The Future Is...Ours

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri (Surah Ar-Ra'd: 11)

Bagaimana Jika Allah Tidak Memberi Apa Yang Kita Inginkan?



Sekirannya ALLAH tidak memberi seseorang yang kamu impikan,
Semoga DIA menghadirkan seseorang yang memimpikanmu.
 
Sekirannya ALLAH tidak memberi seseorang yang kamu rindukan,
Semoga DIA menghadirkan seseorang yang merindukanmu.

Sekirannya ALLAH tidak memberi seseorang yang kamu dambakan,
Semoga DIA memberimu seseorang yang selalu mendambakanmu.

Sekirannya ALLAH tidak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai,
Semoga DIA menghadirkan seseorang yang mencintaimu..

Yang bukan hanya kerana apa yang ada padamu,
Tetapi apa adanya dirimu..

Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.. Dia tidak memberi apa yang kita inginkan. tapi dia memberi apa yang kita perlukan disaat yang terbaik untuk kita.. Kadang-kadang kita menangis, kecewa,kenapa Allah tak beri apa yang kita nak.. Tapi sebenarnya Allah dah tetapkan yang lebih terbaik untuk kita.
“…. Boleh jadi kalian membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian.Allah Maha mengetahui kalian tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah 216)
Jadi, jangan kecewa, bila kita terpaksa melepaskan orang yang kita sayang.. Mungkin, Allah sudah tetapkan jodoh yang lagi terbaik dari yang sebelumnya..
Sujudkan HATI dan Jiwamu ..
Semoga ALLAH memberi kita yang terbaik..
Dengan segala keindahan hati dan ketaqwaannya..
Backlink: Pakar Cinta

The Cracks


Salam warahmatullah. Suka dengar lirik lagu ni.

"Day after day, times past away,
I just get you off my mind.
Nobody knows I hide it inside,
I keep on searching, but I cant find
I'm too proud to ask, and I'm too proud to lose.
But sooner or later, I got to choose.
But once again, I'm thinking it about,
Takin' the easy way out."


Bunyinya, seolah-olah kita sendiri yg susah untuk melupakan hal tu.Tapi, kadangkala, kita jugak yang kelihatan ketakutan, cemas, ragu dalam hal yg sedemikian. Tak hairanlah, apabila orang mengatakan,

"dah lepas, lepas lah.." "nak buat macam mana, takde rezeki dah tu"

Tapi kalau difikirkan balik, betul jugak. Kita sendiri yg bersalah. Tapi, adakah kita betul-betul bersalah. Persoalannya, merujuk kepada diri kita sendiri. Ya, memang kita yg bersalah, tapi tak 100% bersalah. Mungkin ketika membuat keputusan tu, kita dipengaruhi oleh elemen-elemen luaran seperti, hasutan, bisikan atau boleh saja, pandangan seseorang. Padahal itu sememangnya perlu untuk membantu kita dalam membuat pilihan, keputusan yang ingin dipilih.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, dia beri  lagi kesempatan diri ini, untuk merasakan diuji dengan sedemikian rupa. Bila kata kita menyahut saja taklifan yang diamanahkan, kita seolah-olah, kaku, 'blank', tak tahu mahu terkata apa. Kejap kita pandang kiri, kejap pandang kanan. akhir sekali tunduk. Kita takkan menyangka semua itu akan berlaku. Tapi oleh kerana kehendak dan takdir Allah dalam menguji manusia.
Lihat saja, firmannya dalam surah Al-Ankabut, ayat 2 dan 3.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."


Sebagai muslim insyaAllah mukmin, kita seharusnya bersifat berwaspada. Ha, waspada apabila diuji. Ketika sedang diuji, banyakkan tabah, sabar ke hadrat Ilahi, kerna disitulah pergantungan kita sebagai seorang hambanya yg lemah dan dina. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan disebalik sesuatu yg tersembunyi.





Keindahan Bersama Mu


Alhamdulillah, masih lagi diberi nikmataini kabir, Imaan dan Islam. Kadang-kadang, pernah tak kita terfikir akan kesusahan orang lain?? Boleh tak kita bayangkan macam mana kesusahan itu? Mesti, tak boleh kan? Apatah lagi dari segi bentuknya, sama ada segi empat, sfera, silinder, trapezium, dan macam-macam lagi lah. =) Bila kata kita melihat akan kesusahan itu, mesti hati kita akan tersentuh. Tipu lah kalau hati tak terasa. Bila terasa, secara kebetulan, tangan dan kaki kita, seolah-olah bergerak-gerak mencari-cari sesuatu. Mungkin jugak utk diberi kepada orang yg sedang mengalami kesusahan itu, dgn harapan, sedikit sebanyak, dapat mengurangkan susah yg dialaminya.

Kenapa ye, kita tiba-tiba bertindak sedemikian?? ^^ Ramai orang di luar sana, akan mengatakan.

" Biasalah perasaan hati nurani kita. Bukankah manusia sememangnya dilengkapi dengan perasaan sebegitu?" 

"Alah, dah rasa kesiankan, jadi, hati sape yg tak terasa. Mestila akan tolong. Sedekahkan apa2 yg patut. Paling kurang pun, sedekah senyuman pun, okay.." 
Do you ever heard about reflex action?? Dari mana datangnya reflex, ye? aha, mestilah datang daripada nerve system kita. Berselirat urat-urat tu dalam tubuh badan kita. Tahukah antum , semua, yg setiap sendi-sendi, anggota, benda yg paling kompleks dalam diri kita pun, sentiasa berzikir kepada Yang Maha Esa?? Mungkin cuma pendengaran kita yg dihijabkan daripada mendengarnya. Kalau terdengar la kan, macam mana tu? mesti konfem terkejut separuh mati?? (haha) walaupun, hanya tak sampai seminit kita tak dihijabkan daripada mendengarnya. =)

Berbalik kepada soal di atas,  perasaan dan tindakan saling digandingkan utk natijah yg sempurna. Betul? Jadi tak hairanlah, bukan sekadar kita melihat orang yg susah sahaja, kita terasa hati, malah hal lain jugak. Baiklah, suka bercerita pasal fitrah manusia. Lelaki tertarik kpd perempuan, perempuan pula tertarik kpd lelaki. Tertarik macam mana tu? Main tarik tali ke? Bukan, bukan. Salah tu. =) Lelaki dan perempuan, majoriti tertarik antara satu sama lain disebabkan satu hal yg umum sahaja. Jawapannya, adalah kecantikan bagi lelaki, kehenseman bagi perempuan. Kalau perempuan, lihat cerita faveret mereka, biasanya pelakon lelaki Korea la kan, cth Lee Min Ho, Kim Bun, Kim Hyun Jung (adoyai, apsal boleh terhafal ni..? haha) stok yg comel, kacak bergaya mula lah dia menjerit, "Oppa..!! Saranghae..! Muah, muah..!" dengan ekspresi yg sungguh mengujakan. Ish2. astaghfirullah.Sambil geleng kepala. Tak patut, tak patut. (hee)

Kalau lelaki pulak, macam mana? tanak lah cerita di sini. Lelaki, jenis yg suka ekspres dalam diam. Jadi, beruntunglah jadi lelaki. =P Nak komen jugak tentang lelaki, sila komen di ruang perihatin tu. ^^ Deal? haha. Bila fikirkan semula, perlukah semua tu? Pada sy, perlu, tapi sedikit sahaja sebab Rasulullah melarang umatnya berhibur berlebih-lebihan, takut menjadi terlampau fanatik, yg akhirnya boleh menggoyah Imaan kita. p/s: sy pun tengok jugak cerita korea tu, tp dah lama tinggal. =D

Agak2, fizikal, berkekalan tak? tak kan. Jadi, apa yg perlu dicari dalam melengkapkan fitrah itu, adalah apa yg terkandung di dalaman seseorang. Imaan, digambarkan dengan kuatnya pegangan pada agama. Lagi kuat imaan seseorang, lagi taat, lagi kuat pegangan agamanya. Apabila kuat pegangan agamanya, maka hal-hal yg macam ni, tak perlu lagi. Sebab itu adalah tidak penting. Yang penting adalah Tawajjuh dalam CintaNya yg kekal abadi selamanya. =) Indah kan? Apabila redha Allah diletakkan sebagai keutamaan yg utama, secara tidak langsung, perangai, sifat ,kita akan berubah ke arah lebih mahmudah. Dikuatkan lagi dengan indahnya pakaian luarannya sebagai bukti, kuat dalamannya. ^^ Wallahu ta'ala a'lam.

Sekarang, sy sedang bercuti semester sehingga 14  haribulan ini. Lama jugak tu. Agak-agak selain tolong mak ayah, apa patut sy buat? Mudahan cuti ini, terus mendapat rahmat dan redha dariNya, walaupun hanya berpenakan sepapan keyboard, dan satu monitor LCD petak sbg satu usaha dakwah kecil-kecilan kepada masyarakat. Jadi, apa sumbangan anda utk akhirat?? Renung dan selamat memikirkan. ^^

Barakallahufikum.