Alhamdulillah, masih lagi diberi nikmataini kabir, Imaan dan Islam. Kadang-kadang, pernah tak kita terfikir akan kesusahan orang lain?? Boleh tak kita bayangkan macam mana kesusahan itu? Mesti, tak boleh kan? Apatah lagi dari segi bentuknya, sama ada segi empat, sfera, silinder, trapezium, dan macam-macam lagi lah. =) Bila kata kita melihat akan kesusahan itu, mesti hati kita akan tersentuh. Tipu lah kalau hati tak terasa. Bila terasa, secara kebetulan, tangan dan kaki kita, seolah-olah bergerak-gerak mencari-cari sesuatu. Mungkin jugak utk diberi kepada orang yg sedang mengalami kesusahan itu, dgn harapan, sedikit sebanyak, dapat mengurangkan susah yg dialaminya.
Kenapa ye, kita tiba-tiba bertindak sedemikian?? ^^ Ramai orang di luar sana, akan mengatakan.
" Biasalah perasaan hati nurani kita. Bukankah manusia sememangnya dilengkapi dengan perasaan sebegitu?"
"Alah, dah rasa kesiankan, jadi, hati sape yg tak terasa. Mestila akan tolong. Sedekahkan apa2 yg patut. Paling kurang pun, sedekah senyuman pun, okay.."Do you ever heard about reflex action?? Dari mana datangnya reflex, ye? aha, mestilah datang daripada nerve system kita. Berselirat urat-urat tu dalam tubuh badan kita. Tahukah antum , semua, yg setiap sendi-sendi, anggota, benda yg paling kompleks dalam diri kita pun, sentiasa berzikir kepada Yang Maha Esa?? Mungkin cuma pendengaran kita yg dihijabkan daripada mendengarnya. Kalau terdengar la kan, macam mana tu? mesti konfem terkejut separuh mati?? (haha) walaupun, hanya tak sampai seminit kita tak dihijabkan daripada mendengarnya. =)
Berbalik kepada soal di atas, perasaan dan tindakan saling digandingkan utk natijah yg sempurna. Betul? Jadi tak hairanlah, bukan sekadar kita melihat orang yg susah sahaja, kita terasa hati, malah hal lain jugak. Baiklah, suka bercerita pasal fitrah manusia. Lelaki tertarik kpd perempuan, perempuan pula tertarik kpd lelaki. Tertarik macam mana tu? Main tarik tali ke? Bukan, bukan. Salah tu. =) Lelaki dan perempuan, majoriti tertarik antara satu sama lain disebabkan satu hal yg umum sahaja. Jawapannya, adalah kecantikan bagi lelaki, kehenseman bagi perempuan. Kalau perempuan, lihat cerita faveret mereka, biasanya pelakon lelaki Korea la kan, cth Lee Min Ho, Kim Bun, Kim Hyun Jung (adoyai, apsal boleh terhafal ni..? haha) stok yg comel, kacak bergaya mula lah dia menjerit, "Oppa..!! Saranghae..! Muah, muah..!" dengan ekspresi yg sungguh mengujakan. Ish2. astaghfirullah.Sambil geleng kepala. Tak patut, tak patut. (hee)
Kalau lelaki pulak, macam mana? tanak lah cerita di sini. Lelaki, jenis yg suka ekspres dalam diam. Jadi, beruntunglah jadi lelaki. =P Nak komen jugak tentang lelaki, sila komen di ruang perihatin tu. ^^ Deal? haha. Bila fikirkan semula, perlukah semua tu? Pada sy, perlu, tapi sedikit sahaja sebab Rasulullah melarang umatnya berhibur berlebih-lebihan, takut menjadi terlampau fanatik, yg akhirnya boleh menggoyah Imaan kita. p/s: sy pun tengok jugak cerita korea tu, tp dah lama tinggal. =D
Agak2, fizikal, berkekalan tak? tak kan. Jadi, apa yg perlu dicari dalam melengkapkan fitrah itu, adalah apa yg terkandung di dalaman seseorang. Imaan, digambarkan dengan kuatnya pegangan pada agama. Lagi kuat imaan seseorang, lagi taat, lagi kuat pegangan agamanya. Apabila kuat pegangan agamanya, maka hal-hal yg macam ni, tak perlu lagi. Sebab itu adalah tidak penting. Yang penting adalah Tawajjuh dalam CintaNya yg kekal abadi selamanya. =) Indah kan? Apabila redha Allah diletakkan sebagai keutamaan yg utama, secara tidak langsung, perangai, sifat ,kita akan berubah ke arah lebih mahmudah. Dikuatkan lagi dengan indahnya pakaian luarannya sebagai bukti, kuat dalamannya. ^^ Wallahu ta'ala a'lam.
Sekarang, sy sedang bercuti semester sehingga 14 haribulan ini. Lama jugak tu. Agak-agak selain tolong mak ayah, apa patut sy buat? Mudahan cuti ini, terus mendapat rahmat dan redha dariNya, walaupun hanya berpenakan sepapan keyboard, dan satu monitor LCD petak sbg satu usaha dakwah kecil-kecilan kepada masyarakat. Jadi, apa sumbangan anda utk akhirat?? Renung dan selamat memikirkan. ^^
Barakallahufikum.
1 Insan yg prihatin:
eh eh , apek !
Post a Comment