The Future Is...Ours

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri (Surah Ar-Ra'd: 11)

Tadabburkan Cinta Itu (Part 2)


**Tadabburkan Cinta Itu...Part 1

"Allahu akbar, Allahu akbar..."
"Allahu akbar, Allahu akbar..."

Sayup kedengaran suara bilal melaungkan azan Subuh memecah kesunyian pagi 17 JamadilAkhir. Jam menunjukkan hampir jam 6 pagi. Loceng penggera berbunyi. "Kringg". Dengan selamba, aku terus mematikan jam loceng itu. Hari  ini, diriku terbangun awal. Setengah jam awal sebelum Subuh tadi. Entah aura apa. Segala puji bagi Allah. Tapi, aku sangat rindu Qiam. Sudah cukup lama aku tidak mendirikan Qiam sebagaimana lazimnya. Satu minggu sekali Qiam, cukuplah. Sebagai usaha awal. Kemudian, barulah seminggu dua kali. Dah agak 'kuat' sikit, seminggu tiga kali. Target diriku adalah setiap hari dalam semingu. Banyak fadhilat daripada pelaksanaan Qiam. Antara terpopular sekali adalah menguatkan rohani kita. Lebih kebal. Kuat. Juga sebagai antara jalan untuk menggapai syurga Allah. 


Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Ada dua macam mata yang tidak akan disentuh oleh neraka, iaitu mata yang menangis kerana ketakutan kepada Allah dan mata yang pada malam hari menjaga musuh datang dalam melakukan peperangan fi-sabilillah.”
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.


"Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat. (Surah Hud:114)


Daku terus bersiap untuk segera berjemaah Subuh di masjid. Besar ganjaran pahala jikalau berjemaah. 27 kali lipat. Destinasi, Masjid Jamek Sri Petaling. Sunyi pagi itu. Berteman beberapa buah kereta yang boleh dikira, mula menghiasi jalan raya yang lengang itu. Aku mula berjalan dengan wuduk. Sambil beristighfar. Melihat anugerah alam yang cukup indah. Bertemankan lampu jalan, kakiku terus melangkah. Membawa badanku semahu-mahunya. 

*******

Tiba di kediaman pelajar aspura UKM. Hari ini belah petang akan ada bulatan gembira kami. Bersama naqib baru, akhi Syed Hafiz, pelajar perubatan, UKM. Dia seorang yang baik, sopan. Ala-ala pemalu gitu. Rendah. Redup dan tenang terpancar daripada riak wajahnya. Agak cerah. Berkaca mata. Ada seciput janggut. Mukanya mula menampakkan tanda kemerah-merahan apabila dia berkata-kata. Bercampur. Terdiri daripada lima orang. Selebihnya, junior UKM sendiri yang menyertai. Usrah kali ini, aku belajar apa itu 'Sejarah Kita'. Kebiasaannya, topik sejarah sirah Islamiyah yang akan menjadi topik perbincangan kami. Sejarah Islami, yang mungkin satu ketika dahulu kita pernah belajar di sekolah rendah agama. Tapi kurang fakta-fakta, perbandingan dahulu-semasa dunia. 

Lebih kurang dua jam, selesai sekali dengan solat Asar berjemaah. Abg Hafiz, kemudian nak belanja makan. Makan luar katanya. Bergeraklah aku dan anak-anak usrah lain menaiki sebuah kereta Kia Spektra ke pusat bandar. 
"Kita nak menuju ke mana abg hafiz?" tanya aku."Ke tempat makanlah. Kan, abg nak belanja antum semua makan" Menjawab sambil tersenyum. "Tapi kat mana tu? Sebab macam jauh je nak pegi. Menuju ke Bangi ni" "Ikut je." manis senyumannya. Hampir nak cair jugaklah. Nasib baik lelaki. haha. Kalau tak, huh, nak terkam je. Aip, batas-batas. Lupa pula. 

Tiba ditempat yang dituju. Kelihatan seperti restoran yang agak Islamik. Mana taknya, hampir semua pelanggannya, memakai kopiah, jubah ,kurta bagi lelaki. Manakala perempuannya, labuh pakaiannya serta ada yang berniqab. Nama restoran, Al-Firdaus. Aku turun daripada kereta bersama dengan yang lain. "Ramainya, orang. Baru jam 6 sore." "Jom." Abg Hafiz mengajak aku dan yang lain melangkah masuk ke restoran berkenaan. Satu port dikenal pasti. Duduk dalam jemaah. Seorang pelayan mendekati. Sambil menghulur menu. Abg Hafiz menyambutnya. Seraya berkata "Shukran, akhi" "Hari ini, abg nak belanja antum, nasi turki. Ada siapa-siapa pernah makan tak?" tanyanya. Semua menggeleng. Tak pernah. Nasi Arab pernah la. Sambil membelek-belek menu. Apa yang aku dapat lihat, suasana restoran tu, unik. Nak kata restoran mamak, bukan mamak. Apatah lagi style dia. Nak kata restoran Arab, tak jugak. Sebab, menu yang ada dalam buku menu, hampir semua menu adalah daripada Timur Tengah. Tapi pengusaha restoran tersebut adalah orang Melayu Islam. 

Sementara menunggu pesanan sampai, kami berbual-bual kosong. Abg Hafiz suka bagi soalan cepumas pada tempat-tempat yang tak sepatutnya. Kali ini soalan berbunyi, " Andai kata, datang seorang kafir kepadamu, lalu bertanyakan soalan, " Kamu Islam bukan? Jadi, saya nak tanya kepada kamu. Bagaimana kamu boleh mempercayai dan mengakui hakikat tuhan kamu wujud, sedangkan Dia langsung tak nampak, apatah lagi wujud ? Bukankah lagi baik menyembah tuhan yang ada fizikal? Senang, yakin, percaya. Macam tuhan saya.Saya Kristian. Tolong bagi saya jawapan kamu. Kalau jawapan tu, saya tak puas hati, kamu kena masuk agama saya" Pulak dah. Hardcore jugak soalan abg Hafiz ini. 


Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

Kami berempat memikiran jawapan yang sesuai sambil disertakan dalil aqli. Sebab, kafir ni, tak makan sangat dengan ayat Quran. Ada sesetengahnya yang percaya. Ada juga yang tidak. Jadi, hujah yang bersesuaian adalah menggunakan akal semata. Atau nama lain adalah dalil 'aqli. 
Selepas kami bermusyawarah hampir 15 minit, kami bertemu dengan jawapannya. 
Aku secara sukarela menjadi tukang penyampai idea dan pendapat kepada soalan tu.
Aku mulakan dengan muqadimah. Dengan senyuman, hati yang tenang, aku mulakan,"Ehem, test.test. Bismillah. Selesai sudah permusyawarahan kepada soalan tadi. Jadi antara persoalan yang timbul adalah keraguan yang meragukan. Solusi disini, adalah dengan mewujudkan satu soal teka teki. Sebagai contoh, kisah Saidina Umar dengan seorang lelaki yang datang bertanyakan tentang kewujudan Allah. Lalu Saidina Umar menyuruh pemuda tadi, melihat terus ke matahari. Lalu bertanya," Adakah engkau dapat terus melihatnya?" "Tidak. Ia terlampau bersinar terang dan sangat menyakitkan mata." Balas pemuda tadi. Saidina Umar pun berkata, "Jikalau kamu pun tidak dapat melihat ciptaanNya, bagaimana mungkin kamu bisa melihat Allah?". Aku berhenti seketika. Mencari input dan olahan ayat. Semakin berkurangan pelanggan dalam restoran Al-Firdaus. Mungkin, hari sudah mulai kelam.

Aku lihat sahabat-sahabatku. Kosentrasi penuh diberikan kepadaku beserta muka polos yang terkandung seribu satu rahsia. Aku terus menyambung, " Antara lain, kisah sekumpulan ilmuwan bangsa Romawi yang atheis dan Imam Abu Hanifah RA. Setelah masjid hampir dipenuhi dengan orang Islam, lalu seorang ilmuwan kafir Rom bangkit lantas menuju ke mimbar dengan cabaran untuk berdebat tentang keberadaan  dan kewujudan Allah. Tiada siapa yang bangun menyahut cabaran kecuali Abu Hanifah bangun lantas menuju ke mimbar. Maka, bermulalah perbahasan.


Atheis: Dimana kira-kira Robbmu itu berada?
Abu Hanifah: Kalau kami membawa segelas susu segar ke sini, apakah kalian yakin kalau dalam susu itu terdapat lemak?
Atheis: Tentu.
Abu Hanifah: Tolong perlihatkan padaku, dimana adanya lemak itu?
Atheis: Membaur dalam seluruh bahagian susu.
Abu Hanifah: Kalau lemak yang termasuk mahluk itu, tidak mempunyai tempat khusus dalam susu tersebut, apakah layak kalian meminta kepadaku untuk menetapkan tempat Allah Taala?

Maka ilmuwan Rom itupun bertanya lagi,

Atheis: Perlihatkan bukti keberadaan Robbmu kalau memang dia ada
Abu Hanifah ra mengambil tanah liat, lalu dilemparkannya tanah liat itu ke kepala orang atheis itu .Para hadirin gelisah melihat peristiwa itu, khawatir terjadi keributan, tetapi Abu Hanifah menjelaskan bahwa hal ini dalam rangka untuk menjelaskan jawaban yang di minta kepadanya. Hal ini membuat orang atheis mengenyitkan dahi,
Abu Hanifah: Apakah lemparan itu menimbulkan rasa sakit di kepala anda?
Atheis: Ya, tentu saja.
Abu hanifah: Dimana letak sakitnya?
Atheis: Ya, ada pada luka ini.
Abu Hanifah: Tunjukkanlah padaku bahwa sakitnya itu memang ada, baru aku akan menunjukkan kepadamu dimana Robbku!
Orang atheis itu tidak menjawab tentu saja tidak bisa menunjukkan rasa sakitnya, karena itu adalah suatu rasa dan ghaib tapi rasa sakit itu memang ada. 
"Jadi, itu adalah antara tamsilan-tamsilan yang boleh digunakan dalam menjawab segala persoalan yang diajukan. Sebenarnya sahabat-sahabatku sekalian, Allah menguji antum dengan sekadar kemampuanmu. Pabila ujian itu,seolah-olah kamu tak mampu menjawabnya dan menyahutnya, ingatlah Dia lagi Maha Mengetahui yang kamu boleh,mampu. Jadi, sama-samalah kita berdoa agar dikuatkan Imaan, dalam menghadapi situasi sebegini. Allah uji kita, sebab kita mampu dan sayang kepada kita. Dia tersangat rindu akan rintihan pertolongan hambaNya. Ingatlah, kita ingat Dia, Dia ingat kita. Khairu minaAllah, syarru minnafsi. Wassalam," aku menyimpulkan ulasan akhir jawapan tadi setelah panjang lebar bercerita. Hm, macam naqib la pula. Tersenyum nakal aku. Aku pandang abang Hafiz. Tersenyum ceria dia memandang aku atas bawah. Huh. 

"Alhamdulillah, bagus point antum semua. Syabas. Erm, dah boleh jadi naqib ni. Boleh la bimbing anak-anak usrah baru pula. Tak sabar nak 'lepaskan' antum." "Ah, apa dia abg Hafiz? Lepaskan kami?" "Eh, tak.tak. Saje je." Dengan pantasnya, mencover. Ceh. Makanan pun sampai. Nasi turki menjadi santapan. Macam biasa, acara sunnah menjadi pilihan hati. Guna tangan. Doa makan. Duduk sunnah. Utamakan buah-buahan. Minum air, tiga kali teguk.Kunyah 40 kali.Jilat jari. Jangan tinggalkan sisa. Kecuali yang tak boleh dimakan seperti tulang. Doa lepas makan.Aku suka bergurau dengan usrah aku. Ada ketika tu, sebutir nasi jatuh di luar dulang. Cepat-cepat aku cakap kat dia, "ish, isteri solehah tu kat luar dulang. Kutip! Kutip! Kesian isteri kat luar. Jemputlah masuk." Jemput masuk tu, bermakna makan la nasi yang sebutir tu.  

Sedang sibuk menikmati juadah, terasa nak minum. Mencari lah air. Terpandang seorang kelibat muslimah sedang menaiki kereta Honda di tempat duduk belakang tak berapa jauh dari tempat kami duduk. Kelihatan, bersama ibu dan ayahnya serta seorang adik lelakinya.Yang menghairankan aku, seolah-olah aku pernah melihatnya sebelum ini. Adakah seperti dalam gambar tu? Kakiku terasa nak bergerak dan mengejarnya. Tapi aku ditegur oleh abg Hafiz. "Astaghfirullah"


Hiasan. Harap maklum.



***Bersambung...Tadabburkan Cinta Itu...Part 3

0 Insan yg prihatin: