Alhamdulillah, segala puji baginya. Sepanjang
perkenalan baru ini, rasa cukup bertuah dan lebih teruja. Betullah DIA, maha
pengatur yang terbaik. KepadaNYA sahajalah layak disandarkan semua perkara, hal
dan masalah.Seronok hidup ini kadangkala. Ditemani, dikelilingi rakan-rakan
yang ceria, suka berjenaka dan buat lawak, seolah-olah ini adalah satu rahmat
besar dalam berukhuwwah. Hidup di No 50, Jalan 149/D, Zon M ni, sangat bererti.
Hanya akan menjadi lebih bererti kepada yang tahu menghargai. Yelah, bermula
dengan sapaan, berakhir dengan tautan. Tautan apa tu? “Tautan Hati” Aku hanya
mampu tersenyum sendiri bila mengenangkan.
Ya ALLAH, bila fikir semula akan taklifan yang
diamanahkan, rasa berat. Tapi bila kita menuju ke arahnya, seolah-olah kita
seperti kapas yang sedang melayang di udara.Ditambah pula dengan kekuatan yang
mula menerjah masuk disegenap penjuru tubuh. Itu baru sikit. Belum lagi
dicampur dengan semangat yang hadir. Makin bersemangat jadinya. Betul lah,
ALLAH bersama kita. Cuma kita yang kadangkala tidak sedar akan kehadirannya di
sisi, di hati kita. Oh! Betapa jahilnya kita..!
Semakin jauh kaki ini melangkah dalam kehidupan,
semakin banyak garapan memori sama ada yang indah atau sedih di cipta. Baik
daripada segi pergaulan, persekitaran, keadaan, emosi. Oh, cukup menarik. Kita
diberi deria untuk merasa dan menghayati. Jadi, gunakanlah sebaik mungkin.
Sebab satu hari nanti, semua deria ini, ada limit dia. Dia akan habis jugak
bila sampai masanya.
Hari ini, mereka semua merancang ke Pulau Pangkor.
Indah katanya, tempat tu. Pusat peranginan dan percutian yang terkenal kan?
Dalam minggu hadapan, selepas final exam week berakhir mereka akan bergerak.
Sekarang ni, mereka sibuk merancang. Nak bawa apa, nak sewa apa, berapa kereta
nak pergi, berapa orang nak ikut. Bila dengar, “oh, yelah.” Terus berlalu pergi
naik ke tingkat dua sambil mengenangkan assignment dan paper exam yg bakal
disambut dengan pen nanti. Dakwat pula, sebagai ganti jawapan soalan yang
ditanya. Kali ini, semester pendek. Hanya ada empat subjek sahaja. Antaranya,
Pengajian Islam, Applied Mechanic (Dynamic), Technology and Society dan
Speaking Skills. Empat sahaja, tapi ish, payah dan sukarnya, ALLAH yang tahu.
Huahua.
Hidup akan lebih bererti jikalau kita tahu apa yang
kita nak dan inginkan. Kemudian, disusuli dengan usaha kearah itu. Hasilnya,
buah dapat dituai dengan baik dan sempurna! Kalau tak, ouh, jangan harap.
Sekarang tengah sibuk memikirkan satu perkara ni. Samaada skor atau fail.
Adalah satu paper ni. Tutorials , quiz dan assignment. Markah untuk aspek tu,
diperolehi dengan cara meniru. ~ngee. Sebenarnya, ni kali pertama buat kerja yg
tak berfaedah tu. Takut nanti, otak jem atau lambat progress nanti. Bahaya~
adeh. Seram. Baiklah, kita tunggu dan lihat semasa final paper nanti. Sementara
ada masa ni, kena lah pulun baik-baik dulu mana yang kurang. Nanti senanglah.
Ingat ALLAH, ALLAH ingat kita balik.=)
0 Insan yg prihatin:
Post a Comment