The Future Is...Ours

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri (Surah Ar-Ra'd: 11)

Coretan Lelaki Biasa.


Hidup ini selalunya indah. Atas asbab kita yang mencorakkannya. Indah lagi ciptaan sang Pencipta, tiada tolok bandingnya. Inilah diri aku, yang tak seberapa, mencuba untuk mengindahkan lagi corak hidup. Untuk mengindahkan kehidupan ini, elemen cinta dan kasih sayang, sangat penting. Itulah dia maha Karya utama untuk menginspirasi seterusnya menjadi tongkahan arus keindahan. Pabila kita sibuk sendirian, pernah tak kita terfikir, "apakah lagi yang harus aku lakukan?" "apakah cara dan amal aku sudah cukup?" "adakah ilmu aku dah cukup?"

Kadangkala kita terasa angkuh sendirian bertemankan angin yang sepi-sepi bahasa. Mengalun perlahan. Terbias di telinga. Segar serta merta objek yang disinggahinya. Tatkala burung berkicauan, sang ibu burung memanggil anaknya pulang ke sarang, ayam mula bereban kembali ke tempat tuannya, senja petang mula melabuhkan tirainya, kita tahu yang itu adalah kuasa Allah yang maha menggerakkan setiap hidupan yang bernyawa di bumi ini dengan sungguh teratur. Allahurabbi... Setiap kali kita memikirkan soal keangkuhan itu, ia akan terhapus bak debu-debu yang berterbangan halus diganti pula dengan kerdilnya diri dihadapan sang Pencipta. Sungguh kerdil. Hati mula menggumam tak keruan. Kelopak mata mula digenangi air mata, sedikit demi sedikit hingga ia tak tertampung lagi lalu tertumpah. Laju menuruni, sang pipi yang sedia menanti. "Allah, aku akur pada kekuasaanMu." "Kaulah segalanya bagi kami."

Tatkala diri diselubungi sendu dan pilu, diri menjadi sangat tak keruan. Habis air mata jatuh ibarat hujan tanpa belas kasihan. Menderu-deru selaju-lajunya. Wajah ibu bapa silih berganti. Entah apa, yang mereka sedang lakukan sekarang. Teringat daku akan keringat mereka. Pengorbanan mereka lakukan untuk kita selama hampir 20 tahun usia kita di dunia. Pernah tak kita bersikap angkuh dengan ibubapa? Disebabkan kerana hanyalah kita yang 'sangat bijak' dalam berkata-kata dengan fakta-fakta ilmu yang dipelajari? Tergamam mereka memandang kita dengan rasa sayu, "oh, anakku. Maaf ayah, ibu tak tahu apa-apa, nak." Sanggupkah hatimu melihat perasaan mereka tertores bak sembilu atas perkataanmu yang cukup-cukup melukakan? Mereka mungkin tak pernah menzahirkan, tapi mata hati mereka, mencerminkan segalanya.

Tatkala kita semakin dewasa, semakin kuat dan pintar, mereka pula semakin lemah, tak berdaya. Tapi mereka tetap teruskan hidup ini dengan tenaga, usia yang masih bersisa. Sebab mereka berhajatkan doa kita, anak-anak mereka. Sebab adanya kita, untuk menjaga mereka. Mereka hanya perlukan kasih sayangmu sahaja. Bukan ukuran wang ringgit, hadiah pemberian semata, tapi dengan kasih sayang, ia mampu menggantikan segalanya.
Satu hari, sedang sibuk kita belajar, alpa dengan assignment, tutorial, kita dikejutkan dengan satu panggilan telefon. Seorang yang tak dikenali. Bertanyakan nama penuh kita. Memberitahu sesuatu. Tumpah menderu airmata, laju menuruni pipi. Basah. Info yang diterima, "Encik Aidil, ibu dan ayah anda, maut dalam kemalangan nahas jalan raya. Saya, wakil pihak hospital mengucapkan takziah."

Terduduk menangisi pemergian sekelip mata. Dengan curahan yang amat sangat. Terimbas kembali memori kita dengan emak dan ayah. Gelagat dengan emak di ruang dapur. Bertanya, cara-cara memasak gulai ikan. "emak, lepas tumis ni, kene buat ape pula?" "lepas masukkan air masak?" "garam, banyak mana?" 
emak menjawab, "lepas tumis, masukkan air." "lepas masukkan air masak, tunggu mendidih, baru masukkan ikan" "garam hujung-hujung sudu" sabar dan   lemah lembutnya dia menjawab pertanyaan kita. Sambil tersenyum memberi penerangan dengan rasa cukup bahagia sekali. Tapi kini, kita berseorangan. Siapa guru memasak kita di rumah? Ia telah pergi buat, selama-lamanya.

"Ayah, kenapa kena tabur baja fosforus ni kat pokok sawit tu?" "Banyak tak kena tabur?" Ayah dengan senang hati menjawab sambil tersenyum "baja ni, ibarat makanan diorang. Mereka pun lapar jugak. Macam kita, kalau tak makan, lapar tak? " "Ada sukatan die tu. Nah, guna mangkuk kecil ni. Separuh mangkuk je. Jangan lebih" Tapi kini, dia tiada lagi. Meneman kita, berladang. Membaja. Dia tiada, bukan untuk sementara. Tapi, selama-lamanya. Takkan kembali. Tumpah. Sehabis tumpah air mata itu, dek kenangan lampau. Yang cukup terkesan. Nostalgia lama. Membuku di benak sanubari.

Kadangkala, pengorbanan yang mereka lakukan cukup besar. Kita yang menganggapnya sebagai remeh temeh. Pandanglah dengan mata hati. Ia mampu memberikan kesan. Kesan yang cukup mendalam.

Hargailah mereka. Sementara mereka masih bernyawa. Telefon mereka, sekarang, tanya khabar mereka, katakan pada mereka " Ayah, emak..minta maaf. Sayang ayah dan emak." Waktu itu, hati mereka menjadi sangat sejuk dan sangat bahagia lalu berkata "tak sia-sia kita mendidik dia dari kecil hingga sekarang ye, maknya." 




0 Insan yg prihatin: