The Future Is...Ours

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri (Surah Ar-Ra'd: 11)

Memasang Impian dan Cita-cita



Masa kian berlalu pantas...tiada yang dapat menghentikannya walau menggunakan 'The Time Machne' sekalipun...ia akan tetap bergerak meninggalkan kita tanpa kita sedar, tanpa kita pinta...diriku selalu ingin mejadi yang terbaik...namun dalam setiap kalangan yang terbaik, sudah pasti ada yang tetap lebih terbaik..,itulah qudrah dan iradah daripada Allah atas setiap ciptaanNya...


Keindahan alam sungguh mengasyikkan...awan yang kebiru-biruan...burung-burung berkicauan, berterbangan dalam simpang siurnya mencari 'ulat' untuk santapan anak-anaknya yang riuh rendah menggamit suasana bertukar ceria...di pagi yang sungguh bermakna bagi setiap insan yang tahu menggunakan masanya dengan penuh teliti dan bermanfaat...tak terkecuali diriku...


'Juruterbang...'

 Itulah apa yang bermain di benak fikiranku..lantas pada penghujung bulan Januari, pemergianku ke bandar metropolitan untuk mengikuti kursus asas juruterbang disambut mesra oleh ibu dan ayahku...alhamdulillah...



Diakhir sesi kursus, ujian-ujian berkaitan turut dilaksanakan....dan keputusannya...


Alhamdulillah...Allah sekali lagi memberikan ruang untukku bernafas tatkala insan-insan yang sepertiku di luar sana masih di alam hiburan dan khayalan...syukur diriku masih terpilih untuk merasai ini semua...!!

Selepas Spm


Tatkala kaki ini mulai melangkah keluar gerbang pintu kisas teringatku akan kepada nyanyian akh Akram Shamsuri yang lunak kedengaran memecah gema di gimnasium sewaktu Kem Pengenalan Tarbiyah ketika F4..:


   "Jazaka...
    Jazaka...
    Jazakallahu khairan...
    Walana...walana...
    InsyaAllah al-Jannah...."


Sungguh sayu dan sepi ketika itu..suka untukku memanggil ustazah sebagai ibu angkatku ketika ku bermukim di sini...Ustazah Nek Hazifah Nek Hassan itulah namanya..
Ucapannya sungguh menyentuh hati-hati insan yang sentiasa inginkan akan belaian, kasih sayang seorang ibu...sungguh hiba dengan linangan air matanya juga air mata kami semua waktu itu...
Akanku sematkan tarbiyah ini selama-lamanya dalam diriku..InsyaAllah..!


Fastaqim Kama Umirta...!
"Kadangkala manusia seringkali tersasar dek arah,
Tetapi dek kerana Tabiyah Islamiyah,
Kita terus membina Ukhwah Fillah,
Antara Mudarris dan Mudarrisah,
Membina batasan antara Muslimin dan Muslimah,
Bersama kita berada dalam Biah Solehah,
Untuk kita bersama menerajui Daulah Islamiyah...!

Itulah yang dikatakan 5 unit di Kisas...
Indah, sungguh islamik...mudah-mudahan kamu akan tetap utuh wahai kebanggaanku...!