The Future Is...Ours

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri (Surah Ar-Ra'd: 11)

Terus terusik.


Alhamdulillah, masih lagi diberikan kenikmatan Imaan dan Islam. Selagi mana kita mampu bernafas, selagi itu lah hati-hati yang tahu mengingati Sang Pencipta ini, terus memanjat syukur kepada Rabbnya. Alhamdulillah. Selawat juga atas junjungan besar kita Rasulullah SAW merangkap kekasih ALLAH Azza wa Jazalla.

Hari ini, perancangannya agak lain sikit. Bertuah. Sangat bertuah malam ini. Khamis malam Jumaat. Surah Al-Kahfi sudah dibaca. Ibarat kita membalas kalam CintaNya yang diberi kepada kita. Tapi sejauh manakah kita memberi respons dan ibrah daripada kalam CintaNya itu. Renungkanlah. Jikalau tidak, malam aku  hari ini tidak seperti hari lain. Sibuk dengan urusan duniawi. Mencari pengalaman, dan terus berdikari dengan bekerja. Harap harap terus dimanfaatkan sehingga berakhirnya fajar hari Jumaat esok hari. Terus berjuang! 

Aku menulis sebenarnya, bukan sebagai seorang pencerita cerita dongeng, pengarang buku novel, majalah atau artikel atau hanya untuk mendapatkan 'honor' pada nama atau dsb. Tapi, hanya sebagai satu hobi. Hobi yang mengharapkan apabila hati-hati manusia yang membaca, tertarik kepada Tuhan, sang Khaliq kita. Walaupun tak lah seberat tulisan, nukilan ulama dengan potongan hadis dan ayat Quran, tapi andaikata ini adalah cara terbaharu untuk remaja sebagai satu dakwah itu sudah memadai. Juga, apa yang menjadi harapan aku adalah, pahala untuk si penulis, pembaca dan pengamal. Kan triple pahala kepada yang penulis tu. Senanglah sikit apabila di akhirat nanti ditanya, "Wahai Aidil, apakah sumbanganmu untuk agamaku?" "Melalui pena, yang mana dapat menghiburkan dan mengajak mereka kembali mengingatimu dan amal agamamu" jawabku. Sebenarnya, diriku tertarik akan tulisan bergambar dibawah ni masa jalan2 kat facebook. Cinta Selepas Nikah fanpage.



Hmm, tertarik pulak. tapi malas nak fikir. Kbai.

p/s: dah fikir dah. senyuman melebar nih. biarlah ia terus jadi rahsia aku dan ALLAH. (sebenarnya, malas taip =_=')

0 Insan yg prihatin: