Alhamdulillah, masih berkesempatan jugak nak update lagi ye. Ok, mission kali ini, 'update la blog kau ni, even sekali seminggu pun, jadi la ye' <---- kata2 perangsang ni. Ameen! Semoga terus dikuatkan semangat tu. =)
Tapi yg lebih bersyukur daku kehadratNya, adalah application for leave of absence has been accepted for a week starts from today! ~(haha) Tu mungkin orang kata, rezeki tuk bercuti ada kan. Macam dalam mafhumNya yg bermaksud:
"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih." - (Surah Ibrahim, ayat 7)
Logik kan? Jadi, sahabat2 sekalian, bersyukurlah dengan apa yg kamu semua ada, kerana sahabat akan mendapat lebih daripada itu. Masha-ALLAH. Tapi kena ingat, sekali kita ingkar, sekali kita kufur, Nauzubillah, azabNya menanti.
“Katakanlah (Wahai Muhammad) : Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya, kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Surah Al-Ankabut, ayat 20)
Jadi alangan ALLAH telah memberi kita pesananNya melalui KalamNya yg mulia, Al-Quranul Kareem tntg mengembara ni.
Jadi, disebabkan ada hal yg perlu disiapkan sebelum pergi 'mengembara' (ceh, trip padahal, ~haha) jadi, saya mohon utk undur diri ye. Kemana nak pergi tu? hmmm, In sya ALLAH, Pulau Langkawi, Kedah.! ^_^
Jadi, disebabkan ada hal yg perlu disiapkan sebelum pergi 'mengembara' (ceh, trip padahal, ~haha) jadi, saya mohon utk undur diri ye. Kemana nak pergi tu? hmmm, In sya ALLAH, Pulau Langkawi, Kedah.! ^_^
Jumpa lagi dalam masa seminggu daripada sekarang ye!
Barakallahu fikum dan jaga diri anda semua baik-baik. Ingat, ALLAH sayang antum semua. :)
Barakallahu fikum dan jaga diri anda semua baik-baik. Ingat, ALLAH sayang antum semua. :)
p/s: Ni semua gambar daripada mr. Google je, Jangan marah ye. Sabarlah kerna, assobru minal Imaan..=)
0 Insan yg prihatin:
Post a Comment