Kisah_Hijrah |
"Bulan lepas saya mengikuti kursus motivasi agama selama dua hari. Saya sebagaimana biasanya mengenakan tudung biasa yang ringkas, tapi masih lagi menutup aurat, masih tutup dada dengan baik. Pada hari terakhir kursus tersebut, habis sahaja sesi yang pertama, dalam keramaian hadirin tiba-tiba saya terpandang satu kelibat. Orangnya kecil molek dan bertudung labuh.
Hati ini tiba-tiba rasa kuat tertarik dengan kelibat tersebut. Seakan-akan dari susuk tubuh tersebut menghasilkan aura yang sangat kuat. Cukup untuk menggamit hati saya untuk menyelidiki siapakah gerangan orang itu. Dalam kesibukan hadirin yang berhimpit-himpit, saya cuba menyelit untuk mendekati beliau. Akhirnya, saya nampak beliau tengah pakai kasut, lepas tu pergi macam tu sahaja. Rasa sedikit hampa kerana tidak berjaya untuk menghuraikan persoalan 'siapa' dengan lebih lanjut.
Sesi kedua kursus bermula, saya langsung tak fikir lagi atau ingat tentang orang misteri tadi. Sedaya saya cuba fokus pada slot kursus. Slot motivasi yang disampaikan betul-betul terkesan di hati, lantas jiwa wanita ini tidak lagi mampu menahan takungan air mata dari terurai jatuh ke pipi. Cepat-cepat saya mengelap air mata dan mengalihkan pandangan ke sebelah kiri.
Saya tergamam.
"Allahuakbar!"
Ada someone di sebelah kiri saya. Kelibat yang saya nampak tadi. Kelibat yang sama. Kecil bertudung labuh dan yang paling memeranjatkan saya adalah rupanya saling tak tumpah seperti saya. Seiras dan sama! Seratus percents!
Bezanya,
beliau memakai cermin mata dan wajahnya redup berseri-seri. Sehingga terpacul dari bibir saya "Subhanallah..sucinya wajah." Badan saya terus menggigil dan saya menangis tersedu-sedan dalam dewan tanpa mempedulikan mata-mata yang melihat.
Dua minggu lepas tu, hati ini nekad.
Saya berhijrah. Dari tudung biasa ke tudung labuh. Tambah pelik, rupa-rupanya dulu saya ada buat pemeriksaan mata di hospital tapi mungkin saya lupa dan minggu lepas doktor call inform saya ke sana untuk mengambil cermin mata yang telah siap. Sekarang, bila saya lihat ke cermin,
"Sayalah gadis yang bercermin mata dan bertudung labuh tempoh hari. "
Saya bukanlah pelajar sekolah agama atau dari aliran agama. Tudung labuh yang menggantikan tudung biasa ini, bukan hanya sekadar tudung labuh. Tetapi lebih dari itu, ia adalah hidayah dari Allah SWT. Bukan sahaja menggantikan penutup kepala saya, tetapi juga hidayah Allah ini menghadirkan suatu perasaan baru dalam jiwa saya, yakni perasaan untuk lebih mencintai Allah. Hebatnya hidayah Allah ini. Allah.."
Sama-sama kita doakan sahabat kita ini terus istiqamah dalam penghijrahannya. Amin.
p/s: Sesungguhnya tiada yg dapat mengubah seseorang itu melainkan hanya Dia, Maha Berkuasa. Tidak semestinya insan yg berlatarbelakangkan agama semata-mata, tp insan biasa yg lebih bertuah..sebab mereka sedang BERUSAHA ke yg lebih baik..=) Credit to Syabab Musafir Kasih@FB...