa segelas susu segar ke sini, apakah kalian yakin kalau dalam susu itu terdapat lemak?
Atheis: Tentu.
Abu Hanifah: Tolong perlihatkan padaku, dimana adanya lemak itu?
Atheis: Membaur dalam seluruh bahagian susu.
Abu Hanifah: Kalau lemak yang termasuk mahluk itu, tidak mempunyai tempat khusus dalam susu tersebut, apakah layak kalian meminta kepadaku untuk menetapkan tempat Allah Taala?

Maka ilmuwan Rom itupun bertanya lagi,

Atheis: Perlihatkan bukti keberadaan Robbmu kalau memang dia ada
Abu Hanifah ra mengambil tanah liat, lalu dilemparkannya tanah liat itu ke kepala orang atheis itu .Para hadirin gelisah melihat peristiwa itu, khawatir terjadi keributan, tetapi Abu Hanifah menjelaskan bahwa hal ini dalam rangka untuk menjelaskan jawaban yang di minta kepadanya. Hal ini membuat orang atheis mengenyitkan dahi,
Abu Hanifah: Apakah lemparan itu menimbulkan rasa sakit di kepala anda?
Atheis: Ya, tentu saja.
Abu hanifah: Dimana letak sakitnya?
Atheis: Ya, ada pada luka ini.
Abu Hanifah: Tunjukkanlah padaku bahwa sakitnya itu memang ada, baru aku akan menunjukkan kepadamu dimana Robbku!
Orang atheis itu tidak menjawab tentu saja tidak bisa menunjukkan rasa sakitnya, karena itu adalah suatu rasa dan ghaib tapi rasa sakit itu memang ada. 
"Jadi, itu adalah antara tamsilan-tamsilan yang boleh digunakan dalam menjawab segala persoalan yang diajukan. Sebenarnya sahabat-sahabatku sekalian, Allah menguji antum dengan sekadar kemampuanmu. Pabila ujian itu,seolah-olah kamu tak mampu menjawabnya dan menyahutnya, ingatlah Dia lagi Maha Mengetahui yang kamu boleh,mampu. Jadi, sama-samalah kita berdoa agar dikuatkan Imaan, dalam menghadapi situasi sebegini. Allah uji kita, sebab kita mampu dan sayang kepada kita. Dia tersangat rindu akan rintihan pertolongan hambaNya. Ingatlah, kita ingat Dia, Dia ingat kita. Khairu minaAllah, syarru minnafsi. Wassalam," aku menyimpulkan ulasan akhir jawapan tadi setelah panjang lebar bercerita. Hm, macam naqib la pula. Tersenyum nakal aku. Aku pandang abang Hafiz. Tersenyum ceria dia memandang aku atas bawah. Huh. 

"Alhamdulillah, bagus point antum semua. Syabas. Erm, dah boleh jadi naqib ni. Boleh la bimbing anak-anak usrah baru pula. Tak sabar nak 'lepaskan' antum." "Ah, apa dia abg Hafiz? Lepaskan kami?" "Eh, tak.tak. Saje je." Dengan pantasnya, mencover. Ceh. Makanan pun sampai. Nasi turki menjadi santapan. Macam biasa, acara sunnah menjadi pilihan hati. Guna tangan. Doa makan. Duduk sunnah. Utamakan buah-buahan. Minum air, tiga kali teguk.Kunyah 40 kali.Jilat jari. Jangan tinggalkan sisa. Kecuali yang tak boleh dimakan seperti tulang. Doa lepas makan.Aku suka bergurau dengan usrah aku. Ada ketika tu, sebutir nasi jatuh di luar dulang. Cepat-cepat aku cakap kat dia, "ish, isteri solehah tu kat luar dulang. Kutip! Kutip! Kesian isteri kat luar. Jemputlah masuk." Jemput masuk tu, bermakna makan la nasi yang sebutir tu.  

Sedang sibuk menikmati juadah, terasa nak minum. Mencari lah air. Terpandang seorang kelibat muslimah sedang menaiki kereta Honda di tempat duduk belakang tak berapa jauh dari tempat kami duduk. Kelihatan, bersama ibu dan ayahnya serta seorang adik lelakinya.Yang menghairankan aku, seolah-olah aku pernah melihatnya sebelum ini. Adakah seperti dalam gambar tu? Kakiku terasa nak bergerak dan mengejarnya. Tapi aku ditegur oleh abg Hafiz. "Astaghfirullah"


Hiasan. Harap maklum.



