The Future Is...Ours

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri (Surah Ar-Ra'd: 11)

Antaraku dan adik lelaki itu...

 Syukur...masih lagi diberi kesempatan olehNya bertemu dengan Sayyidul Ayyam...terasa indah dan tenang sekali pagi hari ini...tidak seperti hari-hari yang lain...seringkali diriku mengakui hakikat itu...lantas diriku teringat akan firmanNya...

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila telah diseru untuk melaksanakan solat Jumaat, maka segeralah kamu mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli...yang demikian itu lebih baik bagimu..."
(Surah al-Jumu'ah: 9)




Cerita ini bermula apabila diriku mula bersiap-siap hendak melangkah kaki ke Masjid As-Syakirin...indah dan menarik sekali nama masjid di qaryah ku ini...mudah-mudahan insan-insan yang seringkali keluar masuk daripadanya bukan sahaja terdiri daripada kalangan orang yang bersyukur...malah lebih daripada itu lagi...

Seruan suci mula mendayu merdu tatkala diriku dan adikku mula menghampiri perkarangan masjid As-Syakirin...

"Allahuakbar...Allahuakbar..."
....
Lailahaillallah...

Apa yang kuperhatikan ramai belia-belia diluar sana masih rancak berbual tanpa menghiraukan akan azan yang berkumandang sebentar tadi...apakah mereka tidak mengerti...? Semakin lama, semakin ramai pula yang rancak berbual dan mula membuat jemaah besar di tempat letak motorsikal itu...syukur yang teramat...nasib baik ada kawalan rela oleh belia 4B dianggotai sekumpulan wanita yang bertugas di situ menegur mereka suruh masuk ke masjid mendengar khutbah yang akan bermula sebentar lagi...


 *****************
Seusai meletakkan selipar di satu tempat, diriku terus segera meluru masuk ke dalam masjid untuk melakukan solat rawatib...terpusu-pusu adikku mengekoriku...maklumlah pakai kain pelikat...nasib baik hari ini pakai seluar...ha..sebaik melangkah pintu masjid As-Syakirin, lantas berniat i'tikaf...


" Ya Allah, Sesungguhnya aku beri'ktikaf di dalam masjid ini keranamu ya Allah..."

Tajuk khutbah hari ini agak kurang mendapat perhatian para jemaah yang hadir...maklumlah tajuknya pun berbunyi 'Kebersihan dan kesucian dalam Islam'...waktu khatib mula untuk berkhutbah, secara tak dipinta mataku jadi kuyu..."Hm..nampaknya syaitan sedang kat kelopak mataku ni..mungkin sebab tu rasa nak terkatup je..." getusku dalam hati...jadi sebagai solutionnya adalah membuat urutan kelopak mata...benda sebegini memang telah lama aku amalkan sejak sekolah rendah lagi...ibuku yang ajar...syukur..agak segar juga  walapun tak sesegar mana...tapi lebih baik bangkit ke bilik air untuk basuh muka...

Tapi tak semena-mena diriku terperasan sesuatu...biasanya kalau tajuk khutbah berkaitan perkahwinan pengkhususan dalam bab-bab poligami, huh..tegak rasanya para jemaah semua mendengar khutbah tentang tu..siap tiada yang tersengguk-sengguk lagi...tak terkecuali diri juga ini..he..ah..dunia oh dunia...!

Selesai khutbah pertama, cepat-cepat diriku berdoa...

"Pada hari Jumaat itu, ada satu waktu yang apabila seseorang hamba memohon kepada Allah, necaya Allah akan memberikannya." ( HR Bukhari dan Muslim ) 
   
Khutbah kedua...kebiasaannya khutbah kedua ni bukan lagi isi utama yang hendak disampaikan...tapi lebih menjurus kepada pujian kepada Rasullullah dan sekalian para sahabat baginda ammnya...
Selesai khutbah kedua, bermula pula muazzin untuk memulakan iqamatnya menandakan solat fardhu Jumaat akan bermula..bermulalah para jemaah yang hadir memenuhi ruang saf yang kosong di hadapan...tapi walaupun diriku tidak mendapat saf pertama kali ini, tapi sekurang-kurangnya masih lagi dalam saf 'bottom five'....

