The Future Is...Ours

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri (Surah Ar-Ra'd: 11)

Tadabburkan Cinta Itu (Part 5: Last Part)


Petang 2 Zulkaedah 1434H. 7 September.
Masing di kampung.

"Berlari-lari.
Mencari-mencari.
Sebuah cinta hilang.
Saat begini kau padu janji,
Kasih yang baru..
Ku ulangi pertemuan, walau hanya..."

"Krapp". Earphone dieject dari lubang audio jack smartphone. Hmmph. Lagu oh lagu. Kenapalah kau bersifat lebih 'crappy' dan 'inspiry'? Kasihan warga muda di luar sana tu. Mereka terdedah dengan lagu-lagu yang ke arah menghanyutkan hati sederas-derasnya tanpa ada pelampung yang singgah untuk menyelamatkan mereka. Kalau yang berhati 'tough and steel' takpe. Tapi kalau hati yang 'soft and spongy', aduhai, kata orang tak boleh 'mantul' balik hasutan tu, payah. Terus tertangkap dan dilema. Mulalah muncul 'dilema wanita'. Macam dalam program tv1. Tahun 2005 rasanya program tu.Haih. Hmm. 


 Abu ‘Athaillah dalam syairnya mengatakan:
Sesungguhnya usia muda, kekosongan masa dan kemewahan,

adalah punca kebinasaan seseorang dalam bentuk kebinasaan apa saja. 

Aku bingkas bangun daripada kerusi pusing tu. Bergerak ke jendela rumah. Melihat panorama alam. Sungguh. Hatiku senang begitu. Kelihatan, kucing berwarna kelabu bergolek-golek kesedapan di atas jalan tar yang menganjur separuh ke halaman rumahku. Kucing jiran tu. Dulu, keluarga aku ada bela kucing. Tapi dah lama. Empat tahun lepas. Tapi dah tak bela lagi sebab dia mati dalam tragis dan tangis kami semua.Maklumlah rumah yang berbukit. Persekitaran kampung ni pun, adalah ladang kelapa sawit keseluruhannya. Belum sempat si kucing kelabu merasa kesedapan berguling di atas tar yang suam petang tu, motor Kriss merah perlahan menuruni bukit. Lari semahu-mahunya. Kesiannya. "Ah, ayahku dah balik." Monologku dalam hati sendirian. 

Setelah menongkat motor, beliau terus masuk melangkah ke rumah dengan membawa bungkusan juadah petang. Biasa, epok-epok ataupun nama lain, karipap. Ataupun kuih koci, donat sambal dan sebagainya. Tapi, hari ni lain. Beliau membawa sesuatu yang sangat lain. Kuih lopez. Wahh, my feveret ever! Sebab utama aku suka kuih lopez tu, sebab aku sungguh suka gula melaka cair tu. Biasa satu lopez tu, adalah besar tapak tangan dewasa. Kuih di kampung memang besar-besar. Untung. Nak tau cara aku makan kuih lopez ni camna? Ambil satu lopez, letak dalam mangkuk yang sederhana besar. Boleh je nak guna mangkuk kecil. Tapi aku prefer besar. Lepas tu, tuang kuah gula tu, sampai semua tenggelam. Biarkan sat. Dua ke tiga minitla. Dengan lafaz bismillah, makan! Mak aku selalu marah makan macam tu. Bukan apa, kemain banyak air gula dalam lopez tu. "oi,banyaknye air gula. Nak cepat kencing manis ke?" Mak aku tegur. Aku tersengih macam kerang wangi. Bawa lari pinggan berisi lopez tu, lari jejauh ke balkoni rumah. Privacy sikit. Haha.

Sedang enak makan, ayahku menghampiri. Dia berkata " Lepas makan ni, ayah nak ajak bincang satu perkara. Penting ni. Habiskan makan tu dulu." 




********


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui". (2:216) 

Malam 2 Zulkaedah 1434H. 7 September
Jarum jam bilik menunjukkan hampir 12 tengah malam. Aku tersadai di atas katil. Mataku tak boleh pejam. Walaupun mengantuk. Perkara petang tadi yang baru dibincangkan, sungguh membuatkan aku terkesima seketika. Ia berputar ligat dalam fikiran. "Hari cuti terakhir." Hmmph. 

" Tujuan ayah ajak bincang ni adalah,tentang kawan ayah sorang ni, ada anak perempuan. Alhamdulillah, dia seorang wanita yang baik, sopan, peramah." Aku tersentak tiba-tiba. "Kenapa ayahku bercerita tentang perempuan ni?" Hatiku berbisik. Dahiku berkerut. Hatiku gundah dan berdegup mulai kencang tanpa aku pinta.

Ayahku meneruskan kembali ceritanya.
"Soal umur, ayah tak pasti berapa tahun. Boleh jadi dia seusia dengan kamu, atau bawah kamu. Sebab dia dulu ada tangguh belajar masa peringkat menengah. Maklumlah keluarga yang sederhana. Anak ramai. Sekarang dia ambil, apa tu namanya, aha, foundation di Kolej Teknologi Timur di bawah tajaan Mara. Kata ayahnya, dia sedang buat persediaan ke Timur Tengah. Nak sambung apa, medsen? "Medicine. Perubatan" Aku membetulkan. "Tapi disebabkan, Timur Tengah tengah bergolak sekarang ni, kemungkinan besar, dia akan belajar di Malaysia. Setakat yang ayah tau, kalau di Malaysia ni, antara USIM atau UIA, pilihan dia. Ayah ni bukan apa. Ayah cuma terhutang budi dengan Pak Cik Hasyim tu. Kau pun kenal dia kan? Masa dulu-dulu susah, dia sangguh tolong ayah. Bagi pinjam duit. Pinjam kereta. Padahal dia lagi susah. Tapi sekarang, alhamdulillah, berkat rezeki Allah bagi, semua anak-anak dia, dah belajar tinggi sekarang. Hampir semua yang dah berumah tangga. Kecuali anak bongsu dia yang perempuan tu."

"Tulah. Tempoh hari, ayah ada ngeteh dengan dia. Tiba-tiba dia tanyalah soal kau. Dia berhajat. Besar hajatnya. Dia minta ayah bagitahu dulu kat kau. Sebenarnya, dia nak melamar kau untuk anak perempuan dia."  Allahurabbi. Ini rupanya hal yang nak disampaikan. Patutlah semacam. Pucuk yang dicita, ulam juga yang datang. "Jadi, apa jawapan kau? " "Erm, kita tak boleh nak kata apala ayah. Belum tahu lagi. Boleh bagi masa sampai hari terakhir cuti sem kat kampung ni?" "Ok, boleh. Tapi kalau kau dapat bagi jawapan lagi cepat, lagi baik. Pak Cik Hasyim tu pun, menunggu tu.Ah, lagi satu, jangan lama-lama fikir. Bukan apa, Pak Cik Hasyim kau tu pun, banyak lagi calonnya. Kalau tak nak, dia boleh cari lagi yang lain." Dengan senada ayahku berkata. Glurrp. "Orangnya manis, baik. Beragama lagi" ayahku menambah rencah seraya tersenyum. " Baiklah, kalau macam tu, ikut yang macam kita cadangkan tulah ye, ayah." 


******

Pagi 3 Zulkaedah 1434H, 8 September.

"Allahu akbar!
Allahu akbar!
..."

Panggilan azan Subuh daripada smartphone, mengejutkan aku. Sungguh suara Azan Makkah oleh Syeikh Ali Ahmad Maula, begitu indah dengan lantunan lagunya. Tangan kananku terus meraba ke sebuah meja kecil disebelah kanan yang terletaknya handphone. Aku capai, dan aku duduk sementara menikmati Azan berakhir. Selesai berwuduk, aku masih terfikirkan akan perkara yang pernah bincangkan dengan ayahku dulu. Aku mula tak keruan. Lantas, aku beristighfar sebanyak mungkin. Dengan berbaju kurta, berkain pelikat, aku mengharungi Subuh yang sejuk dan bisu itu di masjid As-Syakirin. Satu-satunya masjid tunggal di kampungku. Barisan-barisan mujahid mulai tersusun rapi disaat aku selesai menunaikan Qabliah Subuh. Aku mengangkat takbir dengan lafaz "Allahu akbar". Aku hanyut dalam cintaNya. 

******

Selesai mathuraat, tergerak hatiku berdoa. Aku cuba ikhlas dalam hal yang menghantui diriku.

" Sesungguhnya aku tak mampu untuk berdepan dengan masalah ini ya Allah melainkan dengan kekuatan yang Kau pinjamkan untukku. Aku hina sekali. Aku kerdil dibawah kekuasaanMu. Sungguh diri ini banyak sekali menyusahkan ibubapaku ya Allah. Jadi, kau berilah pemeliharaan untuk mereka, ampuni dosa mereka atas khilaf mereka, sejak mereka mula dilahirkan ke dunia ini hingga saat ini dan saat-saat yang seterusnya. Berilah mereka cahaya kebahagiaan, isilah hari-hari tua mereka dengan limpahan kasih sayangMu, gembirakanlah mereka, jauhilah perasaan berperasangka buruk antara mereka dan damaikanlah mereka jikalau mulai timbulnya bibit-bibit api kemarahan syaitan laknatullah.

Ya Allah, ya Rabbul Izzati, sesungguhnya Kau Maha Mengetahui akan halku. Baik yang sekarang, mahupun yang lepas. Sungguh, terus terang hamba ini, terkejut dan terpaku akan soal lamaran daripada sahabat orang tuaku sendiri ya Allah. Sampai sekarang aku masih tak mampu memberikan kata putus untuk soal lamaran itu. Ya Allah, bantulah aku. Tetapkanlah mujahadahku. Tetapkan imaanku. Jadikanlah aku seorang yang tabah dalam mengharungi dugaan dan cabaran. Ya Allah, jikalau dia merupakan seorang ibu dan isteri kepada anak-anakku, seorang yang sanggup mendepani susah senang denganku kelak, teguhkanlah aku untuk memilih dia. Jikalau dia juga, merupakan tempat aku bermanja dan berjenaka, teguhkanlah aku untuk dia. Jikalau dia juga seorang sesuai denganku, mempunyai ciri-ciri yang aku idamkan, pasangkanlah aku dengan dia. Ya Allah, jikalau dia adalah salah seorang dari pasangan Syurga dan Akhiratku, maka teguhkanlah pendirianku dengan jawapan, 'ya'. Jikalau dia bukan, longgarkanlah pendirianku terhadap permasalah ini, dengan jawapan 'tidak'. Dan, kau kurniankanlah dia dengan pasangan yang lebih baik untuknya kelak. Dengan itu, hasbunallahu wani'mal wakil, wa lahaulawala Quwwata illa billah. Ameen. Ameen. Ameen ya rabbal 'alamin.

Sungguh kekuatan doa itu, memang cukup hebat. Penangan doa itu, mampu mengubat segala masalah. 


“Dan jika hambaKu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang Aku, sesungguhnya Aku dekat. Aku menjawab seruan orang yang berdoa jika berdoa kepada-Ku, maka hendaknya ia memenuhi seruan-Ku dan beriman kepada-Ku agar mereka mendapat petunjuk.” (2:186)

******

Pagi 4 Zulkaedah 1434H bersamaan, 9 September

Alhamdulillah. 
Hari ini merupakan hari terakhir aku bercuti. Hari terakhir aku di kampung tempat kelahiranku. Tempat aku membesar dengan kenangan nostalgia yang sungguh menyusuk kalbu. Hari ini merupakan hari terakhir bersama mereka. Hari terakhir aku bersarapan, menolong makku memasak, mengemas rumah,mengutip biji sawit di ladang juga hari terakhir bersama anak saudara perempuan yang cukup menghiburkan hati, berusia tak sampai tiga tahun. Alahai, selamat tinggal. Pergi untuk sementara. Merantau untuk belajar.Dan hari ini juga, merupakan hari pemberian jawapan untuk ayahku. Sebelum aku memberikan jawapannya, suka aku nak imbas kembali bagaimana 'dia' yang ayahku maksudkan. Jawapannya ada ketika aku berusrah dengan Abang Syed Hafiz dulu di Restoran 
Al-Firdaus.

Apa yang aku terlihat waktu tu, adalah dia dan keluarga. Aku tersenyum pabila mengetahui yang ketika aku lihat itu, adalah dia. Setelah kajian lebih mendalam lagi, baru aku tahu dia ini bagaimana dan alhamdulillah, aku sudah temui jawapan itu. Jadi sekarang hanya tinggal membentangkan khulasahnya sahaja. Selepas aku bersiap-siap mengemas pakaian, dan barang-barang peribadi lain, aku segera bertemu ayahku. Lalu dia membawaku menggunakan kereta buatan nasional ke perhentian bas. Memandangkan tiket bas adalah sekitar jam 10 pagi. Sampai sahaja di perhentian bas, berbaki masa lebih kurang lima minit sebelum berlepas, aku memberitahunya jawapanku. Jawapanku adalah, tidak. Ayahku seakan-akan tidak percaya lalu memujukku dan bertanya akan keseriusanku. Aku cuma mampu memberikan penerangan penuh berhikmah untuknya. Lantas, dia menerimanya dengan hati yang terbuka. 

Kupeluk erat badan ayahku. Ku salami dia. Terasa urat tuanya di tangan. Hatiku sebak. Tak semena-mena mataku mula bergenang mengenangkan kesusahan beliau membesarkan aku dan adik-beradikku yang lain. Namun, aku seka air mata itu dari terus mengalir. Seketika, aku faham. Bahawa dengan ilmu di dada, dapat mengangkat martabat seseorang ke tempat yang lebih tinggi. Dan jawapan yang aku berikan tadi, adalah berpandukan prinsip itu. Bas hampir nak bergerak pergi. Kelihatan ayahku berseorangan di tepi kaki lima kedai berdekatan dengan bas yang aku naiki. Sedang melihat aku pergi.

Aku semakin sebak. "Ayah, Mak, terima kasih atas pengorbananmu. Tanpamu, aku siapa sekarang ini. Kepada dia, jikalau kita berjodoh, semoga bertemu lagi ye. Dan kali ini, aku yang akan pergi melamar dia." hatiku bermonolog sendirian. Bas bergerak pergi meninggalkan ayahku di laman kaki lima, stesen bas dan orang keramaian.

Tamat.




Biarkan masa itu pergi, demi memperbaharui masa itu.


Gemilangkan Kembali Hati Anda


"Dari Amirul Mukminin Abu Hafsh, Umar bin Al-Khathab radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Segala amal itu tergantung niatnya, dan setiap orang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Maka barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya itu Karena kesenangan dunia atau karena seorang wanita yang akan dikawininya, maka hijrahnya itu kepada apa yang ditujunya"

Andai mahu melangkah, mulakanlah dengan satu perkara pokok, iaitu niat. Melangkah. Selangkah demi selangkah. Suka diri ini ingin mengingatkan, adakah pada masa yang sekarang anda masih tetap teguh, utuh berpegang kepada apa yang anda niatkan? Sila 'check' hati dan niat anda. Hati. Ia hanya seketul daging sebesar penumbuk manusia dewasa. Mitos. Cuma kepal genggam tangan anda. Ha, itulah saiz sebenar jantung anda. Saiz hati, dikatakan selebar tangan anda.

Bayangkan. Seketul daging. Berselirat dengan urat saraf, pembuluh darah. Itu secara dasar fizikal hati yang boleh kita nampak dan lihat dengan mata kasar. Boleh nampak apa yang ada didalam hati? Tidak. Sebab niat bersifat abstrak. Seperti kecantikan. Kita tak boleh menilai cantik itu dengan sebenar-benar takrifan tapi hanya mampu dengan misalan semata dengan erti simile, perbandingan. 


Alkisah seorang 'abid berniat, beriltizam, selepas SPM berlalu, dengan keputusan yang baik. Dia berniat, "mudahan aku tak jumpa sebatch dengan aku. Aku malu dengan keputusan yang aku dapat. tula. Kuat sangat berangan. Bajet dah pandai. Ya Allah, aku tak mahu setempat belajar dengan segeng SPMku." Kemudian dia berniat untuk menyambung di dalam bidang 'favourite'nya, 'engineering'. Demi untuk mengejar niatnya, dia sanggup untuk berhenti daripada program matrikulasi. Orang ramai sibuk mengatakan kepada ayah dan ibunya, "Mengapa anak kau berhenti matrik? Kan dah bagus track tu? Cepat sikit sambung degree. Bila habis degree, terus kerja. Dah kerja, terus kahwin. Haa, kan mudah tu." berkata sang teman ayah. Ayahnya menjawab " Wa'allahuta'alam, cik Yob. Entahlah budak tu. Apa yang difikirkan agaknya. Mudahan pilihan dia tu, tepat, betul. Aku tak boleh marah dia. Tanya dia. Dia dah besar. Dia tahu apa yang dia nak." Sang ibunya, berkata, "Tak kisah la mana kau nak belajar. Janji, niat tu tersemat kukuh di hati. "

Jadi sang abid ni pun teruskanlah niatnya untuk sambung bidang 'faveret'nya tu. Di sebuah institusi pengajian tinggi. Baru sebulan dua di situ, berangin sudah. Mula nak bertukar. Bertukar ke 'medsen' katanya. Orang putih kata "medicine'. Di timur tengah. Jauh tu. Kali ini, dia teringin untuk bertukar bukan atas dasar niat semata. Tapi untuk dapat nama. Betul, dia ada berniat, tapi niat tu, tak seampuh niat untuk ke 'engineering'. Sibuk urus dokumen. Berkejar ke sana. Ke sini. Kasihan sang ayah. Terpaksa mengikut karenah anaknya. Turun naik bank-bank tempatan untuk membuat pinjaman pendidikan untuk menampung kos awal perubatan. Pejabat ADUN daerah pun, tak terlepas dari 'spotlist' untuk merayu tajaan awal. Maklumlah, mahal sungguh. Manalah nak berkemampuan, katanya. Sang ibu, kelu. Tak mampu berkata apa-apa. Sang ayah, seperti lembu di cucuk hidung. Sang anak yang tukang tarik tali lembu tu. Allahurabbi. Terkebil-kebil mata sang ayah bila duduk bersandar di bangku usang. Sambil memikirkan, bagaimana untuknya membantu memenuhi kehendak anaknya itu. Sang anak, hanya tahu, 'demand' sahaja. 

Hampir tiga minggu sang anak dan sang ayah berusaha. Takdir Allah telah menentukan segalanya. Sang anak tak dapat ke Timur Tengah untuk sambung kos 'medsen'. Dia terpaksa juga untuk menghabiskan kos awalnya juga. Satu pengajian tahu, yang dia akan 'fly' ke Timur Tengah. Dia mulai malu. Mana nak letak mukanya. Dia tergamam. Bila tiba 'departure day' ke Timur Tengah, dia hanya mampu menjengah 'facebook' sambil membaca status sahabat-sahabatnya berlepas. "Doakan kami!!" "Selamat tinggal Tanah Air!" 
Sang ayah berkata, "Itu bukan rezeki kamu nak. Biarlah perancangan itu berlalu pergi." Betapa tak keruannya hati ayahnya melihat sang anak bermuram durja. Betapa tak kisahnya hati sang ayah selepas ayahnya 'diperlakukan' seperti lembu yang ditarik ke sana, ke mari. Demi sang anak. Dia sanggup. Sebab sang ayah sanggup melakukan semua itu adalah kerana, sang anak bakal mempunyai taraf pendidikan yang lebih tinggi daripada sang ayah. Sang ayah, hanya lulus darjah tiga sahaja. Allah. Bayangkan. Betapa tak kisahnya sang ayah 'dimanipulasi' sang anak yang 'bijak'.

