The Future Is...Ours

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri (Surah Ar-Ra'd: 11)

Sedarkah Kita???


Salam Ramadhan Al-Mubarak. Di sini, tiada apa yg ingin diungkapkan. Tapi, secebis rasa tu, rasa semacam perlu utk diungkapkan juga. Sharing tu memang perlu. Tapi hendaklah berpada-pada ye =)

Baru pagi tadi. seronok baca koleksi printscreen Ustaz Azhar Idrus. Terutama bab-bab berkaitan "Cinta dan Couple", "Tunang dan Perkahwinan". Rasa macam geli ada jugak. Tapi kena la positifkan minda tu. Sebab, nanti tiba masa kita pulak yg akan alami. ~ngee. Sekarang ni pun tengah berusaha dan mencari. Mudahan pilihan tu, tepat. In sha Allah.

Dalam banyak2 koleksi printscreen yg sibuk ditatap sepanjang pagi tadi, byk jugak ilmu-ilmu baru berkaitan. Hmm, jadi nak share sikit serba sedikit yg berkaitan dgn story life saya ni. =D

p/s: klik gambar tuk kasi besar punya. XD



Bila difikirkan balik, ughh, terasa jugak tu. Tapi, mungkin ini suggestion yg terbaik rasanya.
Tapi dlm kes saya, org ini yg bertanya. (dahsyat tak? ) pepun, in sha Allah, kami  positif untuk yg lebih baik dan lebih mendapat redhaNya.

Thus, preparation tu, perlu!! Syukran, ustaz!

Ha, lagi satu, banyak muda-mudi sekarangs, salah tafsir dgn apa itu zina hati. Maaflah,, kalau tafsiran saya di sini tak seberapa. Sebab (malas *tutup mulut) ~ngee. Apa pun, saya akan berikan contoh dgn sesempoi yg mungkin. sebab, saya masih remaja dan saya sayangkan zaman remaja saya! Harap anda pun, begitu juga ye. In sha Allah, sama-sama kita lakukan tajdid ! Tajdid itu perlu, sahabat2!! =D





Ok, cukup sekadar itu. Erm, apa yg menjadi bersarang di fikiran saya sekarang ni, pernah ke saya melamar orang? dengan cara yg tidak sengaja? ~ngee, jom refleksi balik. Sebelum tu, nak share, kepada anda yg pernah melafaz kata-kata cinta, madah pujangga utk si buah hati, macam mana pulak ye? hmm~




Jadi, dah dapat kan jawapannya? Sekarang tepuk dada, cek iman tu. =) (saya pun pernah buat, dan in sha Allah, apa yg saya telah 'terlanjur' melakukan, saya akan terus 'mara' kehadapan. ) sekalipun ia dosa kecil, ia tetap dosa jugak. Bila dikumpul2, ia akan jadi besar.. Sila renungkan. Baiklah, berbalik kepada cerita yg sebelumnya. Pernahkah saya melamar seseorang secara tidak sengaja? Hmm, memang agak runsing sekarang ni. Apapun, mari lihat apa kata jawapan UAI kita. Takpun, kita kecilkan lagi skop tu. Bergurau hingga terbertunang (masih dianggap bertunang, sebeb, takde termasuk rukun nikah) secara tak sengaja??


Ouh, jadi kalau ada niat even bergurau sekalipun, syukurlah, anda telah bertunang secara otomatik! *alamak! Tapi kalau dlm kes saya ni, memang dah terlebih niat. Allahuakbar. Jom check balik. Cara nak putuskan ikatan pertunangan otomatik tu, sebelah pihak hendaklah nyatakan hasrat tuk putus tunang dengan cara, 'remains friend' atau tarik balik ayat gurauan. Kalau takde niat, takde apa yg jadilah. Cukup simple. Tapi cukup simple jugak, tuk hal sebegini berlaku. =) 

Jadi, saya hanya sekadar berkongsi, In sha Allah, lepas ni bab lain. Jumpa lagi =D

Barakallahufikum dan taqabbalallahuminna wa minkum.





0 Insan yg prihatin: