The Future Is...Ours

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri (Surah Ar-Ra'd: 11)

Aku dan Jiwaku.


Pagi itu sungguh tenang dan damai. Ramai a'bidullah berkunjung ke masjid semata-mata memenuhi tuntutan, 'berdating' dgn Sang Pencipta di kala Subuh 8 Ramadhan. Masjid Sri Petaling. Itulah tempat destinasi aku. Mengharap akan rahmat dan maghfirahNya. Sungguh beruntung.

Masjid Sri Petaling...


Seronok jugak berjalan2 melewati kawasan perumahan yg terdiri daripada tiga majoriti kaum yg utama. Bersama seorang sahabat rumah, Amiin Firdaus, namanya. Sedap dan sungguh bermakna sekali nama tu. Alhamdulillah. Banyak kereta-kereta di parkir berdekatan rumah menyebabkan lorong 6/149D, agak sempit. Kebiasaannya, memang begitu pun. Sempat jugak aku merenung jiran rumah dihadapan. Jiran cina sebenarnya. Seorang budak perempuan cina, begitu lincah berkata-kata.Suka tersengih(aku). Sebab dia pelat melayu. Itulah karakternya yg aku kenal.

Dalam sibuk aku dan dia berjalan, jiwaku sering berasa tertanya-tanya. Hmm, entah kenapa. Mungkin ia sudah terlampau 'haus'? Kurangnya penghayatan terhadap ilmu oleh sebab, seringkali terlupa, lalai, alpa, leka? Mungkin jugak.

"Allahu akbar, Allahu akbar..."

Azan berkumandang. Bergema. Memecah kesunyian pagi yg hampir enam jam membeku diam di Bandar Baru Sri Petaling. Sampai di kaki lima masjid, aku terus meluru ke kolah. Agak besar kolah tu. Terdapat dua buah kolah. Mencapai gayung, berwuduk secara tertib.
Ba'diah Subuh. Terus bangkit utk Fardhu selepasnya. Ah, minta maaf dunia ye sebentar. Aku ingin berdating dgn Rabbku.

"Allahu akbar" Takbir diangkat. Aku mulai tenggelam demi mahabbah dan pengharapan Hari Akhirat, yg sudah pasti.
*****************************

Hari ini, aku akan ke kolej. Tempat aku menuntut ilmu, selepas check out daripada Kolej Matrikulasi Melaka. Hampir cukup setahun, aku tinggalkan gara-gara keputusan yg dibuat. Technology Park Malaysia College. Sekarang aku di dalam semester yg ke-4. Berbaki 3 semester saja lagi utk graduate. Selepas graduate nanti, aku bercita-cita untuk masuk Massachusetts Institut of Technology(MIT) . Antara universiti swasta terkemuka dunia. Terletak di Massachusetts Avenue Road, Cambridge, Unites States.  In sha ALLAH! 

MIT...

Rancangannya, hari ini, untuk buat lab report berkaitan subjek Applied Mechanic (Static) bersama Hisyammudin. Mudahan, segera selesai. Bukan apa, aku teringin untuk membuat revision memandangkan Miss Hazila, pensyarah Applied Mechanics, telah tetapkan test untuk kami, Rabu ini. Sekian dulu.

Tika ukhuwwah itu...



"Tika mata,
Diuji manisnya senyuman

Terpamit rasa menyubur harapan



Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta



Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta

Pada Dia yang lebih sempuna"

Ukhuwwah, cukup indah, cukup manis untuk diertikan. Sekali berukhuwwah, selamanya terjalin, abadi, hingga ke Syurga.
A010
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (Al-Hujurat :10)

Sejak mula mengenali apa itu ukhuwwah, diriku sangat2 bertasyakkur kpdNya. Alhamdulillah! =D
Kita ibarat sodium chloride, (NaCl). Air pula, medium pelarutan. Sebaik kita mencampurkan NaCl ke dlm air, ia takkan terus meresap, hilang terus NaCl crytalline form tu. Tapi, ia akan melarut sedikit demi sedikit. Dengan cara apa?
Dengan pelbagai cara. Antaranya;
Speed up rate of stirring,Increase the heat of that medium,Put in some catalyst into it,Put in more water into it.
Analogi ini cukup ringkas jikalau nak dibandingkan dgn anologi lain yg, lebih rumit, yg perlu akan penjelasan yg lebih. Cukuplah sekadar kita campur, gunakan metod yg ada. Siap. Ringkas.

Itulah lumrah kehidupan. Ibarat. 

Garam, memang masin. Manusia, seperti gula. Manis, comel pula bentuknya. Dari segi perkenalan dgn seseorang, mungkin ia mengambil masa utk kita menyesuaikan diri dgnnya.

Air, sebagai pelarut. Ibarat manusia. Masalahnya, kita takkan menjadikan air tu, air masin. Tapi 'air gula'. Manis. 

Kebanyakkan orang suka akan gula dlm masakan atau apa2 saja. Garam? Agak kurang. Tapi selagi kita guna keduanya dgn cara yg terlebih, pasti akan dpt side effect di situ.

Itulah ukhuwwah. Apabila garam dicampur ke dlm air, menjadi air garam. Apabila, gula dicampur ke dlm air garam, jadilah ia 'air gula'.  Tapi perasan tak kita yg, nisbah utk meneutralkan semula garam/gula, adalah sama? =)

Bak kata pepatah, 


'Hom much you give, you'll perceive how much you have given. That's the feedback. You'll got'em, back without anything left behind.Same quantity, without doubts '

Ukhuwwah itu, kadang2 ia bergantung kpd si pemberi. Lebih dia beri, lebih daripada itu ia dapat. Tapi, ia takkan pernah putus.








p/s: Semoga kehidupan di tempat baru kelak, khusus tuk sahabat2 semua, yg bakal melanjutkan pengajian, terus beroleh maghfirah dan rahmat dariNya. Biiznillah. 
=D

Demi Sebuah Cinta Hakiki

Sekadar hiasan.

Cinta tak selalunya, indah, penuh dengan bahasa yang puitis, angan yang menusuk jiwa dan raga. Cinta itu halus, dimiliki dan dipunyai. Salam sayang serta rindu khas untuk pelengkap tulang kiri rusukku.

Di manakah kamu, sayangku? Kadangkala abang ternanti-nanti akan dirimu. Kadangkala, jenuh dan letih untukku terus memikirkan hal ini. Tetapi sebagai a'mir, bakal ketua keluarga kita, abang harus memikirkan akanmu, sayang. Sebab abang tahu, usrah yang baik, cemerlang, hebat, aulad bakal peneraju agama, bermula dengan pemilihan seorang ibu. Bukan sebaik sahaja mula termeterainya janji ikatan, yang menghalalkan kita bersama, bukan pula sebaik lahirnya seorang anak yg bakal ditarbiyahi.

Seringkali diriku terlintas akan bait-bait ayat, yang cukup lantun, dan sarat dengan maksudnya yang terinti. Memilih dirimu, adalah seperti memilih permata di timbunan serpihan kaca. Sungguh, rumit dan sukar untuk abang membezakan antara duanya. Ia seakan-akan sama, tanpa ada sedikit perbezaan. Tapi yang pasti, permata lebih teguh dan tahan binaannya berbanding kaca yang rapuh, sungguh ketara.

Sayangku, dalam menjenguk dirimu di dunia yg Fana ini, diriku seringkali didengarkan akan cara-cara untuk mencarimu,sayang. Ia jauh daripada senang, jauh pula daripada sukar. Untuk setakat ini, usaha abang adalah dengan membentuk diri ini menjadi seorang soleh, sebab diriku yakin akan janji Allah;

Perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untukperempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.
(Surah An-Nuur 24:26)

Sayang, dalam melengkapkan diri ini, banyak sudah hal yang telah abang lakukan. Khas untuk kita, sayang. =) Dalam setiap kali selesai solat, diriku akan berdoa untuk kita, yang berbunyi;

"Allahumma a'thini al-maratous solihah fi dunya wal akhirah." (Ya Allah, berikanlah daku seorang isteri yang solehah)

Beserta tambahan, dalam surah Al-Furqan,

"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
(Surah Al-Furqaan, 25:74)


Kadangkala, selepas setiap kali solat, diriku seringkali membayangkan dirimu sebelah kiriku. Menjadi makmumku.Tersenyum simpul kita berdua, menanti untuk sesi tazkirah daripada abang sendiri. Diikuti pula, dengan sesi tasmi' dan talaqqi. Tapi itu semua hanya angan2 semata. Tak salah kita berangan-angan sebab, itu salah satu cara untuk meningkatkan keupayaan otak, supaya tidak terus 'mati'. Tidakkah begitu, sayangku? 

Sekarang, abang sedang melatih diri ini, untuk membiasakan diri dengan Qiam pada waktu sepertiga malam yg terakhir. Dalam waktu Ramadhan ini, abang akan cuba memanfaatkan sebaik-baiknya sebagai latihan nasf untuk membiasakan Qiam sbg rutin. Bilamana ia menjadi rutin abang, ia akan menjadi rutin sayang, rutin kita bersama-sama pada setiap pagi. Alangan Rasulullah, mengetuk pintu bilik Saidina Ali dan isterinya, mengajak utk berQiam. Baginda dan isterinya, apatah lagi. Kita? Jauh panggang dari api, sayang.

Dalam tempoh terdekat, abang akan menerima bungkusan pos laju yang mengandungi, buku yang berjudul'Prophetic Parenting' dan 'Saat Berharga Untuk Anak Kita' .




Prophetic Parenting tu, merupakan buku saduran karya, Dr. Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwiad dan Muhammad Fauzil Adhim dibawa khas dan diterjemah daripada Ardhul Anbiya atau bumi Kinanah. Sangat menarik kata orang isinya. In sha Allah, itu merupakan antara karya-karya mahabbah kepada bakal zuriat kita nanti. Juga bakal hantaran untuk majlis diwaktu abang melamar sayang dgn bismillah dan hamdalah.

Rasanya, cukup setakat ni dulu ea. Tak perlu banyak-banyak.
Salam Sayang dan Rindu khas untuk bakal zaujahku, yang entah siapa, masih dalam pencarian.

Sehingga ketemu lagi. Biarlah masa dan rezeki yang menentukan. Sesungguhnya Allah sebaik-baik penentu pengakhiran. Kita manusia, sbg perancang semata.

Yang Ikhlas,
Tuan empunya blog.
Sebarkan bahagia...




Ramadhan Ini..


Sejauh langit membiru dihadapan, burung bebas berkicauan, angin yang bertiup lemah gemalai, tiada siapa yang tidak tertawan. Oh, indah sungguh alam anugerah sang Pencipta Ilahi, Allah SWT.

Hidup tidak selalunya tidak seteru. Seringkali kita memikirkan yang,

"Adakah ini jenis kehidupan yg kita inginkan, idamkan?"

 Walhal, kita sendiri yg menghirup udara di ruangan tempat itu. Tercorakkah kehidupan kita, hanya dengan terusan merintih, yang tanpa dipinta, lahir daripada lubuk hati dan goresan minda yang tak pernah kenal erti lelah?

Kadangkala kita sebagai a'bid, seringkali salah dalam mentafsir akan hal, sebab kita sudah terlampau khayal akan setiap inci kesempurnaan oleh yang Maha Esa. Janganlah kita hanya tahu, merengek seperti kebudak-budakan yang hanya tahu bermain-main di sebahagian besar waktu.

Yang hanya tahu meminta, tanpa sedikit ucap syukur, malah takbur yang dilimpahi, yang hanya comel perwatakannya, tanpa tahu apa isi di dalamnya.

Bukankah, kita mahukan kehidupan yang kekal abadi di akhirat? Justeru, kenapa perlu merintih, merengek? Adakah itu masih tidah mencukupi?

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (Surah Ar-Rahman 55:21)


Bukan itukah permintaan daripada Sang Hati, yg merupakan Raja kepada pemilik jasad, yg akhirnya tetap kembali kepadaNya??


Wahai, sahabatku, bangunlah! Sedarlah kamu daripada tidur nyenyakmu,hadamkan akan hakikat kehidupan yg sebenar, yang telah menjadi ketentuan sejak Azali lagi.

Bangunlah, terus bergerak, mudahan itu dianggap sebagai titik mujahadah kita, walaupun kecil, tapi ia sungguh bermakna. Lebihan, sebagai tambahan kepada  amal kita, bukti perubahan yang dilakukan.

 "Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya." (Al-Maidah, 5:13)


Cukuplah sekadar Dia dihati. =)