Kebetulan diriku disebelah seorang adik lelaki ni..hm, cantik warna purple baju tu..tapi bagus juga, kalau hilang,adik ini...senang nak cari...maklumlah baju kesukaan..ha

"Allahuakbar...."

Diriku, adikku dan para jemaah lain mula tenggelam dalam mengabdikan diri kepadaNya...Tuhan Sekalian Alam, Allah Ta'ala...


Selesai sahaja imam menyebut ayat terakhir daripada surah al-fatihah, kelazimannya para jemaah akan menjawab  dengan 'amin'...tanpa disangka-sangka adik lelaki yang kebetulan solat di sebelahku tadi berteriak menyebut 'amin'dengan lantang...ditambah pula dengan huruf mim seolah-olah di sabdukan...begitu juga dalam rakaat kedua selepas sahaja ayat terakhir dalam surah al-fatihah dibaca...hal yang sama turut berulang...


 **************
Selesai semua berdoa, diriku cepat-cepat mencari adik lelaki tadi...rasanya umurnya lebih kurang lima tahun...teringat diriku akan firmanNya...


''Wahai anakku! Laksanakanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat yang makruf dan cegahlah (mereka) dari mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu, sesungguhnya yang demikian termasuk perkara yang penting."
(Surah Luqman: 17)

Syukur dapat jumpa lagi adik lelaki tadi..."Dia sedang tunggu ayahnya agaknya.."kataku dalam hati...

"Adik...kemari sekejap...takla, abang bukannya nak makan adik..." selepas diriku melihat raut mukanya seakan-akan hendak menangis...
"Adik...agak-agak kan kalau kita nak bercakap dengan orang , apa yang kita perlu buat...?" soalku...
Adik lelaki tadi hanya menggeleng...haish, nampaknya dia takut ni..harap-harap dia tak melalak...jahat juga diriku ni..haha..

Baru sahaja nak terangkan ayah dia datang...bertanya.."Kenapa dengan anak pak cik ni..? Kamu buli dia ye..?!
Aisey...tak pasal-pasal dah kena...baru nak tegur tentang hal dalam solat tadi...rasanya bagitahu ayahnya sajalah...

"Pak cik, begini...tadi dalam solat anak pak cik yang coomel ni jerit 'amin' kuat-kuat...jadi kebetulan saya berada di sebelahnya...jadi saya nak tegur sikit anak pakcik ni...harap-harap pak cik tak marah ye.."

"Oh..! Soal tu...takpe2x..nanti pak cik pesan kat dia ye...terima kasih anak muda kerana bagitau..pak cik ni bukannya tau sangat tentang hal ni semua...insha-allah pakcik akan pesan kat dia ni...hm, pakcik balik dulu ye.."

"Ah, ye pakcik...terima kasih kerana sudi mendengar kata-kata saya yang tak seberapa ni..."
Dan pakcik dan anak lelakinya pun berlalu pergi...

"Ica...mana kau pergi..penat aku cari kau kat tandas...ingatkan kau kat tandas tadi...nasib baik boleh masuk tandas wanita..tengok gak mana tau kau kat dalam tu..he."tegur adikku dari belakang...ica tu nama panggilan je...

"Mana ada...Oo..mentang-mentang hari ni hari jumaat sukati kau nak cakap pe...takla...tengah tunggu kau la tadi ni..dah jom balik...ha, dah buat ba'diah lum? "Dah tadi..."
"Kejap ye..aku nak buat ba'diah kejap...kau tunggu la kat motor dulu... kejap lagi aku sampai..."jawabku...

Sekian.....!

0 Insan yg prihatin: