The Future Is...Ours

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri (Surah Ar-Ra'd: 11)

Gemilangkan Kembali Hati Anda


"Dari Amirul Mukminin Abu Hafsh, Umar bin Al-Khathab radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Segala amal itu tergantung niatnya, dan setiap orang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Maka barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya itu Karena kesenangan dunia atau karena seorang wanita yang akan dikawininya, maka hijrahnya itu kepada apa yang ditujunya"

Andai mahu melangkah, mulakanlah dengan satu perkara pokok, iaitu niat. Melangkah. Selangkah demi selangkah. Suka diri ini ingin mengingatkan, adakah pada masa yang sekarang anda masih tetap teguh, utuh berpegang kepada apa yang anda niatkan? Sila 'check' hati dan niat anda. Hati. Ia hanya seketul daging sebesar penumbuk manusia dewasa. Mitos. Cuma kepal genggam tangan anda. Ha, itulah saiz sebenar jantung anda. Saiz hati, dikatakan selebar tangan anda.

Bayangkan. Seketul daging. Berselirat dengan urat saraf, pembuluh darah. Itu secara dasar fizikal hati yang boleh kita nampak dan lihat dengan mata kasar. Boleh nampak apa yang ada didalam hati? Tidak. Sebab niat bersifat abstrak. Seperti kecantikan. Kita tak boleh menilai cantik itu dengan sebenar-benar takrifan tapi hanya mampu dengan misalan semata dengan erti simile, perbandingan. 


Alkisah seorang 'abid berniat, beriltizam, selepas SPM berlalu, dengan keputusan yang baik. Dia berniat, "mudahan aku tak jumpa sebatch dengan aku. Aku malu dengan keputusan yang aku dapat. tula. Kuat sangat berangan. Bajet dah pandai. Ya Allah, aku tak mahu setempat belajar dengan segeng SPMku." Kemudian dia berniat untuk menyambung di dalam bidang 'favourite'nya, 'engineering'. Demi untuk mengejar niatnya, dia sanggup untuk berhenti daripada program matrikulasi. Orang ramai sibuk mengatakan kepada ayah dan ibunya, "Mengapa anak kau berhenti matrik? Kan dah bagus track tu? Cepat sikit sambung degree. Bila habis degree, terus kerja. Dah kerja, terus kahwin. Haa, kan mudah tu." berkata sang teman ayah. Ayahnya menjawab " Wa'allahuta'alam, cik Yob. Entahlah budak tu. Apa yang difikirkan agaknya. Mudahan pilihan dia tu, tepat, betul. Aku tak boleh marah dia. Tanya dia. Dia dah besar. Dia tahu apa yang dia nak." Sang ibunya, berkata, "Tak kisah la mana kau nak belajar. Janji, niat tu tersemat kukuh di hati. "

Jadi sang abid ni pun teruskanlah niatnya untuk sambung bidang 'faveret'nya tu. Di sebuah institusi pengajian tinggi. Baru sebulan dua di situ, berangin sudah. Mula nak bertukar. Bertukar ke 'medsen' katanya. Orang putih kata "medicine'. Di timur tengah. Jauh tu. Kali ini, dia teringin untuk bertukar bukan atas dasar niat semata. Tapi untuk dapat nama. Betul, dia ada berniat, tapi niat tu, tak seampuh niat untuk ke 'engineering'. Sibuk urus dokumen. Berkejar ke sana. Ke sini. Kasihan sang ayah. Terpaksa mengikut karenah anaknya. Turun naik bank-bank tempatan untuk membuat pinjaman pendidikan untuk menampung kos awal perubatan. Pejabat ADUN daerah pun, tak terlepas dari 'spotlist' untuk merayu tajaan awal. Maklumlah, mahal sungguh. Manalah nak berkemampuan, katanya. Sang ibu, kelu. Tak mampu berkata apa-apa. Sang ayah, seperti lembu di cucuk hidung. Sang anak yang tukang tarik tali lembu tu. Allahurabbi. Terkebil-kebil mata sang ayah bila duduk bersandar di bangku usang. Sambil memikirkan, bagaimana untuknya membantu memenuhi kehendak anaknya itu. Sang anak, hanya tahu, 'demand' sahaja. 

Hampir tiga minggu sang anak dan sang ayah berusaha. Takdir Allah telah menentukan segalanya. Sang anak tak dapat ke Timur Tengah untuk sambung kos 'medsen'. Dia terpaksa juga untuk menghabiskan kos awalnya juga. Satu pengajian tahu, yang dia akan 'fly' ke Timur Tengah. Dia mulai malu. Mana nak letak mukanya. Dia tergamam. Bila tiba 'departure day' ke Timur Tengah, dia hanya mampu menjengah 'facebook' sambil membaca status sahabat-sahabatnya berlepas. "Doakan kami!!" "Selamat tinggal Tanah Air!" 
Sang ayah berkata, "Itu bukan rezeki kamu nak. Biarlah perancangan itu berlalu pergi." Betapa tak keruannya hati ayahnya melihat sang anak bermuram durja. Betapa tak kisahnya hati sang ayah selepas ayahnya 'diperlakukan' seperti lembu yang ditarik ke sana, ke mari. Demi sang anak. Dia sanggup. Sebab sang ayah sanggup melakukan semua itu adalah kerana, sang anak bakal mempunyai taraf pendidikan yang lebih tinggi daripada sang ayah. Sang ayah, hanya lulus darjah tiga sahaja. Allah. Bayangkan. Betapa tak kisahnya sang ayah 'dimanipulasi' sang anak yang 'bijak'.

Satu momen, sang anak tersedar. Betapa selama ini dia sudah terlalu banyak menyusahkan sang ayah dan sang ibunya. Dia sedar akan kesilapan lalunya. Jadi, dengan azam dan tekad yang bersungguh, disertakan niat yang penuh membakar emosi, jiwa dan raga, "Dengan nammMu ya Allah, aku berjanji takkan menyusahkan ibu dan ayahku lagi." Di akhir sujud solat hajatnya ketika mana dia berQiamullail. Allah. Betapa hidayahNya itu, hanya daripadaNya ia datang. Dia menempah tiket pulang ke kampung halamannya pada hari itu juga. Di'packing' barangnya mana yang sempat. Bergegas. Menaiki bas ke kampung halaman. 
******

Sang ayah yang telah terlena kepenatan berkebun di kerusi usangnya, terbangun tatkala terdengar bunyi hon sebuah teksi di halaman luar rumah. Dia mulai melangkah dengan longlai menuju ke pintu, untuk melihat siapa yang datang. Pintu yang usang, namun telah dicat seolah-olah nampak baru itu, dikuak. Belum sempat pintu dikuak, sang anak menerjah lembut sang ayah, lalu memeluk dengan linangan air mata sesalan. Dipeluk sang ayah seerat-eratnya. Sang ayah kehairanan. Bercucuran air mata sang anak. Sang ayah pula demikian. " Ayah, assalamualaikum. Maafkan saya, ayah. Maafkan saya. Kerana saya, ayah sanggup bersusah payah demi saya. Bertebal muka demi saya." Dibisik perlahan kata-kata itu hampir dengan telinga ayahnya. Sang ayah mula sebak. Hati cair. Laju titisan air mata menderu turun. Basah. Allahurabbi. Lalu sang anak terus mengungkap kata sesalnya "Kenapa ayah tak pernah marah? kenapa?" Sang ayah mencium dahi anak lelakinya, lalu melonggarkan pelukan. Dia memandang tepat ke anak mata anaknya sambil berkata, "Ayah tak kisah semua tu, nak. Ayah sanggup lakukan apa sahaja demi anak-anak ayah" Bertambah esaklah tangisan sang anak. 

Sang ibu, yang sedang memasak di dapur kehairanan. Siapakah yang datang ke rumah. Lalu dia melangkah ke ruang tamu rumah. Kelihatan sang anak dan sang ayah, dilanda tangisan pilu. Sang ibu menghampiri, sebak hatinya, lalu memeluk kedua-dua insan yang dia sangat kasihi itu. 

Sekian.

***
Jadi di sini, menggambarkan betapa hebatnya soal niat. Ia boleh memperkukuh jiwa. Ia boleh mengubah perasaan manusia itu sendiri. Betapa indahnya hati sang ayah. Betapa syahdunya hati sang anak. Betapa pilunya hati sang ibu. Allahurabbi. 
Tepuk dada, tanya selera. Seringkalilah perbaiki niat anda pada setiap hari, setiap bulan, dan setiap tahun. Bukan hanya di bulan Ramadhan sahaja kita dianjurkan berniat secara jama'ie.
Khairu minaAllah, syarru minnafsi.
Barakallahufikum.
Semoga berjumpa lagi dalam 'next entry' yer.
Wassalam ^_^

Begitu indahnya sang hati, begitu jugalah sang empunya akhlak =) 

0 Insan yg prihatin: