The Future Is...Ours

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri (Surah Ar-Ra'd: 11)

Tadabburkan Cinta Itu (Part 5: Last Part)


Petang 2 Zulkaedah 1434H. 7 September.
Masing di kampung.

"Berlari-lari.
Mencari-mencari.
Sebuah cinta hilang.
Saat begini kau padu janji,
Kasih yang baru..
Ku ulangi pertemuan, walau hanya..."

"Krapp". Earphone dieject dari lubang audio jack smartphone. Hmmph. Lagu oh lagu. Kenapalah kau bersifat lebih 'crappy' dan 'inspiry'? Kasihan warga muda di luar sana tu. Mereka terdedah dengan lagu-lagu yang ke arah menghanyutkan hati sederas-derasnya tanpa ada pelampung yang singgah untuk menyelamatkan mereka. Kalau yang berhati 'tough and steel' takpe. Tapi kalau hati yang 'soft and spongy', aduhai, kata orang tak boleh 'mantul' balik hasutan tu, payah. Terus tertangkap dan dilema. Mulalah muncul 'dilema wanita'. Macam dalam program tv1. Tahun 2005 rasanya program tu.Haih. Hmm. 


 Abu ‘Athaillah dalam syairnya mengatakan:
Sesungguhnya usia muda, kekosongan masa dan kemewahan,

adalah punca kebinasaan seseorang dalam bentuk kebinasaan apa saja. 

Aku bingkas bangun daripada kerusi pusing tu. Bergerak ke jendela rumah. Melihat panorama alam. Sungguh. Hatiku senang begitu. Kelihatan, kucing berwarna kelabu bergolek-golek kesedapan di atas jalan tar yang menganjur separuh ke halaman rumahku. Kucing jiran tu. Dulu, keluarga aku ada bela kucing. Tapi dah lama. Empat tahun lepas. Tapi dah tak bela lagi sebab dia mati dalam tragis dan tangis kami semua.Maklumlah rumah yang berbukit. Persekitaran kampung ni pun, adalah ladang kelapa sawit keseluruhannya. Belum sempat si kucing kelabu merasa kesedapan berguling di atas tar yang suam petang tu, motor Kriss merah perlahan menuruni bukit. Lari semahu-mahunya. Kesiannya. "Ah, ayahku dah balik." Monologku dalam hati sendirian. 

Setelah menongkat motor, beliau terus masuk melangkah ke rumah dengan membawa bungkusan juadah petang. Biasa, epok-epok ataupun nama lain, karipap. Ataupun kuih koci, donat sambal dan sebagainya. Tapi, hari ni lain. Beliau membawa sesuatu yang sangat lain. Kuih lopez. Wahh, my feveret ever! Sebab utama aku suka kuih lopez tu, sebab aku sungguh suka gula melaka cair tu. Biasa satu lopez tu, adalah besar tapak tangan dewasa. Kuih di kampung memang besar-besar. Untung. Nak tau cara aku makan kuih lopez ni camna? Ambil satu lopez, letak dalam mangkuk yang sederhana besar. Boleh je nak guna mangkuk kecil. Tapi aku prefer besar. Lepas tu, tuang kuah gula tu, sampai semua tenggelam. Biarkan sat. Dua ke tiga minitla. Dengan lafaz bismillah, makan! Mak aku selalu marah makan macam tu. Bukan apa, kemain banyak air gula dalam lopez tu. "oi,banyaknye air gula. Nak cepat kencing manis ke?" Mak aku tegur. Aku tersengih macam kerang wangi. Bawa lari pinggan berisi lopez tu, lari jejauh ke balkoni rumah. Privacy sikit. Haha.

Sedang enak makan, ayahku menghampiri. Dia berkata " Lepas makan ni, ayah nak ajak bincang satu perkara. Penting ni. Habiskan makan tu dulu." 




********


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui". (2:216) 

Malam 2 Zulkaedah 1434H. 7 September
Jarum jam bilik menunjukkan hampir 12 tengah malam. Aku tersadai di atas katil. Mataku tak boleh pejam. Walaupun mengantuk. Perkara petang tadi yang baru dibincangkan, sungguh membuatkan aku terkesima seketika. Ia berputar ligat dalam fikiran. "Hari cuti terakhir." Hmmph. 

" Tujuan ayah ajak bincang ni adalah,tentang kawan ayah sorang ni, ada anak perempuan. Alhamdulillah, dia seorang wanita yang baik, sopan, peramah." Aku tersentak tiba-tiba. "Kenapa ayahku bercerita tentang perempuan ni?" Hatiku berbisik. Dahiku berkerut. Hatiku gundah dan berdegup mulai kencang tanpa aku pinta.

Ayahku meneruskan kembali ceritanya.
"Soal umur, ayah tak pasti berapa tahun. Boleh jadi dia seusia dengan kamu, atau bawah kamu. Sebab dia dulu ada tangguh belajar masa peringkat menengah. Maklumlah keluarga yang sederhana. Anak ramai. Sekarang dia ambil, apa tu namanya, aha, foundation di Kolej Teknologi Timur di bawah tajaan Mara. Kata ayahnya, dia sedang buat persediaan ke Timur Tengah. Nak sambung apa, medsen? "Medicine. Perubatan" Aku membetulkan. "Tapi disebabkan, Timur Tengah tengah bergolak sekarang ni, kemungkinan besar, dia akan belajar di Malaysia. Setakat yang ayah tau, kalau di Malaysia ni, antara USIM atau UIA, pilihan dia. Ayah ni bukan apa. Ayah cuma terhutang budi dengan Pak Cik Hasyim tu. Kau pun kenal dia kan? Masa dulu-dulu susah, dia sangguh tolong ayah. Bagi pinjam duit. Pinjam kereta. Padahal dia lagi susah. Tapi sekarang, alhamdulillah, berkat rezeki Allah bagi, semua anak-anak dia, dah belajar tinggi sekarang. Hampir semua yang dah berumah tangga. Kecuali anak bongsu dia yang perempuan tu."

"Tulah. Tempoh hari, ayah ada ngeteh dengan dia. Tiba-tiba dia tanyalah soal kau. Dia berhajat. Besar hajatnya. Dia minta ayah bagitahu dulu kat kau. Sebenarnya, dia nak melamar kau untuk anak perempuan dia."  Allahurabbi. Ini rupanya hal yang nak disampaikan. Patutlah semacam. Pucuk yang dicita, ulam juga yang datang. "Jadi, apa jawapan kau? " "Erm, kita tak boleh nak kata apala ayah. Belum tahu lagi. Boleh bagi masa sampai hari terakhir cuti sem kat kampung ni?" "Ok, boleh. Tapi kalau kau dapat bagi jawapan lagi cepat, lagi baik. Pak Cik Hasyim tu pun, menunggu tu.Ah, lagi satu, jangan lama-lama fikir. Bukan apa, Pak Cik Hasyim kau tu pun, banyak lagi calonnya. Kalau tak nak, dia boleh cari lagi yang lain." Dengan senada ayahku berkata. Glurrp. "Orangnya manis, baik. Beragama lagi" ayahku menambah rencah seraya tersenyum. " Baiklah, kalau macam tu, ikut yang macam kita cadangkan tulah ye, ayah." 


******

Pagi 3 Zulkaedah 1434H, 8 September.

"Allahu akbar!
Allahu akbar!
..."

Panggilan azan Subuh daripada smartphone, mengejutkan aku. Sungguh suara Azan Makkah oleh Syeikh Ali Ahmad Maula, begitu indah dengan lantunan lagunya. Tangan kananku terus meraba ke sebuah meja kecil disebelah kanan yang terletaknya handphone. Aku capai, dan aku duduk sementara menikmati Azan berakhir. Selesai berwuduk, aku masih terfikirkan akan perkara yang pernah bincangkan dengan ayahku dulu. Aku mula tak keruan. Lantas, aku beristighfar sebanyak mungkin. Dengan berbaju kurta, berkain pelikat, aku mengharungi Subuh yang sejuk dan bisu itu di masjid As-Syakirin. Satu-satunya masjid tunggal di kampungku. Barisan-barisan mujahid mulai tersusun rapi disaat aku selesai menunaikan Qabliah Subuh. Aku mengangkat takbir dengan lafaz "Allahu akbar". Aku hanyut dalam cintaNya. 

******

Selesai mathuraat, tergerak hatiku berdoa. Aku cuba ikhlas dalam hal yang menghantui diriku.

" Sesungguhnya aku tak mampu untuk berdepan dengan masalah ini ya Allah melainkan dengan kekuatan yang Kau pinjamkan untukku. Aku hina sekali. Aku kerdil dibawah kekuasaanMu. Sungguh diri ini banyak sekali menyusahkan ibubapaku ya Allah. Jadi, kau berilah pemeliharaan untuk mereka, ampuni dosa mereka atas khilaf mereka, sejak mereka mula dilahirkan ke dunia ini hingga saat ini dan saat-saat yang seterusnya. Berilah mereka cahaya kebahagiaan, isilah hari-hari tua mereka dengan limpahan kasih sayangMu, gembirakanlah mereka, jauhilah perasaan berperasangka buruk antara mereka dan damaikanlah mereka jikalau mulai timbulnya bibit-bibit api kemarahan syaitan laknatullah.

Ya Allah, ya Rabbul Izzati, sesungguhnya Kau Maha Mengetahui akan halku. Baik yang sekarang, mahupun yang lepas. Sungguh, terus terang hamba ini, terkejut dan terpaku akan soal lamaran daripada sahabat orang tuaku sendiri ya Allah. Sampai sekarang aku masih tak mampu memberikan kata putus untuk soal lamaran itu. Ya Allah, bantulah aku. Tetapkanlah mujahadahku. Tetapkan imaanku. Jadikanlah aku seorang yang tabah dalam mengharungi dugaan dan cabaran. Ya Allah, jikalau dia merupakan seorang ibu dan isteri kepada anak-anakku, seorang yang sanggup mendepani susah senang denganku kelak, teguhkanlah aku untuk memilih dia. Jikalau dia juga, merupakan tempat aku bermanja dan berjenaka, teguhkanlah aku untuk dia. Jikalau dia juga seorang sesuai denganku, mempunyai ciri-ciri yang aku idamkan, pasangkanlah aku dengan dia. Ya Allah, jikalau dia adalah salah seorang dari pasangan Syurga dan Akhiratku, maka teguhkanlah pendirianku dengan jawapan, 'ya'. Jikalau dia bukan, longgarkanlah pendirianku terhadap permasalah ini, dengan jawapan 'tidak'. Dan, kau kurniankanlah dia dengan pasangan yang lebih baik untuknya kelak. Dengan itu, hasbunallahu wani'mal wakil, wa lahaulawala Quwwata illa billah. Ameen. Ameen. Ameen ya rabbal 'alamin.

Sungguh kekuatan doa itu, memang cukup hebat. Penangan doa itu, mampu mengubat segala masalah. 


“Dan jika hambaKu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang Aku, sesungguhnya Aku dekat. Aku menjawab seruan orang yang berdoa jika berdoa kepada-Ku, maka hendaknya ia memenuhi seruan-Ku dan beriman kepada-Ku agar mereka mendapat petunjuk.” (2:186)

******

Pagi 4 Zulkaedah 1434H bersamaan, 9 September

Alhamdulillah. 
Hari ini merupakan hari terakhir aku bercuti. Hari terakhir aku di kampung tempat kelahiranku. Tempat aku membesar dengan kenangan nostalgia yang sungguh menyusuk kalbu. Hari ini merupakan hari terakhir bersama mereka. Hari terakhir aku bersarapan, menolong makku memasak, mengemas rumah,mengutip biji sawit di ladang juga hari terakhir bersama anak saudara perempuan yang cukup menghiburkan hati, berusia tak sampai tiga tahun. Alahai, selamat tinggal. Pergi untuk sementara. Merantau untuk belajar.Dan hari ini juga, merupakan hari pemberian jawapan untuk ayahku. Sebelum aku memberikan jawapannya, suka aku nak imbas kembali bagaimana 'dia' yang ayahku maksudkan. Jawapannya ada ketika aku berusrah dengan Abang Syed Hafiz dulu di Restoran 
Al-Firdaus.

Apa yang aku terlihat waktu tu, adalah dia dan keluarga. Aku tersenyum pabila mengetahui yang ketika aku lihat itu, adalah dia. Setelah kajian lebih mendalam lagi, baru aku tahu dia ini bagaimana dan alhamdulillah, aku sudah temui jawapan itu. Jadi sekarang hanya tinggal membentangkan khulasahnya sahaja. Selepas aku bersiap-siap mengemas pakaian, dan barang-barang peribadi lain, aku segera bertemu ayahku. Lalu dia membawaku menggunakan kereta buatan nasional ke perhentian bas. Memandangkan tiket bas adalah sekitar jam 10 pagi. Sampai sahaja di perhentian bas, berbaki masa lebih kurang lima minit sebelum berlepas, aku memberitahunya jawapanku. Jawapanku adalah, tidak. Ayahku seakan-akan tidak percaya lalu memujukku dan bertanya akan keseriusanku. Aku cuma mampu memberikan penerangan penuh berhikmah untuknya. Lantas, dia menerimanya dengan hati yang terbuka. 

Kupeluk erat badan ayahku. Ku salami dia. Terasa urat tuanya di tangan. Hatiku sebak. Tak semena-mena mataku mula bergenang mengenangkan kesusahan beliau membesarkan aku dan adik-beradikku yang lain. Namun, aku seka air mata itu dari terus mengalir. Seketika, aku faham. Bahawa dengan ilmu di dada, dapat mengangkat martabat seseorang ke tempat yang lebih tinggi. Dan jawapan yang aku berikan tadi, adalah berpandukan prinsip itu. Bas hampir nak bergerak pergi. Kelihatan ayahku berseorangan di tepi kaki lima kedai berdekatan dengan bas yang aku naiki. Sedang melihat aku pergi.

Aku semakin sebak. "Ayah, Mak, terima kasih atas pengorbananmu. Tanpamu, aku siapa sekarang ini. Kepada dia, jikalau kita berjodoh, semoga bertemu lagi ye. Dan kali ini, aku yang akan pergi melamar dia." hatiku bermonolog sendirian. Bas bergerak pergi meninggalkan ayahku di laman kaki lima, stesen bas dan orang keramaian.

Tamat.




Biarkan masa itu pergi, demi memperbaharui masa itu.


Gemilangkan Kembali Hati Anda


"Dari Amirul Mukminin Abu Hafsh, Umar bin Al-Khathab radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Segala amal itu tergantung niatnya, dan setiap orang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Maka barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya itu Karena kesenangan dunia atau karena seorang wanita yang akan dikawininya, maka hijrahnya itu kepada apa yang ditujunya"

Andai mahu melangkah, mulakanlah dengan satu perkara pokok, iaitu niat. Melangkah. Selangkah demi selangkah. Suka diri ini ingin mengingatkan, adakah pada masa yang sekarang anda masih tetap teguh, utuh berpegang kepada apa yang anda niatkan? Sila 'check' hati dan niat anda. Hati. Ia hanya seketul daging sebesar penumbuk manusia dewasa. Mitos. Cuma kepal genggam tangan anda. Ha, itulah saiz sebenar jantung anda. Saiz hati, dikatakan selebar tangan anda.

Bayangkan. Seketul daging. Berselirat dengan urat saraf, pembuluh darah. Itu secara dasar fizikal hati yang boleh kita nampak dan lihat dengan mata kasar. Boleh nampak apa yang ada didalam hati? Tidak. Sebab niat bersifat abstrak. Seperti kecantikan. Kita tak boleh menilai cantik itu dengan sebenar-benar takrifan tapi hanya mampu dengan misalan semata dengan erti simile, perbandingan. 


Alkisah seorang 'abid berniat, beriltizam, selepas SPM berlalu, dengan keputusan yang baik. Dia berniat, "mudahan aku tak jumpa sebatch dengan aku. Aku malu dengan keputusan yang aku dapat. tula. Kuat sangat berangan. Bajet dah pandai. Ya Allah, aku tak mahu setempat belajar dengan segeng SPMku." Kemudian dia berniat untuk menyambung di dalam bidang 'favourite'nya, 'engineering'. Demi untuk mengejar niatnya, dia sanggup untuk berhenti daripada program matrikulasi. Orang ramai sibuk mengatakan kepada ayah dan ibunya, "Mengapa anak kau berhenti matrik? Kan dah bagus track tu? Cepat sikit sambung degree. Bila habis degree, terus kerja. Dah kerja, terus kahwin. Haa, kan mudah tu." berkata sang teman ayah. Ayahnya menjawab " Wa'allahuta'alam, cik Yob. Entahlah budak tu. Apa yang difikirkan agaknya. Mudahan pilihan dia tu, tepat, betul. Aku tak boleh marah dia. Tanya dia. Dia dah besar. Dia tahu apa yang dia nak." Sang ibunya, berkata, "Tak kisah la mana kau nak belajar. Janji, niat tu tersemat kukuh di hati. "

Jadi sang abid ni pun teruskanlah niatnya untuk sambung bidang 'faveret'nya tu. Di sebuah institusi pengajian tinggi. Baru sebulan dua di situ, berangin sudah. Mula nak bertukar. Bertukar ke 'medsen' katanya. Orang putih kata "medicine'. Di timur tengah. Jauh tu. Kali ini, dia teringin untuk bertukar bukan atas dasar niat semata. Tapi untuk dapat nama. Betul, dia ada berniat, tapi niat tu, tak seampuh niat untuk ke 'engineering'. Sibuk urus dokumen. Berkejar ke sana. Ke sini. Kasihan sang ayah. Terpaksa mengikut karenah anaknya. Turun naik bank-bank tempatan untuk membuat pinjaman pendidikan untuk menampung kos awal perubatan. Pejabat ADUN daerah pun, tak terlepas dari 'spotlist' untuk merayu tajaan awal. Maklumlah, mahal sungguh. Manalah nak berkemampuan, katanya. Sang ibu, kelu. Tak mampu berkata apa-apa. Sang ayah, seperti lembu di cucuk hidung. Sang anak yang tukang tarik tali lembu tu. Allahurabbi. Terkebil-kebil mata sang ayah bila duduk bersandar di bangku usang. Sambil memikirkan, bagaimana untuknya membantu memenuhi kehendak anaknya itu. Sang anak, hanya tahu, 'demand' sahaja. 

Hampir tiga minggu sang anak dan sang ayah berusaha. Takdir Allah telah menentukan segalanya. Sang anak tak dapat ke Timur Tengah untuk sambung kos 'medsen'. Dia terpaksa juga untuk menghabiskan kos awalnya juga. Satu pengajian tahu, yang dia akan 'fly' ke Timur Tengah. Dia mulai malu. Mana nak letak mukanya. Dia tergamam. Bila tiba 'departure day' ke Timur Tengah, dia hanya mampu menjengah 'facebook' sambil membaca status sahabat-sahabatnya berlepas. "Doakan kami!!" "Selamat tinggal Tanah Air!" 
Sang ayah berkata, "Itu bukan rezeki kamu nak. Biarlah perancangan itu berlalu pergi." Betapa tak keruannya hati ayahnya melihat sang anak bermuram durja. Betapa tak kisahnya hati sang ayah selepas ayahnya 'diperlakukan' seperti lembu yang ditarik ke sana, ke mari. Demi sang anak. Dia sanggup. Sebab sang ayah sanggup melakukan semua itu adalah kerana, sang anak bakal mempunyai taraf pendidikan yang lebih tinggi daripada sang ayah. Sang ayah, hanya lulus darjah tiga sahaja. Allah. Bayangkan. Betapa tak kisahnya sang ayah 'dimanipulasi' sang anak yang 'bijak'.

Satu momen, sang anak tersedar. Betapa selama ini dia sudah terlalu banyak menyusahkan sang ayah dan sang ibunya. Dia sedar akan kesilapan lalunya. Jadi, dengan azam dan tekad yang bersungguh, disertakan niat yang penuh membakar emosi, jiwa dan raga, "Dengan nammMu ya Allah, aku berjanji takkan menyusahkan ibu dan ayahku lagi." Di akhir sujud solat hajatnya ketika mana dia berQiamullail. Allah. Betapa hidayahNya itu, hanya daripadaNya ia datang. Dia menempah tiket pulang ke kampung halamannya pada hari itu juga. Di'packing' barangnya mana yang sempat. Bergegas. Menaiki bas ke kampung halaman. 
******

Sang ayah yang telah terlena kepenatan berkebun di kerusi usangnya, terbangun tatkala terdengar bunyi hon sebuah teksi di halaman luar rumah. Dia mulai melangkah dengan longlai menuju ke pintu, untuk melihat siapa yang datang. Pintu yang usang, namun telah dicat seolah-olah nampak baru itu, dikuak. Belum sempat pintu dikuak, sang anak menerjah lembut sang ayah, lalu memeluk dengan linangan air mata sesalan. Dipeluk sang ayah seerat-eratnya. Sang ayah kehairanan. Bercucuran air mata sang anak. Sang ayah pula demikian. " Ayah, assalamualaikum. Maafkan saya, ayah. Maafkan saya. Kerana saya, ayah sanggup bersusah payah demi saya. Bertebal muka demi saya." Dibisik perlahan kata-kata itu hampir dengan telinga ayahnya. Sang ayah mula sebak. Hati cair. Laju titisan air mata menderu turun. Basah. Allahurabbi. Lalu sang anak terus mengungkap kata sesalnya "Kenapa ayah tak pernah marah? kenapa?" Sang ayah mencium dahi anak lelakinya, lalu melonggarkan pelukan. Dia memandang tepat ke anak mata anaknya sambil berkata, "Ayah tak kisah semua tu, nak. Ayah sanggup lakukan apa sahaja demi anak-anak ayah" Bertambah esaklah tangisan sang anak. 

Sang ibu, yang sedang memasak di dapur kehairanan. Siapakah yang datang ke rumah. Lalu dia melangkah ke ruang tamu rumah. Kelihatan sang anak dan sang ayah, dilanda tangisan pilu. Sang ibu menghampiri, sebak hatinya, lalu memeluk kedua-dua insan yang dia sangat kasihi itu. 

Sekian.

***
Jadi di sini, menggambarkan betapa hebatnya soal niat. Ia boleh memperkukuh jiwa. Ia boleh mengubah perasaan manusia itu sendiri. Betapa indahnya hati sang ayah. Betapa syahdunya hati sang anak. Betapa pilunya hati sang ibu. Allahurabbi. 
Tepuk dada, tanya selera. Seringkalilah perbaiki niat anda pada setiap hari, setiap bulan, dan setiap tahun. Bukan hanya di bulan Ramadhan sahaja kita dianjurkan berniat secara jama'ie.
Khairu minaAllah, syarru minnafsi.
Barakallahufikum.
Semoga berjumpa lagi dalam 'next entry' yer.
Wassalam ^_^

Begitu indahnya sang hati, begitu jugalah sang empunya akhlak =) 

Kembalikan Pesona Itu


Salam Bermadah untuk semua.
Bila tangan diberikan lagi kekuatan untuk menaip, ibarat mesin jahit yang menjahit lajunya, takkan mampu lagi dinukilkan betapa membuak-buaknya idea yang mencurah-curah kembali, terus segar bersimfoni tanpa ada sedikit pun empati dan simpati.

Ketika itulah aku, menari-narikan tarian sumbang, hasil gerakan tanganku di atas papan kekunci laptop yang tak seberapa moden dan gah. Ia seperti bercerita tanpa perlu mengikat janji setia sidang audiens, yang kadangkala ada datang melawat, singgah meninggalkan tahi lalat, ada juga yang datang singgah ibarat angin lalu, yang sepoi, yang ayu dan bayunya, fuh, terasa nyaman nan indah.

Kerinduan yang semakin menebal membuatkan aku tak boleh memberikan titik noktah dalam dunia 'blogging' ini, walaupun hanya sekadar tiga ke empat tanpa entri baru, namun inilah cara yang tetap utuh dalam perasaan itu, ingin menyampaikan. Kata seseorang, masih terbekas  memori yang terus berkelana di benak sanubari ini. "tulislah daripada hati, in shaa Allah, tertawan pasti".

Kita selamanya tidak akan tahu apa yang bakal terjadi. Ibarat ibu ayam yang mempunyai 9 ekor anak ayam. Bila dewasanya anak-anak tersebut, amaun yang tinggal bukanlah 9 lagi seperti dulu, malah tiga atau empat, mungkin. Seketika mana si ibu ayam alpa, sedetik itulah, anak-anaknya menghilang. Tak setanding kasih ibu di dunia. Berusaha membesarkan anak-anaknya, tanpa mengira betapa sukarnya, susahnya, keadaan yang datang menjenguk di ruang takdirnya. Sungguhpun ia kurang akalnya, namun, ia mampu menjaga walaupun ia tidak sebaik ibu manusia.

Yang hanya satu anaknya, atau mungkin kembar seiras, atau kembar siam. Manusia dilahirkan dengan penuh wadah trilogi kehidupan. Yang setiapnya, akan dirintis perlahan-lahan mengikut corak alunan tumbesarannya. Itulah dia zat yang Maha Kuasa, sang Khaliq. Sungguh, penantian itu sungguhpun perit, pahit, terasa hempedunya, namun khulasahnya, manis ibarat gula dalam kuih semperit. Senyum. Inilah aku. Apa adanya. Sekali lagi, senyum. Tiada apa yang mampu dilakarkan di sini. Tapi hanya senyuman yang kadangkala tak tertampak fiziknya dek dilamar oleh tulisan yang beribu, berjenis tiapnya.

Innamal mukminunal ikhwah. Sesungguhnya, tiap mukmin itu bersaudara. Dengan cara apakah kita bersaudara, sahabat? Dengan cara kita menutur kata-kata sapaan yang lagi indah dan manis sebagai lantunan awal dalam mentaaruf. Sungguh, perkataanlah yang mampu merobek hati. Sungguh, dengan perkataanlah juga, yang mampu menceriakan sang hati. Gunakanlah sebaiknya.

Dengan perkataan, kita mula menuturkan chenta. Chenta yang berbentuk abstrak kemudiannya, lama-kelamaan bertukar menjadi solid, pejal, yang lagi hangat, membahang terasa tatkala ia semakin utuh. Menjadikan sang hati tak keruan. Dan bermulalah, makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak kering, solat ibarat tekukur. Nak tahu perihal chenta? Sungguh banyak. Ada orang kata chenta ibarat ala sundal bolong. Didepan manis, dibelakang bohong. Ada juga kata, chenta ala puntianak.  Entah bila  nikahnya, tup tup, dah dapat anak. 

Tak kurang juga yang mengatakan chenta ala toyol. Ada duit abang disayang, tiada duit, abang ditendang. Sayang pun melayang. Sayugialah kepada tertampan. Inilah dunia. Dunia yang penuh suka, duka, tawa, hiba, gembira. Pastikanlah matlamat hidup apa di dunia. Agar kelak tak merana. Yang pasti ambillah dunia sekadarnya. Letakkanlah dunia itu, di dalam genggamanmu, bukan di hatimu. 



Wa'allahu ta'ala a'alam.






Zero The Debt.


Assalamulaikum dan Salam 25 Ramadhan 1434H bersamaan 3 Ogos 2013M.

Pertama sekali, aku nak buat satu sharing session kepada bebudak pelajar TPM College nih. Khususnya, kepada yang sponsor dia tu, PTPTN juga nama dia yang dah kena panggil untuk ambil surat di Finance Department TPMC.  #takenote

Jadi kepada yang dah ambil surat di Finance Dpt tu, dan yang sudah baca, mesti terkeluarlah reaksi spontan yang tak berapa nak best. Terutama lagi kita ni, masih lagi dalam bulan Ramadhan, 10 Ramadhan yang terakhir pulak tu, patutnya banyak amal, kurangkan amalan mazmumah. Yang mana pahala puasa tu, elok2 nak dapat full mark, dapat la, 80 percent. Sebab reaksi terspontan korang tu. Macam contoh, nak cerita kat sini adalah tiga golongan makhluk Allah tu:

Golongan Pertama: Dapat je surat tu, " Bapak ah, g***. Ish, kolej ni. aku bayar kot. Banyak g*** s***.!!" ada lagi, "Aku sumpah, lepas abis aku belajar kat sini, bankrup la kau!" amboi, bersumpah lahanah segala. Dan ucapan-ucapan yang sama waktu dengannya.

Golongan Kedua: Dapat je surat tu, dia tenung dulu lama-lama. Nak kasi surat tu tembus kot akibat sinaran mata dia tu yang ibarat Cyclope. Huh, mana tahu, kan?? Lepas beberapa minit, " Apa ni?! tak pernah aku dapat camni. sakai la. hah, apeke benda lah sakai tu. =_=' Lepas tu, mulala dia terikut dengan kengkawan dia yang dah hangin semacam tu, "tipu ni. tipu ni. aku update kot. aku bayar kot. Dan yang sewaktu dengannya.
Golongan Ketiga: Dapat surat tu, buka. Baca. Dengan khusyuk dan sekali imbas. Dia tak cakap apa2. Lipat surat, simpan dalam envelope. Simpan dalam beg dengan penuh sopannya. Seolah-olah takde apa berlaku. Agak2 kalau ada gempa bumi, dekat sebelah dia tu, tak lari kot. Stay je. Sambil toleh ke sebelah, "eh, gempa bumi lah." then, pandang depan balik. Macam takde apa2. Bahaya orang macam ni. tak perasaan! >.<

p/s: aku rasa, aku golongan ketiga kot. ngee~~ tapi pickup la sikit.hehe


Jadi, antara langkah-langkah yang korang perlu ambil untuk tangani masalah ni, maniskan muka. Senyum. Senyumlah. Kan manis tu. haha.~ Agak-agak kalau muka dia takde gigi, dia senyum, apa rasa? krik3~ Baik,baik. Mengarut je. Tengok. Kurang pahala puasa dah. Sob, sob. ='(

Langkah Pertama: Pergi ke PTPTN OneStop Center@KL Central. tu floor plan shj. Nak map, google sendiri. Sekian. ^_^
Minta satu copy, salinan pembayaran wang pinjaman PTPTN ke Bank. Sila lihat contoh dibawah. 



Lagi satu, ingat tak, masa korang first time daftar PTPTN, akan ada satu Agreement? Dan korang dikehendaki untuk buat 2 fotokopi. Satu untuk simpanan sendiri, satu lagi untuk PTPTN.
Sila standy dengan dokumen tersebut. Tujuannya, staff baru yang jaga finance tu, mana tahu korang ni kos apa, berapa jumlah loan semua. Jadi kalau dia tak tahu, korang tunjuk je. Ini sebenarnya, usaha berdasarkan bukti sekeliling. Jangan main cakap tanpa bukti. Kesian akak2 yang jaga finance tu. Tergaru-garu dia. Jadi, mudahkanla kerja diorang. ye tak? dapat pahala lagi. peace~

Jikalau hilang sudah Agreement tu, err, pergi ke One Stop Center tu, minta balik Agreement tu. Bukan free tau. Kena bayar. RM 90. Tekan sini untuk info.

Langkah Kedua: Sila dapatkan, salinan penyata kewangan di bank2 tempatan. Contoh macam aku, kena pergi dua jenis bank. Iaitu Bank Islam dan CIMB. Sebab, Masa masuk kolej awal Julai 2011, wang PTPTN masuk ke CIMB. Sebanyak 2 kali transaction ada di CIMB tu. Kemudian, pada awal Mei, 2012, kalau tak silap, pihak kolej membuat satu notis pertukaran bank untuk pembiayaan wang pinjaman tu ke Bank Islam. Di Bank Islam, terdapat 3 kali transaction. ni aku punya rekod berdasarkan gambar di atas tula.

Untuk makluman, tarikh transaction apabila berlakunya 'direct debit' oleh kolej, biasanya adalah 9-10 hari daripada tarikh seperti dalam gambar tu.

Jadi kepada, batch 2011, khususnya, dari 1104 hinggalah 1110 rasanya, perlulah pergi ke dua-dua bank tersebut. Harap maklum.

Langkah Ketiga: Minta statement account di kolej. Khamis, 1 Ogos, aku dah pergi minta. Tapi dia kata statement acc tu akan keluar dalam bulan Ogos ni. Mungkin lepas raya. Jadi harap bersabarlah la yea. Naik cuti, terus minta statement tu. 

Langkah Keempat: Bandingkan. Bermula dengan transaction daripada PTPTN ke bank tempatan. (Rasa part ni, tiada masalah.) Summa, lihat balik penyata kewangan daripada dua-dua bank tersebut. Jikalau hanya satu bank, satu bank shj. Kebiasaannya, satu bank shj tu, untuk intake batch 2012.

Contoh, loan aku RM20K. Seperti dalam gambar di atas yang boleh dilihat, sebanyak 5 kali transaction telah dibuat dengan nilai setiap transaction adalah RM4K. Jadi, transaction loan aku, dah tamat dengan jayanya.

Seterusnya, review bank acc statement. Maaf kepada readers. Aku tak dapat nak upload gambar sample tuk rujukan korang. Tapi insyaAllah, aku bagi hint. Untuk batch aku la, 1107, (hot tak batch ni? hehe) disebabkan Bank Islam tu, mengenakan caj acc statement sehelai, RM 5, jadi korang boleh la siap datang bank, pesan kat abang hensem tu, "awak, saya nak acc statement dari awal Jun 2012 hingga Julai 2013" erm, kalau kena penampar siam tu, harap maklumla kenapa kena tampar.haha. Jadi, Ingat ni. =) Senyum.

Untuk acc statement CIMB pula, minta dari bulan Oktober 2011 hingga Januari 2012. Ok, tu shj. Setel. Kepada yang rasa macam banyak duet tuh, minta la dari awal bulan buka akaun sampai current saving. krik3~ ops, takde kerengga dalam blog ni. hehe~

Seterusnya, bandingkan dengan acc statement, daripada pihak kolej. Lepas banding tu, lepas ditolak-tolak jumlah2 tu, akan ada lebih kurang tak sampai seribu ringgit dah. Alamak, kenapa ada lagi balance ni?? Sabar.sabar ye adik-adik. Tu mungkin bayaran subjek LAN korang, iaitu Malaysian Studies dan English Proficiency Workshop, sebanyak RM250 satu. Yang lebih2 tu, mungkin duit insurans kolej ataupun bayaran bulanan hostel korang,  mungkin bulan lepas ke dsb. Juga exam fees. (exam fees ni, aku tak faham. tup tup kena bayar, hehe, bayar jela. Swasta kan? Jadi banyakla yang kena bayarnye. )

Kalau amaun yang tinggal selepas ditolak berdasarkan perbandingan tu, juga selepas subjek LAN, hostel fees, exam fees, insurans fees, telah selesai ditolak, masih lagi banyak, contoh RM2 ribu ke RM3 ribu,, maknanya, korang dah 'makan' duit tu. hehe. Selamat menggantikan duet tu.

Apapun, semoga berjaya. Leklu, baru 1st reminder surat tu kan. Erm, tapi rasanya eloklah, diselesaikan segera untuk mengelak sebarang hal sebelum bermulanya final exam untuk sem ni. Sebarang pertanyaan, PM lah aku. FB boleh. Twitter pun. Google Circe pun boleh.

Salam 25 Ramadhan. 

Apehal kau? Nak gado? Jom..




Tadabburkan Cinta Itu (Part 4)


***Tadabburkan Cinta Itu...Part 3

Sudah tiga tahun berlalu. Diriku hendak dikatakan matang? Maaf lah, aku, Irfan Syukri, sedang berusaha ke arah itu. Sekarang aku di tahun akhir pengajian kejuruteraan mekanikal. Berbaki satu semester lagi. Walaupun, hanya di peringkat diploma, namun, aku percaya, itulah ketentuanNya dengan hikmah disebaliknya. Aku tak tahu. Dia yang lebih tahu. Senyum. Tahun akhir di mana, aku akan ber'graduate' kelak sebagai seorang siswa. Ramai sahabatku mengatakan, "kita ini belajar untuk bekerja. Sebab dengan kerja itulah mampu menjamin masa depan. Dengan segulung sijil diperbuat daripada kertas itulah, yang mampu memberikan kita, kerja yang bagus, lagi baik. Dengan bekerja, wujudlah pula pendapatan. Pendapatan ini, yang dikumpul untuk sara diri. Juga sebagai permulaan kehidupan, membina mahligai impian dan sebagai bekalan pada hari tua kelak. Iye, dengan menabung." panjang juga jawapan dan pendapatnya, bila ditanya kita apakah tujuan kita belajar. Pada aku, itu memang perlu. Tapi, apa kata tukar niat kita tu. Kita belajar, hatta sampai ke doktor falsafah sekalipun dalam apa-apa bidang sekalipun, itu tak jadi masalah. Yang menjadi masalah, adalah niat. 


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:



Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Aku, mengiyakan kata-kata itu. Tapi, adalah lebih baik, dan mulia kiranya, kita belajar, dan bekerja untuk membangunkan agama. Islam sedang 'tenat' sekarang ni. Fitnah. Huh, macam sekadar borak di kedai kopi Pak Teh je. Sesedap gula dan nescafe, ditambahkan susu pekat, untuk jadikan ia lebih 'creamer'. Yang penting sedap. Sedap untuk kena baham dan telan dengan api neraka. Jadi, get readylah ye. Nauzubillah. 



“… fitnah itu besar (dasyat) dari melakukan pembunuhan……” (al-Baqarah:217)

****

Seketika rasa kagum, iri hati, cemburu. Bertuah. Bertuah kepada yang dapat merasa nikmat kurniaan Ilahi yang kita sendiri mungkin tak pernah merasainya. Sebagai contoh, nikmat yang selain sihat waktu lapang, seperti ada kenderaan sendiri, dapat tajaan biasiswa pendidikan dan antara yang paling hot sekali, adalah pernikahan pada usia muda. Banyak sahabat-sahabat kita diluar sana sudah mendirikan mahligai masjid masing-masing pada usia yang cukup muda. Terbaca satu post, amalan yang membuatkan rezeki itu datang mencurah-curah. Tanpa disangka-sangka. Dengan pengamalan sebaiknya. Amalkan doa ini setiap hari. Dengan sepenuh keyakinan. Terima kasih wahai insan yang telah memberi doa ini.


Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh, lalu berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan".
Surah al-Qasas: 24


Buktinya, dengan yang Maha Kuasa, seorang pelajar di Timur Tengah, selamat mendirikan rumah tangga dengan bermodalkan tidak kurang seribu. Katanya, dia mendapat sepasang cincin daripada seorang lelaki atas dasar mahu berzakat. Senyum. Dan alhamdulillah, oleh kerana kedua-duanya, punya faham akan agama, tak perlu kepada adat, sekadar cukup syarat dan rukun dipenuhi, selamat diijabkabulkan. Sekali lagi, senyum. 

Dan kali ini, dia bertekad dengan i'tiqad yang kuat dan yakin. Dia mulai yakin dengan langkahnya. Sebab, Allah sentiasa berada dalam hati, dan mindanya. Dan akan bermulalah detik lamaran itu berlaku. Tiada siapa yang tahu akan keputusan tersebut.
Rabbi yassir wa la tuassir.
Faiza 'azamta, fatawakkal a'lallah.! 




Bermula dengan sekepal genggaman, udara dihirup semahu-mahunya, sambil mata terpejam, menikmati, al- Hawak, yang percuma, tanpa perlu dibayar sesen pun. Dua ke tiga kali dia berbuat begitu.



"Biznillah, akan ku lamar dikau dengan kalimah suci Tuhan kita, Allah swt. Mudahan, aku tak tersalah pilih lagi." demikian kalbunya berkata-kata dengan muka yang penuh pasrah. Serius.

Bersambung...

p/s: Part 5 (episod terakhir)





Taddaburkan Cinta Itu...Part 5( Last Part)

Tadabburkan Cinta Itu (Part 3)





Nurul Qurratun ‘Aini. Khusyuk menelaah buku motivasi yang baru dimilikinya beberapa hari yang lepas. Berpenakan tulisan dengan gaya olahan islami, menandakan ia sebuah buku yang berteraskan agama dan pengaplikasian secara keseluruhan. Begitulah rutin hariannya jika mempunyai kelapangan masa  sambil meredakan kekusutan masalah norma yang berlaku masa kini. Sungguh, dia seorang yang tidak mahu meluangkan masa dengan sia-sia. Sebab, padanya, masa itu sangat berharga. Jarang sekali dia membuang masa dengan perkara tak berfaedah. Ada sahaja perkara yang akan diisi. Selesai diisi dengan membaca, jiwanya akan cukup puas. Mana tidaknya, rohaninya selalu kenyang.  Dia cukup bahagia dengan cara begitu. Sangat bahagia, indah sekali, ronta kata hatinya. Seketika, dia teringat akan firman allah berbunyi,


“ Jika Allah menimpakan suatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang mampu menghilangkannya melainkan diri sendiri. Dan jika dia mendatangkan kebaikan kepadamu,maka dia maha kuasa atas segala sesuatu.(6:17)”

Dalam usaha mentarbiyyah diri,banyak dugaan daripada Sang Khaliq yang datang silih berganti.Takkan pernah putus. Berbekalkan dengan minda, akal yang positif, semuanya ditangkis dengan sesempurna yang mungkin. Sebab, dia sangat akur dan faham bahawa dugaan itu, bukan bersifat untuk menzalimi tetapi untuk mendidik  jiwa-jiwa muslim agar menjadi seorang mukmin. Mukmin, yang cekal dan teguh, sesuai dengan gelaran seorang mujahidah agama yang bakal harum suatu masa kelak. Sungguhpun begitu, dia sudah lama merindukan satu suasana. Suasana yang dipanggil “usrah”. Usrah bersama kakak-kakak senior yang sudah melanjutkan pelajaran nun jauh di Amerika Syarikat, negara yang gah dengan dasar liberalisasinya. Bermodalkan masa yang terluang itulah, dia mencari majlis-majlis ilmu untuk diisi di setiap hujung minggunya. Afidatun Najihah. Pelajar tahun pertama institusi pengajian tempat Qurratun ‘Aini belajar, seorang yang peramah dan sentiasa bersemangat. Dia senantiasa mengajak kenalan-kenalannya untuk melakukan amal kebaikan. Pernah suatu ketika, dia berkata kepada Qurratun ‘Aini, “Kak, kalau kita nak buat sesuatu kebaikan, kita jangan buat sorang-sorang… kita kena ajak orang lain jugak”, dengan senyuman yang cukup ceria. Bait kata-kata yang sudah cukup membuatkan Qurratun ‘Aini, lebih bersemangat dalam jalan mujahadah ini. Berbekalkan dengan perangsang kata-kata itu,Qurratun ‘Aini,  terpanggil untuk mengajak beberapa orang sahabatnya yang juga memerlukan tarbiyyah. Seperti dia. Jikalau boleh, seramai yang mungkin. Itu lah targetnya.

*****
Hampir cukup setahun Qurratun ‘Aini meninggalkan kehidupan bulatan gembiranya. Sepanjang tempoh itu, dia hanya mendapat ta’lim dari Encik Google dan akak Youtube. Dan kini, dia kembali ke suasana yang sangat dirinduinya. Bersama dengan orang-orang yg sentiasa membicarakan perihal mentamadunkan diri mengikut apa yg dianjurkan dalam Islam berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Dia bermula kembali bersama dengan enam muslimah baru. Di sebuah ruang yang bersederhana besar, bilik, yang dipenuhi dengan muslimah muslimah dari IMU dan MMU, Qurratun ‘Aini, memulakan langkah baharu. Tersenyum ceria. Hadir suatu perasaan yang cukup sukar untuk digambarkan. Disitulah bermulanya perkenalan mengenai diri sendiri diselongkar satu persatu. Ia bermula dengan lima mukadimah untuk menginterpritasikan diri.

  • Siapa kita?
  • “ i “ atau “ I “ ?
  • Tujuan “KITA” diciptakan
  • ANALOGI TELUR AYAM (Matlamat & Alat)?
  • Hadis logam (apa kekuatan kita) ?


“Ini Sejarah Kita(ISK)”.

 Itulah tajuk usrahnya yang pertama. Agak membosankan tetapi pengisian dan kupasan yang diberi oleh mu’alimah, cukup mendalam. Ia tidak seperti  pelajaran subjek Sejarah yang di pelajari di sekolah. Lebih menarik, ialah cara penyampaian yg ala-ala workshop gitu. Setiap kali satu topic dibicarakan, ia akan dipanjangkan dalam sesi perbincangan bersama. Tidak ubah seperti sedang berusrah. Walaupun masih baru mengenali mereka, Qurratun ‘Aini, ceria dan sedia memberikan pandangan dan kefahamannya mengenai apa yang dibicarakan. Begitu juga dengan sahabat-sahabat yang di dalam kumpulan lain aktif memberi pendapat tapi ada juga yg masih malu untuk berkongsi. Sehari suntuk. Itulah masa yang sesuai untuk digambarkan betapa kuat dan kentalnya semangat mujahidah-mujahidah ini dalam mendalami ilmu.  Pada sebelah malamnya sebelum tidur, di dalam bulatan gembira yang agak besar juga merangkumi IMU & MMU, berjemaah mengalunkan kalam Allah dari surah al-Mulk. Semuanya mengambil bahagian. Tanpa ada paksaan. 
Sesungguhnya hati-hati yang berkumpul kerana Allah, ia merupakan hati suci, bersih. Bertuah sungguh. Rugi. Tersangatlah rugi, kepada yang tidak tahu.
Qurratun ‘Aini mengambil tempat di sebelah Syahiratul Hasanah. Mereka berdua, merupakan sahabat yang sangat rapat. Apatah lagi, mereka belajar di tempat yang sama. Cuma, berlainan program yang diambil. Sering berdua, walau kemana-mana sekalipun. Banyak juga perkara yang sempat dibualkan sebelum masing-masing terlena. Lampu dipadam.

Seawal pagi, selepas menunaikan solat fardhu Subuh, mereka berdua sekali lagi membentuk bulatan gembira untuk membaca Al-Mathurat bersama-sama. Kemudian, acara seterusnya, urusan diri masing-masing sebelum bermulanya sarapan pagi. Menarik apabila berdaurah kerana di latih untuk tertib mengikut Sunnah Rasulullah saw. Mana tak nya makanan yang dihidangkan pun di dalam sebuah talam, anggaran setiap satu talam seramai 4-5 orang akhwat. Berganti-ganti menyuap makanan. Seorang pun, tak terkecuali. Indah. Ada yang masih malu-malu untuk melakukan itu. Maklumlah, mungkin masih belum terbiasa. Namun, itupun setelah dipujuk. Berjaya akhirnya. Gembira. Talam dibasuh. Dan terus membuat persediaan untuk solat sunat Dhuha bersama.

 Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Kemudian, bersama-sama membaca doa dhuha mengikut rentak tersendiri, penuh penghayatan kepada Tuhan Sekelian Alam. Selesai dhuha, daurah diteruskan dengan slot yang menerangkan mengenai sejarah kedatangan Islam sehingga zaman kegemilangan dan kejatuhannya. Qurratun ‘Aini begitu tertarik dengan peribadi sultan Muhammad Al-Fateh dan para sahabat yang mempunyai iman yang sangat hebat. Tak tergambar dengan kata-kata, saat meneliti slot kejatuhan islam, mata Qurratun ‘Aini berkaca ditambah pula apabila panel membandingkan dengan zaman sekarang. Sungguh, begitu parah nya jiwa- jiwa orang Islam zaman ini. Rasulullah saw, memperjuangkan dengan sangat bersungguh-sungguh untuk menaikkan islam, akhirnya ia jatuh dek kerana orang-orang Islam semakin lalai dengan arus duniawi, tidak fokus pada matlamat, mereka lebih kepada alat. “ Sunnatullah” adalah
peraturan atau syariat Allah yang berlaku di bumi tempat tinggal sementara manusia ini. Sebelum ni kefahaman mengenai sunnatullah hanyalah sekadar sunnah nabi tapi bila diteliti dan bukti dari kalammullah:


Firman Allah SWT:

Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi Sunnatullah, engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan sunnatullah itu. (Fathir: 43)

Jadi dengan keyakinan yang telus, Islam akan kembali gemilang lagi dengan adanya raja yang baik,tentera yang baik dan rakyat yang baik. Begitu jiwa
Qurratun ‘Aini ibarat disuntik imun untuk terus mentarbiyyah jiwa dan bermuhasabah diri.  “Kalau tak praktis kehidupan yang menerapkan sunnah Rasulullah sekarang, bagaimana nak didik anak-anak yang mantap imannya kelak,” hatinya bermonolog sendirian. Dan, untuk mencapai ustaziyatul alam ia perlu bermula dari individu muslim itu sendiri.


Selesai program daurah berkenaan, Qurratun ‘Aini bersama sahabat rapatnya, Syahiratul Hasanah pulang dengan perasaan baru, ilmu yang baru dengan harapan yang menggunung tinggi. Ingin melihat Islam itu, terus bangkit sepertimana suatu ketika dahulu. 


=).Kredit


Bersambung...


Tadabburkan Cinta Itu...Part 4

Tadabburkan Cinta Itu (Part 2)


**Tadabburkan Cinta Itu...Part 1

"Allahu akbar, Allahu akbar..."
"Allahu akbar, Allahu akbar..."

Sayup kedengaran suara bilal melaungkan azan Subuh memecah kesunyian pagi 17 JamadilAkhir. Jam menunjukkan hampir jam 6 pagi. Loceng penggera berbunyi. "Kringg". Dengan selamba, aku terus mematikan jam loceng itu. Hari  ini, diriku terbangun awal. Setengah jam awal sebelum Subuh tadi. Entah aura apa. Segala puji bagi Allah. Tapi, aku sangat rindu Qiam. Sudah cukup lama aku tidak mendirikan Qiam sebagaimana lazimnya. Satu minggu sekali Qiam, cukuplah. Sebagai usaha awal. Kemudian, barulah seminggu dua kali. Dah agak 'kuat' sikit, seminggu tiga kali. Target diriku adalah setiap hari dalam semingu. Banyak fadhilat daripada pelaksanaan Qiam. Antara terpopular sekali adalah menguatkan rohani kita. Lebih kebal. Kuat. Juga sebagai antara jalan untuk menggapai syurga Allah. 


Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Ada dua macam mata yang tidak akan disentuh oleh neraka, iaitu mata yang menangis kerana ketakutan kepada Allah dan mata yang pada malam hari menjaga musuh datang dalam melakukan peperangan fi-sabilillah.”
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.


"Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat. (Surah Hud:114)


Daku terus bersiap untuk segera berjemaah Subuh di masjid. Besar ganjaran pahala jikalau berjemaah. 27 kali lipat. Destinasi, Masjid Jamek Sri Petaling. Sunyi pagi itu. Berteman beberapa buah kereta yang boleh dikira, mula menghiasi jalan raya yang lengang itu. Aku mula berjalan dengan wuduk. Sambil beristighfar. Melihat anugerah alam yang cukup indah. Bertemankan lampu jalan, kakiku terus melangkah. Membawa badanku semahu-mahunya. 

*******

Tiba di kediaman pelajar aspura UKM. Hari ini belah petang akan ada bulatan gembira kami. Bersama naqib baru, akhi Syed Hafiz, pelajar perubatan, UKM. Dia seorang yang baik, sopan. Ala-ala pemalu gitu. Rendah. Redup dan tenang terpancar daripada riak wajahnya. Agak cerah. Berkaca mata. Ada seciput janggut. Mukanya mula menampakkan tanda kemerah-merahan apabila dia berkata-kata. Bercampur. Terdiri daripada lima orang. Selebihnya, junior UKM sendiri yang menyertai. Usrah kali ini, aku belajar apa itu 'Sejarah Kita'. Kebiasaannya, topik sejarah sirah Islamiyah yang akan menjadi topik perbincangan kami. Sejarah Islami, yang mungkin satu ketika dahulu kita pernah belajar di sekolah rendah agama. Tapi kurang fakta-fakta, perbandingan dahulu-semasa dunia. 

Lebih kurang dua jam, selesai sekali dengan solat Asar berjemaah. Abg Hafiz, kemudian nak belanja makan. Makan luar katanya. Bergeraklah aku dan anak-anak usrah lain menaiki sebuah kereta Kia Spektra ke pusat bandar. 
"Kita nak menuju ke mana abg hafiz?" tanya aku."Ke tempat makanlah. Kan, abg nak belanja antum semua makan" Menjawab sambil tersenyum. "Tapi kat mana tu? Sebab macam jauh je nak pegi. Menuju ke Bangi ni" "Ikut je." manis senyumannya. Hampir nak cair jugaklah. Nasib baik lelaki. haha. Kalau tak, huh, nak terkam je. Aip, batas-batas. Lupa pula. 

Tiba ditempat yang dituju. Kelihatan seperti restoran yang agak Islamik. Mana taknya, hampir semua pelanggannya, memakai kopiah, jubah ,kurta bagi lelaki. Manakala perempuannya, labuh pakaiannya serta ada yang berniqab. Nama restoran, Al-Firdaus. Aku turun daripada kereta bersama dengan yang lain. "Ramainya, orang. Baru jam 6 sore." "Jom." Abg Hafiz mengajak aku dan yang lain melangkah masuk ke restoran berkenaan. Satu port dikenal pasti. Duduk dalam jemaah. Seorang pelayan mendekati. Sambil menghulur menu. Abg Hafiz menyambutnya. Seraya berkata "Shukran, akhi" "Hari ini, abg nak belanja antum, nasi turki. Ada siapa-siapa pernah makan tak?" tanyanya. Semua menggeleng. Tak pernah. Nasi Arab pernah la. Sambil membelek-belek menu. Apa yang aku dapat lihat, suasana restoran tu, unik. Nak kata restoran mamak, bukan mamak. Apatah lagi style dia. Nak kata restoran Arab, tak jugak. Sebab, menu yang ada dalam buku menu, hampir semua menu adalah daripada Timur Tengah. Tapi pengusaha restoran tersebut adalah orang Melayu Islam. 

Sementara menunggu pesanan sampai, kami berbual-bual kosong. Abg Hafiz suka bagi soalan cepumas pada tempat-tempat yang tak sepatutnya. Kali ini soalan berbunyi, " Andai kata, datang seorang kafir kepadamu, lalu bertanyakan soalan, " Kamu Islam bukan? Jadi, saya nak tanya kepada kamu. Bagaimana kamu boleh mempercayai dan mengakui hakikat tuhan kamu wujud, sedangkan Dia langsung tak nampak, apatah lagi wujud ? Bukankah lagi baik menyembah tuhan yang ada fizikal? Senang, yakin, percaya. Macam tuhan saya.Saya Kristian. Tolong bagi saya jawapan kamu. Kalau jawapan tu, saya tak puas hati, kamu kena masuk agama saya" Pulak dah. Hardcore jugak soalan abg Hafiz ini. 


Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

Kami berempat memikiran jawapan yang sesuai sambil disertakan dalil aqli. Sebab, kafir ni, tak makan sangat dengan ayat Quran. Ada sesetengahnya yang percaya. Ada juga yang tidak. Jadi, hujah yang bersesuaian adalah menggunakan akal semata. Atau nama lain adalah dalil 'aqli. 
Selepas kami bermusyawarah hampir 15 minit, kami bertemu dengan jawapannya. 
Aku secara sukarela menjadi tukang penyampai idea dan pendapat kepada soalan tu.
Aku mulakan dengan muqadimah. Dengan senyuman, hati yang tenang, aku mulakan,"Ehem, test.test. Bismillah. Selesai sudah permusyawarahan kepada soalan tadi. Jadi antara persoalan yang timbul adalah keraguan yang meragukan. Solusi disini, adalah dengan mewujudkan satu soal teka teki. Sebagai contoh, kisah Saidina Umar dengan seorang lelaki yang datang bertanyakan tentang kewujudan Allah. Lalu Saidina Umar menyuruh pemuda tadi, melihat terus ke matahari. Lalu bertanya," Adakah engkau dapat terus melihatnya?" "Tidak. Ia terlampau bersinar terang dan sangat menyakitkan mata." Balas pemuda tadi. Saidina Umar pun berkata, "Jikalau kamu pun tidak dapat melihat ciptaanNya, bagaimana mungkin kamu bisa melihat Allah?". Aku berhenti seketika. Mencari input dan olahan ayat. Semakin berkurangan pelanggan dalam restoran Al-Firdaus. Mungkin, hari sudah mulai kelam.

Aku lihat sahabat-sahabatku. Kosentrasi penuh diberikan kepadaku beserta muka polos yang terkandung seribu satu rahsia. Aku terus menyambung, " Antara lain, kisah sekumpulan ilmuwan bangsa Romawi yang atheis dan Imam Abu Hanifah RA. Setelah masjid hampir dipenuhi dengan orang Islam, lalu seorang ilmuwan kafir Rom bangkit lantas menuju ke mimbar dengan cabaran untuk berdebat tentang keberadaan  dan kewujudan Allah. Tiada siapa yang bangun menyahut cabaran kecuali Abu Hanifah bangun lantas menuju ke mimbar. Maka, bermulalah perbahasan.


Atheis: Dimana kira-kira Robbmu itu berada?
Abu Hanifah: Kalau kami membawa segelas susu segar ke sini, apakah kalian yakin kalau dalam susu itu terdapat lemak?
Atheis: Tentu.
Abu Hanifah: Tolong perlihatkan padaku, dimana adanya lemak itu?
Atheis: Membaur dalam seluruh bahagian susu.
Abu Hanifah: Kalau lemak yang termasuk mahluk itu, tidak mempunyai tempat khusus dalam susu tersebut, apakah layak kalian meminta kepadaku untuk menetapkan tempat Allah Taala?

Maka ilmuwan Rom itupun bertanya lagi,

Atheis: Perlihatkan bukti keberadaan Robbmu kalau memang dia ada
Abu Hanifah ra mengambil tanah liat, lalu dilemparkannya tanah liat itu ke kepala orang atheis itu .Para hadirin gelisah melihat peristiwa itu, khawatir terjadi keributan, tetapi Abu Hanifah menjelaskan bahwa hal ini dalam rangka untuk menjelaskan jawaban yang di minta kepadanya. Hal ini membuat orang atheis mengenyitkan dahi,
Abu Hanifah: Apakah lemparan itu menimbulkan rasa sakit di kepala anda?
Atheis: Ya, tentu saja.
Abu hanifah: Dimana letak sakitnya?
Atheis: Ya, ada pada luka ini.
Abu Hanifah: Tunjukkanlah padaku bahwa sakitnya itu memang ada, baru aku akan menunjukkan kepadamu dimana Robbku!
Orang atheis itu tidak menjawab tentu saja tidak bisa menunjukkan rasa sakitnya, karena itu adalah suatu rasa dan ghaib tapi rasa sakit itu memang ada. 
"Jadi, itu adalah antara tamsilan-tamsilan yang boleh digunakan dalam menjawab segala persoalan yang diajukan. Sebenarnya sahabat-sahabatku sekalian, Allah menguji antum dengan sekadar kemampuanmu. Pabila ujian itu,seolah-olah kamu tak mampu menjawabnya dan menyahutnya, ingatlah Dia lagi Maha Mengetahui yang kamu boleh,mampu. Jadi, sama-samalah kita berdoa agar dikuatkan Imaan, dalam menghadapi situasi sebegini. Allah uji kita, sebab kita mampu dan sayang kepada kita. Dia tersangat rindu akan rintihan pertolongan hambaNya. Ingatlah, kita ingat Dia, Dia ingat kita. Khairu minaAllah, syarru minnafsi. Wassalam," aku menyimpulkan ulasan akhir jawapan tadi setelah panjang lebar bercerita. Hm, macam naqib la pula. Tersenyum nakal aku. Aku pandang abang Hafiz. Tersenyum ceria dia memandang aku atas bawah. Huh. 

"Alhamdulillah, bagus point antum semua. Syabas. Erm, dah boleh jadi naqib ni. Boleh la bimbing anak-anak usrah baru pula. Tak sabar nak 'lepaskan' antum." "Ah, apa dia abg Hafiz? Lepaskan kami?" "Eh, tak.tak. Saje je." Dengan pantasnya, mencover. Ceh. Makanan pun sampai. Nasi turki menjadi santapan. Macam biasa, acara sunnah menjadi pilihan hati. Guna tangan. Doa makan. Duduk sunnah. Utamakan buah-buahan. Minum air, tiga kali teguk.Kunyah 40 kali.Jilat jari. Jangan tinggalkan sisa. Kecuali yang tak boleh dimakan seperti tulang. Doa lepas makan.Aku suka bergurau dengan usrah aku. Ada ketika tu, sebutir nasi jatuh di luar dulang. Cepat-cepat aku cakap kat dia, "ish, isteri solehah tu kat luar dulang. Kutip! Kutip! Kesian isteri kat luar. Jemputlah masuk." Jemput masuk tu, bermakna makan la nasi yang sebutir tu.  

Sedang sibuk menikmati juadah, terasa nak minum. Mencari lah air. Terpandang seorang kelibat muslimah sedang menaiki kereta Honda di tempat duduk belakang tak berapa jauh dari tempat kami duduk. Kelihatan, bersama ibu dan ayahnya serta seorang adik lelakinya.Yang menghairankan aku, seolah-olah aku pernah melihatnya sebelum ini. Adakah seperti dalam gambar tu? Kakiku terasa nak bergerak dan mengejarnya. Tapi aku ditegur oleh abg Hafiz. "Astaghfirullah"


Hiasan. Harap maklum.



***Bersambung...Tadabburkan Cinta Itu...Part 3

Tadabburkan Cinta Itu (Part 1)



Disclaimer: Tiada kaitan dengan watak yang dikenali. Situasi adalah rekaan semata.


Semekar bau-bauan bunga ros di sebuah taman di sebuah pagi yang indah nan permai. Bertemankan sebatang pena dan buku nota kecil. Di atas sebuah bangku istirehat diperbuat daripada kayu, aku duduk di situ. Mula mencoret bingkisan rahsia alam yang sungguh, terlampau banyak untuk dinukilkan bersama. Tatkala mata anugerahNya memandang sayup akan kehijauan alam, diri terasa sungguh tenang. Kanak-kanak ria bermain. Turun naik gelongsor itu. Panjat tangga, turun tangga. Sekali, terjatuh. Bupp. Bingkas bangun kembali. Menyambung aktivit panjat memanjat. Lelaki, tunjuk macho la tu. Perempuan, menangis.Tak sanggup panjat lagi. Dah serik. Mungkin. Menunjukkan betapa lemahnya kaum Hawa ini. Alahai, sang khalifah kecil. Bakal pewaris ulama dan umara'. Tersenyum aku sendirian. Tanpa sengaja, sekuntum senyuman mekar di wajah yang tak seberapa ini. Soal diri aku yang menjangkau hampir 20 tahun ini, macam mana? "Inshaa Allah, sempat lagi nak kejar" Sambil senyum-senyum kelat. 

Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya) dan apabila Dia berkehendak (untuk menjadikan) sesuatu, maka Dia hanya berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Lalu menjadilah ia.
[Baqarah :117] 

********************

Lagu mp3 dipasang. Disambungkan dengan headphone terus ke smartphone. 

"Tika mata

Diuji manisnya senyuman

Terpamit rasa menyubur harapan


Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta..."

"Ah, lagu ni ke? Erm, layan jelah.", monologku sendirian. Mood cintan-cintun activated. Lagu disambung kembali.

"Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa..."


Cepat-cepat smartphone diunlock. Butang "pause" ditap. Rewind. Diulang-ulang part yang terakhir lagu. Dihayati dengan sepenuh penghayatan. Khusyuk. Ligat kepala memikirkan.

"Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa..."

Senyum. Hebat. Lirik lagu yang sungguh bermakna. Betul lah. Cinta tak harus diduakan. Cinta Allah. Cinta manusia. Cinta Allah, paling utama. Diriku terpanggil untuk menggarap maksud itu dengan mendalam. Memikirkan sejenak. Bait lagu tu. Kadang-kala daku suka memikirkan perkara yang menarik, yang tak pernah menjadi perhatian orang lain. Yang mana, ia terlampau rumit untuk disolusikan. Contoh, agak-agak, boleh ke manusia hidup tanpa pengabdian kepada Rabbnya? Itu satu persoalan yang cukup menarik untuk dibentangkan. Atheis. Satu tanda kepada golongan manusia yang tak tahu dan tak punya bertuhan. Kenapa ye jadi begitu? Kurangkah 'kasih sayang', belaian agama daripada orang lain? Jadi, tugas kitalah selanjutnya. ;)

Lamunanku terhenti. Disapa dengan bacaan al-Quran daripada sahabat serumah. Merangkak-rangkak dia membacanya. Allah. Pahala orang yang membaca al-Quran itu, adalah dua pahala satu huruf. Yang lancar bacaan, fasih, laju, cuma satu pahala je.
Terpanggil diriku untuk mentasmi' bacaannya. Dia terima dengan rela. Dia bahagia, diriku pun bahagia. Tersenyum akhirnya. Alhamdulillah.

******

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya) [Jumuah: 9]

15 Jamadil Akhir 1434H.

Pagi Sayyidul Ayyam yang hening pada pagi hari. Tanganku laju membuka kekunci laptop. Button on ditekan. Hidup. Mataku mencari-cari, apa yang tak kena. Seolah-olah ada sesuatu yang hilang. Terus mencari. Keluar masuk folder tu, folder ni. Masih tak ketemu. Mula pasrah. *Mendengus. "Ish, tak elok mendengus ni." Cepat-cepat diriku istighfar kembali. Lafaz istighfar meniti di bibir sebanyak tiga kali. Misi mencari diteruskan. Apa ye yang nak dicari? Hm...Ah, satu gambar tu. Err, kenapa ye diriku terpanggil untuk mencarinya? 

Terjumpa satu folder berjudul, "Final Paperwork ". Mouse dihover  ke folder, lalu diklik. Banyak file didalamnya. Sedang khusyuk meneliti fail-fail yang ada, diriku terpandang satu fail berformat 'jpeg'. Diklik. Oh. Gambar ibu dan ayahku. Mesra sungguh mereka. Gambar tu, bertarikh 19 September 2009. Tarikh dimana berlangsungnya walimah akakku. Tapi, aku masih mencari-cari, apakah keresahan ini? Pusing. Aku mula mengimbas kembali hal yang semalam. Hal kelmarin. Hal minggu lepas. Bulan lepas. Sehinggalah, aku buntu. Tiba-tiba, mataku tertancap pada gambar ibu dan ayahku. Kelihatan dalam gambar, bukan sahaja mereka. Tapi ada kelibat seorang wanita sedang melintas dibelakang mereka. Maklumlah, waktu walimah kan? mesti riuh, dan ramai orang. Aku perhati dengan lebih dekat gambar tersebut. Seorang wanita yang labuh pakaiannya. Tak berniqab. Tapi hanya menampakkan bahagian tepi mukanya sahaja. Seakan-akan diriku pernah mengenalinya. Tapi siapa ye? Dimana?

Sedang aku khusyuk memerhati gambar itu, zoom out dan zoom in, aku disergah. Cepat-cepat tanganku segera menarik LCD screen lalu ditutup. "Erm, kau takde exam ke hari ni?" "Ah, belah petang nanti. Subjek Engineering Design." "Boleh tumpang motor sekali petang ni? Kau ada exam lagi kan petang ni.?" "Boleh je, hehe" "Terima kasih," itulah sahabat. Menolong kita, waktu senang dan susah. Alhamdulillah.

“Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri”. [Riwayat al-Bukhari dan Muslim] 



p/s: cubaan pertama menulis cerpen pendek versi Islamik. =) Nantikan bahagian seterusnya.