Satu momen, sang anak tersedar. Betapa selama ini dia sudah terlalu banyak menyusahkan sang ayah dan sang ibunya. Dia sedar akan kesilapan lalunya. Jadi, dengan azam dan tekad yang bersungguh, disertakan niat yang penuh membakar emosi, jiwa dan raga, "Dengan nammMu ya Allah, aku berjanji takkan menyusahkan ibu dan ayahku lagi." Di akhir sujud solat hajatnya ketika mana dia berQiamullail. Allah. Betapa hidayahNya itu, hanya daripadaNya ia datang. Dia menempah tiket pulang ke kampung halamannya pada hari itu juga. Di'packing' barangnya mana yang sempat. Bergegas. Menaiki bas ke kampung halaman. 
******

Sang ayah yang telah terlena kepenatan berkebun di kerusi usangnya, terbangun tatkala terdengar bunyi hon sebuah teksi di halaman luar rumah. Dia mulai melangkah dengan longlai menuju ke pintu, untuk melihat siapa yang datang. Pintu yang usang, namun telah dicat seolah-olah nampak baru itu, dikuak. Belum sempat pintu dikuak, sang anak menerjah lembut sang ayah, lalu memeluk dengan linangan air mata sesalan. Dipeluk sang ayah seerat-eratnya. Sang ayah kehairanan. Bercucuran air mata sang anak. Sang ayah pula demikian. " Ayah, assalamualaikum. Maafkan saya, ayah. Maafkan saya. Kerana saya, ayah sanggup bersusah payah demi saya. Bertebal muka demi saya." Dibisik perlahan kata-kata itu hampir dengan telinga ayahnya. Sang ayah mula sebak. Hati cair. Laju titisan air mata menderu turun. Basah. Allahurabbi. Lalu sang anak terus mengungkap kata sesalnya "Kenapa ayah tak pernah marah? kenapa?" Sang ayah mencium dahi anak lelakinya, lalu melonggarkan pelukan. Dia memandang tepat ke anak mata anaknya sambil berkata, "Ayah tak kisah semua tu, nak. Ayah sanggup lakukan apa sahaja demi anak-anak ayah" Bertambah esaklah tangisan sang anak. 

Sang ibu, yang sedang memasak di dapur kehairanan. Siapakah yang datang ke rumah. Lalu dia melangkah ke ruang tamu rumah. Kelihatan sang anak dan sang ayah, dilanda tangisan pilu. Sang ibu menghampiri, sebak hatinya, lalu memeluk kedua-dua insan yang dia sangat kasihi itu. 

Sekian.

***
Jadi di sini, menggambarkan betapa hebatnya soal niat. Ia boleh memperkukuh jiwa. Ia boleh mengubah perasaan manusia itu sendiri. Betapa indahnya hati sang ayah. Betapa syahdunya hati sang anak. Betapa pilunya hati sang ibu. Allahurabbi. 
Tepuk dada, tanya selera. Seringkalilah perbaiki niat anda pada setiap hari, setiap bulan, dan setiap tahun. Bukan hanya di bulan Ramadhan sahaja kita dianjurkan berniat secara jama'ie.
Khairu minaAllah, syarru minnafsi.
Barakallahufikum.
Semoga berjumpa lagi dalam 'next entry' yer.
Wassalam ^_^

Begitu indahnya sang hati, begitu jugalah sang empunya akhlak =)