The Future Is...Ours

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri (Surah Ar-Ra'd: 11)

CINTA SEJATI SI ANAK KECIL..... ♥♥





Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang


 berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada


 ayah.....

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di



 pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal



 pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli


 mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya


.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!" Si anak itu terdiam dan


 perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa


 anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.

Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya



 benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah


 meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah


 menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit



 kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah


 ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang


 sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang


. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari


 mana


 kamu dapat duit tu??" Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. 


Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari



 belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin


 tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi. "Ayah.... sekarang


 Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di


 pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan


 ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...


♥ Mungkin sahabat-sahabat telah membaca kisah ini...sebelum ini,sebagai peringatan buat



 kita..cinta & kasih sayang tidak boleh dinilai dengan wang atau kemewahan...

Tinta:Nur Ilham Srikandi Pencinta Illahi ♥♥ LOVE ALLAH FOREVER ♥♥




CINTA SEJATI PENCINTA ILLAHI....... ♥♥

0 Insan yg prihatin: