The Future Is...Ours

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri (Surah Ar-Ra'd: 11)

Anak² Yang Baik = solat :)



tadi lepas solat maghrib , ada usrah . Usrah ni dalam halaqah, we discuss about everything yang related dengan life ; for those yang masih tertanya² apa itu usrah . Bestnya tentang usrah, kita exchange ilmu dan kalau ada masalah kita boleh tanya pendapat ahli usrah kita . I started joining usrah since I was in form 4 , yelah , sebelum tu dah kenal usrah cuma tak tahu nak join kat mana , kebetulan bila masuk inSTAR (Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abd Razak) kami wajib join usrah . awal² masuk , terpilih jadi naqibat , alhamdulillah :) naqibat ni peranan dia untuk lead the usrah and conduct the discussion . kalau nak lebih mantap, setiap ahli usrah kena bercakap and bergilir² lah conduct usrah . topik yang dibincangkan sama je untuk semua usrah cuma berlainan input dan ouput . kat sekolah dulu , topik² diambil daripada silibus subjek Quran Sunnah dan Syariah Islamiah yang budak² sains tulen agama belajar . so kalau tengok, no wonder dalam ramai² naqibat , ustazah pilih budak² sains tulen agama .

okay, tadi kitorang bincang pasal macam mana nak bentuk anak² yang baik akhlaknya ? yelah, satu hari nanti kita akan jadi ibu atau ayah . jadi penting sangat nak bentuk anak² kita agar jadi anak² yang soleh wa solehah . paling penting, put the first : ajaran agama Islam. basic tu kena kukuhkan . even kita bukan dari sekolah agama, cukup dengan menjadi qudwah hasanah untuk anak² . masa belajar kat pondok insaniah(Pasir Tumboh) dulu, penulis pernah mendengar seorang makcik bercerita, anak² dia semuanya berjaya walaupun dia just tukang sapu sekolah. penulis tanya apa rahsianya, dia cakap 'solat'. bila anak² pandai jaga solat,in sha Allah semuanya akan terjaga. jaga solat termasuk lah juga khusyuk :)

ada seorang adik usrah berkongsi idea . 'hantar ke sekolah tahfiz.' ya, idea yang baik. penulis melihat dengan mata sendiri, kecantikan akhlak seorang hafiz kecil. yang dulunya nakal, huhu, memang nakal sangat² masa kecik. then besar ayah dia hantar ke maahad tahfiz sains, balik raya hari tu, subhanaAllah , totally in sha Allah dia akan menjadi anak yang soleh . bila hafal quran, kita kena jaga adab . pernah jadi wakil sekolah dalam hafazan al Quran (MTQ) untuk tiga tahun berturut² . dan beberapa pesanan ustazah yang sampai sekarang tak dilupakan, jaga makanan, ingatan dan solat . jaga makanan means halal haram. kalau boleh, kita penuhkan dada dengan ilmu tentang halal haram. cuba google logo² halal yang diiktiraf dan bahan² kimia yang dimasukkan ke dalam drinks / food . pendek kata, hafal quran tak mudah . I got the experience , memang tak mudah . bila dah hafal kena jaga sampai bila² semampu yang boleh. I need to memorise 16 surah yang boleh dikatakan panjang lah jugak, dan pesan ustazah, sentiasa refresh sebab ulama pernah berkata , hafal quran kalau lupa berdosa (I am trying to walaupun susah). 

anak² hendak lah diajar tentang solat seawal usia 4 tahun lagi. sebab 7 tahun make sure kena tahu, kalau tahu tapi tak amal Nabi saw kata 'pukul'. pentingnya solat . in hadith, solat itu tiang agama . kalau tiang takde, macam mana boleh kukuh . that's why Islam titikberatkan solat . dalam quran Allah berfirman beratus kali tentang solat . Solat itu antara penolong yang terbaik selain sabar . Solat / doa antara cara we interact with our Creator . and through solat, we can learn to dicipline ourselves . Jaga waktu solat dan khusyuk, ini antara disiplin .

that's all . sharing is caring . sebar²kan lah . sebarkan ilmu itu umpama sebarkan bahagia. 
mohon maaf andai input tak banyak.

wallahualam .
syukran :)

#sekadar berkongsi tentang input usrah tadi . thanks for reading.

sumber/info: Nurul Fakhriah


Catastrophic Dunia


Alam semakin berkembang luas. Tatkala kita sibuk mencari hala tuju yang boleh dikatakan seiring sehaluan. Hijau alam, milik sang Pencipta. Dialah tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan baginda sallallahu a'laihi wassalam. Hidup seolah-olah semakin berakhir. Berakhir kepada satu penantian. Penantian yang bakal kunjung tiba. Kita seolah-olah aktor utama dalam babak watak kehidupan ini. Watak sampingan, mungkin ibu bapa, sanak saudara, sahabat handai.

Setiap watak membawa epilog kisah yang berbeza-beza. Cerminan kepada sang empunya diri. Kita yang mencoraknya. Bagaimana jadinya. Sebagaimana kisah awalnya, itulah pengakhirannya.Tapi, tak semuanya 'ending' adalah sama. Sebab usaha kita yang berbeza. Usaha yang berterusan, tanpa ada titik noktah. Yang kadangkala diselangi keluhan berat."Hmm" 

Diriku hampir genap 20 tahun. Sekejap sahaja lagi. Sudah hampir 7300 hari aku hidup di alam dunia ini. Bersamaan dengan 175200 jam. Lagi, bersamaan 10512000 minit. Sudah cukup banyak tu. Diri aku diibaratkan aktor tambahan. Sebab aku masih baru dan mentah dalam bidang kesenian ini. Banyak sudah pelakon utama bertaraf dunia, mencipta nama. Tapi kita tetap sama. Sebab, dimana bumi dipijak, disitulah langit dijunjung. Tetap tidak membezakan. Walau sedikit pun.

Bumi Palestin.
Bumi bertuah. Bumi kelahiran ramai anbiya dan para syuhada. Syahid mereka, memperjuangkan tanahair. Bermandikan darah. Tetap tidak sudah. Tiada noktah. Aman, sejahatera mungkin bersifat hanya sementara. Hakikatnya ia terusan berpanjangan.
Kanak-kanak dan wanita terus menjadi target utama. Tatkala senjata AK-47 tentera Israel laknatullah, mula memuntahkan peluru, terus menghinggapi badan seorang kanak-kanak perempuan. Meratah dengan rakus dari hadapan, terus menembus ke belakang.

"Dup, dup, dup..."


Darah berhamburan. Berteriak sang haemoglobin sebanyak-banyaknya. Muntah di mulut kanak-kanak itu, sang darah merah. Membasahi wajahnya.  Mata terbeliak, menahan kesakitan, pedih dengan tusukan peluru-peluru sepanjang 3.55mm menerjah anggota badannya. Panas. Rasa darah mengalir. "Maafkan aku, wahai tuan. Aku tak mampu untuk menahan badanmu melalui kulitku daripada ditembusi kerongsang besi itu.," berkata sang Epidermis.
Mula jatuh tersembam ke tanah. Bergetar seluruh badannya. Tanpa mampu berbuat apa-apa, kejang seluruh badannya, lalu ajal menanti untuknya.Inna lillahi. Hilang satu nyawa daripada bumi yang dahulunya aman dan damai. Kini dipenuhi dengan penindasan tanpa henti. 


Itu baru satu sinopsis kehidupan seorang pelakon kanak-kanak. Bagaimana pengakhiran kehidupannya. 

Kita? Takkan tahu. Selamanya. Tapi kita telah tahu sedikit sebanyak corat-coret kehidupan pelakon-pelakon ini beserta alam sesudahnya. Hari Kiamat. Hari Kebangkitan di Padang Mahsyar. Titian Sirat. Neraca Al-Mizan. Syurga dan Neraka. 

Apa kita cukup bersedia? Justeru, jadilah pelakon yang hebat, bijak, pintar. Yang tahu memanfaatkan kehidupan di pentas lakonan dunianya. Bekalan untuk akhirat menjadi checklist yang utama. Kita boleh. InnaAllaha ma'ana.

Allahuakbar!  Salam Jumuah untuk semua.
Salam Ukhuwwah.
Jasamu dikenang.


"Sebiru hari ini."


Sebiru hari itu...

Tika itu.



Alhamdulillah, segala puji baginya. Sepanjang perkenalan baru ini, rasa cukup bertuah dan lebih teruja. Betullah DIA, maha pengatur yang terbaik. KepadaNYA sahajalah layak disandarkan semua perkara, hal dan masalah.Seronok hidup ini kadangkala. Ditemani, dikelilingi rakan-rakan yang ceria, suka berjenaka dan buat lawak, seolah-olah ini adalah satu rahmat besar dalam berukhuwwah. Hidup di No 50, Jalan 149/D, Zon M ni, sangat bererti. Hanya akan menjadi lebih bererti kepada yang tahu menghargai. Yelah, bermula dengan sapaan, berakhir dengan tautan. Tautan apa tu? “Tautan Hati” Aku hanya mampu tersenyum sendiri bila mengenangkan.

Ya ALLAH, bila fikir semula akan taklifan yang diamanahkan, rasa berat. Tapi bila kita menuju ke arahnya, seolah-olah kita seperti kapas yang sedang melayang di udara.Ditambah pula dengan kekuatan yang mula menerjah masuk disegenap penjuru tubuh. Itu baru sikit. Belum lagi dicampur dengan semangat yang hadir. Makin bersemangat jadinya. Betul lah, ALLAH bersama kita. Cuma kita yang kadangkala tidak sedar akan kehadirannya di sisi, di hati kita. Oh! Betapa jahilnya kita..!

Semakin jauh kaki ini melangkah dalam kehidupan, semakin banyak garapan memori sama ada yang indah atau sedih di cipta. Baik daripada segi pergaulan, persekitaran, keadaan, emosi. Oh, cukup menarik. Kita diberi deria untuk merasa dan menghayati. Jadi, gunakanlah sebaik mungkin. Sebab satu hari nanti, semua deria ini, ada limit dia. Dia akan habis jugak bila sampai masanya.

Hari ini, mereka semua merancang ke Pulau Pangkor. Indah katanya, tempat tu. Pusat peranginan dan percutian yang terkenal kan? Dalam minggu hadapan, selepas final exam week berakhir mereka akan bergerak. Sekarang ni, mereka sibuk merancang. Nak bawa apa, nak sewa apa, berapa kereta nak pergi, berapa orang nak ikut. Bila dengar, “oh, yelah.” Terus berlalu pergi naik ke tingkat dua sambil mengenangkan assignment dan paper exam yg bakal disambut dengan pen nanti. Dakwat pula, sebagai ganti jawapan soalan yang ditanya. Kali ini, semester pendek. Hanya ada empat subjek sahaja. Antaranya, Pengajian Islam, Applied Mechanic (Dynamic), Technology and Society dan Speaking Skills. Empat sahaja, tapi ish, payah dan sukarnya, ALLAH yang tahu. Huahua.

Hidup akan lebih bererti jikalau kita tahu apa yang kita nak dan inginkan. Kemudian, disusuli dengan usaha kearah itu. Hasilnya, buah dapat dituai dengan baik dan sempurna! Kalau tak, ouh, jangan harap. Sekarang tengah sibuk memikirkan satu perkara ni. Samaada skor atau fail. Adalah satu paper ni. Tutorials , quiz dan assignment. Markah untuk aspek tu, diperolehi dengan cara meniru. ~ngee. Sebenarnya, ni kali pertama buat kerja yg tak berfaedah tu. Takut nanti, otak jem atau lambat progress nanti. Bahaya~ adeh. Seram. Baiklah, kita tunggu dan lihat semasa final paper nanti. Sementara ada masa ni, kena lah pulun baik-baik dulu mana yang kurang. Nanti senanglah.
Ingat ALLAH, ALLAH ingat kita balik.=)