The Future Is...Ours

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri (Surah Ar-Ra'd: 11)

Salam Maal Hijrah 1433 dan Awal Muharram..!

Assalamualaikum kepada semua pembaca..! Pejam celik, da masuk tahun baru Hijrah dalam kalendar Islam khususnya..rase macam sekejap sangat. Mungkin perubahan masa yang tidak kita sedar akannya. 
Jom kita renung sejenak.....


Apakah yang telah kita buat sepanjang tahun 1432H lepas? ha, buat banyak benda baik ke buruk?
In sha allah, mesti baik2 je kan? ~wink2..hahaha..

Sambungan


Kata orang, eh, bukan rasenye..tapi kata orang jugak lah..(hee) apabila mula sesuatu kejadian or peristiwa or perubahan, kita hendak jadi mcm lalang tu..haa..kejap lentuk kiri..kejap2 lentuk kanan..ikut angin bertiup katakan..tapi ta semestinya kita tetap terus macam tu..


Padi..




As a human being, we should have our own stand..and please standstill wherever you're..

In sha Allah, dalam tahun baru Hijrah ni, diriku akan berusaha sehabis baik ke arah menjadikan.. 

SEMOGA JADI ANAK, PELAJAR, HAMBA N KHALIFAH

YANG CEMERLANG DUNIA DAN AKHIRAT

An expert in Aircraft and Aerospace Engineering..
Ameen..!

(yang warne merah ni adalah ucapan seseorang utk diri ini di fb..mudahan ucapan ini juga ditujukan utk dia..)

Our own footsteps...

CINTA SEJATI SI ANAK KECIL..... ♥♥





Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang


 berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada


 ayah.....

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di



 pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal



 pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli


 mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya


.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!" Si anak itu terdiam dan


 perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa


 anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.

Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya



 benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah


 meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah


 menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit



 kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah


 ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang


 sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang


. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari


 mana


 kamu dapat duit tu??" Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. 


Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari



 belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin


 tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi. "Ayah.... sekarang


 Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di


 pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan


 ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...


♥ Mungkin sahabat-sahabat telah membaca kisah ini...sebelum ini,sebagai peringatan buat



 kita..cinta & kasih sayang tidak boleh dinilai dengan wang atau kemewahan...

Tinta:Nur Ilham Srikandi Pencinta Illahi ♥♥ LOVE ALLAH FOREVER ♥♥




CINTA SEJATI PENCINTA ILLAHI....... ♥♥

Aku sedang menanti dia...

Impian kita semua..

Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah

Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa

Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari

Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri

Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya

Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadi
Iaitu ALLAHURABBI

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia

Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana..

Dia pilihan ku..

Sunnah Rasulullah Dalam Kehidupan Seharian??

Ya Hubbihi wa Rabbihi...



Pertama: Tahajjud, karana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
KeduaMembaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Sambungan....





KetigaJangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, karana masjid merupakan pusat kebarakahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan mesjid Allah.
Keempat: Jaga solat dhuha, karena kunci rezeki terletak pada solat Dhuha.
KelimaJaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
KeenamJaga wudhu terus menerus karena Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah.”
Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Nabi SAW bersabda, “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, berarti dia cinta padaku, dan barang siapa yang cinta padaku, maka akan masuk surga bersamaku.”

8 Sebab Wanita Cantik Bertudung..

¯`´¯) ..•¨`*♫ ✿ Ü“
´*.¸.•´♥ 
●/
/▌
/ \
......
(✿◠‿◠) Tuntutan agama

●❤● Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada

perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.Aku lihat perempuan digantung 


lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya
.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?*Rasulullah 


menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya


 mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang


 bukan mahramnya.


*•.¸¸.•**•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

(✿◠‿◠) Mengurangkan dosa

●❤● Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat. Kalau


 sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah 


berapa ribu helai rambut anda? dan tahukah berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap 


hari?.

*•.¸¸.•**•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

(✿◠‿◠) Lebih pintar dan tenang

●❤● Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui 


pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan


 darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.

*•.¸¸.•**•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

A beautiful flowers..


(✿◠‿◠) Tidak membazir

●❤●Tidak perlu pening-pening kepala membazirkan masa nak luruskan rambut, warnakan


 rambut dan membazirkan wang membeli shampu, pewarna rambut yang mahal atau pergi


 ke salun.

*•.¸¸.•**•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

(✿◠‿◠) Lebih sopan dan manis

●❤● Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. (Jadi 


wanita2 nie ada value added sebenarnya)

*•.¸¸.•**•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

(✿◠‿◠) Rambut lebih tahan lama dan sihat

●❤● Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan rambut. Walaupun


 anda memakai syampu pelindung, hakikatnya syampoo itu sendiri mengandungi bahan


 kimia yang merosakkan.

*•.¸¸.•**•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

(✿◠‿◠) Menjadikan diri anda “Mahal”

●❤● Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal yang sedang


 masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya yang tinggi di puncak


 pokok berbanding epal-epal lain.

*•.¸¸.•**•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

(✿◠‿◠) Lebih dihormati

●❤● Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan 


kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi..

InsyaAllah,Amin ya Allah..Jom sama2 kita bertudung dengan SEMPURNA!!!^__^



♥ Jangan sedih bila orang lain tidak MEMAHAMI kamu.


Tapi sedihlah kerana kamu tidak MEMAHAMI orang lain

♥ Jangan sedih bila orang lain tidak MEMPERCAYAI kamu.


Tapi sedihlah kerana kamu tidak PERCAYA pada diri sendiri

♥ Jangan sedih bila orang lain tidak memberi KESEMPATAN kpd kamu.


Tapi sedihlah kerana kamu masih belum membuat PERSIAPAN

♥ Jangan sedih bila orang tidak MENGHARGAI kamu.


Tapi sedihlah kerana kamu tidak MENGHARGAI orang lain

♥ Jangan sedih bila orang lain MENGHINA kamu.


Tapi sedihlah kerana kamu MENGHINA diri sendiri

♥ Jangan sedih jika orang selalu MENGKRITIK kamu.


Tapi sedihlah kerana kamu tidak pernah mahu MEMPERBAIKI diri

♥ Jangan sedih jika kamu selalu JATUH.


Tapi sedihlah kerana kamu tidak mahu BANGKIT kembali

♥ Jangan sedih kerana perjalanan hidup kamu penuh PAHIT GETIR.


Tapi sedihlah kerana kamu x pernah belajar dari PENGALAMAN

INGATLAH! Kunci masalah selalu ada dalam diri, bukan di luar.



P/s: Mari bermuhasabah diri sendiri..^_^