|Suatu hari, Rasulullah saw bertemu dengan ‘Ukaf bin Wada’ah Al-Hilali. Baginda bertanyakan perihal ‘Ukaf yang belum bernikah.
Baginda bersabda, “Apakah engkau telah beristeri wahai ‘Ukaf?”
“Belum,” jawab ‘Ukaf
“Tidakkah engkau punyai hamba perempuan?” tanya baginda.
“Tidak,” jawab ‘Ukaf.
“Bukankah engkau sihat lagi berkemampuan?” tanya baginda lagi.
“Ya, alhamdulillah,” jawab ‘Ukaf.
Maka, sabda baginda,
“Kalau begitu, engkau termasuk teman syaitan. Kerana engkau mungkin termasuk pendeta Nasrani, lantaran itu engkau termasuk golongan mereka. Atau mungkin engkau termasuk golongan kami, lantaran itu hendaklah engkau berbuat seperti kebiasaan kami, kerana kebiasaan kami adalah beristeri. Orang yang paling derhaka dikalangan kalian ialah yang membujang, dan orang mati yang paling hina dikalangan kalian ialah kematian bujang. Sungguh celaka kamu wahai ‘Ukaf. Oleh itu menikahlah!
Lalu jawab ‘Ukaf, “Wahai Rasulullah, aku tidak akan mahu menikah sebelum engkau menikahkan aku dengan orang yang engkau sukai.”
Baginda bersabda, “Kalau begitu, dengan nama Allah dan berkah-Nya, aku nikahkan engkau dengan Kultsum Al-Khumairi.”
Menarik sekali kisah yang diriwayatkan oleh Ibnu Atsir dan Ibnu Hajar ini! Selain Nabi saw menyeru ummatnya supaya segera bernikah, bagi para ikhwah, disana terdapat beberapa ibrah yang wajar kita renungi.
Jika kita meletakkan posisi Rasulullah saw sebagai murobbi manakala ‘Ukaf sebagai mutarobbinya:
1. Dapat kita lihat betapa sensitifnya Rasul saw terhadap keperluan mutarobbinya, ‘Ukaf. Rasul saw sedar bahawasanya ‘Ukaf telah sedia
untuk bernikah dan Rasulullah sendiri memulakan approach dan disambut dengan respon yang baik oleh ‘Ukaf.
untuk bernikah dan Rasulullah sendiri memulakan approach dan disambut dengan respon yang baik oleh ‘Ukaf.
2. Dari sudut pandang ‘Ukaf pula; sebagai mutarobbi, ‘Ukaf amat tsiqoh dengan murobbinya dalam perihal pernikahan ini. Dia menyerahkan bulat-bulat urusan pernikahannya kepada Rasul saw daripada pencarian jodoh sehinggalah kepada menjadi wali kepada pernikahannya. Subhanallah, inilah kualiti mutarobbi yang seharusnya kita punyai.
Refleksi Diri
Bagaimana kita wahai ikhwah dan akhowat yang dikasihi?
Jika kita adalah murobbi/murobbiah, adakah kita peka dengan keperluan mutarobbi kita terutama dalam hal baitul muslim? Atau kita sebolehnya cuba mengelak untuk memperkata tentang baitul muslim sedang kita belum sampai di situ?
Jika kita sebagai mutarobbi, adakah kita sedia menyerahkan urusan baitul muslim kita sepenuhnya kepada murobbi kita? Terutama dalam urusan pencarian jodoh… Ada mutarobbi yang dah lama tarbiyyah, tapi bila tiba urusan bernikah, lebih utamakan calon pilihan sendiri, ex-schoolmate, kawan lama dan sebagainya lantas meninggalkan akhowat yang sama berjuang dengan kita.
Contohi Rasulullah dan para sahabat! =)