The Future Is...Ours

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri (Surah Ar-Ra'd: 11)

Demi Sebuah Cinta Hakiki

Sekadar hiasan.

Cinta tak selalunya, indah, penuh dengan bahasa yang puitis, angan yang menusuk jiwa dan raga. Cinta itu halus, dimiliki dan dipunyai. Salam sayang serta rindu khas untuk pelengkap tulang kiri rusukku.

Di manakah kamu, sayangku? Kadangkala abang ternanti-nanti akan dirimu. Kadangkala, jenuh dan letih untukku terus memikirkan hal ini. Tetapi sebagai a'mir, bakal ketua keluarga kita, abang harus memikirkan akanmu, sayang. Sebab abang tahu, usrah yang baik, cemerlang, hebat, aulad bakal peneraju agama, bermula dengan pemilihan seorang ibu. Bukan sebaik sahaja mula termeterainya janji ikatan, yang menghalalkan kita bersama, bukan pula sebaik lahirnya seorang anak yg bakal ditarbiyahi.

Seringkali diriku terlintas akan bait-bait ayat, yang cukup lantun, dan sarat dengan maksudnya yang terinti. Memilih dirimu, adalah seperti memilih permata di timbunan serpihan kaca. Sungguh, rumit dan sukar untuk abang membezakan antara duanya. Ia seakan-akan sama, tanpa ada sedikit perbezaan. Tapi yang pasti, permata lebih teguh dan tahan binaannya berbanding kaca yang rapuh, sungguh ketara.

Sayangku, dalam menjenguk dirimu di dunia yg Fana ini, diriku seringkali didengarkan akan cara-cara untuk mencarimu,sayang. Ia jauh daripada senang, jauh pula daripada sukar. Untuk setakat ini, usaha abang adalah dengan membentuk diri ini menjadi seorang soleh, sebab diriku yakin akan janji Allah;

Perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untukperempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.
(Surah An-Nuur 24:26)

Sayang, dalam melengkapkan diri ini, banyak sudah hal yang telah abang lakukan. Khas untuk kita, sayang. =) Dalam setiap kali selesai solat, diriku akan berdoa untuk kita, yang berbunyi;

"Allahumma a'thini al-maratous solihah fi dunya wal akhirah." (Ya Allah, berikanlah daku seorang isteri yang solehah)

Beserta tambahan, dalam surah Al-Furqan,

"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
(Surah Al-Furqaan, 25:74)


Kadangkala, selepas setiap kali solat, diriku seringkali membayangkan dirimu sebelah kiriku. Menjadi makmumku.Tersenyum simpul kita berdua, menanti untuk sesi tazkirah daripada abang sendiri. Diikuti pula, dengan sesi tasmi' dan talaqqi. Tapi itu semua hanya angan2 semata. Tak salah kita berangan-angan sebab, itu salah satu cara untuk meningkatkan keupayaan otak, supaya tidak terus 'mati'. Tidakkah begitu, sayangku? 

Sekarang, abang sedang melatih diri ini, untuk membiasakan diri dengan Qiam pada waktu sepertiga malam yg terakhir. Dalam waktu Ramadhan ini, abang akan cuba memanfaatkan sebaik-baiknya sebagai latihan nasf untuk membiasakan Qiam sbg rutin. Bilamana ia menjadi rutin abang, ia akan menjadi rutin sayang, rutin kita bersama-sama pada setiap pagi. Alangan Rasulullah, mengetuk pintu bilik Saidina Ali dan isterinya, mengajak utk berQiam. Baginda dan isterinya, apatah lagi. Kita? Jauh panggang dari api, sayang.

Dalam tempoh terdekat, abang akan menerima bungkusan pos laju yang mengandungi, buku yang berjudul'Prophetic Parenting' dan 'Saat Berharga Untuk Anak Kita' .




Prophetic Parenting tu, merupakan buku saduran karya, Dr. Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwiad dan Muhammad Fauzil Adhim dibawa khas dan diterjemah daripada Ardhul Anbiya atau bumi Kinanah. Sangat menarik kata orang isinya. In sha Allah, itu merupakan antara karya-karya mahabbah kepada bakal zuriat kita nanti. Juga bakal hantaran untuk majlis diwaktu abang melamar sayang dgn bismillah dan hamdalah.

Rasanya, cukup setakat ni dulu ea. Tak perlu banyak-banyak.
Salam Sayang dan Rindu khas untuk bakal zaujahku, yang entah siapa, masih dalam pencarian.

Sehingga ketemu lagi. Biarlah masa dan rezeki yang menentukan. Sesungguhnya Allah sebaik-baik penentu pengakhiran. Kita manusia, sbg perancang semata.

Yang Ikhlas,
Tuan empunya blog.
Sebarkan bahagia...




0 Insan yg prihatin: