Nurul Qurratun ‘Aini. Khusyuk menelaah buku
motivasi yang baru dimilikinya beberapa hari yang lepas. Berpenakan tulisan dengan
gaya olahan islami, menandakan ia sebuah buku yang berteraskan agama dan pengaplikasian
secara keseluruhan. Begitulah rutin hariannya jika mempunyai kelapangan masa sambil meredakan kekusutan masalah norma yang
berlaku masa kini. Sungguh, dia seorang yang tidak mahu meluangkan masa dengan
sia-sia. Sebab, padanya, masa itu sangat berharga. Jarang sekali dia membuang
masa dengan perkara tak berfaedah. Ada sahaja perkara yang akan diisi. Selesai
diisi dengan membaca, jiwanya akan cukup puas. Mana tidaknya, rohaninya selalu
kenyang. Dia cukup bahagia dengan cara
begitu. Sangat bahagia, indah sekali, ronta kata hatinya. Seketika, dia teringat
akan firman allah berbunyi,
“ Jika Allah menimpakan suatu kemudaratan
kepadamu, maka tidak ada yang mampu menghilangkannya melainkan diri sendiri.
Dan jika dia mendatangkan kebaikan kepadamu,maka dia maha kuasa atas segala
sesuatu.(6:17)”
Dalam usaha mentarbiyyah diri,banyak dugaan daripada Sang Khaliq
yang datang silih berganti.Takkan pernah putus. Berbekalkan dengan minda, akal
yang positif, semuanya ditangkis dengan sesempurna yang mungkin. Sebab, dia sangat
akur dan faham bahawa dugaan itu, bukan bersifat untuk menzalimi tetapi untuk
mendidik jiwa-jiwa muslim agar menjadi
seorang mukmin. Mukmin, yang cekal dan teguh, sesuai dengan gelaran seorang
mujahidah agama yang bakal harum suatu masa kelak. Sungguhpun begitu, dia sudah
lama merindukan satu suasana. Suasana yang dipanggil “usrah”. Usrah bersama
kakak-kakak senior yang sudah melanjutkan pelajaran nun jauh di Amerika
Syarikat, negara yang gah dengan dasar liberalisasinya. Bermodalkan masa yang
terluang itulah, dia mencari majlis-majlis ilmu untuk diisi di setiap hujung
minggunya. Afidatun Najihah. Pelajar tahun pertama institusi pengajian tempat Qurratun
‘Aini belajar, seorang yang peramah dan sentiasa bersemangat. Dia senantiasa mengajak
kenalan-kenalannya untuk melakukan amal kebaikan. Pernah suatu ketika, dia
berkata kepada Qurratun ‘Aini, “Kak, kalau kita nak buat sesuatu kebaikan, kita
jangan buat sorang-sorang… kita kena ajak orang lain jugak”, dengan senyuman
yang cukup ceria. Bait kata-kata yang sudah cukup membuatkan Qurratun ‘Aini, lebih
bersemangat dalam jalan mujahadah ini. Berbekalkan dengan perangsang kata-kata
itu,Qurratun ‘Aini, terpanggil untuk mengajak
beberapa orang sahabatnya yang juga memerlukan tarbiyyah. Seperti dia. Jikalau
boleh, seramai yang mungkin. Itu lah targetnya.
*****
Hampir cukup setahun Qurratun ‘Aini meninggalkan kehidupan bulatan
gembiranya. Sepanjang tempoh itu, dia hanya mendapat ta’lim dari Encik Google
dan akak Youtube. Dan kini, dia kembali ke suasana yang sangat dirinduinya.
Bersama dengan orang-orang yg sentiasa membicarakan perihal mentamadunkan diri
mengikut apa yg dianjurkan dalam Islam berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Dia
bermula kembali bersama dengan enam muslimah baru. Di sebuah ruang yang bersederhana
besar, bilik, yang dipenuhi dengan muslimah muslimah dari IMU dan MMU, Qurratun
‘Aini, memulakan langkah baharu. Tersenyum ceria. Hadir suatu perasaan yang
cukup sukar untuk digambarkan. Disitulah bermulanya perkenalan mengenai diri
sendiri diselongkar satu persatu. Ia bermula dengan lima mukadimah untuk
menginterpritasikan diri.
- Siapa kita?
- “ i “ atau “ I “ ?
- Tujuan “KITA” diciptakan
- ANALOGI TELUR AYAM (Matlamat & Alat)?
- Hadis logam (apa kekuatan kita) ?
“Ini Sejarah Kita(ISK)”.
Itulah tajuk usrahnya yang pertama. Agak membosankan tetapi pengisian
dan kupasan yang diberi oleh mu’alimah, cukup mendalam. Ia tidak seperti pelajaran subjek Sejarah yang di pelajari di
sekolah. Lebih menarik, ialah cara penyampaian yg ala-ala workshop gitu. Setiap
kali satu topic dibicarakan, ia akan dipanjangkan dalam sesi perbincangan
bersama. Tidak ubah seperti sedang berusrah. Walaupun masih baru mengenali
mereka, Qurratun ‘Aini, ceria dan sedia memberikan pandangan dan kefahamannya mengenai
apa yang dibicarakan. Begitu juga dengan sahabat-sahabat yang di dalam kumpulan
lain aktif memberi pendapat tapi ada juga yg masih malu untuk berkongsi. Sehari
suntuk. Itulah masa yang sesuai untuk digambarkan betapa kuat dan kentalnya
semangat mujahidah-mujahidah ini dalam mendalami ilmu. Pada sebelah malamnya sebelum tidur, di dalam
bulatan gembira yang agak besar juga merangkumi IMU & MMU, berjemaah
mengalunkan kalam Allah dari surah al-Mulk. Semuanya mengambil bahagian. Tanpa
ada paksaan.
Sesungguhnya hati-hati yang berkumpul kerana Allah, ia merupakan
hati suci, bersih. Bertuah sungguh. Rugi. Tersangatlah rugi, kepada yang tidak
tahu.
Qurratun ‘Aini mengambil tempat di sebelah Syahiratul Hasanah. Mereka berdua,
merupakan sahabat yang sangat rapat. Apatah lagi, mereka belajar di tempat yang
sama. Cuma, berlainan program yang diambil. Sering berdua, walau kemana-mana
sekalipun. Banyak juga perkara yang sempat dibualkan sebelum masing-masing
terlena. Lampu dipadam.
Seawal pagi,
selepas menunaikan solat fardhu Subuh, mereka berdua sekali lagi membentuk bulatan
gembira untuk membaca Al-Mathurat bersama-sama. Kemudian, acara seterusnya,
urusan diri masing-masing sebelum bermulanya sarapan pagi. Menarik apabila
berdaurah kerana di latih untuk tertib mengikut Sunnah Rasulullah saw. Mana tak
nya makanan yang dihidangkan pun di dalam sebuah talam, anggaran setiap satu
talam seramai 4-5 orang akhwat. Berganti-ganti menyuap makanan. Seorang pun,
tak terkecuali. Indah. Ada yang masih malu-malu untuk melakukan itu. Maklumlah,
mungkin masih belum terbiasa. Namun, itupun setelah dipujuk. Berjaya akhirnya.
Gembira. Talam dibasuh. Dan terus membuat persediaan untuk solat sunat Dhuha
bersama.
Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah
atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu
sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan
cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat
Dhuha .”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Kemudian, bersama-sama membaca doa dhuha
mengikut rentak tersendiri, penuh penghayatan kepada Tuhan Sekelian Alam.
Selesai dhuha, daurah diteruskan dengan slot yang menerangkan mengenai sejarah
kedatangan Islam sehingga zaman kegemilangan dan kejatuhannya. Qurratun ‘Aini begitu
tertarik dengan peribadi sultan Muhammad Al-Fateh dan para sahabat yang
mempunyai iman yang sangat hebat. Tak tergambar dengan kata-kata, saat meneliti
slot kejatuhan islam, mata Qurratun ‘Aini berkaca ditambah pula apabila panel
membandingkan dengan zaman sekarang. Sungguh, begitu parah nya jiwa- jiwa orang
Islam zaman ini. Rasulullah saw, memperjuangkan dengan sangat
bersungguh-sungguh untuk menaikkan islam, akhirnya ia jatuh dek kerana
orang-orang Islam semakin lalai dengan arus duniawi, tidak fokus pada matlamat,
mereka lebih kepada alat. “ Sunnatullah” adalah
peraturan atau syariat Allah yang berlaku di bumi tempat tinggal sementara manusia ini. Sebelum ni kefahaman mengenai sunnatullah hanyalah sekadar sunnah nabi tapi bila diteliti dan bukti dari kalammullah:
peraturan atau syariat Allah yang berlaku di bumi tempat tinggal sementara manusia ini. Sebelum ni kefahaman mengenai sunnatullah hanyalah sekadar sunnah nabi tapi bila diteliti dan bukti dari kalammullah:
Firman Allah SWT:
Kerana engkau tidak sekali-kali
akan mendapati sebarang perubahan bagi Sunnatullah, engkau tidak sekali-kali
akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan sunnatullah itu. (Fathir: 43)
Jadi dengan keyakinan yang telus, Islam akan kembali gemilang lagi dengan adanya raja yang baik,tentera yang baik dan rakyat yang baik. Begitu jiwa Qurratun ‘Aini ibarat disuntik imun untuk terus mentarbiyyah jiwa dan bermuhasabah diri. “Kalau tak praktis kehidupan yang menerapkan sunnah Rasulullah sekarang, bagaimana nak didik anak-anak yang mantap imannya kelak,” hatinya bermonolog sendirian. Dan, untuk mencapai ustaziyatul alam ia perlu bermula dari individu muslim itu sendiri.
Selesai program daurah berkenaan, Qurratun ‘Aini bersama sahabat
rapatnya, Syahiratul Hasanah pulang dengan perasaan baru, ilmu yang baru dengan
harapan yang menggunung tinggi. Ingin melihat Islam itu, terus bangkit
sepertimana suatu ketika dahulu.
=).Kredit |
Bersambung...
Tadabburkan Cinta Itu...Part 4
0 Insan yg prihatin:
Post a Comment