***Bersambung...Tadabburkan Cinta Itu...Part 3

Tadabburkan Cinta Itu (Part 1)



Disclaimer: Tiada kaitan dengan watak yang dikenali. Situasi adalah rekaan semata.


Semekar bau-bauan bunga ros di sebuah taman di sebuah pagi yang indah nan permai. Bertemankan sebatang pena dan buku nota kecil. Di atas sebuah bangku istirehat diperbuat daripada kayu, aku duduk di situ. Mula mencoret bingkisan rahsia alam yang sungguh, terlampau banyak untuk dinukilkan bersama. Tatkala mata anugerahNya memandang sayup akan kehijauan alam, diri terasa sungguh tenang. Kanak-kanak ria bermain. Turun naik gelongsor itu. Panjat tangga, turun tangga. Sekali, terjatuh. Bupp. Bingkas bangun kembali. Menyambung aktivit panjat memanjat. Lelaki, tunjuk macho la tu. Perempuan, menangis.Tak sanggup panjat lagi. Dah serik. Mungkin. Menunjukkan betapa lemahnya kaum Hawa ini. Alahai, sang khalifah kecil. Bakal pewaris ulama dan umara'. Tersenyum aku sendirian. Tanpa sengaja, sekuntum senyuman mekar di wajah yang tak seberapa ini. Soal diri aku yang menjangkau hampir 20 tahun ini, macam mana? "Inshaa Allah, sempat lagi nak kejar" Sambil senyum-senyum kelat. 

Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya) dan apabila Dia berkehendak (untuk menjadikan) sesuatu, maka Dia hanya berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Lalu menjadilah ia.
[Baqarah :117] 

********************

Lagu mp3 dipasang. Disambungkan dengan headphone terus ke smartphone. 

"Tika mata

Diuji manisnya senyuman

Terpamit rasa menyubur harapan


Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta..."

"Ah, lagu ni ke? Erm, layan jelah.", monologku sendirian. Mood cintan-cintun activated. Lagu disambung kembali.

"Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa..."


Cepat-cepat smartphone diunlock. Butang "pause" ditap. Rewind. Diulang-ulang part yang terakhir lagu. Dihayati dengan sepenuh penghayatan. Khusyuk. Ligat kepala memikirkan.

"Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa..."

Senyum. Hebat. Lirik lagu yang sungguh bermakna. Betul lah. Cinta tak harus diduakan. Cinta Allah. Cinta manusia. Cinta Allah, paling utama. Diriku terpanggil untuk menggarap maksud itu dengan mendalam. Memikirkan sejenak. Bait lagu tu. Kadang-kala daku suka memikirkan perkara yang menarik, yang tak pernah menjadi perhatian orang lain. Yang mana, ia terlampau rumit untuk disolusikan. Contoh, agak-agak, boleh ke manusia hidup tanpa pengabdian kepada Rabbnya? Itu satu persoalan yang cukup menarik untuk dibentangkan. Atheis. Satu tanda kepada golongan manusia yang tak tahu dan tak punya bertuhan. Kenapa ye jadi begitu? Kurangkah 'kasih sayang', belaian agama daripada orang lain? Jadi, tugas kitalah selanjutnya. ;)

Lamunanku terhenti. Disapa dengan bacaan al-Quran daripada sahabat serumah. Merangkak-rangkak dia membacanya. Allah. Pahala orang yang membaca al-Quran itu, adalah dua pahala satu huruf. Yang lancar bacaan, fasih, laju, cuma satu pahala je.
Terpanggil diriku untuk mentasmi' bacaannya. Dia terima dengan rela. Dia bahagia, diriku pun bahagia. Tersenyum akhirnya. Alhamdulillah.

******

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya) [Jumuah: 9]

15 Jamadil Akhir 1434H.

Pagi Sayyidul Ayyam yang hening pada pagi hari. Tanganku laju membuka kekunci laptop. Button on ditekan. Hidup. Mataku mencari-cari, apa yang tak kena. Seolah-olah ada sesuatu yang hilang. Terus mencari. Keluar masuk folder tu, folder ni. Masih tak ketemu. Mula pasrah. *Mendengus. "Ish, tak elok mendengus ni." Cepat-cepat diriku istighfar kembali. Lafaz istighfar meniti di bibir sebanyak tiga kali. Misi mencari diteruskan. Apa ye yang nak dicari? Hm...Ah, satu gambar tu. Err, kenapa ye diriku terpanggil untuk mencarinya? 

Terjumpa satu folder berjudul, "Final Paperwork ". Mouse dihover  ke folder, lalu diklik. Banyak file didalamnya. Sedang khusyuk meneliti fail-fail yang ada, diriku terpandang satu fail berformat 'jpeg'. Diklik. Oh. Gambar ibu dan ayahku. Mesra sungguh mereka. Gambar tu, bertarikh 19 September 2009. Tarikh dimana berlangsungnya walimah akakku. Tapi, aku masih mencari-cari, apakah keresahan ini? Pusing. Aku mula mengimbas kembali hal yang semalam. Hal kelmarin. Hal minggu lepas. Bulan lepas. Sehinggalah, aku buntu. Tiba-tiba, mataku tertancap pada gambar ibu dan ayahku. Kelihatan dalam gambar, bukan sahaja mereka. Tapi ada kelibat seorang wanita sedang melintas dibelakang mereka. Maklumlah, waktu walimah kan? mesti riuh, dan ramai orang. Aku perhati dengan lebih dekat gambar tersebut. Seorang wanita yang labuh pakaiannya. Tak berniqab. Tapi hanya menampakkan bahagian tepi mukanya sahaja. Seakan-akan diriku pernah mengenalinya. Tapi siapa ye? Dimana?

Sedang aku khusyuk memerhati gambar itu, zoom out dan zoom in, aku disergah. Cepat-cepat tanganku segera menarik LCD screen lalu ditutup. "Erm, kau takde exam ke hari ni?" "Ah, belah petang nanti. Subjek Engineering Design." "Boleh tumpang motor sekali petang ni? Kau ada exam lagi kan petang ni.?" "Boleh je, hehe" "Terima kasih," itulah sahabat. Menolong kita, waktu senang dan susah. Alhamdulillah.

“Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri”. [Riwayat al-Bukhari dan Muslim] 



p/s: cubaan pertama menulis cerpen pendek versi Islamik. =) Nantikan bahagian seterusnya.

Coretan Lelaki Biasa.


Hidup ini selalunya indah. Atas asbab kita yang mencorakkannya. Indah lagi ciptaan sang Pencipta, tiada tolok bandingnya. Inilah diri aku, yang tak seberapa, mencuba untuk mengindahkan lagi corak hidup. Untuk mengindahkan kehidupan ini, elemen cinta dan kasih sayang, sangat penting. Itulah dia maha Karya utama untuk menginspirasi seterusnya menjadi tongkahan arus keindahan. Pabila kita sibuk sendirian, pernah tak kita terfikir, "apakah lagi yang harus aku lakukan?" "apakah cara dan amal aku sudah cukup?" "adakah ilmu aku dah cukup?"

Kadangkala kita terasa angkuh sendirian bertemankan angin yang sepi-sepi bahasa. Mengalun perlahan. Terbias di telinga. Segar serta merta objek yang disinggahinya. Tatkala burung berkicauan, sang ibu burung memanggil anaknya pulang ke sarang, ayam mula bereban kembali ke tempat tuannya, senja petang mula melabuhkan tirainya, kita tahu yang itu adalah kuasa Allah yang maha menggerakkan setiap hidupan yang bernyawa di bumi ini dengan sungguh teratur. Allahurabbi... Setiap kali kita memikirkan soal keangkuhan itu, ia akan terhapus bak debu-debu yang berterbangan halus diganti pula dengan kerdilnya diri dihadapan sang Pencipta. Sungguh kerdil. Hati mula menggumam tak keruan. Kelopak mata mula digenangi air mata, sedikit demi sedikit hingga ia tak tertampung lagi lalu tertumpah. Laju menuruni, sang pipi yang sedia menanti. "Allah, aku akur pada kekuasaanMu." "Kaulah segalanya bagi kami."

Tatkala diri diselubungi sendu dan pilu, diri menjadi sangat tak keruan. Habis air mata jatuh ibarat hujan tanpa belas kasihan. Menderu-deru selaju-lajunya. Wajah ibu bapa silih berganti. Entah apa, yang mereka sedang lakukan sekarang. Teringat daku akan keringat mereka. Pengorbanan mereka lakukan untuk kita selama hampir 20 tahun usia kita di dunia. Pernah tak kita bersikap angkuh dengan ibubapa? Disebabkan kerana hanyalah kita yang 'sangat bijak' dalam berkata-kata dengan fakta-fakta ilmu yang dipelajari? Tergamam mereka memandang kita dengan rasa sayu, "oh, anakku. Maaf ayah, ibu tak tahu apa-apa, nak." Sanggupkah hatimu melihat perasaan mereka tertores bak sembilu atas perkataanmu yang cukup-cukup melukakan? Mereka mungkin tak pernah menzahirkan, tapi mata hati mereka, mencerminkan segalanya.

Tatkala kita semakin dewasa, semakin kuat dan pintar, mereka pula semakin lemah, tak berdaya. Tapi mereka tetap teruskan hidup ini dengan tenaga, usia yang masih bersisa. Sebab mereka berhajatkan doa kita, anak-anak mereka. Sebab adanya kita, untuk menjaga mereka. Mereka hanya perlukan kasih sayangmu sahaja. Bukan ukuran wang ringgit, hadiah pemberian semata, tapi dengan kasih sayang, ia mampu menggantikan segalanya.
Satu hari, sedang sibuk kita belajar, alpa dengan assignment, tutorial, kita dikejutkan dengan satu panggilan telefon. Seorang yang tak dikenali. Bertanyakan nama penuh kita. Memberitahu sesuatu. Tumpah menderu airmata, laju menuruni pipi. Basah. Info yang diterima, "Encik Aidil, ibu dan ayah anda, maut dalam kemalangan nahas jalan raya. Saya, wakil pihak hospital mengucapkan takziah."

Terduduk menangisi pemergian sekelip mata. Dengan curahan yang amat sangat. Terimbas kembali memori kita dengan emak dan ayah. Gelagat dengan emak di ruang dapur. Bertanya, cara-cara memasak gulai ikan. "emak, lepas tumis ni, kene buat ape pula?" "lepas masukkan air masak?" "garam, banyak mana?" 
emak menjawab, "lepas tumis, masukkan air." "lepas masukkan air masak, tunggu mendidih, baru masukkan ikan" "garam hujung-hujung sudu" sabar dan   lemah lembutnya dia menjawab pertanyaan kita. Sambil tersenyum memberi penerangan dengan rasa cukup bahagia sekali. Tapi kini, kita berseorangan. Siapa guru memasak kita di rumah? Ia telah pergi buat, selama-lamanya.

"Ayah, kenapa kena tabur baja fosforus ni kat pokok sawit tu?" "Banyak tak kena tabur?" Ayah dengan senang hati menjawab sambil tersenyum "baja ni, ibarat makanan diorang. Mereka pun lapar jugak. Macam kita, kalau tak makan, lapar tak? " "Ada sukatan die tu. Nah, guna mangkuk kecil ni. Separuh mangkuk je. Jangan lebih" Tapi kini, dia tiada lagi. Meneman kita, berladang. Membaja. Dia tiada, bukan untuk sementara. Tapi, selama-lamanya. Takkan kembali. Tumpah. Sehabis tumpah air mata itu, dek kenangan lampau. Yang cukup terkesan. Nostalgia lama. Membuku di benak sanubari.

Kadangkala, pengorbanan yang mereka lakukan cukup besar. Kita yang menganggapnya sebagai remeh temeh. Pandanglah dengan mata hati. Ia mampu memberikan kesan. Kesan yang cukup mendalam.

Hargailah mereka. Sementara mereka masih bernyawa. Telefon mereka, sekarang, tanya khabar mereka, katakan pada mereka " Ayah, emak..minta maaf. Sayang ayah dan emak." Waktu itu, hati mereka menjadi sangat sejuk dan sangat bahagia lalu berkata "tak sia-sia kita mendidik dia dari kecil hingga sekarang ye, maknya."