Alam semakin berkembang luas. Tatkala kita sibuk mencari hala tuju yang boleh dikatakan seiring sehaluan. Hijau alam, milik sang Pencipta. Dialah tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan baginda sallallahu a'laihi wassalam. Hidup seolah-olah semakin berakhir. Berakhir kepada satu penantian. Penantian yang bakal kunjung tiba. Kita seolah-olah aktor utama dalam babak watak kehidupan ini. Watak sampingan, mungkin ibu bapa, sanak saudara, sahabat handai.
Setiap watak membawa epilog kisah yang berbeza-beza. Cerminan kepada sang empunya diri. Kita yang mencoraknya. Bagaimana jadinya. Sebagaimana kisah awalnya, itulah pengakhirannya.Tapi, tak semuanya 'ending' adalah sama. Sebab usaha kita yang berbeza. Usaha yang berterusan, tanpa ada titik noktah. Yang kadangkala diselangi keluhan berat."Hmm"
Diriku hampir genap 20 tahun. Sekejap sahaja lagi. Sudah hampir 7300 hari aku hidup di alam dunia ini. Bersamaan dengan 175200 jam. Lagi, bersamaan 10512000 minit. Sudah cukup banyak tu. Diri aku diibaratkan aktor tambahan. Sebab aku masih baru dan mentah dalam bidang kesenian ini. Banyak sudah pelakon utama bertaraf dunia, mencipta nama. Tapi kita tetap sama. Sebab, dimana bumi dipijak, disitulah langit dijunjung. Tetap tidak membezakan. Walau sedikit pun.
Bumi Palestin.
Bumi bertuah. Bumi kelahiran ramai anbiya dan para syuhada. Syahid mereka, memperjuangkan tanahair. Bermandikan darah. Tetap tidak sudah. Tiada noktah. Aman, sejahatera mungkin bersifat hanya sementara. Hakikatnya ia terusan berpanjangan.
Kanak-kanak dan wanita terus menjadi target utama. Tatkala senjata AK-47 tentera Israel laknatullah, mula memuntahkan peluru, terus menghinggapi badan seorang kanak-kanak perempuan. Meratah dengan rakus dari hadapan, terus menembus ke belakang.
"Dup, dup, dup..."
Darah berhamburan. Berteriak sang haemoglobin sebanyak-banyaknya. Muntah di mulut kanak-kanak itu, sang darah merah. Membasahi wajahnya. Mata terbeliak, menahan kesakitan, pedih dengan tusukan peluru-peluru sepanjang 3.55mm menerjah anggota badannya. Panas. Rasa darah mengalir. "Maafkan aku, wahai tuan. Aku tak mampu untuk menahan badanmu melalui kulitku daripada ditembusi kerongsang besi itu.," berkata sang Epidermis.
Mula jatuh tersembam ke tanah. Bergetar seluruh badannya. Tanpa mampu berbuat apa-apa, kejang seluruh badannya, lalu ajal menanti untuknya.Inna lillahi. Hilang satu nyawa daripada bumi yang dahulunya aman dan damai. Kini dipenuhi dengan penindasan tanpa henti.
Itu baru satu sinopsis kehidupan seorang pelakon kanak-kanak. Bagaimana pengakhiran kehidupannya.
Kita? Takkan tahu. Selamanya. Tapi kita telah tahu sedikit sebanyak corat-coret kehidupan pelakon-pelakon ini beserta alam sesudahnya. Hari Kiamat. Hari Kebangkitan di Padang Mahsyar. Titian Sirat. Neraca Al-Mizan. Syurga dan Neraka.
Apa kita cukup bersedia? Justeru, jadilah pelakon yang hebat, bijak, pintar. Yang tahu memanfaatkan kehidupan di pentas lakonan dunianya. Bekalan untuk akhirat menjadi checklist yang utama. Kita boleh. InnaAllaha ma'ana.
Allahuakbar! Salam Jumuah untuk semua.
Salam Ukhuwwah.
Jasamu dikenang.
"Sebiru hari ini."
Sebiru hari itu... |
0 Insan yg prihatin:
Post a Comment