The Future Is...Ours

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri (Surah Ar-Ra'd: 11)

Secangkir Adunan..


Masjid Sri Petaling.

Ramai orang dalam fasa terakhir Ramadhan kali ni. Baik daripada yg muda sehinggalah kpd yg tua. Daripada sehelai jubah, hinggalah ke sehelai 'baju apek'. Tak kurang jugak, serban, ketayap, singgah di atas setiap kepala.
Majoriti, berwarna putih suci pakaiannya.

Masih segar dalam ingatan, ada seorang pak cik menegur aku. Beri salam, terus duduk bersila disebelah kananku. Raut wajahnya, bersih, berkumis. Terucap dlm hati, "hensem!"
Waktu tu,
Pertama sekali hal yg dingeteh bersama, " Adik ni, dah pernah keluar?"
"Oh, alhamdulillah. Setakat ni, tiga hari. Belum cuba selain tiga hari.Agak sibuk." balasku agak ringkas. Dia banyak bercerita tntg Deen Allah, iman, amal. Segala puji baginya, hati ni terus berbunga ceria. Ingat lagi, dulu slps spm, aku acapkali berdoa supaya ditempatkan di bumi yg baik dan elok biah dan tarbiyahnya. Iye, aku...rindu akan tarbiyah. Ya Allah, terima kasih kerna memberikanku peluang utk menetap sementara di Bumi Waqafan. Walaupun hanya dua tahun.

Nampaknya, pak cik tu, bukan calang2 orang. Dia sebenarnya seorang mahasiswa di sebuah universiti tempatan. Sedang menyiapkan kertas tesis, katanya. Jurusan kejuruteraan, kalau tak silap. Dah berkeluarga. Masih terngiang-ngiang di telinga aku, pesanannya.
" Jikalau kita sanggup tolong agamaNya, Dia pun dgn rela hati, akan menolong hambanya."

Aku minta izin, utk pulang dulu. Banyak cerita yg dia kongsikan. Itu baru satu memori. Berpuluh lagi memori yg bersarang di benak fikiran ni.

Pernah satu ketika, seorang pak cik dr Filipina, minta tolong aku utk beli simkad telefon yg sesuai utk international call. Selain Inggeris, dia boleh brbahasa Arab. ~hebat. =)
"Maaf pakcik, saya tak dpt tolong. Sebab, kedai malam2 ni, dah tutup. Lagipun, jam waktu sekarang dah 10 lebih. Esok ye, pakcik." kataku slps aku puas pusing satu Sri Petaling dgn Iqram. Sehosmet.
Riak mukanya, hampa. Kecewa dia. Maaf. InsyaAllah esok! Aku kembali utk tolong dia. 

********************************************

Hari ni, adha, balik ke Johor. 1.30 nanti bas dia akan bertolak dr Terminal Bersepadu Selatan terus ke Kota Tinggi. Mudahan selamat sampai! Ameen! Tapi, terpaksa jumpa dia kejap , sebab IC pada dia. Pelik. Bila periksa semula, betul IC takde dlm wallet. =='
Jazakallahu khoir, ya akhi songhir!

p/s: untung dapat balik awal. Saya balik, sabtu pagi. Sehari sebelum raya, Sabtu ni. In sha Allah. ='(

0 Insan yg prihatin: