The Future Is...Ours

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri (Surah Ar-Ra'd: 11)

Melangkah ke dunia blogging

Kehidupan seseorang manusia bermula apabila terjadinya percantuman benih antara sperma dan ovum...


Lahir sahaja ke dunia rezeki, jodoh, ajal dan maut semuanya telah ditentukan oleh yang maha Berkuasa sejak kita berada di dalam perut seorang ibu...insan yang tidak pernah kenal akan erti penat lelah dalam membesarkan kita..tidak pernah jemu dalam mendidik, membesarkan kita bersama seorang ayah...indah sungguh momen itu..


Daripada seorang bayi kepada seorang kanak-kanak. Daripada seorang kanak-kanak kepada seorang remaja. Daripada seorang remaja kepada seorang dewasa...akhirnya kepada seorang yang tua dan...mati...


Namun dalam setiap rantaian kehidupan itu, kita tidak selalunya di atas...kadangkala kita akan berada di bawah...sungguh itu merupakan ujian Allah kepada hambanya di muka bumi ini...


Perkenalanku kepada dunia blogger sungguh tidak disangka-sangka...harapnya ini merupakan post sulungku yang pertama dan bukan yang untuk terakhirnya...!

Selamat Datang ke Dunia Blogger 'Ibnu Umar'..!

0 Insan yg prihatin: