The Future Is...Ours

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri (Surah Ar-Ra'd: 11)

Tadabburkan Cinta Itu (Part 3)





Nurul Qurratun ‘Aini. Khusyuk menelaah buku motivasi yang baru dimilikinya beberapa hari yang lepas. Berpenakan tulisan dengan gaya olahan islami, menandakan ia sebuah buku yang berteraskan agama dan pengaplikasian secara keseluruhan. Begitulah rutin hariannya jika mempunyai kelapangan masa  sambil meredakan kekusutan masalah norma yang berlaku masa kini. Sungguh, dia seorang yang tidak mahu meluangkan masa dengan sia-sia. Sebab, padanya, masa itu sangat berharga. Jarang sekali dia membuang masa dengan perkara tak berfaedah. Ada sahaja perkara yang akan diisi. Selesai diisi dengan membaca, jiwanya akan cukup puas. Mana tidaknya, rohaninya selalu kenyang.  Dia cukup bahagia dengan cara begitu. Sangat bahagia, indah sekali, ronta kata hatinya. Seketika, dia teringat akan firman allah berbunyi,


“ Jika Allah menimpakan suatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang mampu menghilangkannya melainkan diri sendiri. Dan jika dia mendatangkan kebaikan kepadamu,maka dia maha kuasa atas segala sesuatu.(6:17)”

Dalam usaha mentarbiyyah diri,banyak dugaan daripada Sang Khaliq yang datang silih berganti.Takkan pernah putus. Berbekalkan dengan minda, akal yang positif, semuanya ditangkis dengan sesempurna yang mungkin. Sebab, dia sangat akur dan faham bahawa dugaan itu, bukan bersifat untuk menzalimi tetapi untuk mendidik  jiwa-jiwa muslim agar menjadi seorang mukmin. Mukmin, yang cekal dan teguh, sesuai dengan gelaran seorang mujahidah agama yang bakal harum suatu masa kelak. Sungguhpun begitu, dia sudah lama merindukan satu suasana. Suasana yang dipanggil “usrah”. Usrah bersama kakak-kakak senior yang sudah melanjutkan pelajaran nun jauh di Amerika Syarikat, negara yang gah dengan dasar liberalisasinya. Bermodalkan masa yang terluang itulah, dia mencari majlis-majlis ilmu untuk diisi di setiap hujung minggunya. Afidatun Najihah. Pelajar tahun pertama institusi pengajian tempat Qurratun ‘Aini belajar, seorang yang peramah dan sentiasa bersemangat. Dia senantiasa mengajak kenalan-kenalannya untuk melakukan amal kebaikan. Pernah suatu ketika, dia berkata kepada Qurratun ‘Aini, “Kak, kalau kita nak buat sesuatu kebaikan, kita jangan buat sorang-sorang… kita kena ajak orang lain jugak”, dengan senyuman yang cukup ceria. Bait kata-kata yang sudah cukup membuatkan Qurratun ‘Aini, lebih bersemangat dalam jalan mujahadah ini. Berbekalkan dengan perangsang kata-kata itu,Qurratun ‘Aini,  terpanggil untuk mengajak beberapa orang sahabatnya yang juga memerlukan tarbiyyah. Seperti dia. Jikalau boleh, seramai yang mungkin. Itu lah targetnya.

*****
Hampir cukup setahun Qurratun ‘Aini meninggalkan kehidupan bulatan gembiranya. Sepanjang tempoh itu, dia hanya mendapat ta’lim dari Encik Google dan akak Youtube. Dan kini, dia kembali ke suasana yang sangat dirinduinya. Bersama dengan orang-orang yg sentiasa membicarakan perihal mentamadunkan diri mengikut apa yg dianjurkan dalam Islam berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Dia bermula kembali bersama dengan enam muslimah baru. Di sebuah ruang yang bersederhana besar, bilik, yang dipenuhi dengan muslimah muslimah dari IMU dan MMU, Qurratun ‘Aini, memulakan langkah baharu. Tersenyum ceria. Hadir suatu perasaan yang cukup sukar untuk digambarkan. Disitulah bermulanya perkenalan mengenai diri sendiri diselongkar satu persatu. Ia bermula dengan lima mukadimah untuk menginterpritasikan diri.

  • Siapa kita?
  • “ i “ atau “ I “ ?
  • Tujuan “KITA” diciptakan
  • ANALOGI TELUR AYAM (Matlamat & Alat)?
  • Hadis logam (apa kekuatan kita) ?


“Ini Sejarah Kita(ISK)”.

 Itulah tajuk usrahnya yang pertama. Agak membosankan tetapi pengisian dan kupasan yang diberi oleh mu’alimah, cukup mendalam. Ia tidak seperti  pelajaran subjek Sejarah yang di pelajari di sekolah. Lebih menarik, ialah cara penyampaian yg ala-ala workshop gitu. Setiap kali satu topic dibicarakan, ia akan dipanjangkan dalam sesi perbincangan bersama. Tidak ubah seperti sedang berusrah. Walaupun masih baru mengenali mereka, Qurratun ‘Aini, ceria dan sedia memberikan pandangan dan kefahamannya mengenai apa yang dibicarakan. Begitu juga dengan sahabat-sahabat yang di dalam kumpulan lain aktif memberi pendapat tapi ada juga yg masih malu untuk berkongsi. Sehari suntuk. Itulah masa yang sesuai untuk digambarkan betapa kuat dan kentalnya semangat mujahidah-mujahidah ini dalam mendalami ilmu.  Pada sebelah malamnya sebelum tidur, di dalam bulatan gembira yang agak besar juga merangkumi IMU & MMU, berjemaah mengalunkan kalam Allah dari surah al-Mulk. Semuanya mengambil bahagian. Tanpa ada paksaan. 
Sesungguhnya hati-hati yang berkumpul kerana Allah, ia merupakan hati suci, bersih. Bertuah sungguh. Rugi. Tersangatlah rugi, kepada yang tidak tahu.
Qurratun ‘Aini mengambil tempat di sebelah Syahiratul Hasanah. Mereka berdua, merupakan sahabat yang sangat rapat. Apatah lagi, mereka belajar di tempat yang sama. Cuma, berlainan program yang diambil. Sering berdua, walau kemana-mana sekalipun. Banyak juga perkara yang sempat dibualkan sebelum masing-masing terlena. Lampu dipadam.

Seawal pagi, selepas menunaikan solat fardhu Subuh, mereka berdua sekali lagi membentuk bulatan gembira untuk membaca Al-Mathurat bersama-sama. Kemudian, acara seterusnya, urusan diri masing-masing sebelum bermulanya sarapan pagi. Menarik apabila berdaurah kerana di latih untuk tertib mengikut Sunnah Rasulullah saw. Mana tak nya makanan yang dihidangkan pun di dalam sebuah talam, anggaran setiap satu talam seramai 4-5 orang akhwat. Berganti-ganti menyuap makanan. Seorang pun, tak terkecuali. Indah. Ada yang masih malu-malu untuk melakukan itu. Maklumlah, mungkin masih belum terbiasa. Namun, itupun setelah dipujuk. Berjaya akhirnya. Gembira. Talam dibasuh. Dan terus membuat persediaan untuk solat sunat Dhuha bersama.

 Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Kemudian, bersama-sama membaca doa dhuha mengikut rentak tersendiri, penuh penghayatan kepada Tuhan Sekelian Alam. Selesai dhuha, daurah diteruskan dengan slot yang menerangkan mengenai sejarah kedatangan Islam sehingga zaman kegemilangan dan kejatuhannya. Qurratun ‘Aini begitu tertarik dengan peribadi sultan Muhammad Al-Fateh dan para sahabat yang mempunyai iman yang sangat hebat. Tak tergambar dengan kata-kata, saat meneliti slot kejatuhan islam, mata Qurratun ‘Aini berkaca ditambah pula apabila panel membandingkan dengan zaman sekarang. Sungguh, begitu parah nya jiwa- jiwa orang Islam zaman ini. Rasulullah saw, memperjuangkan dengan sangat bersungguh-sungguh untuk menaikkan islam, akhirnya ia jatuh dek kerana orang-orang Islam semakin lalai dengan arus duniawi, tidak fokus pada matlamat, mereka lebih kepada alat. “ Sunnatullah” adalah
peraturan atau syariat Allah yang berlaku di bumi tempat tinggal sementara manusia ini. Sebelum ni kefahaman mengenai sunnatullah hanyalah sekadar sunnah nabi tapi bila diteliti dan bukti dari kalammullah:


Firman Allah SWT:

Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi Sunnatullah, engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan sunnatullah itu. (Fathir: 43)

Jadi dengan keyakinan yang telus, Islam akan kembali gemilang lagi dengan adanya raja yang baik,tentera yang baik dan rakyat yang baik. Begitu jiwa
Qurratun ‘Aini ibarat disuntik imun untuk terus mentarbiyyah jiwa dan bermuhasabah diri.  “Kalau tak praktis kehidupan yang menerapkan sunnah Rasulullah sekarang, bagaimana nak didik anak-anak yang mantap imannya kelak,” hatinya bermonolog sendirian. Dan, untuk mencapai ustaziyatul alam ia perlu bermula dari individu muslim itu sendiri.


Selesai program daurah berkenaan, Qurratun ‘Aini bersama sahabat rapatnya, Syahiratul Hasanah pulang dengan perasaan baru, ilmu yang baru dengan harapan yang menggunung tinggi. Ingin melihat Islam itu, terus bangkit sepertimana suatu ketika dahulu. 


=).Kredit


Bersambung...


Tadabburkan Cinta Itu...Part 4