The Future Is...Ours

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri (Surah Ar-Ra'd: 11)

Ilal liqa’...


Assalamualaikum w.b.r...
Syukur kepadanya kerana masih lagi diberi nikmat yang cukup dan tidak pernah kurang...perhaps this is the last entry from me to all my 'fans'..ok, tak berniat nak melalut panjang...sebenarnye nak post cerpen pendek yang telah siap dikarang tapi tak perlu rasenye...biarlah dulu ye...! Mungkin ni masa yang terbaik utkku meninggalkan dunia blog ni buat sementara waktu...mungkin juga bermaksud telah juga selesai syura kecil antaraku dan ibu dan ayahku berkenaan masa depan...


Nampaknye esok merupakan satu perjalanan yang jauh dan amat letih buatku dan adik kembarku...the best of luck for my little brother..kenapa? kalau perasan entry-entry sebelumnya ada cerita tntg pemilihan pegawai kadet  upnm kat kem terendak melaka...last dia yg dapat tuk pemilihan tu...lebih2 lagi dapat masuk ke tudm tu..! huh...berangin jugak...tapi Allah yang maha kuasa menentukan segalanye...kita sebagai hamba hanya mampu berusaha dan bertawakal...jadi esok pi sungai besi dulu then baru turun ke masjid tanah, melaka...mudahan selamat pergi dan pulang...in sha allah ye! jadi kpd yang baca tu, doa-doakanlah kami dua beradik ni mudahan selamat pergi belajar...dan selamat pulang pule ke teratak bonda di johor apabila sesi pengajian baru ni tamat kelak...!

Kepada sahabat2 ku....




"Tiada Ungkapan perpisahan dlm persahabatan,
      walaupun maut menjadi noktahnya
 krn seorang sahabat itu terlalu istimewa
    dlm doa saudaranyeryg lain biarpun       
 tanpa bayangnya..”






Banyak momen indah yang terlakar kukuh di benak sanubari ni ketika di high school dulu...haih, siapa yang tidak rindu akan high school..?! Ditujukan khas  kepada sahabat2 di kelas 503 al-kindi...

Forever climbing...!!


Insan yang sering kali membuatkan sentiasa tersenyum ceria apabila mengenangkannye kembali...
Mungkin kita takkan sering dapat berjumpa lagi kelak...namun mudhan hati kita akan terus 'bersatu' dalam kalimah persahabatan ukhwah fillah abadan abada...! In sha Allah...!






Seterusnya...to my beloved batch 55...tanpamu mungkin diri ini tak mampu untuk survive sebaiknye...! Syukran atas sokongan kalian...mudahan sentiasa beroleh maghfirah dan rahmatNya selalu...!










The best college ever...!



Last, to my beloved college...Semoga terus melahirkan mujahid dan mujahidah yang berintelektual dan bakal menegakkan syiar Islam di muka bumi Allah ini...dengan penuh bijaksana dan hikmah...ameen..










“In the name of Allah we tied friend rope, in the hope it will last longer..
Wassalam...barakallahu fikum...

Edisi pengembaraanku...

Rumah usang...

Apabila aku melewati sebuah rumah usang di jalanan,
Terasa nikmatnya persinggahan itu...bersama angin hembusan,
Yang bertiup megah dari Laut Mediterranian,
Mencari sesuatu barang keperluan,
Bagi melengkapkan edisi pengembaraan...

Kenapa hatiku harus terusik dek kemesraan manusia,
Bukankah itu fitrah daripada Yang Maha Kuasa?
Kerapkali aku bertanya kepada tuannya(aku),
Haruskah aku terasa akan ini semua?
Dan...
Bukankah pula itu merupakan sebuah perencanaan daripada Yang Maha Bijaksana...?
Ya, diriku mengakui.."Sudah semestinya..."

Kini langkah pengembaraanku bakal ku susun lebih kemas lagi,
Ingin sahaja ku tinggalkan hidup duniawi,
Tertambus bersama 1001 kenangan di benak sanubari...
Ah...! Biarkan sahaja intipati itu yang terus meniti,
Kerna aku tidak mahu lagi rugi,
Hidup bersama cinta manusiawi,
Yang kerap saja menggugat rohani dan emosi...
Kerna...
Diriku telah dimiliki...
Oleh Ya Rabb penguasa hakiki...

Biarlah aku 'hanyut' kerna cinta  dengan Rabbku,
Akan ku tempuh badai yang berliku,
Kernaku pasti dan yakin,
Rabbku sentiasa di 'sisiku',
Menemani edisi pengembaraanku,
Sehingga ke hujung hayatku...

Nukilan...
Ibnu Umar aka mohd aidil,
Kala Subuh 16 Jamadilakhir 1432 Hijri bersamaan 20 Mei 2011 Masihi...


Lawak KFC Pendang

Kfc...


cashier : assalamualaikum pakcik..
pakcik : waalaikumussalam..err.err.
cashier : makan sini ka bawa balik?
pakcik : makan kat sana.(tunjuk meja)..patot ramai..pakat duk makan kat sini..
cashier : err..maksud saya..makan di meja dalam kedai ni atau bungkus bawa balik?
pakcik : ooo..habes tu kalau bungkus tak bawa balik.dia terbang balik rumah pakcik seniri ka.bungkus.
cashier : err..ok..pakcik nak set yang mana?
pakcik : yang setsi ada tak??
cashier : err..maksud saya..pakcik bule pilih set set yang sedia ada kat belakang saya ni.(tunjuk).ada yang 2 ketol ayam.ada yang 3 4 ketol..dia sekali dengan ayaq..bla bla bla..
pakcik : pakcik nak beli ayam setengah kati ja.makcik hang nak buat serunding raya esok..
cashier : pakcik..kat sini juai ayam yang dah siap digoreng la..bukan mentah.
pakcik : kalau camtu..beli teloq ayam dah la.depa kalut nak buat kueh tart..aku mana reti nak beli barang kueh camna..haru btoi.
cashier : errr..err..teloq ayam pon takdak..yang ada ayam goreng ja..makan ratah cicah dengan sos camtu ja..
pakcik : hang pilih ja la yang mana pon..ishh..pakcik tak reti nak pilih pilih ni..yang mana pon takpa.
cashier : pakcik ada berapa orang kat umah?
pakcik : pakcik sorang.anak ada 4 orang.makcik hang maseh sorang..
cashier : ok..kalau camtu saya bagi pakcik dinner plate 2 ya..air nak air gas yang mana ka?
pakcik : huuu..pakcik takleh minum ayaq gas ni.satg reja kentut..angin..teh o suam ka kopi tarik takdak ka?
cashier : takdak..takpa saya bagi milo ais kat pakcik.ada nak tambah wedges ka?
pakcik : huu?natang apa tu?
cashier : kentang goreng.senang creta..cucur ubi.
pakcik : ha bule la..bagi cucur ubi seringgit cucur pisang seringgit..campur..kerak boh lebih..
cashier : err…ok ok..(segan layan)
cashier : semua sekali RM 34.50..
pakcik : tu dia aih..mahal gila..ayam berapa ketoi?(buka plastik tengok)..6 ketoi ja sampai 30 lebih..p market bule beli ayam 3 ekor.tak mai dah.(buka wallet bayaq)
cashier : err err..terima kaseh pakcik..datang la lagi..
pakcik : tak kelapaq mai dah.


huuu.. aku yang duk ada kat situ..senyum sinis lalu blah masuk dalam kereta dengan muka bingung. baguih gak.. depa kena sekali camtu.. lama lama kFC tu semakin berkurang la.. huu..

tu tak buka McD, Pizza, Kenny Roger apa lagi.. kalau tak lagi teruk.. aku rasa.. si cashier tu kompem berenti lepas kena dengan kastemer macam tu 2 3 org.. kalau hampa tak caya keadaan ni.. hampa pi la pendang tengok.. sampai sekarang tak surut.. dan dengar cereta.. coleslaw terpaksa ditukar dengan acar limau.. manakala beberapa menu KFC terpaksa ditukar demi kesesuaian keadaan”





P/s: Sekadar hiburan semate-mate...tiada kena mngena dengan hidup dan yg mati...



'The Next Stop'

Dengan namaNya pada awal dan akhirnya...khusus ditujukan untuk semua insan yang bakal menempuh perjalanan hidupnya yang akan mendatang...


Perjalanan kita diibaratkan seperti sebuah keretapi...yang sarat dengan muatan ditambah pula dengan 'coach' yang pula sarat dengan para penumpangnya...



Perjalanan demi perjalanan akan dilalui oleh keretapi ini...perjalanan akan tetap diteruskan meski ribut datang melanda, rel landasan yang semakin usang dimamah usia, kerosakan sistem teknikal yang wujud pada keretapi itu dan seterusnya...namun itu hanya cabaran dan halangan 'kecil' bagi keretapi itu...yang penting adalah 'the next stop'...

Apa yang bakal terjadi dan pasti,
'The next stop' bakal menjadi tempat persinggahannya...ia akan 'berehat' untuk sementara waktu di samping membaik pulih kerosakan yang wujud padanya, menunggu pula untuk pertukaran penumpang yang akan keluar dan masuk daripada 'coach' itu...

Kemudian apabila semuanya telah berada dalam keadaan yang baik dan sempurna, ia akan mula...

Bergerak...
Dan terus bergerak...
Menuju ke 'the next stop'....dan...
Ia bakal...
Mengulangi hal rutin sehariannya yang sama pada setiap hari...
Hari berganti hari...
Minggu berganti minggu...
Bulan berganti bulan...
Tahun berganti tahun...

Sehingga perkhidmatan keretapi itu...

"TIDAK LAGI DIPERLUKAN..."


Itu mungkin sebuah analogi yang cukup ringkas...dan mungkin pula yang tidak sempurna, sehebat analogi lain...namun ia tetap mampu untuk menggambarkan kehidupan seseorang insan...namun segalanya terpulang kepada undividu itu untuk menilainya sendiri...



'Keretapi itu' diibaratkan seperti 'diri kita'...
Yang bakal menempuh setiap perjalanan dalam kehidupan di muka bumi ini...

'Coach' pula diibaratkan sebagai fizikal dan isi rohani kita...termasuk ilmu pengetahuan yang didasarkan kepada al-Quran dan Sunnahnya, yang bakal dipelajari tidak kira dimana sahaja diri kita bakal ditempatkan kelak di dunia ini...

'Penumpang yang masuk' diibaratkan sebagai ilmu baru yang kita peroleh...tidak kira apa jenis ilmu itu dan tidak pula kira apakah martabat ilmu itu...

Manakala 'penumpang yang keluar' diibaratkan...mungkin sebagai ilmu yang semakin terpinggir...yang mungkin pula tiada nilainya lagi...mungkin sebab itu ia mula menghilang tanpa kita sedar akan kehilangannya...

'Ribut petir, rel landasan yang usang, kerosakan sistem teknikal dan seterusnya' pula diibaratkan sebagai cabaran dan halangan yang bakal datang menimpa kepada diri kita...sama ada kita bersedia atau tidak untuk menghadapinya...jadi disini menunjukkan betapa perlunya persiapan yang serapi mungkin untuk semua cabaran tersebut...

'THE NEXT STOP' pula diibaratkan sebagai tempat yang bakal kita berada di sekitarnya mahupun di dalamnya dengan 1001 tujuan...kita mungkin berada di 'sini'  untuk seketika...atau mungkin 
untuk SELAMA-LAMANYA...tanpa ada 'the next stop' yang seterusnya...

Dan...

'Apabila perkhidmatan keretapi itu TIDAK LAGI DIPERLUKAN bermakna...kehidupan seseorang itu telah berakhir setelah ia menghabiskan sisa-sisa umur hidupnya di setiap 'the stop' tadi ataupun dengan erti kata lain ajal telah sedia menanti kita...Dan
Bagaimana pula dengan bekalan akhirat kita? Fikir-fikirkanlah..!!


Sesungguhnya...perjalanan hidup seorang insan itu telah dirancang dengan begitu teliti oleh Yang Maha Kuasa Tuhan Sekalian Alam...
Sebagai seorang insan, kita harus sedar akan 'perjalanan' kita...kerana...

"DUNIA" bukanlah satu maklamat utama kita...tetapi...

"AKHIRAT" adalah sesuatu perkara, satu destinasi yang PASTI untuk setiap manusia...

Justeru, marilah kita menjadi seperti sebuah keretapi...

Yang tetap utuh di atas rel landasannya walaupun badai datang melanda...
Yang tetap setia membawa ke mana sahaja 'coach'nya tanpa ada seorang penumpang pun yang keciciran...
Menuju ke setiap 'the stop'...
Menimba sebanyak mungkin ilmu yang berguna...dan kemudian berlalu pergi,
Menghadap Allah Azza Wa Jalla...

Yang merupakan satu antara destinasi 'the stop', 
yang telah tentu pasti....



Pemergianmu...(Part 2)




Dan abah sanggup buat untuk mak. Abah dan mak selalu berlumba untuk beribadah.. "Abang buat solat sunat tasbih lagi banyak daripada ani.." "Isk, ani tak boleh sembahyang boleh lah abang potong.." Dan abah hanya ketawa. Dalam sunat tasbih, dalam solat tahajjud, dan pelbagai perkara. Di rumah ada sebuah buku. Amalan harian di bulan ramadhan, amalan setiap hari. Dan abah dan mak selalu berebut untuk buku tersebut. Selalu bertukar tangan. Pernah mak tanya, "Abang suka ani marah-marah, tapi sihat ke.. atau ani diam, tapi ani sakit.." "Tentulah abang suka ani sihat, walaupun marah-marah.." jawab abah.. Dan bila mak teringinkan sesuatu, abah akan usaha membahagiakan mak. Abah seorang tukang masak yang baik. Amat baik. Dan abah selalu membanggakan mak. Ke mana mak pergi, mak bangga bila orang berkata. Dan selalu berkata. "Beruntung Ani dapat suami macam tu.." Mak gembira. Kadang-kadang mak pening kepala. Abah akan belai kepala mak. Bacakan ayat al-quran dengan penuh kasih sayang. Dan itu amat menenangkan mak.. Pernah mak berkata.. "Abah terlalu baik, amat baik.. Sehinggakan mak penah terfikir, jika abah mengimpikan untuk berkahwin baru. Mak akan izinkan, mak akan benarkan.. Abah terlalu baik, dan mak senantiasa inginkan kebahagiaan abah.." Dan abah selalu membanggakan mak, hingga saat terakhir. Hingga abah kini, Sudah tiada. Pergi untuk bertemu cinta agungnya.. Abah membanggakan mak dengan senyuman manisnya walaupun abah sudah tiada. Senyuman yang meredakan tangisan kami. Abah membanggakan mak dengan pujian sahabat abah kepada jenazah. Mak sedih, terlalu sedih. Mak peluk dan belai abah. Ketika tangisan mak mereda. Mak berkata.. "Senyuman abah sinis, seperti senyumannya selalu untuk mengusik mak.." Mak seakan tak lalu makan. Dan aku cuba menyuap. Mak menahan sambil menangis. "Jangan suap mak, mak akan teringatkan abah.." Mak tak boleh mendengar deringan telefon. "Mak berharap sangat yang telefon tu abah.." Mak terus menangis.. Sebentar mak tersenyum. "Abah terlalu baik, sehinggakan nak mencari keburukan, susah sangat.. kecuali satu.. suara abah yang tak sedap.. Itupun mak rindukan sangat suara tu..." ujar mak.. Menarik nafas. Dalam. Amat dalam. "Nadwan, mak perlu kuat kan? Sebab abah dah pergi dengan baik sangat. Jadi mak kena gembira. Mak kena gembira bila abah gembira. Abah, dah bahagia sangat hingga senyum begitu sekali. Mak juga nak jadi macam abah. Mesti abah dan dapat bidadari yang cantik-cantik kan?Agak-agak abah ingatkan mak lagi tak?.. " Mak terus tersenyum. "Mak nak buat ibadah banyak-banyak.. mak nak jadi macam abah.. mak nak masuk syurga sama-sama... sampai nanti.. insyaAllah.. mak nak jadi ketua bidadari untuk abah di syurga nanti..." Dan hati seorang isteri terus tabah. Mendamba penuh harapan dalam tangisan penuh kerinduan...sekian

20 Soalan Tentang Kisas....





Sebelum nak ‘angkat kaki’ ni, rasanya nak jawab dulu 20 soalan tentang kisas...rasanya agak terkilan kalau tak jawab soalan ni...ex-student situ kan...rasanya dah terlebih lewat tuk jawab soalan ni, tapi better late than never, right...? 

1. Give 5 simple word about kisas?
-Truly memesrizing
-Great companions
-Lovely teachers
-Peace n harmony
-Cute muslimat..? (eh..apa ni...? janji jawab soalan..ye tak..ha...)

 2. Antum rasa antum meletop tak kat kolej?
-Rasanya nak ‘meletop’ tu tak ada la sangat...tapi nak ter’meletop’ tu ade...hanya common people...

 3. Apa perasaan masa hari pendaftaraan. Siapa orang 1st yang antum tegur? Antum redha dengan warna fail yang diberi?
-Tntg que ni...sedih sikit..hu..sebab terlewat satu hari datang...orang pertama yg ditegur pak guard rasanye..tntg warna file tu,takde cerita la pula...tapi masa pendaftaran kat pejabat sek,ada seorg cikgu tu syorkan masuk rumah omar...sebab tu warna merah smpai habes sek..mula2 masa pendftaran tu, dah buka bahagian rumah biru(khalid) memang ada kosong lagi...tpi cikgu tu tegaskan, supaya msuk rumah merah(omar) je..jadi...terima la dgn senang hati...

 4.  Apa yang antum bangga pasal kolej?
-Mungkin suasana yg islamik...plus pula ‘kemashyuran’ nye dari sejak 50-an lagi...teacher2 kat sini semua suke tersnyum bile berselisih dgn pelajarnya...pelik kan? Tapi bukan ke senyum itu sedekah..? fikir-fikirkan ye...

 5. Tempat paling antum suka kat kolej?
-Setiap tempat yg ada ‘bench’...suka sangat melihat panorama kat kisas...paling best masa kat atas jejantas waktu senja merah...not too bad..! Very beautiful picturesque...!!

 6.  What is your nickname in college?
-Hanya aidil...tapi ada gak kwn panggil dil je..ha...ade satu kisah lawak gak berkaitan nama ni...time tu tengah prep petang ade irsyad panggil...maklumlah tgh ‘khusyuk’..ha...ada ke patut irsyad panggil ala-ala lagu hindustan...’dil meradil meratta hogaya...’ haih, nak kene empuk pun ade si irsyad ni..nasib baik Allah tu masih mengurniakn kesabaran yg kuat...kalau tak...tak tu apa jadi..tapi taklah sejahat tu...

 7.  Berapa kali antum attend gotong-royong? Pernah escape prep? Kat mana dan buat apa?
-Tntg hal ni rasanye no prob...escape prep tu banyak kali gak...especially time mid year+sbp trial+spm exam...huh...banyak gak ‘kejayaan’ tu sepnjang bergelar stud kat situ...kat asrama sama ada kat lobi atau kat bilik study... 

8.  Bila 1st time antum break the rules? How about the last time?
-Rasanya mase minggu kisas dilanda wabak H1n1 ketika f4...tntg wabak h1n1 tu seolah-olah  macam agak tragik gak kan? Tak semena-mena berlaku...ramai gak ‘mayat2 bergelimpangan kat bilik sakit GF omar tu..ha...last time, pi prep pakai selipar jepun...ha...ada brand gak selipar jepun ni...dengar je ade member kena detain dgn cikgu rosnaini sebab pasal selipar, ‘supp..!!’ cepat2 nyorok kat setiap kelas...cikgu tu kejar, kiteorg lari tawaf bangunan lak demi ‘mengelakkan diri dri dicekup!!...last2 dpt gak balik asrama waktu tu...the best men win!! best gak..tpi rasanya cam tak berkat la pule main2 dgn cikgu...takpe hari bermaafan pasti ade...setel!

 9. Berapa kali antum singgah kantin sehari?
-Hampir setiap hari pergi kantin rasanya...tapi taklah sampai ke kantin...asal tibe di persimpangan antara kantin n pejabat je, terus meluru ke surau sebelah bilik guru..tuk solat dhuha...Act, dah lame amalkan solat ni sejak dr f1 lagi..sebab tu asal lmbat naik kelas tu, pi solat kejap...sama gak bile time puasa sunat... 

10. Semua orang ada kenangan manis...so, antum punya kenangan pahit?
-Berbalik kpd h1n1 tadi, dapat la mc seminggu daripada doktor...rasanya nak balik johor dalam tiga hari...tapi hari khamis minggu mc tu rasa nak balik kisas semula...heh..semangat belajar la katakan...masa balik kisas petang rabu tu, tak pakai baju batik..(wah, gangster tu)...selamba je melintas jalan petang tu tuk masuk asrama ikut pintu belakang...esok, naik kelas, terasa nak pergi jumpe cikgu fairuz...kebetulan dulu bilik kaunseling tu bersebelahan bilik kaunseling...dah selesai urusan pun keluar nak balik kelas...melangkah keluar je bilik kaunseling tu, terus kena tegur...” Awak yang melintas jalan petang semalam kan..pakai baju belang tu kan?” tanya ustaz...”A’ah...ye saya...kenapa ye? (hai..mase ni tak faham2 lagi..dah salah buat tanya2 pule...cover la katekan...ha..jgn tiru lak..tak elok tu) “ Dah..tak usah tercegat lagi kat situ...mari ikut saya masuk bilik disiplin, isi borang salah laku..” “Aisey...kantoi...takpe..redha2x..”getusku dalam hati...kebetulan juga, masa berbual tadi ada prs sekelas masuk...alamak! harap2 prs tu tak dengar...kalau tak...malu habes!! Fuh...nasib baik prs tu meluru masuk terus ke bilik kaunseling...kalau tak naya...

 11. Bayangkan andai antum ditaklifkan sebagai Tku or KU. Apa yang bakal terjadi?
-‘Great power comes with great responsibilities...’ memang besar burden tu..tpi kadangkala allah sengaja beri burden tu kerana Dia tahu kita boleh buat...padahal pada masa yg sama kita tak mampu..so, jawapannya tepuk dada tanya selera..tapi lebih baik kalau diserahkan saje perkara tu kpdNya..lagi baik...

 12. Ingat lagi MDSS..apa antum buat kat sana?
-Ha...tempat yang tenang dan harmoni sekali...! disebabkan mdss tu dekat dgn asrama putera, jadi hampir tiap2 hujung minggu boleh pi masjid tu..macam2 buat kat situ...kalau time exam, ramai yg study kat sekitar masjid tu..biasanya khamis malam jumaat ada bacaan yasin bersama ahli qaryah...then ada jamuan ringan sikit...suka pergi awal time sebelum subuh pada pagi ahad...bukan nak pi tidur kat masjid tu, tapi nak tunggu tuk kuliah subuh..(ceh, macam ye je..kalau betul, apa salahnye ye tak..? ha...) bukan ape, jarang dapat jumpe muzakkir luar kecuali time kuliah subuh pagi hari ahad...jikalau ade kesempatan berkunjung lagi ke selangor kelak, in sha allah mdss akan menjadi tempat wajib tuk dituju...really miss it!

 13.  Apa terjadi kat dewan kuliah?
-Hoho....’perebutan kerusi’ antara muslimin dan muslimat...(khusus untuk bahagian belakang)...mungkin ayat ni yg sesuai tuk disusun...rasanya tiada ape yg menarik tuk direkodkan di sini...tapi funny stories and eye-laser interruption maybe are not too worse to be narrated here...ha...next time ye..!!

 14.  Antum tiba-tiba kena jadi pres Badar or Hawa? Amacam layakkah anda? Apa yang bakal berlaku?
-Rasanya..seolah-olah bagai langit dan bumi...daripada seorang insan biasa diangkat menjadi pres...lebih2 lagi dalam bab2 agama...huh..! dalam mimpi la kot rasanye... tapi nak cerita sikit exp masa f4, ketika badar di bawah akh Tarmizi dulu...itupun dah cukup getir...itu belum lagi ketika pengetua tanya pres Badar( akh Tarmizi) minta translate ayat melayu kepada ayat arab al-quran...dan minta nyatakan ayat ke berapa+surah apa...alhamdulillah, nasib baik akh Tarmizi dapat...macam yg dikatakan dalam soalan 11, kurniaan Allah tu atas kemampuan kita...jadi tepuk dada tanya selera...tapi nothin’ is impossible kan...? 

15. Berapa kali antum pergi outing dalam sebulan? Dengan siapa? Tempat paling jauh pernah pergi?
-Bab outing ni, tiap2 bulan pi...walaupun tau ada sek cina berdekatan asrama puteri, tapi bukannye pi outing tuk ‘cuci mata’ ye...! ha...tapi keinginan untuk mengekplorasi bandar klang ni je..kata orang kalau tak explore, tak kenal...tak kenal=tak cinta, tak cinta=...?? Terus terang bukan suka sgt nak pi explore ni, tapi suke pi masjid baru yg baru buka kat bandar tu..(bukan masjid india tu ye...)...sejuk je dlm tu..best dpt jadi tetamu Allah kalau hari2 camni...tempat paling jauh, rasanye Shah Alam dengan Khairom...free ride tu! 

16.    Soalan paling simple..pernah fly?
-‘I believe i can fly...’
Agak-agak ade kaitan tak ayat di atas dengan soalan? Ha...takde ape2 pun saje...tapi minat kat lirik lagu tu...simply impressed me! Bab fly ni, nak kata tak pernah fly, rasanya tak patut...tapi pernah la...dekat-dekat je...tak jauh mana...bile tu? Biasanya pukul 1 pagi ke atas..nampak macam takde keje tapi memang ye pun..pergi mana? Restoran sebelah asrama putra..wak kanang la... 

17.     Apa benda yang antum harap akan jadi tapi ianya tak tercapai akal? Dan confirm takkan terjadi punya?
-Mungkin que ni agak ekstrem sikit...asif tak dapat nak jawab... 

18. Kalau diberi peluang balik masa form 4/5...apa antum nak buat?
 -Rasanye nak ‘enjoy’ betul2 baik daripada segi tarbiyahnye dan ukhwah baina asdiqa...masa f5 dpt jadi naqib la pule..tp sayang tak didik ‘anak2’ tu betul..rasa rugi la...kalau dapat masa tu...in sha allah akan digunakan sebaik mungkin...!

 19.      Kalau antum tak masuk kisas, agak-agak kat sekolah lama apa cerita antum ek?
-Mungkin dah hampir nak masuk RMC...borang tu pun hampir nak submit masa tahun pmr dulu..tapi bila difikirkan...jauhnye..! tambahan pule, suasananya betul2 berbeza daripada sekolah2 lain...maklumlah tempat tuk melahirkan pemimpin yang kental dari segi fizikal,emosi dan rohani...tapi bila apply tuk sbp, alahai...dapat pula yg jauh...kisas...tapi for me it’s still THE BEST COLLEGE EVER!!

 20.      Describe in one word tentang (sebelum-semasa-selepas) jadi warga kisas?
-Sebelum= Apakah itu kisas? (Tercengang)
-Semasa= Oh...begini rupenye...(Teruja)
-Selepas=Tak sangka kan...seolah-olah baru semalam semua tu berlaku...( Rindu)

The Journey Must Get Going Somehow...and...Good Luck for The Next Journey Everybody...May Your Wish Comes True!!!



Pemergianmu...(Part 1)



Ini kisah mereka.. kisah cinta yang insyaAllah membawa ke syurga. Kata mak.. Mak abah berjumpa di program. (Mungkin tamrin sebenarnya) Program akhir tahun siswa siswi universiti. Kata mak, ketika itu mak sedang menuruni tangga, dan terpandang abah. ...Itulah kali pertama mer...eka berjumpa mungkin. Cinta pandang pertama...








 Mak muslimah yang solehah, beriman. Bertudung labuh dan berjubah lembut. Mak mempunyai wajah yang indah subhanAllah. Cantik dan menyenangkan. Mak pernah dipinang, malah beberapa kali. Alhamdulillah, mak senantiasa bergantung pada Allah. Setiap pinangan, mak akan istikharah. Pernah hadir sebuah pinangan untuk mak, yang mak istikharah ke atasnya. Dan kata mak.. "Mak mimpi mak pakai pakaian pengantin.. indah.. tapi mak pelik.. kenapa baju pengantin mak tak habis dijahit.. tak lengkap.." Dan pinangan abah datang. Hadir, Seakan angin yang menyampaikan sinar bahagia yang menenangkan.. dan pada Allah, mak bergantung harap. Mak sekali lagi istikharah. Dan Allah mengurniakan. Juga tanda dalam mimpi. Mak lihat.. "Mak sembahyang,. mak solat.. dan abah.. abah yang menjadi imam.. abah yang menjadi pemimpin.." Cerita mak sambil tersenyum.. Dengan redha, mak menerima, dengan cita-cita menjadi isteri yang solehah.






 Alhamdulillah. Aku pernah melihat surat mak pada abah semasa pertunangan. Surat cinta dahulu kala. Aku tersenyum. Hehe. Membahagiakan. Aku pernah melihat buku haraki yang dihadiahkan mak pada abah, dengan kata-kata semangat seorang muslimah kepada mujahid. Agar terus tetap dalam perjuangan. Oh, bahagianya.. Mak selalu cerita tentang kenangan manisnya.. Dulu, ketika mak mengidam mengandungkan anak sulungnya, iaitu aku, mak pernah teringin untuk makan buah, dan abah belikan 2 bekas besar khas untuk mak. Ketika mak dalam pantang dan terasa meikmati keindahan minuman, abah hadir dengan satu jug besar. Cerita mak sambil tersenyum. Dan begitulah abah, terlalu baik. Amat baik. Dan hidup mak senantiasa bersama abah. Mak kadang-kadang sakit. Pernah mak pengsan dua kali. Pernah mak memasuki wad.






 Pernah kami sekeluarga mengalami detik-detik yang amat mensyahdukan. Abah pangku mak, dan abah menangis.Aku sebak melihat abah menangis. Dan aku tak pernah melihat abah menangis seperti itu sebelum ini. Dan abah, benar-benar menjaga mak dengan sepenuh jiwa dan raga. Cerita mak.. Ketika sama-sama menunaikan haji. Ketika semua jemaah sudah pulang, abah masih belum pulang walaupun sudah 2 jam berlalu. Mak risau. Dan kelihatan abah.. "Abang ke mana? Risaunya ani.." "Abang buat tawaf, dua kali.. satu untuk abang, dan satu untuk ani.." kata abah sambil tersenyum. Mak terharu, biasanya tawaf setengah jam. Tapi disebabkan ramai orang, jadi sejam...



Harga Sebuah Kasih...


Cuba kita bertanya pada diri kita...
Berapa ramai yang sanggup menyuap ibunya?
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya?
Berapa ramai yang sanggup menggantikan lampin ibunya?
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya?
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis pada ibunya?
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya?
DAN berapa ramai yang sembahyangkan JENAZAH ibunya bila saat mereka tiada lagi di dunia ini...?


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya...

KOS UPAH MEMBANTU IBU:

  1. Tolong pergi kedai                   : RM 4
  2. Tolong jaga adik                     : RM 4
  3. Tolong buang sampah             : RM 1
  4. Tolong kemas bilik                  : RM 2
  5. Tolong siram bunga                : RM 3
  6. Tolong sapu sampah               : RM 3-7
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

  1. Kos mengandungkanmu selama 9 bulan      : PERCUMA
  2. Kos berjaga malam kerana menjagamu      : PERCUMA
  3. Kos airmata yang menitis keranamu           : PERCUMA
  4. Kos kerunsingan kerana membimbangkanmu : PERCUMA
  5. Kos menyediakan keperluan harianmu           : PERCUMA
KOS KESELURUHAN NILAI  KASIHKU : PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya sayang ibu.."

Renungkan...
Adakah anda sanggup memperlakukan ibu anda seperti anak kecil ini memperlakukan ibunya?

Antaraku dan adik lelaki itu...

 Syukur...masih lagi diberi kesempatan olehNya bertemu dengan Sayyidul Ayyam...terasa indah dan tenang sekali pagi hari ini...tidak seperti hari-hari yang lain...seringkali diriku mengakui hakikat itu...lantas diriku teringat akan firmanNya...

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila telah diseru untuk melaksanakan solat Jumaat, maka segeralah kamu mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli...yang demikian itu lebih baik bagimu..."
(Surah al-Jumu'ah: 9)




Cerita ini bermula apabila diriku mula bersiap-siap hendak melangkah kaki ke Masjid As-Syakirin...indah dan menarik sekali nama masjid di qaryah ku ini...mudah-mudahan insan-insan yang seringkali keluar masuk daripadanya bukan sahaja terdiri daripada kalangan orang yang bersyukur...malah lebih daripada itu lagi...

Seruan suci mula mendayu merdu tatkala diriku dan adikku mula menghampiri perkarangan masjid As-Syakirin...

"Allahuakbar...Allahuakbar..."
....
Lailahaillallah...

Apa yang kuperhatikan ramai belia-belia diluar sana masih rancak berbual tanpa menghiraukan akan azan yang berkumandang sebentar tadi...apakah mereka tidak mengerti...? Semakin lama, semakin ramai pula yang rancak berbual dan mula membuat jemaah besar di tempat letak motorsikal itu...syukur yang teramat...nasib baik ada kawalan rela oleh belia 4B dianggotai sekumpulan wanita yang bertugas di situ menegur mereka suruh masuk ke masjid mendengar khutbah yang akan bermula sebentar lagi...


 *****************
Seusai meletakkan selipar di satu tempat, diriku terus segera meluru masuk ke dalam masjid untuk melakukan solat rawatib...terpusu-pusu adikku mengekoriku...maklumlah pakai kain pelikat...nasib baik hari ini pakai seluar...ha..sebaik melangkah pintu masjid As-Syakirin, lantas berniat i'tikaf...


" Ya Allah, Sesungguhnya aku beri'ktikaf di dalam masjid ini keranamu ya Allah..."

Tajuk khutbah hari ini agak kurang mendapat perhatian para jemaah yang hadir...maklumlah tajuknya pun berbunyi 'Kebersihan dan kesucian dalam Islam'...waktu khatib mula untuk berkhutbah, secara tak dipinta mataku jadi kuyu..."Hm..nampaknya syaitan sedang kat kelopak mataku ni..mungkin sebab tu rasa nak terkatup je..." getusku dalam hati...jadi sebagai solutionnya adalah membuat urutan kelopak mata...benda sebegini memang telah lama aku amalkan sejak sekolah rendah lagi...ibuku yang ajar...syukur..agak segar juga  walapun tak sesegar mana...tapi lebih baik bangkit ke bilik air untuk basuh muka...

Tapi tak semena-mena diriku terperasan sesuatu...biasanya kalau tajuk khutbah berkaitan perkahwinan pengkhususan dalam bab-bab poligami, huh..tegak rasanya para jemaah semua mendengar khutbah tentang tu..siap tiada yang tersengguk-sengguk lagi...tak terkecuali diri juga ini..he..ah..dunia oh dunia...!

Selesai khutbah pertama, cepat-cepat diriku berdoa...

"Pada hari Jumaat itu, ada satu waktu yang apabila seseorang hamba memohon kepada Allah, necaya Allah akan memberikannya." ( HR Bukhari dan Muslim ) 
   
Khutbah kedua...kebiasaannya khutbah kedua ni bukan lagi isi utama yang hendak disampaikan...tapi lebih menjurus kepada pujian kepada Rasullullah dan sekalian para sahabat baginda ammnya...
Selesai khutbah kedua, bermula pula muazzin untuk memulakan iqamatnya menandakan solat fardhu Jumaat akan bermula..bermulalah para jemaah yang hadir memenuhi ruang saf yang kosong di hadapan...tapi walaupun diriku tidak mendapat saf pertama kali ini, tapi sekurang-kurangnya masih lagi dalam saf 'bottom five'....

Kebetulan diriku disebelah seorang adik lelaki ni..hm, cantik warna purple baju tu..tapi bagus juga, kalau hilang,adik ini...senang nak cari...maklumlah baju kesukaan..ha

"Allahuakbar...."

Diriku, adikku dan para jemaah lain mula tenggelam dalam mengabdikan diri kepadaNya...Tuhan Sekalian Alam, Allah Ta'ala...


Selesai sahaja imam menyebut ayat terakhir daripada surah al-fatihah, kelazimannya para jemaah akan menjawab  dengan 'amin'...tanpa disangka-sangka adik lelaki yang kebetulan solat di sebelahku tadi berteriak menyebut 'amin'dengan lantang...ditambah pula dengan huruf mim seolah-olah di sabdukan...begitu juga dalam rakaat kedua selepas sahaja ayat terakhir dalam surah al-fatihah dibaca...hal yang sama turut berulang...


 **************
Selesai semua berdoa, diriku cepat-cepat mencari adik lelaki tadi...rasanya umurnya lebih kurang lima tahun...teringat diriku akan firmanNya...


''Wahai anakku! Laksanakanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat yang makruf dan cegahlah (mereka) dari mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu, sesungguhnya yang demikian termasuk perkara yang penting."
(Surah Luqman: 17)

Syukur dapat jumpa lagi adik lelaki tadi..."Dia sedang tunggu ayahnya agaknya.."kataku dalam hati...

"Adik...kemari sekejap...takla, abang bukannya nak makan adik..." selepas diriku melihat raut mukanya seakan-akan hendak menangis...
"Adik...agak-agak kan kalau kita nak bercakap dengan orang , apa yang kita perlu buat...?" soalku...
Adik lelaki tadi hanya menggeleng...haish, nampaknya dia takut ni..harap-harap dia tak melalak...jahat juga diriku ni..haha..

Baru sahaja nak terangkan ayah dia datang...bertanya.."Kenapa dengan anak pak cik ni..? Kamu buli dia ye..?!
Aisey...tak pasal-pasal dah kena...baru nak tegur tentang hal dalam solat tadi...rasanya bagitahu ayahnya sajalah...

"Pak cik, begini...tadi dalam solat anak pak cik yang coomel ni jerit 'amin' kuat-kuat...jadi kebetulan saya berada di sebelahnya...jadi saya nak tegur sikit anak pakcik ni...harap-harap pak cik tak marah ye.."

"Oh..! Soal tu...takpe2x..nanti pak cik pesan kat dia ye...terima kasih anak muda kerana bagitau..pak cik ni bukannya tau sangat tentang hal ni semua...insha-allah pakcik akan pesan kat dia ni...hm, pakcik balik dulu ye.."

"Ah, ye pakcik...terima kasih kerana sudi mendengar kata-kata saya yang tak seberapa ni..."
Dan pakcik dan anak lelakinya pun berlalu pergi...

"Ica...mana kau pergi..penat aku cari kau kat tandas...ingatkan kau kat tandas tadi...nasib baik boleh masuk tandas wanita..tengok gak mana tau kau kat dalam tu..he."tegur adikku dari belakang...ica tu nama panggilan je...

"Mana ada...Oo..mentang-mentang hari ni hari jumaat sukati kau nak cakap pe...takla...tengah tunggu kau la tadi ni..dah jom balik...ha, dah buat ba'diah lum? "Dah tadi..."
"Kejap ye..aku nak buat ba'diah kejap...kau tunggu la kat motor dulu... kejap lagi aku sampai..."jawabku...

Sekian.....!

Pengalaman di Kem Terendak, Melaka

 Pagi 15 April bersamaan 11 Jamadilawal 1432H...bersamaan hari Jumaat....


Seindah mimpi tak seindah realiti...
Hari ini begitu cerah dan harmoni sekali...keadaan panas yang tidak selalunya membahang tidak seperti hari-hari lain..mudah-mudahan pada hari yang mulia ini, impianku untuk melepasi ujian pemilihan dan temuduga dipermudahkan olehNya..insha-Allah..

Destinasi: Kem Terendak, Batalion 3 Divisyen, Masjid Tanah, Melaka
Tujuan: Pemilihan dan temuduga Pegawai Kadet UPNM 11/12




Selama seminggu ku bakal berada di sini..itulah namanya cabaran dan dugaan bagi diriku dan insan-insan lain turut terpilih dalam pemilihan tersebut...setiba di Melaka Central...aku dan adikku terus di bawa menaiki truck tentera...ha, satu pengalaman baru..kata salah seorang staf tentera tu, untuk seminggu di sini, kami semua akan dibawa dengan hanya menaiki truk..huhu..nampak gaya terpaksa memanjat juga..takpe..namanya pun cabaran...

Hah, satu peristiwa lucu dengan hanya naik truk tu je pun dah wujud...begini...ada seorang lelaki ni sebaya denganku rasanya..badannya pun agak besar..tempat memanjat truk tu hanya ada dua tempat pemijak...jadi agak-agak kalau ter-salah pijak....maksudnya jatuh...macam nangka busuk la..hee..kelakar juga...huh, alhamdulillah, nasib sempat cover, kalau tak...target la jawabnya...



Macam ni rasanya truk tu..


Masa di kem tu, banyak sungguh pandangan 'laser'..huh, tahap 'maut' pun ada..hm, memang tak boleh layan...tapi disebabkan niatku datang ke sini hanya satu..lulus ujian pemilihan dan temuduga..insha-Allah..!! Tapi kalau tak lihat, tak kenal la partner group..kalau kena dengan partner yang stereotaip takpe la juga...tapi ini terkena pula dengan...pergh!!...mula la start menyayi+ khayal...siap ada background music lagi..

'Kau bagai bidadari...'

 Then, mulalah berkata dalam hati, "so high!!"..dunia ini ana yang funya..satu sahaja cara adalah dengan istighfar banyak-banyak...syukur iman masih lagi kuat dan 'sihat'..!

Hari terakhir ku disini adalah ketika masa interview...punyalah nak cepat selesai interview, sekali sumbat lapan orang serentak..! Mana tak sempat..lebih kurang 800 orang calon yang kena diinterview..! Kadang-kadang sampai pukul 3 pagi ikut jurusan pilihan masing-masing...rupanya guna bahasa Inggeris..jadi tiba turn, speaking je la...yang interviewernya nampak pelik..berkerut-kerut dahinya time tu..huh...what ever happens, just get ready...alhamdulillah...selesai..

Setelah beres semua, seorang calon cina yang juga sama-sama interview...datang tanya...

"Awak speaking tadi kan..kenapa English awak pekat sangat..satu patah pun saya tak faham tau..slang awak macam slang ala British..." Ades..la..patut pun interviewer tadi berkerut-kerut muka dia time tadi...

"Oh, ye ke...tapi saya cakap biasa-biasa je.." hah..satu lagi big mistake yang telah dilakukan...tapi rasa nak 'kembang' tu pun ada juga sebab kena puji..haha...apapun hanya tawakal dan berserah sahajalah yang mampu.....insha-Allah..!

Satu lagi momen yang tak dapat dilupakan..masa di Dewan Perwira 3 Divisyen...
Waktu tu malam..semua calon pemilihan diarah berkumpul dalam dewan tu...macam dewan dekat sasic la juga..tapi besar sikit kapasiti dia..masa tu ada panggilan guna 'nombor dada'...kira macam pra-pegawai la..asal nak panggil orang, guna 'nombor dada' tu...jadi tak perlu guna nama...apabila nombor dada tu kena sebut je..calon tu kena teriak 'Saya...tuan..!' dengan penuh lantang dan semangatnya...huh, macam tercabar la juga sebagai seorang lelaki...pula time tu dapat seat agak belakang sekali...jadi...kena jerit kuat sikit baru dengar rasanya....

Tunggu punya tunggu, mata dah nak naik kuyu ni...masa tu hampir pukul 12 tengah malam...tiba-tiba 'K147!'..
Eh, macam kenal je nombor tu...standby and yell! "Sayaaa....tuan!!"..Aisey, pe yang ku dapat lihat..budak depan tu tengah syok-syok nak terlelap..terbangun terus..dan 'gedebuk'...wakaka...jatuh macam nangka busuk sama macam budak badan besar yang nak naik truk tu..!

Kad 'nombor dada'


"Ish..kau ni jerit tu pelan-pelan la sikit...telinga aku berdesing tu...rasanya cam eardrum aku dah nak koyak je.." macam tau-tau je eardrum tu dah nak koyak...haha...biarlah..tu la..lain kali jangan nak terlampau semangat sangat...satu lagi big mistake telah dilakukan...

Kadang-kadang kita kerapkali merasakan diri kita ni sudah bagus, cukup semua tanpa cacat cela..tapi kita kena ingat tak semua yang kita lakukan itu betul dan kena pada tempatnya....
Sekian....