Cuba kita bertanya pada diri kita...
Berapa ramai yang sanggup menyuap ibunya?
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya?
Berapa ramai yang sanggup menggantikan lampin ibunya?
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya?
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis pada ibunya?
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya?
DAN berapa ramai yang sembahyangkan JENAZAH ibunya bila saat mereka tiada lagi di dunia ini...?
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya...
KOS UPAH MEMBANTU IBU:
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya sayang ibu.."
KOS UPAH MEMBANTU IBU:
- Tolong pergi kedai : RM 4
- Tolong jaga adik : RM 4
- Tolong buang sampah : RM 1
- Tolong kemas bilik : RM 2
- Tolong siram bunga : RM 3
- Tolong sapu sampah : RM 3-7
- Kos mengandungkanmu selama 9 bulan : PERCUMA
- Kos berjaga malam kerana menjagamu : PERCUMA
- Kos airmata yang menitis keranamu : PERCUMA
- Kos kerunsingan kerana membimbangkanmu : PERCUMA
- Kos menyediakan keperluan harianmu : PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya sayang ibu.."
Renungkan...
Adakah anda sanggup memperlakukan ibu anda seperti anak kecil ini memperlakukan ibunya?
1 Insan yg prihatin:
rite..kasih ibu tiada tandingn nye
Post a Comment