Perubahan itu boleh berlaku kepada seseorang yang
ingin berubah dan sukakan perubahan. Tapi tak semua boleh terima perubahan itu
dengan sewajarnya dan sepatutnya. Ia bersifat halus sebab arus perubahan itu
sendiri yang seolah-olah tipis dan seakan-akan hilang. Semenjak aku bertaaruf
dengan ramai kenalan, terasa hidup ini tak sunyi. Rasa lebih terisi. Tak lah
sependiam dulu. Walaupun sekarang hal itu tak lah semakin ketara. Tapi adalah
jugak masa.
Meluangkan masa bersama dengan orang kita suka cukup
berlainan dengan meluangkan masa bersama orang kita suka secara biasa. Yelah,
bukan selalu. Apatah lagi berhadapan. Lebih lagi apabila dah cukup lama tahu
apa nama, rupa, wataknya, cuma belum pernah bergaul dengannya lagi.(secara
mendalam) Ia cukup kekok untuk ditafsirkan. Sinaran bahagia mesti dan wajib
terpancar dan terbit di wajah seseorang itu. Walaupun hakikatnya, dia tak boleh
dimiliki lagi sebab dia bakal dipunyai. Indah perasaan itu. Hanya Allah yang
tahu, betapa suka dan gembira kita. Melihat dia bergurau senda, senyum ketawa,
berkata-kata, cara pergerakannya waktu pertemuan itu. Indah. Seolah-olah kita
berada dengan bidadari impian kita.
Yang lebih terindah lagi, matanya juga turut serta
tersenyum kepada kita dengan seikhlasnya diikuti dengan senyuman tiga yang
cukup, cukup mempersonakan. Oh, cantiknya, ayunya. Allah, maha hebat sungguh
ciptaanMu. Tapi lebih cantik orang yang ada agama dan mengamalkannya daripada
rupanya yang tiada. Itu baru sikit. Kata orang, nak lihat cara sebenar
perwatakannya selepas kita diijab Kabul dengan si dia, adalah lihat cara
pergaulannya dengan buah hatinya iaitu orang tuanya. Sikap yang sama pasti akan
turut diaplikasikan kepada kita. Gambar anak dengan ibu. Cukup mempersona. Tak
jemu memandang. Seolah-olah, terpancar cahaya nur daripada muka-muka mereka.
Bukan saja cahaya nur, tapi sifat keibuan yang cukup ketara terpancar di raut
wajah.
Betul lah. Kalau nak cari pasangan hidup, bagi lelaki,
jangan hanya tahu cari untuk sebagai isteri semata, tapi carilah untuk ibu
kepada anak-anak kita. Kepada wanita, nilai lah cara seorang lelaki itu melayan
seorang ibunya. Lagi hormat, sopan dia terhadap ibunya, sehormat itulah, dan
sesopan itulah dia akan melayan kamu menjadi permaisuri hatinya. Sweet, kan?
Lagi, sifat kepimpinan dia. Jangan hanya tahu menilai kata-kata manisnya
sahaja. Taatnya dia kepada perintah tuhanNya. Itulah perkara utama yang perlu
dinilai.
Mudahan saat itu akan berulang lagi, walaupun ia
memerlukan satu tempoh yang lama untuk berulang kembali. Aku cukup bahagia. Tak
sangka kan, soal hati ni, sangat mudah berbolak-balik. Mudahan kita ditetapkan
hati dalam hal sebegini dan juga hal lain yang berkaitan. Teringat kata-kata
seorang sahabat sendiri,
“Bertuah siapa yang dapat memiliki dia. Perempuan sebegitu jarang muncul pada momen akhir zaman ini.”
Ia ibarat satu dalam setrilion. =)
Jangan tinggalkan orang yang kita sayang kerana orang yang kita suka.
0 Insan yg prihatin:
Post a Comment