The Future Is...Ours

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri (Surah Ar-Ra'd: 11)

Tadabburkan Cinta Itu (Part 4)


***Tadabburkan Cinta Itu...Part 3

Sudah tiga tahun berlalu. Diriku hendak dikatakan matang? Maaf lah, aku, Irfan Syukri, sedang berusaha ke arah itu. Sekarang aku di tahun akhir pengajian kejuruteraan mekanikal. Berbaki satu semester lagi. Walaupun, hanya di peringkat diploma, namun, aku percaya, itulah ketentuanNya dengan hikmah disebaliknya. Aku tak tahu. Dia yang lebih tahu. Senyum. Tahun akhir di mana, aku akan ber'graduate' kelak sebagai seorang siswa. Ramai sahabatku mengatakan, "kita ini belajar untuk bekerja. Sebab dengan kerja itulah mampu menjamin masa depan. Dengan segulung sijil diperbuat daripada kertas itulah, yang mampu memberikan kita, kerja yang bagus, lagi baik. Dengan bekerja, wujudlah pula pendapatan. Pendapatan ini, yang dikumpul untuk sara diri. Juga sebagai permulaan kehidupan, membina mahligai impian dan sebagai bekalan pada hari tua kelak. Iye, dengan menabung." panjang juga jawapan dan pendapatnya, bila ditanya kita apakah tujuan kita belajar. Pada aku, itu memang perlu. Tapi, apa kata tukar niat kita tu. Kita belajar, hatta sampai ke doktor falsafah sekalipun dalam apa-apa bidang sekalipun, itu tak jadi masalah. Yang menjadi masalah, adalah niat. 


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:



Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Aku, mengiyakan kata-kata itu. Tapi, adalah lebih baik, dan mulia kiranya, kita belajar, dan bekerja untuk membangunkan agama. Islam sedang 'tenat' sekarang ni. Fitnah. Huh, macam sekadar borak di kedai kopi Pak Teh je. Sesedap gula dan nescafe, ditambahkan susu pekat, untuk jadikan ia lebih 'creamer'. Yang penting sedap. Sedap untuk kena baham dan telan dengan api neraka. Jadi, get readylah ye. Nauzubillah. 



“… fitnah itu besar (dasyat) dari melakukan pembunuhan……” (al-Baqarah:217)

****

Seketika rasa kagum, iri hati, cemburu. Bertuah. Bertuah kepada yang dapat merasa nikmat kurniaan Ilahi yang kita sendiri mungkin tak pernah merasainya. Sebagai contoh, nikmat yang selain sihat waktu lapang, seperti ada kenderaan sendiri, dapat tajaan biasiswa pendidikan dan antara yang paling hot sekali, adalah pernikahan pada usia muda. Banyak sahabat-sahabat kita diluar sana sudah mendirikan mahligai masjid masing-masing pada usia yang cukup muda. Terbaca satu post, amalan yang membuatkan rezeki itu datang mencurah-curah. Tanpa disangka-sangka. Dengan pengamalan sebaiknya. Amalkan doa ini setiap hari. Dengan sepenuh keyakinan. Terima kasih wahai insan yang telah memberi doa ini.


Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh, lalu berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan".
Surah al-Qasas: 24


Buktinya, dengan yang Maha Kuasa, seorang pelajar di Timur Tengah, selamat mendirikan rumah tangga dengan bermodalkan tidak kurang seribu. Katanya, dia mendapat sepasang cincin daripada seorang lelaki atas dasar mahu berzakat. Senyum. Dan alhamdulillah, oleh kerana kedua-duanya, punya faham akan agama, tak perlu kepada adat, sekadar cukup syarat dan rukun dipenuhi, selamat diijabkabulkan. Sekali lagi, senyum. 

Dan kali ini, dia bertekad dengan i'tiqad yang kuat dan yakin. Dia mulai yakin dengan langkahnya. Sebab, Allah sentiasa berada dalam hati, dan mindanya. Dan akan bermulalah detik lamaran itu berlaku. Tiada siapa yang tahu akan keputusan tersebut.
Rabbi yassir wa la tuassir.
Faiza 'azamta, fatawakkal a'lallah.! 




Bermula dengan sekepal genggaman, udara dihirup semahu-mahunya, sambil mata terpejam, menikmati, al- Hawak, yang percuma, tanpa perlu dibayar sesen pun. Dua ke tiga kali dia berbuat begitu.



"Biznillah, akan ku lamar dikau dengan kalimah suci Tuhan kita, Allah swt. Mudahan, aku tak tersalah pilih lagi." demikian kalbunya berkata-kata dengan muka yang penuh pasrah. Serius.

Bersambung...

p/s: Part 5 (episod terakhir)





Taddaburkan Cinta Itu...Part 5( Last Part)