The Future Is...Ours

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri (Surah Ar-Ra'd: 11)

Apa Khabar Jodohku..~



Apa khabar jodohku? Sihatkah? Berat rasanya kelopak mataku tertutup. Bagaimana dengan kamu? Apa kamu selalu terbangun disepertiga malam terakhir? Dan apakah mulutmu terasa menerus -menerus berzikir dimalam hari?

Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..

Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang. Dan masih banyak kewajipan yg harus kita penuhi sayang. Kadang – kadang aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?

Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu. Apa kau selalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Dan apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, untuk menghadapNya?

Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disamping mu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.

Jodohku sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu, Hatimu tidak terluka kan? senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita, Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan mendekatlah diri kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap kamu baik-baik saja..

Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yg ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat – nasihat mu. Hati ini kosong.. dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.



Sambungan...



Jodohku…
Adakah kau juga rindu padaku? Bagaimana dengan Quran mu? Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak? Apa yang kau fahami dari surah itu? Ceritakanlah kepadaku.. Aku sedia mendengar, dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..

Apa perubahan yang kau lakukan dari hari ke hari sayang? semakin baikkah?

Aku berharap seperti itu, Jodohku..

disetiap langkahku dan seusai solatku..

ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya..

Sabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama..

Jangan sampai kau tersalah jalan sayang..

Jodohku..
nantilah aku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa Rahmat untuk kita, Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama. Kerana aku mencintaimu secara tulus & ikhlas

Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku scara tulus dan mahu menerima segala kekuranganku. Dan membenarkanku dikala aku salah. Sayang… berusahalah membahagiakan orang tuamu… dengan menjaga sikapmu dan tuturkata mu.. Aku yakin kau adalah orang yang sabar, orang yang cekal membesarkan anak – anak kelak Jangan pernah merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu..

Jodohku..
kalau siang sudah berlalu.. pejamkan matamu dengan buaian doa, begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu…

Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang benar. Amin…

Jodohku..
Tak terasa penatku menaip pada keyboard ini, memang benar ini adalah tanda kerinduanku kepadamu,

Ingatlah sayang..

aku selalu ada untukmu..

Untuk itu jangan pernah kau merasa sendiri atau sepi..

Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.

Salam hormatku dan sayangku untukmu….~



Ceria dan Bermotivasi..?!

Suasana pada waktu pagi...


Perkara terbaik (9 perkara ) yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

  • 1. Bangun dari tidur dengan mengingati dan bersyukur kepada ALLAH
Bermohon doa kepada ALLAH agar ALLAH bantu kita mendekatkan diri padanya. Semoga ALLAH beri ketenangan dan kekuatan serta semangat untuk kita terus bersemangat melayari hidup hari ini.

  • 2. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

  • 3. Tekad Bermotivasi. Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya kerana ALLAH dan dengan izin ALLAH.
Ambil masa untuk berzikir kepada ALLAH dan baca beberapa ayat al-quran atau hadis serta artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

  • 4. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni. Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

  • 5. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja. Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan dari ALLAH. Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang, insyaAllah.


Sambungan...!




  • 6. Set Target Kemajuan Diri Sendiri.
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak? Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi. Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja. Mulai hari ini, ubah sikap anda.
Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari. Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

  • 7. Lihat Warna Cerah Warna boleh mempengaruhi mood.
Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh! Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

  • 8. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan Lepaskan segala yang dulu-dulu.
Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang. Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi.
Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung. Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
Anda mesti berubah untuk kemajuan diri. Beranikan diri anda untuk berubah untuk kecemerlangan hidup anda.

  • 9. Amalkan membaca zikir al-Ma’thurat
Al- Ma’thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut.
Al- Syahid Imam Hassan Al Banna telah membina jalan yang baik untuk mengikut sunnah Rasulullah SAW. Beliau telah memilih dan menyusun al- Ma’thurat dgn mengharapkan bimbingan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan syaitan yang penuh angkara murka. Maka alangkah baik setiap diri muslim mengamalkan zikir al-Ma’thurat ini pada setiap pagi dan petang, siang dan malam.

All the best!!!

Pengenalan di MMC...

Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB) telah selesai dengan jayanya untuk semua pelajar kolej matrikulasi 'first intake' di mmc... jadi sekarang tgh menunggu masa untuk 'mangsa' seterusnya iaitu 'budak' second intake...heh, biar la pula mereka rasakan mppb tu macam mana ye...ha...


Apa yg dapat ku rasakan diri ini semakin sosial la pula..ha, itulah yg terbaik...kadang2 kita ni yang pasif tiba-tiba...huh! 'meletop' la pula...apa yg aku dapat lihat 'trend' pelajar budak asrama ni tak kisah mana2, mereka suka sangat cover last school mereka ni...rasanye  seperti tidak adil...bukan apa, bukankah last school tu juga yg memberikan banyak sumbangan kpd mereka ni ketika di peringkat spm dulu...tu la namanya insan tak bersyukur? Hanyalah pendapat semata-mata...! (sebenarnye tak terkecuali juga untuk diri ni...hee!)


mmc...

Cerita bermula apabila group S12T3 bersaing utk merebut tempat dlm pertandingan mentor-mentee...ingatkan biasa2 je..tapi oleh kerana seorang muslimah ni beriya-iya nak buat, jadi buat la jugak...tak sangka dpt asah bakat dlm ber'SAJAK'...hm, sebenarnya terkezut juga...habes dah tiada yg volunteer utk penyajak...ada juga yg boleh diharapkan tp takkan nak harapkan Low dan Kesavan..org melayu takkan la tak reti bersajak...kalau tak malu suruh la kaum lain buat huhu...muslimah iffah pula mengambil turn untuk berpantun...then group member yg lain slebihnya tuk acting+ seorang jadi conductor, muslimah fakhriyah...hm, orgnya banyak gak celoteh time practice tu..rasanya time ni la mula agak sosial sikit...dan the most versatile leader tuk group ni amir..mungkin tnpa die group ni tak seceria die yg ala-ala brad pitt tu..saja..ha!  

Selection night telah tiba...

Dewan Kuliah 1

Sebaik melangkah masuk dalam DK1(dewan kuliah 1), apsal la semua org cam tersengih-sengih je...perasan juga..tak silap satu dewan kuliah buat hal yg sama...setelah selesai persembahan tu, rasa nak lihat la juge apa yg slack tu..jd pergi la tandas lelaki...tgk je kat cermin, masya-Allah! macam ni rupe samping 'siput' aku tu..! malunye..! Aha, satu iktibar buat diri ini..! so, next time dont be so confident on what you're going to do..!

Keputusannya...


First place...!

The champion....!

Rasanya cukuplah setakat ni dulu...kadang2 kita seringkali mengatakan tidak boleh kpd sesuatu perkara sebelum mencubanya terlebih dahulu...jadi buktinye...semua insan adalah pemenangnya...!! Mungkin tak semua peluang tu hadir kpd kita...so, as we get that opportunity to grab with please make hay while the sun shines...! 

Barakallahufikum...wassalam!