The Future Is...Ours

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri (Surah Ar-Ra'd: 11)

“Selamat Kembali


Alhamdulillah, aku selamat sampai ke Sri Petaling. Tempat baru setelah skyvilla. Itupun bercuti setelah hampir 3 minggu di rumah. Tak sangka kan, bertolak dari Sanggar Kota dengan Abg Helmi. Berkopiah putih keras dan berbaju kemeja putih berlengan panjang dengan sedikit corak menghiasi bahagian depan kemeja. Aku kagum dengan perwatakannya. Maklumlah, ayahnya seorang bilal, imam di kampung feldaku. Kampung Felda Bukit Aping Barat. Kadang-kadang, Dia telah menganugerahkan halawatul iman kepada sesiapa yg dikehendaki tanpa mengira latarbelakang pendidikan. Aku maksudkan adalah berlatarkan agama. Mungkin dia tak, tapi aku ya. Tapi cara praktikalnya sampai ke fizikal.Subhanallah..! XD( Aku? Insha Allah!)

Tak sangka kan, tup tup dapat pergi unofficial usrah dengan abg Amirul di HUKM sama-sama dengan abg Syafiq, Amin serta beberapa orang senior pelajar perubatan HUKM, abg Fairuz, abg Hilmi. Diorang semua ada yg tahun ke-4 perubatan, ada pula tahun terakhir (tahun praktikal). Best dapat masuk HUKM terutama Kolej Tun Dr Ismail yg menempatkan sejumlah besar pelajar perubatan di situ. Abg2 dan kakak2 yg bakal bergelar doktor, satu hari nanti. Study elok-elok! =P Jadilah seseorang yg berjasa kepada diri sendiri, keluarga, mahupun agama kita, Islam khususnya, Alhamdulillah…

Tempat muqabalah usrah tu..di salah sebuah kediaman senior..


Sejak aku pindah keluar dari matrik, hampir 5 bulan pertama aku di tpmc rasa nak ‘down’. Tapi Allah tu maha Mengetahui akan rasa hati hambaNya. Dan inilah aku, yg berperasaan sebegitu. Segala puji bagiNya! =D Jika bukan keranaNya, mungkin tiada istilah perkenalan dgn Abg Syafiq, mungkin tiada lagi kelas Quran yg memang aku suka hadir di dalamnya, dan mungkin juga aku tidak berpeluang untuk tinggal bersama mengikuti program usrah luar dan akan datang ni, program daurah bersama aulad selama 4 hari rasanya. Hm, bergelar fasi? Best jugak tu kan? Hehe XD
Barakallahufikum, wallahua’lam..

Sekadar berkongsi pengalaman diri yg tak seberapa ni..^_^


Aku,Lim dan Islam..


Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak.

 "Lim Wei Choon."

Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas
SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya
melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu
kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi
bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah
ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya.
kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut
serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti
harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan
keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek
Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku.

Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah
untuk melihat pertandingan ‘breakdance’, semuanya kami kongsi
bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan
perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.
20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya
mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari
kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan
pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau
telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya
khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya
memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan
berita yang kudengar dari kakaknya. 

” He’s name is no more Lim Wei
Choon. He’s now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago...

Subhanallah!

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah
S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi
setelah menjadi saudara seagama denganku.
Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan
bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena
menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin
berkurangan.

"Assalamualaikum.."

….Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah,
air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan
dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama
terpisah.

‘Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua
olang” 

Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat
peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis
kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur
melihat keislaman rakanku.
Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual.
beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada
diperantauan.

"Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?…
Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?
kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?"
Sorry Lim...
 "Aku tak faham..diseksa? What do you mean?"
"Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau
tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada
aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar
tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa
aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?"

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.

"Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku
di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api
neraka?

"Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku
akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak
sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non
muslim yang lain."

"Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan
melahirkan kau dalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk
kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau
dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam
pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku."
ujar Lim..

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.

"Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi,
penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak
ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak
tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?"

"Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat
ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum
pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan
satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu
sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan
seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau
boleh panggil kafir."

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim
adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya
sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang
sebenar. 
Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telah
dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan
kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang
itu.

Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. 

Aku ingin berdakwah!

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan
lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun
Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang
pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang
kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat
dilahirkan sebagai Islam.

Dipetik dari fb...=)

‎6 Hal Beruntungnya Bagi Seorang Muslimah

1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

Diriku dan dirinya...


3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia
tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......


Salam Maal Hijrah 1433 dan Awal Muharram..!

Assalamualaikum kepada semua pembaca..! Pejam celik, da masuk tahun baru Hijrah dalam kalendar Islam khususnya..rase macam sekejap sangat. Mungkin perubahan masa yang tidak kita sedar akannya. 
Jom kita renung sejenak.....


Apakah yang telah kita buat sepanjang tahun 1432H lepas? ha, buat banyak benda baik ke buruk?
In sha allah, mesti baik2 je kan? ~wink2..hahaha..

Sambungan


Kata orang, eh, bukan rasenye..tapi kata orang jugak lah..(hee) apabila mula sesuatu kejadian or peristiwa or perubahan, kita hendak jadi mcm lalang tu..haa..kejap lentuk kiri..kejap2 lentuk kanan..ikut angin bertiup katakan..tapi ta semestinya kita tetap terus macam tu..


Padi..




As a human being, we should have our own stand..and please standstill wherever you're..

In sha Allah, dalam tahun baru Hijrah ni, diriku akan berusaha sehabis baik ke arah menjadikan.. 

SEMOGA JADI ANAK, PELAJAR, HAMBA N KHALIFAH

YANG CEMERLANG DUNIA DAN AKHIRAT

An expert in Aircraft and Aerospace Engineering..
Ameen..!

(yang warne merah ni adalah ucapan seseorang utk diri ini di fb..mudahan ucapan ini juga ditujukan utk dia..)

Our own footsteps...

CINTA SEJATI SI ANAK KECIL..... ♥♥





Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang


 berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada


 ayah.....

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di



 pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal



 pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli


 mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya


.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!" Si anak itu terdiam dan


 perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa


 anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.

Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya



 benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah


 meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah


 menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit



 kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah


 ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang


 sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang


. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari


 mana


 kamu dapat duit tu??" Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. 


Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari



 belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin


 tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi. "Ayah.... sekarang


 Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di


 pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan


 ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...


♥ Mungkin sahabat-sahabat telah membaca kisah ini...sebelum ini,sebagai peringatan buat



 kita..cinta & kasih sayang tidak boleh dinilai dengan wang atau kemewahan...

Tinta:Nur Ilham Srikandi Pencinta Illahi ♥♥ LOVE ALLAH FOREVER ♥♥




CINTA SEJATI PENCINTA ILLAHI....... ♥♥

Aku sedang menanti dia...

Impian kita semua..

Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah

Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa

Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari

Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri

Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya

Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadi
Iaitu ALLAHURABBI

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia

Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana..

Dia pilihan ku..

Sunnah Rasulullah Dalam Kehidupan Seharian??

Ya Hubbihi wa Rabbihi...



Pertama: Tahajjud, karana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Sambungan....





Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, karana masjid merupakan pusat kebarakahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan mesjid Allah.
Keempat: Jaga solat dhuha, karena kunci rezeki terletak pada solat Dhuha.
Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: Jaga wudhu terus menerus karena Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah.”
Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Nabi SAW bersabda, “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, berarti dia cinta padaku, dan barang siapa yang cinta padaku, maka akan masuk surga bersamaku.”