Semekar bau-bauan bunga ros di sebuah taman di sebuah pagi yang indah nan permai. Bertemankan sebatang pena dan buku nota kecil. Di atas sebuah bangku istirehat diperbuat daripada kayu, aku duduk di situ. Mula mencoret bingkisan rahsia alam yang sungguh, terlampau banyak untuk dinukilkan bersama. Tatkala mata anugerahNya memandang sayup akan kehijauan alam, diri terasa sungguh tenang. Kanak-kanak ria bermain. Turun naik gelongsor itu. Panjat tangga, turun tangga. Sekali, terjatuh. Bupp. Bingkas bangun kembali. Menyambung aktivit panjat memanjat. Lelaki, tunjuk macho la tu. Perempuan, menangis.Tak sanggup panjat lagi. Dah serik. Mungkin. Menunjukkan betapa lemahnya kaum Hawa ini. Alahai, sang khalifah kecil. Bakal pewaris ulama dan umara'. Tersenyum aku sendirian. Tanpa sengaja, sekuntum senyuman mekar di wajah yang tak seberapa ini. Soal diri aku yang menjangkau hampir 20 tahun ini, macam mana? "Inshaa Allah, sempat lagi nak kejar" Sambil senyum-senyum kelat.
Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya) dan apabila Dia berkehendak (untuk menjadikan) sesuatu, maka Dia hanya berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Lalu menjadilah ia.
[Baqarah :117]
********************
Lagu mp3 dipasang. Disambungkan dengan headphone terus ke smartphone.
"Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan
Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta..."
"Ah, lagu ni ke? Erm, layan jelah.", monologku sendirian. Mood cintan-cintun activated. Lagu disambung kembali.
"Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna
Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka
Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya
Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa..."
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna
Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka
Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya
Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa..."
Cepat-cepat smartphone diunlock. Butang "pause" ditap. Rewind. Diulang-ulang part yang terakhir lagu. Dihayati dengan sepenuh penghayatan. Khusyuk. Ligat kepala memikirkan.
"Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa..."
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa..."
Senyum. Hebat. Lirik lagu yang sungguh bermakna. Betul lah. Cinta tak harus diduakan. Cinta Allah. Cinta manusia. Cinta Allah, paling utama. Diriku terpanggil untuk menggarap maksud itu dengan mendalam. Memikirkan sejenak. Bait lagu tu. Kadang-kala daku suka memikirkan perkara yang menarik, yang tak pernah menjadi perhatian orang lain. Yang mana, ia terlampau rumit untuk disolusikan. Contoh, agak-agak, boleh ke manusia hidup tanpa pengabdian kepada Rabbnya? Itu satu persoalan yang cukup menarik untuk dibentangkan. Atheis. Satu tanda kepada golongan manusia yang tak tahu dan tak punya bertuhan. Kenapa ye jadi begitu? Kurangkah 'kasih sayang', belaian agama daripada orang lain? Jadi, tugas kitalah selanjutnya. ;)
Lamunanku terhenti. Disapa dengan bacaan al-Quran daripada sahabat serumah. Merangkak-rangkak dia membacanya. Allah. Pahala orang yang membaca al-Quran itu, adalah dua pahala satu huruf. Yang lancar bacaan, fasih, laju, cuma satu pahala je.
Terpanggil diriku untuk mentasmi' bacaannya. Dia terima dengan rela. Dia bahagia, diriku pun bahagia. Tersenyum akhirnya. Alhamdulillah.
Lamunanku terhenti. Disapa dengan bacaan al-Quran daripada sahabat serumah. Merangkak-rangkak dia membacanya. Allah. Pahala orang yang membaca al-Quran itu, adalah dua pahala satu huruf. Yang lancar bacaan, fasih, laju, cuma satu pahala je.
Terpanggil diriku untuk mentasmi' bacaannya. Dia terima dengan rela. Dia bahagia, diriku pun bahagia. Tersenyum akhirnya. Alhamdulillah.
******
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya) [Jumuah: 9]
15 Jamadil Akhir 1434H.
Pagi Sayyidul Ayyam yang hening pada pagi hari. Tanganku laju membuka kekunci laptop. Button on ditekan. Hidup. Mataku mencari-cari, apa yang tak kena. Seolah-olah ada sesuatu yang hilang. Terus mencari. Keluar masuk folder tu, folder ni. Masih tak ketemu. Mula pasrah. *Mendengus. "Ish, tak elok mendengus ni." Cepat-cepat diriku istighfar kembali. Lafaz istighfar meniti di bibir sebanyak tiga kali. Misi mencari diteruskan. Apa ye yang nak dicari? Hm...Ah, satu gambar tu. Err, kenapa ye diriku terpanggil untuk mencarinya?
Terjumpa satu folder berjudul, "Final Paperwork ". Mouse dihover ke folder, lalu diklik. Banyak file didalamnya. Sedang khusyuk meneliti fail-fail yang ada, diriku terpandang satu fail berformat 'jpeg'. Diklik. Oh. Gambar ibu dan ayahku. Mesra sungguh mereka. Gambar tu, bertarikh 19 September 2009. Tarikh dimana berlangsungnya walimah akakku. Tapi, aku masih mencari-cari, apakah keresahan ini? Pusing. Aku mula mengimbas kembali hal yang semalam. Hal kelmarin. Hal minggu lepas. Bulan lepas. Sehinggalah, aku buntu. Tiba-tiba, mataku tertancap pada gambar ibu dan ayahku. Kelihatan dalam gambar, bukan sahaja mereka. Tapi ada kelibat seorang wanita sedang melintas dibelakang mereka. Maklumlah, waktu walimah kan? mesti riuh, dan ramai orang. Aku perhati dengan lebih dekat gambar tersebut. Seorang wanita yang labuh pakaiannya. Tak berniqab. Tapi hanya menampakkan bahagian tepi mukanya sahaja. Seakan-akan diriku pernah mengenalinya. Tapi siapa ye? Dimana?
Sedang aku khusyuk memerhati gambar itu, zoom out dan zoom in, aku disergah. Cepat-cepat tanganku segera menarik LCD screen lalu ditutup. "Erm, kau takde exam ke hari ni?" "Ah, belah petang nanti. Subjek Engineering Design." "Boleh tumpang motor sekali petang ni? Kau ada exam lagi kan petang ni.?" "Boleh je, hehe" "Terima kasih," itulah sahabat. Menolong kita, waktu senang dan susah. Alhamdulillah.
“Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri”. [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]
*Bersambung...Tadabburkan Cinta Itu...Part 2
p/s: cubaan pertama menulis cerpen pendek versi Islamik. =) Nantikan bahagian seterusnya.
4 Insan yg prihatin:
Pengisian yg bagus. Ada yg lawak :D Teruskan berdakwah krn Allah .. Surah Az Zumar(39):ayat 12 .. "Dan aku diperintahkan agar menjadi yg pertama tama berserah diri" ...
Belajar dan terus belajar mengejar cinta Allah.. InsyaAllah ..
apakah yang lawaknya?haha. Apapun, terima kasih sudi menjengah ke blog yang tak seberapa ni. =)
entahla, kalau baca tu sambil tersenyum tidak dikira lawak ke ? haha, teruskan sambung .. nak tahu sampai penghujung nya Tadabburkan cinta itu :) tadi baru habis baca yg part 2, harap part 3 .. dlm masa terdekat . .
erm. boleh la kalau nak senyum, takde masalah. =) insyaAllah, part 3 nanti. byk part ni =P . tapi tak janji. paper full sampai jumaat.
Post a Comment