The Future Is...Ours

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri (Surah Ar-Ra'd: 11)

Aku dan Jiwaku.


Pagi itu sungguh tenang dan damai. Ramai a'bidullah berkunjung ke masjid semata-mata memenuhi tuntutan, 'berdating' dgn Sang Pencipta di kala Subuh 8 Ramadhan. Masjid Sri Petaling. Itulah tempat destinasi aku. Mengharap akan rahmat dan maghfirahNya. Sungguh beruntung.

Masjid Sri Petaling...


Seronok jugak berjalan2 melewati kawasan perumahan yg terdiri daripada tiga majoriti kaum yg utama. Bersama seorang sahabat rumah, Amiin Firdaus, namanya. Sedap dan sungguh bermakna sekali nama tu. Alhamdulillah. Banyak kereta-kereta di parkir berdekatan rumah menyebabkan lorong 6/149D, agak sempit. Kebiasaannya, memang begitu pun. Sempat jugak aku merenung jiran rumah dihadapan. Jiran cina sebenarnya. Seorang budak perempuan cina, begitu lincah berkata-kata.Suka tersengih(aku). Sebab dia pelat melayu. Itulah karakternya yg aku kenal.

Dalam sibuk aku dan dia berjalan, jiwaku sering berasa tertanya-tanya. Hmm, entah kenapa. Mungkin ia sudah terlampau 'haus'? Kurangnya penghayatan terhadap ilmu oleh sebab, seringkali terlupa, lalai, alpa, leka? Mungkin jugak.

"Allahu akbar, Allahu akbar..."

Azan berkumandang. Bergema. Memecah kesunyian pagi yg hampir enam jam membeku diam di Bandar Baru Sri Petaling. Sampai di kaki lima masjid, aku terus meluru ke kolah. Agak besar kolah tu. Terdapat dua buah kolah. Mencapai gayung, berwuduk secara tertib.
Ba'diah Subuh. Terus bangkit utk Fardhu selepasnya. Ah, minta maaf dunia ye sebentar. Aku ingin berdating dgn Rabbku.

"Allahu akbar" Takbir diangkat. Aku mulai tenggelam demi mahabbah dan pengharapan Hari Akhirat, yg sudah pasti.
*****************************

Hari ini, aku akan ke kolej. Tempat aku menuntut ilmu, selepas check out daripada Kolej Matrikulasi Melaka. Hampir cukup setahun, aku tinggalkan gara-gara keputusan yg dibuat. Technology Park Malaysia College. Sekarang aku di dalam semester yg ke-4. Berbaki 3 semester saja lagi utk graduate. Selepas graduate nanti, aku bercita-cita untuk masuk Massachusetts Institut of Technology(MIT) . Antara universiti swasta terkemuka dunia. Terletak di Massachusetts Avenue Road, Cambridge, Unites States.  In sha ALLAH! 

MIT...

Rancangannya, hari ini, untuk buat lab report berkaitan subjek Applied Mechanic (Static) bersama Hisyammudin. Mudahan, segera selesai. Bukan apa, aku teringin untuk membuat revision memandangkan Miss Hazila, pensyarah Applied Mechanics, telah tetapkan test untuk kami, Rabu ini. Sekian dulu.

1 Insan yg prihatin:

Ni dekat pintu masuk ke ? subhanallah. mesti indah kan kat dlm masjid tuu .