The Future Is...Ours

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri (Surah Ar-Ra'd: 11)

Demi Sebuah Cinta Hakiki

Sekadar hiasan.

Cinta tak selalunya, indah, penuh dengan bahasa yang puitis, angan yang menusuk jiwa dan raga. Cinta itu halus, dimiliki dan dipunyai. Salam sayang serta rindu khas untuk pelengkap tulang kiri rusukku.

Di manakah kamu, sayangku? Kadangkala abang ternanti-nanti akan dirimu. Kadangkala, jenuh dan letih untukku terus memikirkan hal ini. Tetapi sebagai a'mir, bakal ketua keluarga kita, abang harus memikirkan akanmu, sayang. Sebab abang tahu, usrah yang baik, cemerlang, hebat, aulad bakal peneraju agama, bermula dengan pemilihan seorang ibu. Bukan sebaik sahaja mula termeterainya janji ikatan, yang menghalalkan kita bersama, bukan pula sebaik lahirnya seorang anak yg bakal ditarbiyahi.

Seringkali diriku terlintas akan bait-bait ayat, yang cukup lantun, dan sarat dengan maksudnya yang terinti. Memilih dirimu, adalah seperti memilih permata di timbunan serpihan kaca. Sungguh, rumit dan sukar untuk abang membezakan antara duanya. Ia seakan-akan sama, tanpa ada sedikit perbezaan. Tapi yang pasti, permata lebih teguh dan tahan binaannya berbanding kaca yang rapuh, sungguh ketara.

Sayangku, dalam menjenguk dirimu di dunia yg Fana ini, diriku seringkali didengarkan akan cara-cara untuk mencarimu,sayang. Ia jauh daripada senang, jauh pula daripada sukar. Untuk setakat ini, usaha abang adalah dengan membentuk diri ini menjadi seorang soleh, sebab diriku yakin akan janji Allah;

Perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untukperempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.
(Surah An-Nuur 24:26)

Sayang, dalam melengkapkan diri ini, banyak sudah hal yang telah abang lakukan. Khas untuk kita, sayang. =) Dalam setiap kali selesai solat, diriku akan berdoa untuk kita, yang berbunyi;

"Allahumma a'thini al-maratous solihah fi dunya wal akhirah." (Ya Allah, berikanlah daku seorang isteri yang solehah)

Beserta tambahan, dalam surah Al-Furqan,

"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
(Surah Al-Furqaan, 25:74)


Kadangkala, selepas setiap kali solat, diriku seringkali membayangkan dirimu sebelah kiriku. Menjadi makmumku.Tersenyum simpul kita berdua, menanti untuk sesi tazkirah daripada abang sendiri. Diikuti pula, dengan sesi tasmi' dan talaqqi. Tapi itu semua hanya angan2 semata. Tak salah kita berangan-angan sebab, itu salah satu cara untuk meningkatkan keupayaan otak, supaya tidak terus 'mati'. Tidakkah begitu, sayangku? 

Sekarang, abang sedang melatih diri ini, untuk membiasakan diri dengan Qiam pada waktu sepertiga malam yg terakhir. Dalam waktu Ramadhan ini, abang akan cuba memanfaatkan sebaik-baiknya sebagai latihan nasf untuk membiasakan Qiam sbg rutin. Bilamana ia menjadi rutin abang, ia akan menjadi rutin sayang, rutin kita bersama-sama pada setiap pagi. Alangan Rasulullah, mengetuk pintu bilik Saidina Ali dan isterinya, mengajak utk berQiam. Baginda dan isterinya, apatah lagi. Kita? Jauh panggang dari api, sayang.

Dalam tempoh terdekat, abang akan menerima bungkusan pos laju yang mengandungi, buku yang berjudul'Prophetic Parenting' dan 'Saat Berharga Untuk Anak Kita' .




Prophetic Parenting tu, merupakan buku saduran karya, Dr. Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwiad dan Muhammad Fauzil Adhim dibawa khas dan diterjemah daripada Ardhul Anbiya atau bumi Kinanah. Sangat menarik kata orang isinya. In sha Allah, itu merupakan antara karya-karya mahabbah kepada bakal zuriat kita nanti. Juga bakal hantaran untuk majlis diwaktu abang melamar sayang dgn bismillah dan hamdalah.

Rasanya, cukup setakat ni dulu ea. Tak perlu banyak-banyak.
Salam Sayang dan Rindu khas untuk bakal zaujahku, yang entah siapa, masih dalam pencarian.

Sehingga ketemu lagi. Biarlah masa dan rezeki yang menentukan. Sesungguhnya Allah sebaik-baik penentu pengakhiran. Kita manusia, sbg perancang semata.

Yang Ikhlas,
Tuan empunya blog.
Sebarkan bahagia...




Ramadhan Ini..


Sejauh langit membiru dihadapan, burung bebas berkicauan, angin yang bertiup lemah gemalai, tiada siapa yang tidak tertawan. Oh, indah sungguh alam anugerah sang Pencipta Ilahi, Allah SWT.

Hidup tidak selalunya tidak seteru. Seringkali kita memikirkan yang,

"Adakah ini jenis kehidupan yg kita inginkan, idamkan?"

 Walhal, kita sendiri yg menghirup udara di ruangan tempat itu. Tercorakkah kehidupan kita, hanya dengan terusan merintih, yang tanpa dipinta, lahir daripada lubuk hati dan goresan minda yang tak pernah kenal erti lelah?

Kadangkala kita sebagai a'bid, seringkali salah dalam mentafsir akan hal, sebab kita sudah terlampau khayal akan setiap inci kesempurnaan oleh yang Maha Esa. Janganlah kita hanya tahu, merengek seperti kebudak-budakan yang hanya tahu bermain-main di sebahagian besar waktu.

Yang hanya tahu meminta, tanpa sedikit ucap syukur, malah takbur yang dilimpahi, yang hanya comel perwatakannya, tanpa tahu apa isi di dalamnya.

Bukankah, kita mahukan kehidupan yang kekal abadi di akhirat? Justeru, kenapa perlu merintih, merengek? Adakah itu masih tidah mencukupi?

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (Surah Ar-Rahman 55:21)


Bukan itukah permintaan daripada Sang Hati, yg merupakan Raja kepada pemilik jasad, yg akhirnya tetap kembali kepadaNya??


Wahai, sahabatku, bangunlah! Sedarlah kamu daripada tidur nyenyakmu,hadamkan akan hakikat kehidupan yg sebenar, yang telah menjadi ketentuan sejak Azali lagi.

Bangunlah, terus bergerak, mudahan itu dianggap sebagai titik mujahadah kita, walaupun kecil, tapi ia sungguh bermakna. Lebihan, sebagai tambahan kepada  amal kita, bukti perubahan yang dilakukan.

 "Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya." (Al-Maidah, 5:13)


Cukuplah sekadar Dia dihati. =)



Rasa itu..

Do you ever wonder what are your favourites sports, games, kiddings and all types that serve you well?

Well. this time I got myself into this kind of tiny hole which 'suffers' me a bit. Actually, this is not want I always wanted when in flinging into socialisation. But sometimes the time really put me in blow. I do not know why abruptly I turned into this change. Maybe the feeling of  not ever in justification which eventually lead to feel of envy?? When I perfectly get stumbled in the state, the best that I can offer for myself is,

"Aidil, just remains calm. Just let bygone be bygone. There's nothing to lose.You're not even in the twisted and swirled situation. So, why you must and should feel the 'blame'? Yeah, I know perhaps half, more than half, third quarter half or full the knowledge of the hatred and the angry in every human being. So, i just consider what Im supposed to feel and perceive. Later on, change into more aggresive feeling more and more. That is then, you would feel yourselves not in the normal and the superior as you familiarised too.

Whenever you feel this hatred, just keep informing your heart, "Life is not always in your side. It may and turns into the other side." And the best is just remain smile.

Yeah, smile is the cure.
So, keep your smiles even your heart is saddened and twisted.
I love SMILE.

Why about you, guys? ^_^

Off for a trip~

Salam kembali untuk semua pembaca! =)

Alhamdulillah, masih berkesempatan jugak nak update lagi ye. Ok, mission kali ini, 'update la blog kau ni, even sekali seminggu pun, jadi la ye' <---- kata2 perangsang ni. Ameen! Semoga terus dikuatkan semangat tu. =)

Tapi yg lebih bersyukur daku kehadratNya, adalah application for leave of absence has been accepted for a week starts from today! ~(haha) Tu mungkin orang kata, rezeki tuk bercuti ada kan. Macam dalam mafhumNya yg bermaksud:

"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih." - (Surah Ibrahim, ayat 7)


Logik kan? Jadi, sahabat2 sekalian, bersyukurlah dengan apa yg kamu semua ada, kerana sahabat akan mendapat lebih daripada itu. Masha-ALLAH. Tapi kena ingat, sekali kita ingkar, sekali kita kufur, Nauzubillah, azabNya menanti.

“Katakanlah (Wahai Muhammad) : Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya, kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Surah Al-Ankabut, ayat 20)

Jadi alangan ALLAH telah memberi kita pesananNya melalui KalamNya yg mulia, Al-Quranul Kareem tntg mengembara ni.

Jadi, disebabkan ada hal yg perlu disiapkan sebelum pergi 'mengembara' (ceh, trip padahal, ~haha) jadi, saya mohon utk undur diri ye. Kemana nak pergi tu? hmmm, In sya ALLAH, Pulau Langkawi, Kedah.! ^_^

Jumpa lagi dalam masa seminggu daripada sekarang ye!
Barakallahu fikum dan jaga diri anda semua baik-baik. Ingat, ALLAH sayang antum semua. :)





p/s: Ni semua gambar daripada mr. Google je, Jangan marah ye. Sabarlah kerna, assobru minal Imaan..=)

Haih~ Tak dapat laa..=(

Assalamualaikum warahmatullah kpd semua..maaf sangat sebab dah lama tak berupdate. Tu la, orang kata jangan buat blog kalau takde commitment. =_=' tapi nak jugak.. haha

Baiklah, post tuk hari ini? Hm, memang tak dapat pun. Apa yg tak dapat tu ye? ~hmm, berkenaan dengan bantuan pelajaran institusi tinggi pendidikan la. Takpe, tak salah kita mencuba dan terus mencuba! Alangan Rasulullah SAW pun, tak pernah berputus asa dlm berdakwah, menyebarkan Islam, sehingga Islam menerajui hampir dua pertiga dunia. ~Subhanallah!! =D Hebat n cool!

Sejak akhir-akhir ni, saya merasakan diri ni kurang bersemangat selepas ditindih bermacam2 dugaan. Nak tau? Kejap, saya list kan:





 Pointer semester tiga- TURUN!! :'( 


Tapi, alhamdulillah still manage dapat atas 3.5 keatas. Byk jugak turun daripada semester dua, 3.9.
Really obvious! Takpe, masih ada baki tiga/empat semester lagi utk topup balik. tapi 'sakit' jugak tu, nak naikkan~ngee..takpe! bangkit, sentiasa tersenyum, dan terus mara! Ingat tu!  




Mak dan ayah, harapan mereka tuk saya terus belajar di Malaysia


Apapun, saya sgt menghormati keputusan mereka. Tapi pada masa yg sama, teringin n (sgt) berminat untuk belajar di tempat orang..~wink2.haha. terima kasih, mak dan ayah kerana menjadi insan yg cukup prihatin tntg anakmu yg bongsu ni. Ya ALLAH, ya Rabb, alhamdulillah, sungguh beruntung daku mendapat ibubapa seperti mereka..!




~Sebuah ikatan, pertunangan or terus kepada pernikahan ^_^


Hm, tentang hal ni, sudah agak lama jugak diri memikirkan sejak final semester tiga lewat bulan empat yg lepas. Rancang untuk ikat dia, waktu cuti semester, tapi, seolah-olah hati tu, tak tergerak pun untuk melakukannya. Wallahu ta'ala a'lam. Dia Yang Maha Pengatur semuanya.
Alhamdulillah, mungkin berkat perkenalan dan doa, dapat jugak berjumpa si dia. Walaupun hanya dalam melakukan kerja2 amal je. Tu pun atas, permintaan adiknya, beriya-iya mengajak tuk join sekali program amal tu di Balakong dlm 2-3 yg lepas.

~err. kekok. tapi seriously, mungkin tu adalah jalan2 dariNya, tuk kenal dia lebih dekat. Ibu dia seorang yg sporting, walaupun jenis insan yg berniqab, labuh. Keluarga yg harmoni dan bahagia.

Do I still get a chance to be one their family members? In sya ALLAH! ^_^



Baiklah~ sebenarnya tengah looking forward for something in the future. Who knows, ALLAH knows better. I hope it would turn on me, absolutely, for sure =D

See ya.! Wassalam. Take a good care of yourselves readers.! 



I love nature very much. what bout yours? It always remains calm and peaceful.



15 Rutin Seorang Muslim



Assalamualaikum, lama sudah tak ber'update' blog ni. Alhamdulillah, masih lagi dikurniakan nikmat Iman dan Islam. Di sini ada sedikit nota hati untuk semua yg melambangkan rutin kita or chores as a muslim and muslimah. Selamat Membaca! ^_^


1. Mulakan hari dengan Alhamdulillah!
2. Dahulukan Allah, dalam setiap benda and setiap ketika


3. Tenang, dalam semua situasi
4. Hindari rasa marah
5. Berkongsi kegembiraan, dan bersyukur kepada Allah untuk perkara itu.
6. Buat perkara baik.
7. Ambil masa untuk merenungi kehebatan ciptaan Allah SWT.
8. Ekspressi diri kita dalam cara yang betul dan baik
9. Ambil masa rehat sejenak, pergi bersukan dan habiskan masa bersama keluarga
10. Mendoakan supaya mendapat keberkatanNya
11. Peluk ibubapa kita
12. Senyum kepada semua orang selalu
13. Memaafkan, melupakan dan senyum
14. Tidak mencari populariti
15. Tidak memandang rendah kepada sesiapa
“Hati yang tenang dan bahagia adalah hati yang selalu mengingati ALLAH sama ada ketika senang mahupun susah. Tiada apa yang lebih penting bagi seseorang hamba yang selalu mendekatkan diri kepada TUHANnya selain redha, kasih dan ihsan daripada TUHANnya itu. Apa sahaja yang dilakukan pasti akan dikaitkan dengan Kekasih agungnya itu. Bukan keseronokan dan kesenangan dunia yang dicari sebaliknya kebahagiaan dan kesenangan di akhirat kelak.”
Sumber: http://akuislam.com/




PENGORBANAN IBU

Salam a'alaikum..jom hayati cerita dibawah ni..=D

"Nurse, boleh saya tengok bayi saya?"
ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.
Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu.
Si ibu menyambut dengan senyum meleret.
Dibuka selimut yang menutup wajah
comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap.
Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.
Namun gamamnya cuma seketika.
Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek.
Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan.

"Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak.
Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat.
Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan
menyandang pelbagai jawatan di sekolah.
Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak
tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor.
"Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah.

Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang
sanggup berkorban.

Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah.
Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai
manusia baru, kacak serta bijak.
Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya.
Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran.
Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini,
saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali.
"Tak mungkin," balas si ayah. "
Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan.

Tunggulah, masanya akan tiba."
"Bila?" tanya si anak.

"Akan tiba masanya anakku,"
balas si ayah sambil ibunya
mengangguk-angguk.

Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.
Hari yang ditunggu tiba akhirnya.
Ketika si anak berdiri di sisi
keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.
Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui.
Tak percaya...
tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."

Ps :
Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati.
Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.
Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya,
sentiasa minta ampun darinya,
berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka,
kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH
TELAPAK KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna,
selagi hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, 'love u mom'